Kalau nak diikutkan status penduduk Malaysia, orang asli ialah golongan yang paling layak digelar bumiputera. Thay have been living in this country since forever. It is sad that we, fellow Malaysians know so little about them.
Sebelum lawatan ini, memang i myself stereotyped orang asli as people who lives in the jungle,sumpit binatang etc. Little that i know those days are long gone. They are actually a community yang struggling to keep up with urbanisation. Dulu orang asli ni bebas nak bercucuk tanam kat mana yang dia suka. Now, semua tanah ada geran, dengan sawit plantation being set up around their area. Justeru diorang punya sources jadi limited. In a way, they are actually forced to keep up with modernisation.
And judging from what we saw, they are definitely struggling to keep up with the rest of us. Most of them education level paling tinggi tahap secondary school, dan rata-rata student tahun 5 cuma hafal sifir up to sifir 4. Some cant even spell their own name, which is really sad.
Given the short time spent there, i know that we cant do much difference pun. But we tried to contribute something jugak for them. On the last day there,waktu pagi di spent dengan penyerahan sumbangan dan sesi ber-bonding dengan orang kampung.
Bila sembang-sembang dengan mereka ni baru kita sedar yang masyarakat orang asli ni sebenarnya dieksploitasi oleh banyak pihak dari parti politik hinggalah ke tokeh estate. Tak tau apa masalah dengan diorang punya meter bekalan air, tapi bil air orang asli adalah lagi mahal dari bil air di Penang.
Ada yang tunggu masa nak kena potong. Kalau kena potong jawabnya memang minum air sungai yang penuh pampers bayi. Most of the women work in an estate nearby, earning average 300 ringgit per month. Pengangkutan pergi balik kerja ialah trak pikap yang disumbat berpuluh orang di belakangnya. Layanan yang lebih hina dari pekerja asing.
Kebanyakan mereka dah di convert to Islam. Tapi yang mengislamkan orang asli ni tak buat follow up. Jadi banyak yang islam tapi tak pernah sembahyang pun and tak tau basic agama. Dahlah basic agama tak diajar dengan lengkap, lepastu dengan kesempitan wang lagi..kalau mubaligh Kristian datang tolong memang sah-sah ramai murtad. Time tu baru kau nak menggelupur salahkan dakyah kristianisasi. Pelik jugak duit zakat banyak-banyak ke mana hala dia.
Lepas serahkan goodie bag dan beras plan seterusnya ialah nak buat informal motivational session with the school kids. Tapi memandangkan banyak masa lagi, kitorang satu group lepak dekat pondok depan rumah Pak Dolah.
One thing about orang asli is, they might not have much. Tapi once they accept you in their kampung they'll give you the best treatment they can offer. Ada satu rumah tu siap bagi kitorang souvenir. Sanggup dia selongkar rumah carik apa barang perhiasan yang dia boleh bagi.
-sorang satu dapat. Terharu ;)
Yang isteri Pak Dolah pulak siap bentangkan tikar atas pondok untuk kami berbaring-baring. Siap dengan bantal. -____-" Segan gila hoi tak pasal menyusahkan bini Tok Batin.
Tak cukup dengan tikar bantal, hidang pisang pulak.
Dan air kelapa.
Dah macam bercuti kat Hawaii baring-baring menikmati angin sepoi-sepoi language sementara menunggu pukul 4 untuk aktiviti bersama kanak-kanak sekolah. Sambil tu mengasah semangat kesukanan dengan bermain gusti lengan lawan anak Pak Dolah.
We were expecting around 20 kids only sekali dekat 60 orang datang. Rasa nak pitam sekejap.
-antara yang paling awal sampai.
I took a group of standard 5 students. Basically takde buat apa pun,just sharing session tanya cita-cita masing-masing dan tunjuk pada diorang yang tak mustahil sebenarnya berangan masuk universiti. Banyak bantuan disediakan untuk anak orang asli kalau diorang nak sambung belajar tapi masalahnya kanak-kanak ni kurang dorongan. Sebab rata-rata makbapak pun tak habis sekolah. Jadi kepada kaunselor-kaunselor yang nak mengubah nasib anak bangsa,sila apply untuk bertugas di sekolah orang asli.
I have never given any motivational talk whatsoever jadi sedikit cuak di situ haha. Susah ok nak handle budak-budak sekolah ni semua nak tarik perhatian dahlah attention span masing-masing tahan 30 saat je, syabas kepada guru-guru sekolah yang berjaya menahan diri dari melempang anak-anak kecil ini.
At the end of the day i know that we didnt do much. 3-4 hari dekat kampung orang asli ni is hardly enough untuk membuat perubahan yang signifikan. I really hope those who work in Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berusaha keras untuk tolong mereka ni. Dan ketua-ketua agama Islam pun harap dapat beri lebih perhatian pada masyarakat orang asli.
Bila dengar ada yang bercita-cita nak jadi pilot, doctor, cikgu macam sedih pulak bila mengenangkan takde support system yang bagus untuk mereka ni and the fact that we didnt do much to help them.
We were suppose to teach something to this community and turned out they are the one giving us so many life lessons. And for that, i will be forever grateful.