Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya


Helloooo wah wah dah berapa bulan tak berhapdet belog ni macam nak tutup forever and ever dah gayenye. Bukan apa haritu sebenarnya lepas grad nak update pasal gi jalan-jalan dekat Melaka dengan rakan karib tapi gambar saiz besar nak edit kat laptop kuno tu memang makan tahun. Last-last give up.

Tapi update pasal raya kali ni ok la sikit sebab gambar semua upload dari ipad. Amboi orang lain dah 10 tahun lepas beli ipad kau baru nak beli. Nak riak pun dah takde feel. Graduation present la kononnya ni..sebab tak kaya,maka dah graduate baru beranikan diri mintak ipad dari makpak. Bebudak sekarang baru dapat C ujian bulan Februari dah mintak macbook 3 bijik. Tempeleng nak?

Jadi update kali ini setelah mendiamkan diri selama berbulan lamanya teruslah pasal kisah raya okeh? Pasal puasa memang takda update sebab sibuk beribadah konsepnya puiii. Kalau nak tengok gambar-gambar puasa ada di instagram yos truli,link ada di sidebar. Haaaa siap dah ada insta sekarang, canggih ke tidokkkk?

Macam mana raya korang semua? 

Raya tahun ni for me sedikit bittersweet. Sebab Mama dengan Hanis tak raya sekali. They all raya di Johor. Selalunya memang raya balik Perak je sebab belah Johor dah takde atuk nenek. Tapi recently ada tragedi yang menimpa anggota keluarga belah Johor jadi Mama decide nak balik sana jenguk anak buah dia. Lepastu yang lagi bittersweet sebab ini last raya sebelum bekerja. Meaning last opportunity nak kutip duit raya. Tahun depan entah dapat cuti ke tidak kan, so jangan dipersia peluang ini. 

Preparation raya di Perak macam tahun-tahun sebelumnya.

Masak lemang memang wajib. Kata orang Perak kannn. Kat Perak ni kalau raya takda lemang boleh buat gaduh ok. Biar takde baju baru,takde langsir baru,takpe. Kami mahu lemang,natang!
Kuih raya pulak memang takpayah risau 4 orang makcik tokeh kuih memang supply kuih cukup sampai deepavali tahun depan.


Baju raya pulak patutnya sedondon satu family besar kaler pink-ish sebab kain dengan lace untuk perempuan dah beli siap-siap waktu family trip ke indonesia haritu. Yang lelaki carik kain sama kat sini je.My kain was bought by opah (kata cucu feveret) tapi masalahnya tailor kat area rumah ni bulan posa haritu laki dia meninggal pulak. Sampai sudah tak tempah-tempah baju. Jadi akhirnya pakai je baju melayu dark blue raya tahun lepas. Ok jugak sebab baju melayu ni pakai sekali je sejak beli. Kufur nikmat sangat kalau nak beli baru hatta yang readymade pun.


Di kampung Perak ni raya = pesta makan. Sebab family kat Perak memang tabiat suka masak ala kenduri tambahan pula barang dan peralatan catering dah sedia ada,jadi manfaatkan je lah sebaiknya. Kome kalau nak makan free dan sedap melampau datang je Kroh Hulu raya pertama dengan raya kedua. Kompem ada makanan buffet spread sebab memang tiap tahun orang datang rumah opah tak putus-putus ngalahkan rumah Rafidah Aziz.

-Raya 1st: soto ayam,roti jala,cheesy wedges

-raya 2nd: nasi campur,gulai nenas ikan masin,keli berlada,gulai tempoyak,sambal udang petai,3 jenis sambal pencicah

-ulam segala jenis pucuk daun kutip keliling rumah

Raya 2nd ni masak nasik periuk besar 4 kali ok habis licin. Memang ramai bebenor orang datang tahun ni. Petang tu siap buat spagetti meatball untuk tambah makanan ,pun redaaa.

KFC

pavlova

fruit tart

Menu ala western sanjungan muda-mudi ni rumah Paklang punya.

Lepastu malam raya kedua ada buat BBQ dengan steamboat. Seperti biasa barang-barang steamboat dan BBQ dibeli oleh kami anak-anak saudara di Tesco berhampiran (tapi dibayar dengan credit card Pak lang). Sanggup redah jam nak ke Tesco Taiping untuk beli barang makan. Malam tu tetamu je yang makan banyak sebab tuan rumah semua sebenarnya dah kenyang gila makan di siang hari saja hobi masak makanan banyak-banyak kasi tetamu makan supaya tak gemuk seorang diri. Spread the love,spread the fat konsep dia.


-seafood steamboat,grilled lamb and chicken,ada fruit salad,kueytiow goreng,garlic bread and mushroom soup. 

Sambil tetamu sibuk makan di luar we olls pun bergambor lah dengan baju raya yang ditempah khas menggunakan kain dan lace yang beli sepakat di indon haritu. Yang lelaki recycle je baju melayu, yang perempuan memang malam BBQ ni baru nak melaram baju yang boria ni. Pagi raya diorang pakai baju lain. Dahsyat benor perempuan-perempuan dalam keluarga Hj Rasdi ni. Mentenen boleh tahan.



-the daughters and daughters in law minus mama. Ko tengok la reflection photographers kat cermin, yang ambik gambor lagi ramai dari yang posing.

-son + son in law


-9 beradik anak Hj Rasdi. Bapak sapa yang rebel tiba-tiba baju kaler biru.

-All of us minus some yang tak balik Perak,ada yang kat Aussie, ada yang kat Jordan. Sapa-sapa yang kat obersi tu save la gambar ni jadik wallpaper desktop pastu pasang background Dendang Perantau. Kompem nangis punya!

-Fotografer,maklumlah masing-masing dah ada instagram. Termasuk makcik-makcik sedara. Tu yang pressure kena buat instagram jugak tuh.


Opah keeps on saying that 'kot tahun depan tak merasa raya dahh' Choiii, opah suka buat orang emosi. Doa semoga opah panjang umur dan sihat. Amin.


Malam yang penuh berprestij ini tidak lengkap tanpa bunga api beli seludup dari Siam. 


Mohon PDRM skip video di bawah.


Raya ketiga barulah dapat keluar jalan beraya ke rumah saudara-mara. Sama je tentatif dia dari dulu. Rumah saudara yang divisit pun sama lah dari dulu, Padang Rengas-Sg Siput-Chandan.


During my 2.5 years in Penang, i visited Opah (more like come and pow her food) almost every weekend. And i spent most of my Romadhon in kampung this year. So agak bonding di situ dan mengenangkan lepasni maybe dah jarang balik kampung adalah sedikit syahdu. 

Now im back in Nilai, and in Nilai raya is just like any other day. T__T