Sunday, January 30, 2011

Hari Minggu Yang Hoohah


I am the most anti social person in Dublin. Really. I prefer to stay at home on weekends, even kalau keluar pun selalu keluar sorang. I dont know why but kalau jalan sorang-sorang tu walaupun kadang-kadang rasa macam loser sikit tapi sungguh menenangkan.

But lately sejak dah nak balik Malaysia,i feel like i need to get out more. Sementara tengah tak sibuk dan sementara ada peluang nak berjalan-jalan dengan rakan baik yang bakal ditinggalkan tak lama lagi.

So on friday,i went to the city. Mula-mula pergi Laduree and bought some macaroons. Bajet nak makan time tengok movie tapi sebab gelojoh tak bertempat,movie tak start dah habis semua dah. We watched 127 Hours.


Director dia yang buat cerita Slumdog Millionaire tuh. Basically this movie is about sorang mamat ni yang panjat gunung as a hobby. Tiba-tiba tangan dia terselit celah batu long story short dia terperangkap celah batu for 127 hours,ALONE.So pengalaman beliau untuk survive tu lah plot utama cerita ni. Its a really good movie albeit a bit boring at some parts.To escape,beliau terpaksa potong tangan sendiri. Sumpah ngeri gila. Btw this is based on a true story.

The highlight of this movie for me was (spoiler)scene waktu dia patahkan tulang tangan dia sendiri. Waktu tu tiba-tiba ada sorang minah irish in front of us mengerang. I thought dia sawan ke apa,rupanya dia mengigau. Jahanam gila perangai tengok movie tidur sampai mengigau. Memang tak boleh bawak majlis. Satu wayang pusing tengok apahal dengan minah ni,sumpah kelakar.

Then semalam i went to the city lagi sekali to go to the Wheel of Dublin.

Like i said before,i bought the voucher on citydeal.ie. So 2 tiket harga 6 euro je. Kalau takde diskaun macamni jangan harap i nak naik mendalah ferris wheel nih. For a 3 euro ticket,i must say it was worth it.

This ferris wheel is located in the modern part of the city,a lot of constructions going on around. So the view wasnt that spectacular.

- you can see the new Aviva stadium from up there


-cubaan untuk senyum + gayat = senyuman perogol

After that we went to Howth for dinner. Howth is a small town tepi laut. Agak jauh from city centre but kalau naik Dart(its like KTM),only takes half an hour je. Its already dark when we get there,so tak sight seeing pun,straight away makan.

I forgot the name of the restaurant,but it was a gorgeous restaurant. The ambience is so jiwengs romantika.

-they offered free wine,but we changed it to non-alcoholic beer.which tasted like SH*T

The food was awesome. We had a 3 course meal starting with these;

-seafood salad

-seafood chowder

The only main course that we can eat from the menu is a pan fried seabass because the fish pie ada white wine sauce. Tapi the seabass pun sungguh marvellous.

By the time nak order dessert i was already full. Plus the uncomfortable feeling in my stomach most probably due to that awful beer so i order plain ice cream je. But my friend had chocolate brownie.(which was really good)

Today another friend who lives in the city is having some makan-makan. So campur harini maka lengkaplah hatrick keluar city 3 hari berturut. Kini tidak anti-social lagi.

Friday, January 28, 2011

Survive Hingga Clinical Year Part 3: White Coat Ceremony

Like i said in my previous post,petang semalam ada white coat ceremony at UCD O'Reilly Hall. This ceremony basically marks the beginning of our clinical year. Another 2.5 years of pure torture before we get our license to killtreat people.

It's like a mini convocation lah jugak,maybe sebab pihak universiti tahu kita-kita yang dah nak balik Malaysia ni tak merasa nak grad dekat Ireland,so dia kasi can lah berangan konon macam dah grad.

As the name suggests,in this ceremony we were given our official UCD lab coat. Kira macam simbolik ibu burung melepaskan anaknya terbang keluar sarang. Wadefak betul perumpamaan.

-Dean of medicine delivering his speech

Turutan nama adalah mengikut nama bapak. Jadi i was the third on the list. Macam dekat exam hall,nama selalu nombor 3 dari depan,saja nak kasi nervous lebih.

-Dari depan;anak Abd Razak diikuti 2 anak Ab Aziz

-saat mengharukan tatkala dipakaikan white coat. *teary eyes*

Lepas semua 200+ students dah dapat white coat masing-masing,its pictah time!!!! Ramai betul photographer nak ambik gambar,terus feeling celebrity.

-With fellow PMC bound students

-one of my groupmates from last semester,Claire

-Calon menantu,L-R; Manvir,Hariz,Yi Jiet,Deenish,Thariq

-JPA boys (with few MARA flers here and there)with the lovely JPA officer,Miss Afidah

-with the 2 Aliah's and Umi

-my partner for first semester's patient visit;Fiona Barnes

-1Malaysia FTW! with Tee Tat and Deen

It was a fun and memorable ceremony walaupun tak sempat makan sebab yang seafood and vege sandwiches semua habis. I know it wont get any easier from now on,sebab the last 2.5 years pun dah macam nak gila inikan pulak nak masuk clinical then nak start kerja. Scary gila sebenarnya,but i know i have awesome friends and family that'll help me get through this. Just like in the past 2.5 years. Owh dan tak lupa to blog readers yang sentiasa doakan yang baik-baik =)

xoxo


Thursday, January 27, 2011

Survive Hingga Clinical Year Part 2

First sekali thank you JPA sebab masukkan duit,macam tau-tau je i dah dua hari makan lauk sup wakakaka.

Lately macam dah malas sikit je nak update blog,bukan sebab busy tapi sebab entahlah.. i think at some point i have to stop blogging. I mean stop blogging like this la y'know mengarut meraban. Can you imagine bila dah start kerja,what if my colleague or worse,my patients read all the nonsensical ramblings in here.Fuh so unprofessional. How can anyone take me seriously kan?

Sooner or later kalaupun i tak berhenti belogging,my writing and the content wont be as fun. It will probably be all about how stress i am,some random medical stuff (read:BORING) and basically how i miss my university years. Its inevitable. I have to grow up T_T

Anyhooooo back to seriezz biznezzz,i received a parcel just now. My brand spankin new stethoscope! wohooo. After contemplating for so long oredy,i decided to just buy a stethoscope here. Despite the fact that stethoscope Malaysia lebih murah. Fikir-fikir balik beli barang-barang lagha takpe pulak kau,nak beli barang belajar berkira. Prioritiy mana hawauss?!

So dengan keinsafan di dada,i pun beli lah from Medisave UK punya website.

Burgundy in colour yaww. Ghetto tak? Sebab our work attire is kinda drab,white coat and all; so stethoscope harus lah kaler sikit. (see what i meant!how can people take me seriously like this haih). And not only this one slightly cheaper than those sold at Clarendon, siap ada free e-learning software and a measuring tape lagi.fuh fuh all i can say is;

Hatim- 1, Clarendon cekik darah-0

Thats not all. The best part is......

Got my name engraved on it. How.cool.is.that???
Kalau hilang jugak memang tak tau nak kata apa dah. Just in time before hospital visits next week. And this evening there'll be a White Coat Ceremony in UCD which i'll blog about later.

Punyalah semangat nak dapat lab coat UCD(to replace my old one,which have UTP logo on it pfft) siap beli kasut hitam baru sebab kasut lama yillek.

29 euro only weh!

Hatim-1, Pembaziran-0.

Sunday, January 23, 2011

Tajuk Perbahasan Hari Ini:Perlukah Semua Lelaki Menjadi Bruno Mars?


Disclaimer:entry ini bersifat provokasi(memang sengaja tehee). jadi harap tenang ketika membacanya,jika rasa mahu karate laptop,bawak mengucap.

Dah lama rasanya tak buat entry Perbahasan Hari Ini. Last entry sebegini boleh refer di sini.Jadi kali ini mari kita sama-sama mencungkil sebuah topik hangat yang dibincangkan oleh para gadis sejak kebelakangan ini; perlukah semua lelaki menjadi Bruno Mars?

Untuk yang tinggal di bawah tempurung ini ialah Bruno Mars;

OK tipu. Memang tak membantu pemahaman topik dengan grafik sebegini.
This is the actual Bruno Mars.


Seperti yang kita tahu Bruno Mars ini sungguh berbakat. Baik budaknya. Lagu semua sedap-sedap. I wont deny,songs like Just The Way You Are dan Grenade are both in my playlist. The songs are good except that his lyrics is setting a standard men everywhere are failing to reach. Macamana nak capai standard,catch a grenade,jump in front of a train etc. Gila.

Its ridiculous. Really. For instance, dalam lagu Just The Way You Are. Lirik lagu yang menggambarkan betapa bagi beliau teman wanita beliau itu sungguh perfek sehingga tak perlu ubah apa dah. Kalau bulu hidung terkeluar sekalipun takpe,sebab memang dah perfek. Well,senang la cakap bai awek rupa model macamni;

Cuba ganti model dengan Halimah Jongang. Komfem tak lalu nak nyanyi. Lagu Grenade pulak typical lautan-api-sanggup-kurenangi type of song.

Bruno Mars ni kan artis jadi memang untuk melariskan lagu beliau di samping muzik yang indah perlu disertakan dengan lirik yang membuai perasaan. Dia tahu apa yang wanita nak dengar,jadi itulah yang dia tulis dalam lirik.

Dalam dunia sebenar cuma Tuhan,Bruno Mars dan ex girlfrens beliau saja yang tahu sama ada beliau benar-benar lelaki jiwengs atau biasa-biasa saje. Jadi adalah bangang bila anda menulis komen sebegini;


Seriously,mula-mula almost every girl wanted a vampire boyfriend. Lepastu Korean pulak and now they want Bruno Mars. What's next? A Korean vampire who can sing like Bruno Mars?
Sometimes kena terima hakikat boipren anda tak dilahirkan romantis jadi tak perlu expect beliau untuk heret piano tengah highway. Setiap orang ada cara untuk tunjuk keromantisan, cuma kadangkala sedikit subtle.

Hanya kerana kau dikecewakan lelaki sekali dua tak melayakkan kau untuk buat general assumption memang tiada lelaki yang menghargai perempuan di atas mukabumi ni. There is someone out there for you,who will treat you right and make you happy,you just haven't found him yet.

So to write something like 'If every guy was like Bruno Mars,there wont be any break-ups' is like saying 'If every girl looks like Megan Fox,there wont be any break-ups'.

Ouch? Exactly my point.

Thursday, January 20, 2011

Survive Hingga Clinical Year.phewww~

Macam tak percaya sebenarnya dah nak habis belajar dekat Dublin. Rasa macam baru semalam hampir fail paper final biochemistry first semester. Fuh. Bukan nak merendah diri tapi memang kenyataan weh markah exam memang selalu ibarat melukut di tepi gantang. Wah sukahati kau pakai peribahasa. Bukan tak study,tapi memang dah takde rezeki nak flying colours nak buat camane. Lulus setiap semester pun dah kira boleh sembelih kambing dah tu.

Dekat UCD, beberapa semester yang lepas tu semua belajar theory je. Ade lah jugak sekali-dua buat history taking. Tapi macam tak berapa diberi penekanan oleh diri sendiri. Penyakit,ubat,diagnosis semua main hafal-hafal sampai gugur rambut. Physical examination langsung tak pernah buat.

So bila dah masuk clinical year ni barulah start belajar clinical and buat physical examination segala jadah. It is fun actually sebab sekarang baru nak feeling Grey's Anatomy check-check orang semua. Tapi masalahnya bila nak buat history taking nih segala teori yang belajar sejak semester satu perlu tersemat abadi di dalam minda. Maka agak stress bila tutor tanya pasal benda yang belajar 2 semester lepas sebab semua yang dia tanya macam pernah dengar tapi tak boleh nak recall akibat prinsip hidup 'barang lepas dikenang jangan'.

Sekarang mungkin perlu download balik lecture notes setiap semester.

Situasi ini diburukkan lagi dengan krisis kewangan semasa. Ye lah sejak dah sengkek ni nak beli bawang pun pikir 2 kali. Tambah pulak semua benda dah mahal sekarang. Contohnya buku Clinical Examination ni ha;

Buku nipis nih 60 euro siot. My friend cakap kat Malaysia paling mahal 100 hengget ah buku ni. Kat Dublin 60 freaking euro. Buku Twilight boleh pulak kau jual murah? Memang menggalakkan bacaan tak berilmiah je.

OK buku cancel. Pinjam orang je lah jawabnye sementara nak tunggu balik Malaysia. Then pergi Clarendon nak carik stethoscope. Clarendon ni kedai yang jual barang-barang medik.

Pergi kaunter mintak la stethoscope Littmann sebijik since Littmann yang paling bagus punya brand. Cer teka harga berapa. Cer teka,cer teka....

Brother cashier cakap 77 euro. Tersedak sekejap. Then i gave him the look.
You know, the do-i-look-like-someone-who-can-afford-a-77euro-stethoscope look. Lepastu dia kata this is actually the basic one,the cheapest.

Nanges. Last-last tengok kat internet memang harga dia around tu lah. Patutlah doktor semua muka miserable,stethoscope je dah mahal.

Untuk menambahkan musibah kepada diri,i baru sedar i punya kasut hitam hilang.Kalau takde kasut hitam camane nak pergi hospital? Cer cerita? Kasut hitam yang dipakai sejak form 5 dan ditatang bagai minyak yang penuh tu hilang,gone,yillek. Mungkin waktu pindah rumah haritu accidentally terbuang. Damn,tu semua duit la tu.

Itu tak campur kos nak ship barang balik Malaysia lagi. Maka cita-cita nak merasa pakai henpon canggih sebelum balik Malaysia tinggal kenangan. Dahlah charger henpon tak tau pergi mana,sekarang charge guna USB.

Daif gila woh. Lepasni kalau saving account pun kontang mungkin terpaksa pertimbangkan idea jual kidney sebelah dekat eBay. Korang jangan lupa bid.

Thursday, January 13, 2011

Winter Trip 3.0: Bristol


OK ini last update. Lepasni nak study sampai pitam sebab tadi baru bukak notes respiratory tract infection memang gila blank macam tertelan semut satu balang. Pernah belajar kah semua ni weh? Di mana aku waktu semua ni berlaku? Padahal haritu dah study dah subjek ni. Padan muka kau sapa suruh excited postpone exam. *monolog dalaman*

Malam last sebelum pulang ke tanahair Dublin,dihabiskan di Bristol. Sebab memang departure dari airport Bristol justeru 2 hari 1 malam memang duduk dekat Bristol sambil berdoa weather Dublin jangan nak pedajal flight balik tiba-tiba nak snow ke apa.

Memang tak buat research langsung datang sini nak buat apa sebab memang dalam kepalahotak nak melancong ke Bath saja. Sampai Bristol terus ambil map tengok part mana dia label tourist spot.

So ternampak Cabot Tower. Now this is Cabot Tower;

Tapi tengah-tengah berjalan gaya pelancong clueless,ternampak signboard Cabot Circus. My friend who was supposed to read the map and get us to the tower kata Cabot Circus dengan Cabot Tower same thing meh.(no,its not the same) Forget the map,lets follow this signboard.

Bila sampai ke arah yang ditunjuk oleh signboard,ini dia Cabot Circus;

Its a hugeee shopping mall. This is not good,bisik hati kecil. Jualan murah di merata tempat. Setelah satu sesi monolog dalaman dengan diri sendiri,akhirnya mengalah lantas tanpa lengah shopping souvenir untuk mak bapak adik abang. Tambahan bila nampak kedai Guess semua benda nak kasi 50% ,hati ini memang pasrah dengan ketentuan.

Lagipun ini last chance nak belikan ole-ole untuk keluarga(cubaan merasionalize perbelanjaan) jadi mengapa tidak? Banyak sungguh outlets dalam mall ni ranging from kedai biasa to luxury retailer like Harvey Nichols. Bonda kirim spek hitam,masuk Harvey Nichols tengok spek Gucci harga 250pound terus rasa nak makan pasir.

We spent the whole day there. Siap dinner sekali which once again at a japanese restaurant.

Lepas dah sendawa wasabi,dengan beg-beg shopping semua bergegas ke Hippodrome to watch another pantomime show.

We watched Dick Whittington,and that night was the last night of the show. Tapi sebab alpa seketika di pusat beli-belah we arrived at the Hippodrome 10 minutes late.

Sebab bajet dah habis,we can only afford the cheapest ticket. Tu yang seat 4 meter dari bumbung. Tapi ok je sebab Hippodrome ni lagi besar dari Theatre Royal Bath. jadi stage dia pun besar lah jugak and the pantomime was really good,in fact better than the lesbian Aladdin we watched in Bath. Siap ada scene yang kena pakai spek 3D untuk tengok. Jakun gila okeh.

The next morning sebelum balik target nak pergi ke Clifton Suspension Bridge. Sebab semua orang yang pergi Bristol wajibulghunnah ada gambar dekat jambatan gantung nih. So bila tengok peta ada viewpoint yang dekat untuk ambik gambar. Nak pergi bridge tuh memang tak dapek lah jon sebab pukul 1 nak kena pergi airport dah.

So we walked along the harbour untuk ke viewpoint tersebut.

-sepanjang harbour boleh nampak rumah colourful.comel gilak oh

Lepas setengah jam berjalan,akhirnya sampai ke destinasi. Tercari-cari mana bridge yang diwar-warkan tu,rupanya dari harbour tuh nampak lah secoet bridge tu,siap kena zoom 4 kali baru clear. Hawau betul.

Tapi taknak mengalah. Gambar macamni pun kira ok lah. Asal ade.

Petang tu jugak balik Dublin. Sampai airport lalu duty free memang malas nak berbelanja dah sebab memang dah pokai. Tengok sign 50%,70% semua tak layan . Kental habis ni. Tapi bila masuk tempat perfume dia macam dah tau taktik menjerat pengunjung. Instead of putting 50% off sign,they put Buy 1 Free 1.

Cibai. Ini yang digelar perang psikologi. Dan ini lah penyudah dia;

All these are for family,none for myself.I know,you can thank me later by paying my rent in Penang.

Kesimpulannya,if you ask me what to do atau what to see in Bristol memang i tak tau nak rekemen apa. This trip to Bristol dah jadi macam boxing day trip. Tak menepati objektif percutian bajet.But i know one place that you must go when you are in Bristol; SUBWAY HALAL.

Yes! They have one of those in Bristol,memang tiap hari beli ni je lah.

Macam biasa bila dah post gambar makanan menandakan penamat entry. Jumpa lagi di masa mendatang dan doakan untuk exam i yang lagi satu paper tu. Memang trauma start semester dengan exam.haih

Wednesday, January 12, 2011

Winter Trip 2.0: Stonehenge & Lacock Village

On the second day tuh kitorang ambik half day tour untuk melawat Stonehenge dan Lacock Abbey. Mula-mula nak ambik full day tour tapi tak de lah pulak for that day. So half day pun jadi la. The tour started at 1pm. Jadi untuk mengisi masa lapang sebelum pukul 1, we decided to spend money we've saved from not going into museums.

Post boxing day sale was everywhere. Toleh kiri kanan semua 'further reduction'. Memang sukar mengawal kemahuan ekoran boxing day Dublin macam najis jadi tak puas beli-belah.

Lebih-lebih lagi nama jalan tempat shopping seakan-akan memberi petunjuk kau patut shopping sini,sekarang bukan masa untuk berjimat.Lekas keluarkan credit card.

Benda pertama dibeli ialah 2 helai seluar slack untuk pakai pergi hospital visit semester depan. Gila sejak berhenti sekolah tak pernah beli seluar slack lagi. Nasib baik Topman buat sale,jadi tercapai azam untuk mengambil serius hospital visits dan tidak lagi memakai jeans di hospital seperti yang selalu diamalkan.

Then pergi Debenhams,pun ada sale. They have this collaboration with designers antaranya with Matthew Williamson. He came out with an affordable line called Butterfly by Matthew Williamson,kinda like Lanvin and Sonia Rykiel for H&M.

Since almost everything got 70%off, i bought 2 dresses for little sister. So to Sis Nana, dont worry. I didnt buy the expensive Matthew Williamson dress,yang tu harga sehelai boleh buat downpayment Proton Inspira.Im still a student remember? T_T

But the problem is i dont know little sister's size. Mesej bonda dan beliau reply, 'agak-agak je,tapi jangan ketat sangat sebab adik dah besar'. Baik ostazah. -__- Reply memang tak membantu langsung.

So i just bought them in different sizes,kalau yang tak muat tu most probably i'll sell it here nanti.

-siap mintak hanger sekali.memang tak boleh blah

Selepas puas menggores kad kredit,akhirnya tour bus tu pun sampai. Maka naiklah kami ke atas bas kecil tersebut menuju ke Stonehenge. Dari Bath ke Stonehenge kena drive sejam. Along the way banyak fun facts tentang Bath and the surrounding area from our tour guide,Tim.

I booked this trip with MadMax Tour. Highly recommended. Its a small group tour,so memang sangat best dan intimate tambah pulak guide peramah gila and very knowledgeable. Sepanjang perjalanan view adalah padang rumput luas kiri kanan jalan. Macam wallpaper Windows XP hijau dia.

Finally arrived at Stonehenge,have to pay to see it upclose. Dunia sekarang mana ada benda free puan-puan. Kecuali sampel air kordial dekat Mydin.

Stonehenge nih kira macam salah satu wonders of the world jugak. Sebab ia telah wujud sejak 3000BC lagi dan setiap batu beratnya adalah berpuluh tan. Jadi sungguh misteri macamana orang dulu boleh bina Stonehenge ni tanpa kren dan jentolak. Guna kuasa jin afrit mungkin.

Owh and they also provided us with those audio thingy where you can hear all sorts of explanations. Tapi kegunaan sebenar Stonehenge ni kekal sebagai misteri sebab there's no official record mengenainya. Tapi banyak lah teori-teori mistik yang dikemukakan.


There's a souvenir shop there where they sell lots of stuff like fridge magnets,snow globes dan segala kejadah lagi. But the most interesting one i gotta say was this;


After spending almost 50minutes there,kami meneruskan tour ke Lacock Village. Village ini dikategorikan sebagai National Heritage site sebab ia dah wujud sejak beratus tahun dulu. Camilla Parker Bowles,bini Prince Charles asal from around here lah. Waktu anak perempuan beliau kahwin the ceremony was held in the village's church dan dihadiri oleh Prince Charles,William dan Harry.

Our tour guide told us the story about how they have men with snipers around the church area sebab nak protect keselamatan 3 ekor prince tersebut.

The main attraction in this village ialah Lacock Abbey. But sadly when we got there,dah tutup. Abbey ni menjadi location untuk filem Pride And Prejudice dan few scenes in the Harry Potter movie. Koridor Hogwarts kat sini lah dia shoot.

Tapi jangan gundah. Banyak lagi scene Harry Potter di shoot di sekitar kampung nih. If you are a huge Harry Potter fan like me,anda mesti tahu Hogsmeade. This particular road ialah where they shoot Hogsmeade dan jugak Godric's Hollow in the latest movie. (i tengok balik Half Blood Prince,and most of the scenes from the first 11 minutes dibuat kat sini )


If you go into one of the local pub you can see pictures of Harry and Dumbledore walking down this road sewaktu shooting filem diadakan.

Dan kalau anda fanatik Harry Potter jugak,you must've recognized this house;

YES! Its the house where Lily and James Potter got killed in the first movie. Bangga siot sambil ambik gambar terbayang-bayang scene Voldemort datang berayatanpa diundang.


-Voldemort wuz ere. Fanatik habis *rasa nak lempang*

And this house pulak was featured in Half Blood Prince. This is Professor Slughorn's house. Mula-mula i pun tak berapa cam sebab Half Blood Prince is my least favourite Harry Potter movie.


And if you go to Lacock, dont forget to go to their bakery. Its a small bakery where they have workers dressed up in traditional costumes.Cumil betoi. And they make the best vegetable pasties!

Walaupun sedikit kuciwa tak dapat masuk Lacock Abbey,I had fun during the tour,mostly because i am a huge Harry Potter fan. But for those of you yang tak minat dont worry. Im sure this tour will still be fun for you guys sebab banyak facts baru yang diperoleh dari tour macamni.

We went back to Bath around 6pm. Sampai-sampai memang dah gelap,so memang takde benda lain dalam kepala selain dinner. Had dinner at a very nice japanese restaurant in Bath. Excellent gila food dia woh.

With that tantalizing picture,i end my post. Saja suka sejak dua menjak ni ending post dengan gambar makanan.

to be continued....