
HALO HALO semuaaa!!!!fuh lama betul rasanya blog ni tak diupdet.baru lah betul usang lagi bersawang. rindu ke tidak?rindu ke tidak?rindu ke tidak??sumpah annoying tanya sampai 3 kali.
setelah dicanang keliling kampung rasanya ramai yang dah tahu adik i iaitu saudari husna binti abd razak telah mendapat 5A dalam UPSR. sekaligus melayakkan beliau untuk mendapat tawaran interbiu untuk memasuki SSP.bukan sijil simpanan premium,sekolah sri putri lah hawau.sejak bila sekolah di malaysia mengamalkan temuduga rambang ini sila tanya Muhyiddin Yassin.
memang dahsyat zaman sekarang ni sampai nak masuk skolah menengah pown kena interbiu segala. zaman i dulu nak masuk asrama senang je.isi borang lepastu sembayang hajat. tak payah temuduga semua ni. tapi habis je sekolah menengah memang banyak pengalaman i diinterbiu. disebabkan mak bapak bukan jutawan Hai-O maka memang kena berjuang untuk dapat scholarship. tapi dapat atau tak tu bergantung pada rezeki juga sebab di Malaysia ni kalau kau interview gempak siap deklamasi sajak pun silap-silap anak angkasawan rumah sebelah tu jugak yang dapat sebab guna orang dalam.
bagi i bila dipikir balik interview memang pengalaman yang best sebab kau akan berjumpa pelbagai jenis manusia.tetapi memang antara golongan-golongan yang ditemui ada yang menjengkelkan hati sanubari.
golongan overdressed
owh ini memang nampak sangat tak pernah pergi interview. especially the ladies.dress up ala-ala M.Daud Kilau dengan bling-bling satu badan lepastu bajet stylo.ada yang pagi interview feeling victoria bekam lantas pakai heels 8 inci lepastu jalan terabur habess.kalau tak biasa pakai heels takpayah lah gatal pakai sampai 8 inci sabariah oiii

kontrol ayu kontrol ayu.....
golongan underdressed
selalunya lelaki lah yang pakai macam tak sudah.i tahu lah pakaian formal ni tak selalu dipakai tapi tak payah la nak kedekut sampai kena pakai kemeja peninggalan arwah datuk.ada yang pakai kemeja warna coklat dengan tie kaler hijau lumut.sekali tengok dah macam lady gaga.kalau tak tahu matching kaler pakai je baju putih dengan slack hitam.nak style sikit pakai tie merah.kan mudah tu.and ada jugak yang sanggup pegi pinjam blazer saudara mara untuk interview.ini tak salah tapi bila blazer kau 3 kali ganda saiz badan memang tidak sedap mata memandang. memang tiada dalam skema pemarkahan bila pakai blazer dapat markah lebih jadi takpayah malukan diri sendiri sampai macamtu sekali.
golongan kiasu
selalunya golongan ini akan datang dengan atleast 3 fail yang dipenuhi sijil-sijil lepastu saja je nak selak-selak depan muka orang lain sebab nak tunjuk dia lah calon paling layak sebab dah banyak pengalaman masuk pertandingan berbalas pantun.orang macam ni selalunya berlagak je lebih tapi bila bercakap haram takde point pun.cakap english pun dah macam bunyik jawa ada hati nak show off.chaittttt
golongan competetive
sedikit competetive itu bagus untuk memajukan diri.tapi kalau dah terlebih sangat memang layak dimaki. terutama sekali bila temuduga dalam kumpulan mesti ada seorang minah mulut pokpekpokpek tak berenti cakap sebab taknak bagi can orang lain.ini berlaku pada i waktu interview JPA,minah seremban pakai tudung perpel tuh sampai sekarang i masih ingat muka dia.lepasni kalau aku jumpa kau kat paksen seremban siaplah kau
jadi untuk semua calon-calon interview diluar sana silalah mematuhi etika-etika interview yang ditetapkan. dapat ke tidak bergantung pada rezeki dan takdir juga.sila jauhi perkara-perkara menjengkelkan ini jika tak mahu jadi seperti minah seremban tudung perpel yang dibenci itu.
akhir kata;LU WATCHOUT AH MINAH!!!!









