Monday, May 24, 2010

Morocco:Percutian Paling Hangat


Woh woh dah lama juga rasanya dah tak updet tapi siapa yang still lawat blog ini dan setia menanti thankyouverymuch you're the best lah. justeru untuk mengqada' update maka kali ini post agak panjang.siapa ada batu karang boleh kencing siap-siap sebelum teruskan membaca.

Seperti yang diwar-warkan di facebook,i spent my weekend in Agadir,Morocco. Actually Agadir is the most modern part of morocco so my motif pergi morocco obviously bukan nak tengok architecture stuff. I went there for the beach!!!!

Agadir punya town takdelah besar sangat tapi penuh dengan tourist. Cuba bayangkan bandar seremban + kepanasan Nilai + angin Dublin waktu late spring.lebih kurang macamtu lah Agadir. perghh precise betul gambaran.




The best part of the trip ialah kos flight and 3 nights stay in hotel hanya 120 euro sahaja.im not talking about rumah tumpangan kinda hotel tapi hotel ini lengkap dengan swimming pool,gym,spa dan basic amenities yang lain.dahlah bilik besar gila can accomodate up to 7 people but there were just 5 of us hot single people.



What to do in Agadir?

eceyh gaya penulisan dah ke arah brochure pelancongan. walaupun Agadir ni kecil saja tapi there's so many things to do. salah satu aktiviti sihat yang boleh dijalankan ialah bermain di pantai. sebab dah lama sangat duduk dublin yang suram sejuk jadi bila nampak pantai jadi gila jakun. selain mandi manda boleh juga paragliding,main jetski dan cuci mata.



kalau rasa kepanasan pantai terlalu hardcore boleh juga mandimandi manja di swimming pool hotel.

-bila mandi swimming pool wajib buat aksi Mangga.

hari kedua we went for camel riding.gila woh first time up close and personal dengan unta,rupanya nafas unta bau longkang. dahlah 2 jam camel ride tu memang boleh permanently kengkang kalau amalkan selalu.


-lalu area national park yang lebih ke arah semak samun.

-we were suppose to see flamingo birds here tapi mungkin burung takde mood nak posing untuk tourist.

-lepas ride 2 jam,unta jadi begini.sigh.mungkin perlu diet.

lepas camel ride pulak pergi buat full body massage.yang speselnya massage di sini ialah sebab guna argan oil.argan tree cuma ada di morocco saja takde di tempat lain.jadi di samping melegakan tulang belakang yang rosak akibat menunggang unta dapat juga merasai khasiat argan oil.

tapi sebab tak pernah pergi massage before this maka memang culture shock apabila boxerku direnggut hingga mendedahkan separuh pinggul yang montok. memang traumatize betul. dahlah tukang urut perempuan,memang ternoda ah rasa macam berurut dekat rumah pelacuran jalan chan sow lin.

-this lady tengah prepare argan oil.gambar sedang massage tak boleh disiarkan kerana terlalu 18sx

the last day we went to Kasbah which is actually kesan-kesan runtuhan old city zaman dolu-dolu.nothing much to see tapi sebab kasbah ini terletak di puncak bukit jadi boleh nampak view bandar agadir yang breathtaking.


-macam great wall of china pun ada

-gayat woh tengok dari atas.

What to eat?

Secara keseluruhannya makanan di Agadir memang murah gila babas. bayangkan spagetti sepinggan di restoren yang terletak dalam hotel cuma 350 dirham which is 3.50euro saja.kalau kat dublin 3.50 euro boleh dapat spagetti mentah dengan sos tomato balik rumah masak sendiri pfft.

tapi jika anda ke morocco 2 hidangan yang wajib dicuba ialah cous cous dan targine. cous cous tu yang macam nasi tapi kecik-kecik sikit saiz dia. pergi google sebab takde gambar. targine pulak basically any kind of meat yang dimasak bersama dengan olives,potato,carrot etc dalam bekas claypot khas.rasa dia memang bisa memusnahkan diet.

-dimasak di atas arang.chef memang muka bengis macamtu bukan tak fotogenik.

-rupa paras sebelum dilahap.


tapi kalau anda feeling omputeh tak lalu nak makan local food,mc donald juga ada walaupun harga sedikit mengerikan.


the best targine yang i makan adalah targine unta.yes i makan unta bangga sial. tapi harga gila murah sekali dengan appetizer and dessert harga cuma 50 dirham which is 5 euro! kalau tak kerana ada 2 sem lagi nak habiskan dekat dublin mesti i dah berhijrah tinggal di morocco.

and biasanya setiap kali makan akan dapat complimentary mint tea. jadi untuk penjimatan maksima tak perlu order air.cheapskate betul.

Membeli dan membelah

Di Agadir terdapat beberapa souk ataupun pasar yang menjual produk tempatan.tapi souk yang paling besar dan happening ialah souk el-had.walaubagaimanapun selalunya harga yang dikenakan kepada tourist memang berganda mahal.



-jangan terpedaya dengan wajah friendly penjual-penjual ini.sekor-sekor cekik darah.

jadi kemahiran tawar menawar amat diperlukan. mintak saja diskaun separuh harga lepastu kalau tuan kedai taknak bagi buat muka kerek dan terus blah.nescaya tuan kedai akan panggil anda kembali dengan wajah desperate dan beri half price discount.teknik ini i belajar dari pengalaman di-scam di turki dan dari bonda tercinta.sebab mak saya bila beli cd cetak rompak pun nak tawar menawar.its in the gene bebeh.





-antara barang yang dijual termasuk herbs,jubah,pinggan mangkuk dan karpet. semua tempat pun memang kena bargain untuk dapat harga murah.

-kalau beli banyak tokey kedai mesti belanja teh. tengok pose taukey memang next top model betul.

all in all trip to Agadir memang best sebab its different from other places ive been to. asyik pergi negara omputeh yang mahal-mahal sekali-sekala tengok tempat pak arab memang membuka minda. i rasa ini juga trip yang paling relaxing yang pernah i pergi.memang best walaupun kini sudah berkulit dark brown.(ceh mengada taknak mengaku dah hitam)





36 comments:

the perfect fit soulgasm said...

wah body macam malik noor
HAHA

dylli said...

dah nak macam radhi OAG pun ada kat pool tu! :D

Liyana said...

patut ah menghilang..

hatim a.r said...

@perfect:itu ilusi optik

@dylli:sorang malek noor sorang radhi oag.bagi la yg hensem sket

@liyana:aku pergi membawa diri la hehe

Farrah Elysiae Azmi said...

ur body is suprisingly..hmmmphh..tak sesuai dikomen di sini..but those arms!! yummy! :p

kamil hassan said...

hatim, cost 120 euro je? serious? visa pon kena buat kan. agak2 kalau nak pergi kena buat visa berapa lama sebelum trip?

~IHSAN AZ~ said...

patut r seminggu x update blog, aku ingat kemana menghilang,huhu, dah r x ajak, sedih wor, aku buat aper2 kat malaysia mesti ajak ko walaupon tau ko xleh dtng,huhu....

mermed Z... said...

hye..

da lame jadi silent reader kamu...

kamu and blog kamu...
very attractive ;)

keep blogging...

p/s: gmbr kt pool tuh mmg ada iras radhi oag ;p

hatim a.r said...

@farrah:eh kan dh kata itu ilusi optik je.teknik penggambaran haha

@kamil:seriusla!!visa dalam 20 euro je.normally patutnya kena apply visa baru book tiket flight sebab tak tentu bila boleh siap.but kitorg dulu dh terbook tiket sebab ada sale.so we ask the ppl at the embassy to make it quick.dlm 2-3 minggu cmtu siap la.

@ihsan:aku xnk ko sedih woh nanti takbley ikut.ko slalu ajak aku aku stress tau tak takbley pegi

@mermed:thanks taking ur time reading this blog.

Aliyah Zambri said...

homaigord.
your best entry yet. (sebab ada, bukan satu, but 2 setengah gambar saya!)

saya terharu.

ps- wah wah semakin ramai yang menyedari kehenseman anda,haaha.

adrinaqamarina said...

120euro memang best la...
ktorang kat sini pon tengah mencari-cari pantai...
tapi dah book da sume na jalan3 afta final ne...

ta sabar na rse begitu heaven bercuti...

knp nafas unta bau longkang?
sebab unta ta gosok gg...
lalalla~

BuNgA PuJaAn mEkAr mEwAnGi said...

waaaaaaaaaaaaaaaaah.
bestnyer..
cuma dapat bayangkan pantai pulau redang tu mcm pantai kt agadir tu.
eheheehehe.
tu lah. tengok cara bergaya tu pon santai je.
doakan i dapat g sana jugak. (^_^)

hatim a.r said...

@aliyah:amboih bimbs!!bila ada gambar dia baru best ah.ceh..masih teringat tits slap

@adrina:dah asek pergi tgk european city je bosan gak.sekali sekala nk lepak tepi laut.pergi tempat ber kos rendah for a change

@bunga:insyaAllah boleh punya nk dtg sini.redang pun best ape.i went there last summer.

ashz_ami said...

can't wait to go to morocco sebab nak mkn n shopping ngn banyak without feeling guilty..

tp mst panas giler.. kitorg kt delphi smlm, atas bukit y sm tinggi ngn everest tp bila jalan, menitik peluh.. xtahula cmne bila duk kt morocco.. huhu..

targine tu la y kitorg mkn kt turki dat gave me 10extra kg b4 balik msia.. mmg best giler !! mmg sure akn mkn kt morocco..

ps : bila lama xb'gosip n xjmpa, komen jd panjang tiba2.. sabar jela ek =)

hatim a.r said...

aisyah!!!!morocco panas but surprisingly tak bpeluh pulak.u have to try camel targine!!!!dahla super cheap woh.lepastu kalau pergi agadir jgn lupa makan seafood dekat marina dia.calamari dia the best in the world

ashz_ami said...

targine camel tu insyaallah akn mkn... tp calamari mungkin tak.. dh nk munth makan calamari kt greece ni.. xde mknn halal watsoever.. nk msk sendiri xleh sbb xde dapur.. so, tiap x nk mkn, mkn calamari.. even the pizza pun kitorg xleh mkn coz diorg guna cheese kambing y giler xbest..

apa y best beli kt sana ? nmpk cm byk je msk kedai n dioffer air teh free.. mst byk giler borong.. xde gambr pakai jubah ke ? aksi mangga je byk.. hehe

hatim a.r said...

tak beli jubah pun sebab i wont wear it.nanti membazir je.beli pingan for my mom n fridge magnet mcm biasa.bdk2 lain ade jugak beli claypot targine tu.morocco seriusly best aisyah!!tapi semua benda have to bargain kalau xnk kena tipu.

and the best part semua food halal!hehe malam first aku dh bantai lamb chop

ANIS ASILA said...

ini sangat menyeronokkan. entry u ni da macam 'Destinasi Bajet'. tapi confirm pergi morocco ni besar bajet kan? tapi berbaloi kot,sebab u banyak buat aksi manggakan. hehe.

:D

dali said...

wah gambar magga tak tahan tengok tu.. dah naik unta balik sini jgn lupa naik kereta lembu di melaka.. baru adil haha.. very nice blogpost..

tintin said...

apsal hatim mcm kacak tetibe jew..opsss..=)
best jew tgk u hlday..

hatim a.r said...

@anis:memang bajet pun.hols paling fun at the same time plg jimat

@dali:kereta lembu dah selalu naik waktu kecik.sekarang dia dah pindah kat ayer keroh dh tak best.dulu kt tengah town

@tintin:mana ade tetibe.mmg selalu kacak hahaha

Balqis Riza said...

niceeeeeeeeeeeeeeeee

A.R.A.S.H. 910 said...

sure seronok!

Airin said...

mind sharing the name of the hotel u stayed at Agadir? Looks good to visit 1 day.

hatim a.r said...

@balqis:yeaahhhhh

@arash:memang seronok =)

@airin:it was residence intouriste hotel kalau x silap hehe.worth every dirhams.10 minute walk to the beach that is if u walk reaaally slow la

wardah jamil said...

alaa kalu ikut ak pegi fieldwork,angkat batu konfem lagi hitam n lagi buff.hohoho...ko da habis exam ek??? cam seronok je bergonjeng..weh,tergamak pula ko makan daging unta tue???

BuNgA PuJaAn mEkAr mEwAnGi said...

yup..redang best.
g sane untuk final exam koku.
sangat cantik~~
kalau kempunan nak g agadir tu.
layan feeling kt redang je. hehehee.
lepas ni trip g mane lak?
tumpang sekaki nak tengok pics..heheehe

Farhana Salih said...

Wah, best nyer melancong! Takyah ikut pun boleh tengok kat sini. Kalau saya pergi sana, mesti rambang mata dah la tak pandai tawar menawar >.<

roxychick said...

hi, slmt berkenalan.

i baru sempat baca beberapa entry u and i must say, u ni ala-ala versi lelaki hanis zalikha la! (sambil berbisik ke telinga: bukan bab muka tau, but your writing. tak tau la kalau u ada niat nak tiru cara penulisan dia. heh) but i guess muda-mudi zaman sekarang memang camtu kot cara dorang bercakap/menulis..

anyway, i suka baca blog u. nanti akan i kepilkan url u kat my blog yang tak seberapa tu wokeh.

p/s: i dpt link u kat blog rizalman. :)

FarahMadiha said...

waaaaa.... jeles nye... da lama tak pergi holiday -sobsob-.. dah la tengah periksa!

scary kan naik unta? especially waktu unta tu nak bangun.. haha!

hatim a.r said...

@wardah:ko lain la.aku mana ade fieldwork kejadah semua ni.so bila pegi tempat panas mmg cair woh

@bunga:lepasni trip 2 minggu 5 countries hehe insya allah

@farhana:ya kalau nk rasa mcm mana pergi morocco boleh baca blog ni slalu. =)

@roxychick:hanis zalikha?i take that as a compliment =)) agak2 kalau masuk meminang dia boleh dapat x?haha

@farah:lepas exam la pegi holiday baru masyuk.stress 2 minggu exam akan dilupakan serta merta

puterakayangan said...

first thing to comment!!
-unta tuh seiras anta la..(read in arabic + malay style)

-wah!!rumah tukang urut...ish3....xkan mse tgh urut pun snap pix kot...

-kat morroca x jual produk memutihkan kulit ka...?(read in anak mami's slang)

Shahirah Elaiza said...

WOW... It looks like you had an amazing time. I love the photos you've taken =) Morocco is gorgeous!!! and the unta is soo cute.

[i.l.y.a] said...

kau pergi tanpa warning kalau tak boleh kirim claypot targine.

cehh.

hatim a.r said...

@putera:semua tempat snap gambar.tapi hanya selected few saja boleh di publish haha

@shaelaiza:yep amazing time indeed.u shud come here sometime soon!ull love it

@ilya:haritu aku dh nk beli tapi tak jadik sebab mak aku kompem takkan guna.x tau pulak ko nk haish

myhoneypies said...

Salam hatim. Nak tanya klu ke Morocco untk Malaysian perlukan visa ke? Thanks. Kak Mas, Nottingham