Showing posts with label MISC bukan MIC. Show all posts
Showing posts with label MISC bukan MIC. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Madina Label Fenomena Tudung Muda-mudi Masakini!


I wasnt kidding when i said i will review an instashop jual tudung in my last post. So to all shawl enthusiast/tudung afficionado/hijabista/hijabnita/pondan insaf out there i've a good news for chu ollz.

Tired of looking like a color blocking australian lizard with your current tudung tingkat beropol-ropol?


Dont worry ladies. It's time to overhaul your shawl closet, release the inner hijabista in you *flips tudung repeatedly *

I have a solution for you.

 There is a cool up and coming instashop selling up to date trendy shawls with the highest quality and craftmanship. Amboih ayat promosi kau tak agak-agak.

Jadi jom visit IG @madinalabel dear. Wah mentang-mentang jual kat insta tak semena-mena bahasakan orang lain dengan panggilan dear.





Like seriously nowadays banyak sangat orang jual shawl di internet, kat online nampak lawa tapi bila sampai ke tangan tekstur kain adalah seperti kain kapan nauzubillah. Mungkin itu cubaan dakwah secara halus untuk mengingatkan tentang alam barzakh.

Di Madina Label semua fabrik shawl adalah di handpick dengan teliti di gedung tekstil kemudian dijahit kemasannya dengan meticulous. Seriously weh all my aunties aka The Kuala Kangsar Kardashians semua dah tak pakai tudung lain dah. Memang pakai Madina Label sajer. Kualiti jahitannya tak perlu dipertikaikan dahlah harga murah berpatutan ya hamat sehelai 35 ringgit beli 3 rm100 hoi nangislah mana nak dapat kualiti dan murah dalam satu ayat yang sama?!

Kau nak tudung corak? Pashmina? Tudung plain classy with lace finishing? Nak tempah custom made? Bak datang lah wei. Semua boleh contact IG @madinalabel dear. Tudung stailo tapi lebar boleh tutup dada syariah compliant dear.




Jadi apa tunggu lagi? Tak reti-reti nak visit Instagram @madinalabel, dear? Atau boleh whatsapp/call/sms 0134809750, dear? Atau boleh juga email madinalabel01@gmail.com, dear?

Masih ragu-ragu dear? Madina label dah masuk suratkabar okkay. Ko jangan sampai dia tembusi pasaran antarabangsa masuk cover depan Vogue sambil diperagakan oleh Kate Moss. Time tu tak dapek dah harga RM35 sehelai nangis lah kau menyesal apasal aku tak beli time harga boleh bayar pakai duit BR1M dulu. Ok dear?



Monday, March 11, 2013

A Vintage Cafe


Perbualan kanak-kanak ambitious;



But seriously if i have a cafe it would be so much cooler than Starbucks. Vintage + modern minimalist decor, then there'll be a smoking area with pictures of lung cancer plastered all over the wall. (am pretty sure that my brother wont approve this).

Monday, February 18, 2013

Pengalaman Seminggu Sebagai Kambing Jadian


It's not a secret that i have a love-hate relationship with food. Eversince i live in Penang my weight has been yo-yo ing a lot. Sometimes borderline obese,sometimes ok. But never underweight. I love food too much i can never be anorexic.

Berat turun naik ni dia ikut musim. Kalau dah dekat-dekat nak exam tu selera makan macam mewarisi 18 saka nenek moyang. Makin depresi makin bertambah selera makan, coping mechanism gamaknye. Tambahan pula umur dah menjengah pertengahan 20 an nih, metabolisma badan dah menjunam. Senang gila nak gemuk tapi Ya Rabbi susah gila nak turun woih.

But kalau time determine tu dalam seminggu dah boleh muat balik seluar. Waktu determination tinggi setiap hari akan jog/hiking lepastu ambil light dinner. Unnecessary calories seperti aiskrim dan cekelat dijauhi. Lunch je makan banyak. Tapi masalahnya semangat untuk kekal sihat itu cuma bertahan seketika saja. I dont want to take supplements ke apa, because who knows what long term side effects they have. For now i'll just stick to exercise dan diet. No disrespect to people who take supplements, it's just personal preference.

Lagipun bukan nak bina badan sebab nak otot berketul boleh ambil gambar gaya douchebag selak tshirt dan upload di instagram, just nak maintain berat biasa sebab kalau tergemuk sikit terus tak muat seluar slack yang pakai pergi hospital tu. Sedar diri ni bukannya kaya oi keje nak beli seluar je tiap kali menggemuk.

Sebelum cuti raya cina haritu tahap disiplin adalah ibarat peserta The Biggest Loser top 3. Setiap hari dipenuhi aktiviti riadah.


Lepastu malam makan salad. Salad hoii gila tak pernah seumur hidup dinner salad 5 hari berturut. Dah serope kambing


Campur fish fillet jenama Figo yang sedap melampau, kalau tak memang tak lalu telan. Pastu letak meatball jenama Tesco jugak dalam tu. Menyesal beli jenama Tesco ni. Rasa macam makan penyendal pintu. Tapi jimat gila makan macamni tiap malam. 

By the end of the week berkesan okeh. Boleh rasa pakai seluar dah longgar dan keratan rentas badan kini tidak gajah lagi. Tapi...... cuti cainisniuyer balik kampung ambik kau makan lunch je 3 kali tambah. Penat je mengambing seminggu makan salad hoi

Opah la punya pasal tiapkali masak sedap melampau gulai lemak pekat, ikan belanak masin goreng, sambal nyor, ulam kacang botol memang menu menyeru saka.


-gambar hiasan: Opah menonton drama filipina dari jarak dekat kerana perlu baca subtitle


-siap buat steamboat malam raya cina. Cina pun tak over camni

Now since im back in Penang, i need to re-start my weight loss regime all over again. Tapi nak start balik lepas lama cuti tu yang mencabar. Petang-petang bila dah dekat time nak jogging secretly berdoa dalam hati supaya hujan takpayah jogging jadi takde rasa bersalah sangat nak tidur petang atau berbaring sambil layan youtube. Teknik sabotaj diri apakah ini???  Haihhhh...

Tuesday, December 18, 2012

Pasar Tak Berapa Nak Seni

One of my fondest childhood memories ialah di zaman 90an dulu ada sekali ikut ayah ke KL menaiki bas untuk ke Pasar Seni. Ayah aktif melukis during those years. Walaupun bakat melukis itu ibarat kuah yang tidak tumpah ke nasi namun akibat dari pendedahan awal ini sedikit sebanyak menjadikan diri ini menghargai sesuatu yang arthritis. Eh artistik.

Masih segar di ingatan Pasar Seni waktu itu ibarat satu sorga seniman amatur, tempat anak muda berjiwa seni mempamer karya. Juga tempat menjual alat-alat lukisan. Tidak semeriah sekarang, tapi tetap ada aura keraian di dalamnya. Bukan gedung mewah tapi kaya dengan nilai budaya dan elemen kesenian yang kau takkan jumpa di tempat lain.

Waktu itu ramai pelukis-pelukis pro dan semi pro menghabiskan masa di Pasar Seni saban hari menghasilkan karya-karya yang entah akan terjual atau tidak. Namun tidak terlihat langsung kegusaran di wajah-wajah penggiat seni ini mungkin sebab terlalu engrossed dengan kepuasan berkarya itu lalu tak diendahkan soal penjualan lukisan. Pelukis dan pengkarya ini kalau kau sembang dengan dia macam-macam cerita hidup yang kau boleh pelajari dan ambil iktibar darinya. Kunjungan ke Pasar Seni berpuluh tahun dulu ialah satu kunjungan penuh makna dari aspek cultural, artistik juga membina jatidiri.

Weekend yang lepas me and my brother decided to pay a visit to Pasar Seni.


Dari segi luarannya tak banyak yang berubah dengan bangunan ikonik ini. Namun sebaik melangkah ke dalam boleh dikatakan Pasar Seni telah bertukar 100%. Lebih meriah dari dulu tapi ia kemeriahan yang kosong. Lebih banyak kedai dan small business di dalamnya, tapi konsep Pasar Seni kini memang jauh menyimpang dari maksud kesenian yang hakiki. Im not sure you can still call it Pasar 'Seni' anymore.

Pasar Seni kini ibarat seorang datin kaya yang disaluti barang kemas, tampak berkarisma secara zahir..tapi hakikatnya dia bimbo. Corner yang menempatkan pelukis-pelukis amatur dulu kini diambilalih dengan kedai-kedai menjual pashmina made in Pakistan. Kedai menjual alatan melukis di tingkat atas ditukar kepada kedai menjual baju murahan ala Nilai 3 dan merchandise stores yang menawarkan aneka seleksi souvenir picisan Made In China. Even gerai makan melayu di tingkat atas sudah di overshadow dengan restoran makanan Thai. 

Pendek kata bila kau masuk Pasar Seni sekarang memang tak ada dah unsur kesenian di situ. Bukan setakat unsur kesenian, unsur ke-Malaysiaan pun hampir tak wujud. Itu yang lebih menyedihkan sebenarnya.

Brother-brother seniman amatur era 90an dulu kini diganti dengan tokey kedai Pak Arab dan salesman dari Pakistan dan negara-negara sekitarnya yang tak menyumbang kepada komunikasi dua hala yang membina. Ruangan kaki lima pula dipenuhi dengan gerai menjual casing iphone dan waffle segera. Tak tahulah jika pihak berwajib merasakan casing iphone dan waffle segera itu 2 benda yang artistik, tapi pendapat saya certain things are better left untouched.

Ingat lagi jalan di tepi Pasar Seni yang suatu ketika dulu dipenuhi buskers dan pemuisi jalanan? Ia telah difaceliftkan dan digelar Kasturi Walk. 


Kini tiada lagi buskers atau pemuisi jalanan, cuma gerai-gerai kecil yang bersepah menawarkan benda-benda yang tidak membawa makna dalam kehidupan seharian. 

I dont get this obsession of converting every single tourist attractions into commercial centre. Baguslah kalau ia menjana ekonomi tapi jangan kerana nawaitu 'menjana ekonomi' itu kita korbankan identiti dan nilai seni sendiri. Kalau tourist datang ke Pasar Seni sekarang pun mesti dia konpius dengan identiti Malaysia. Souk El Haad di Morocco dan grand Bazaar di Istanbul pun jadi tempat buat duit, tapi somehow identiti asalnya dikekalkan. At least bila kau masuk tempat-tempat ini kau fikir "owhhh aku di Morocco" or "wahhh uniknya produk-produk Turkey". Kalau kau masuk ke Pasar Seni sekarang mungkin cuma "what the shit?" yang terlintas difikiran.

gambar hiasan; penulis di Istanbul

Kamonlah...orang luar tak datang Malaysia untuk shopping. Tempat diorang lagi murah nak shopping woi. Orang malaysia je yang kepalabana update status facebook "letihnyew kite shopping di Pavi harini hikhik". Travellers datang Malaysia untuk experience culture yang unik yang takde di obersi. Jadi pihak berwajib mohon tak payahlah nak bangga sangat negara kita ni ada 4 shopping malls terbesar dunia kalau keaslian Pasar Seni pun tak mampu dipelihara.

Sayang betul bila sebuah tempat yang berpotensi sebagai pusat aktiviti kesenian negara diconvert menjadi sebuah pseudo-shopping mall. Bila kurang titikberat pada aktiviti kesenian dan pembinaan daya kreativiti maka lihat sajalah program-program tv kendalian RTM dan iklan pendek terbitan Jabatan Filem Negara yang mempunyai zero nilai kreativiti. 

Maafkan saya jika post ini sedikit serius dan dipenuhi leteran yang takde sapa pun peduli sebenarnya. Tapi motif post ini cuma nak menyedarkan anda yang kadang-kadang apa yang kita lihat sebagai pembangunan dan proses naiktaraf pada zahirnya tu tak semestinya sesuatu yang baik. Kalau dalam proses naiktaraf itu kita kehilangan identiti diri baik kita kekalkan sajalah apa yang ada. 

Pasar Seni mungkin nampak gah hari ini tapi pada saya ia cumalah sebuah tapak kubur tempat bersemadinya jenazah kesenian anak Malaysia yang authentik. RIP.

Saturday, December 1, 2012

Resepi Aiskrim Goreng Versi Pemalas Terlampau


Parents are away for the weekend. They are on an adhoc honeymoon-ish trip to Langkawi. Since mama won't be able to join the family trip to Indonesia later this month due to some unforseen circumstances, she insisted on going for a short trip where she can board on a kapal terbang. Whatevs, kasi can.

But the bad news is i have to spend the entire weekend at home with only my little sister who is no fun. She spends most of her time either in her room watching some korean stuff or in front of the tv watching Istanbul Aku Datang for the 8th time.

You might think having a girl in the house will come in handy untuk tolong masak setiap kali meal time. Wrong. My sister is a 15 year old teenager with culinary skills of an infant. So it is up to me to make sure both of us are still alive and not starving by the time le parents come back from Langkawi.

This is what i prepared for dinner yesterday;


But my sister is not entirely useless. She taught me how to make Aiskrim Goreng versi nakharom pemalas. So lemme share whitchu guys simple steps to make Aiskrim Goreng. 

First the ingredients needed;


-Roti Gardenia dan Aiskrim.

Yep, that's it.

It's up to you lah roti brand apa nak pakai. Kalau posh sikit boleh guna eskrem Haagen Dasz tapi kalau miskin macam kami sila beli aiskrim yang tengah sale di Mydin.


Scoop seketul aiskrim dan letak atas sekeping roti. Then cover with another slice of bread.
Lepastu,


Tenyeh dengan mug. Langkah ini akan memastikan kepingan roti tadi bercantum dan memerangkap aiskrim di dalamnya yang menjadi inti. Faham ke tidokkk??

Hasilnya;


Haaa dia akan jadi macamni. Lebihan kerak roti di sekeliling tadi di trim dengan pisau. Lebihan-lebihan roti tersebut boleh lah dihumban ke dalam longkang ataupun kalau taknak membazir campak dalam bread pudding.

Simpan roti berinti aiskrim di dalam container dan frozen kan dalam peti ais beberapa jam atau semalaman atau sukati kau lah. Ini memang bergantung kepada instinct semata-mata. Lepas dah dibekukan bolehlah digoreng.

Goreng dalam minyak yang panas. Penggunaan minyak yang baru adalah disarankan kerana menggoreng dengan minyak belen goreng ikan masin malam semalam akan mengtransformkan aiskrim goreng anda kepada sejenis makanan yang dipandang hina oleh masyarakat. Goreng kejap saja sebab tujuan menggoreng adalah cuma untuk mem-brownkan permukaan roti dan menjadikan beliau rangup. 

Kalau goreng lama-lama nanti takut roti menyerap minyak secara berlebihan lantas mengakibatkan jantung tersumbat dalam jangkamasa panjang. Ini adalah tidak bagus untuk kesihatan di samping menyesakkan hospital-hospital kerajaan secara tidak langsung menambah tugas doktor dan kakitangan hospital.

Inilah rupa paras selepas digoreng;


Makan ketika masih panas-panas. Gabungan rasa roti yang panas dan inti eskrem yang sejuk...fuhhh orgasme berganda. 

Sekian resepi cincai minggu ini.

Monday, November 12, 2012

Tips Membina Badan....Not.


Life post exam is not as exciting as i thought it would be. The weather has been pretty sucky lately hence limiting my outdoor activities. I'm currently doing my electives at a super boring hospital (ade ke hospital yang tak boring weh?)


Spent most of the time looking for good food to compensate for those crappy meals i had during the exam weeks. Tapi bila dah banyak free time ni takde idea pulak nak makan apa. Went to Seoul Garden with the boys immediately after our last paper and i swear that's the last time im eating at that place.

-Other than the Szechuan beef and teriyaki chicken, everything else was just nasty. The sotong especially masin tahap air laut mati i can feel both my kidney failing as i was eating them.

And since dah banyak free time ni tiap-tiap minggu la balik kampung. Eventhough balik kampung costs me money ( newsflash: tol and petrol aint cheap) Opah's cooking and the homely feeling is worth every penny. Opah also provides me bekal to bring back home setiap minggu.

This week's lauk:


-ikan sambal dan daging kijang masak kicap. Bila masa Opah memburu kijang tidaklah ku ketahui.

So it is no surprise that my waistline is expanding like nobody's biznezz. Petang-petang if im not curling up under the duvet this is what im up to;



Exercise sejam lepastu malam lepas dinner siap boleh tapau nasik lemak sebungkus buat supper. Memang cerah harapan kau nak kurus.


Friday, October 26, 2012

The Best Raya Celebration Ever.


Still in the middle of exam week. Hence life is kinda suck right now. My kampung is so near but i've to stay back in Penang and study. Woke up at 9.30 today so i missed the solat raya. Was starving this morning and figured there must be no kedai makan melayu open for business today. It would be awesome if McDonalds come up with Chicken McRendang or something, but of course that's just a wishful thinking.

So i decided to order food from Pizza Hut. And basically this is my Raya feast.



Yup. I ate two. This is my way of saying eff you to those who uploaded food pictures on twitter and facebook.

And no, im not gonna wish y'all Selamat Hari Raya. If you will excuse me, i have 4 pieces of Honey BBQ chicken wings to attend to.


Monday, October 1, 2012

Wash This When Dirty


Lama sungguh belog ini dibiarkan tandus. Sejak sebelum end of block exam O&G haritu memang takde mood nak update. Sekarang tengah study leave 2 minggu sebelum finals. Ya, 2 minggu untuk cover Public Health, Paeds, Psychiatry dan O&G. At this point i'm just thankful that i still dont have any bald spots.Yet.

Students and exams are like Paris Hilton and STD. Inseparable i tell you. Jadi redho sajalah but at times i do miss those moments when life was so much simpler.


-awesome instruction i found on one of my shirt

And as usual when i'm all stressed out i'd go to youtube and watch ridiculous videos. So, my top pick ridiculous video of the moment is this;


'Ahkak' tudung pink muka iras Didie Alias. 

Tuesday, August 14, 2012

Colour Blocking Dan Fesyen Turban Sempena Lebaran


Blue top with yellow surgical cap which unfortunately looks almost similar to Yuna's turban.


So fashionable
Sighhh..

Monday, July 30, 2012

Update Kuih Raya Dan Peristiwa Random Sepanjang Romadhon


Bulan puasa ni dia punya pemalas nak update tu tahap lain macam sikit. Mungkin sebab update belog ni boleh dikategorikan sebagai lagho jadik bila time-time setan takde ni dia otomatik macam takde mood je nak update. Tu yang semua post bulan puasa post bergambar 2-3 ayat je.

Anyway, i went to Shah Alam last weekend. Spent a night at my aunty's. Dan seperti biasa industri kecil pembuatan kuih beliau sedang giat beroperasi.


Terima kasih kepada belog reader yang meng-order kuih from her. Siap ada yang jadik ejen pengedar kuih raya haruslah ku tuntut komisen promosi percuma di belog. Kepada yang nak order Noor Homemade Cookies masih menerima tempahan sila refer link blogpost lepas untuk contact number. Kuih berkualiti dan sedap terlampau dengan harga yang sungguh berpatutan kalau nak jadi ejen, sebalang boleh ambik untung 2-3 ringgit habis meniaga singgah showroom Honda buat downpayment CRZ.

Bila order nanti bagitau "Saya Pembaca Belog Hatim, Cik Noor jangan lupa duit raya dia kasi up sikit dah tolong promote banyak ni".

And i had the chance to perform tarawih at the state's mosque.


Seriously, Shah Alam mosque is the best. Feeling Mekah ok sembahyang masjid ni. And the most important thing is jemaah pandai merapatkan saf unlike jemaah di sebuah masjid negeri di utara tanah air.

Im starting my obstetric and gynae rotation today. Puasa and women giving birth is not a good combo. Let's hope i wont pengsan and embarrass myself in the delivery room. But im so glad that i made it through Public Health rotation yang super bosan. It's finally over. 

We had a class photo taking session on the last day of Public Health and as you can see riak kesyukuran itu memang tak dapat dibendung.


And this one.


Gila tak beragak over excited last day.

Monday, July 23, 2012

Take That, Syaiton


At the pasar Ramadhan earlier today;


-so many choices,but as usual most pasar Ramadhan food is prepared by people who has the delusion that they are a good cook. 

At the end of the day, i came home with ONLY this;


Hatim -1     ,     Nafsu pembaziran -0

Booyah!

Monday, July 9, 2012

Di Penjara Janji


Sejak dilahirkan diri ini tidak mempunyai hobi yang tetap. Selalunya minat tu bertahan paling lama 2 bulan lepastu memang akan terpesong. Justeru the fact that belog ini masih lagi bertahan walaupun diupdate cuma setiap 3 Masihi patut dibanggakan. Selain dari belog, ada satu lagi yang patut dibanggakan- my 2 kura-kura.

Im proud to announce that those 2 bastards are still alive. 

Dahulu cuma sekecil tapak tangan kini nyiru kutadahkan. Guru bahasa melayuku pasti minum clorox apabila membaca penggunaan peribahasa sebentar tadi. Tapi memang betul pun, 2 ekor kura-kura tu dah besar gila sekarang.

Disebabkan dah berpindah ke fish tank yang lebih besar maka kadar tumbesaran mereka semakin menjadi-jadi. Setiap berapa minggu kena belikan makanan baru walhal tuan yang memelihara menderita makan maggi. Dalam fish tank tu they co-habitate dengan ikan-ikan lain. 


Tapi setiap kali balik dari cuti panjang/weekend mesti ada at least sekor ikan hilang. At first i suspected mungkin ikan lompat keluar atau disedut oleh tank filter until i saw this the other night;


The kura-kura ate them fishes! Kecewa ok macam bapak baru found out anak dia curik tabung masjid. How could you do this to me?? Selama ni bagi makan cukup, kehidupan selesa apakes kau nak baham ikan aku?

They've crossed the line and i need to do something. Stat. So i came up with this genius solution;


-yaaa itu sangkar burung peliharaan housemate.

Memang sedih bila tengok 2 ekor kesayangan ini dah macam videoklip Di Penjara Janji ke apa nih but i've no choice. Tapi so far dah seminggu dia duduk dalam tu ok je. Selera makan tak terjejas malah semakin menjadi-jadi.


I dont know how long imma keep them in that cage tapi sementara tu demi mengubati hati yang kecewa akibat perangai tak semenggah kura-kura peliharaan i decided to get a new pair of haiwan for my own amusement ngeh ngeh. 

Memperkenalkan, lobster peliharaan saya...


Memandangkan kura-kura masuk bilik kuarantin, 2 ekor lobster ini memang menjadi penghibur okeh. Dua-dua takde nama sebab sejak dengar Tiz Zaqyah nak clash dengan Remy Ishak takda mood dah nak namakan dengan nama artis.

Selain 2 ekor lobster yang harap-harapnya mampu mencapai saiz setaraf hidangan Victoria Station, we've added a few udang kecik yang dibeli oleh housemate dengan harga segenggam 2 ringgit. You can hardly see these udangs that's why it's so freaking cheap.


Mereka-mereka ini kini hidup bahagia di dalam satu fish tank yang sama. Diharap dengan langkah kuarantin ini misteri kehilangan ikan dan udang tidak lagi berulang di masa mendatang.


Wednesday, April 11, 2012

Penang Is Not Safe Anymore

Another round of tremor in Penang. Unlike last time, semua orang tak tidur mati kali ni. I was in the middle of printing out my Psychiatry notes, while streaming the latest episode of 2 Broke Girls on my laptop.

As i make my way down the stairs from the 9th floor i can still feel my apartment block shaking and remember myself thinking; shit just got real. Called Mama immediately in case something bad happen, so that she wont have to find out about it from Buletin Utama. Dramatic much?

Orang ramai with their most selebet attire. Pengajarannya, you've got to look good at all time. You never know when things like this happen, you might have to wear those oversized worn out tshirt and that hideous shorts you bought at pasar malam for weeks to come in some pusat perlindungan mangsa gempa.

As for myself, eversince that first gempa bumi i started to wear a more sopan sleeping attire lol.

Then there's a second bouts of tremor. But i was at a mamak having nasik goreng ayam with a friend. Tiba-tiba rasa pening but my friend didn't feel anything. Right now i just hope my dodgy apartment can withstand all this gempa.

Because if it collapse,im so gonna ask for refund from my landlord.

Saturday, March 31, 2012

Home

Paeds rotation is finally over. The OSCE was a disaster but whatever. Im not gonna lose any sleep over it, in fact i'll sleep more. That's my coping mechanism. T__T

Like last year, i booked a return flight ticket home. Because after all the whirlwind there's only one place to be- di bawah lindungan ketiak ibubapa.

Tapi flight kali ni boarding dah on time,kapal terbang tak gerak pulak. Rupa-rupanya they were trying to locate one passenger who's not supposed to be on that flight. Macamana boleh ada penumpang tak sepatutnya dalam flight? i thought you have to got through the boarding gate and all?? Ini bukan Transnasional. Dahlah perasaan frust menonggeng lepas exam belum reda tiba-tiba ada orang macamni buat hal dalam flight. Buang masa tahu?

But they manage to sort it out and lucky for them my siku did not land on anybody's face.

Have a good weekend everyone!

Tuesday, March 6, 2012

Penguin Ganas Dan Mee Sotong Yang Lazat


A short pictorial update because im so malas nowadays. And since instagram is so popular among muda-mudi masakini, allow me to jump on the hipster bandwagon. This series of random pictures were taken using my il cheapo super discounted camera phone which i bought from a kiosk in Tesco Seremban hence the shiteous quality. I've been eyeing this camera Nikon 1 (white colour for those of you wondering what to get for my birthday this year) for a long time, but i cant rationalize spending 2k+ on a camera.

But my birthday is on 1st April....so yeah..

To show that i did put in some effort into this half assed attempt at updating my blog, i edited these photos using Picnik. *lame* -_______-"

Taken during my group discussion di awal rotation, di saat semua orang masih berkobar. Setelah 4 minggu buat paediatric, kini sendu.

Pancake fondue dekat Paddington House of Pancake. Waktu ni demam tapi walaupun demam, batuk, pening mahupun sawan selera makan tak pernah terjejas Alhamdulillah .
*bersandar sambil gentel lemak perut*

I was bored during one of the teaching sessions at hospital, so i gave Mr Pingu a makeover- Jersey Shore style. He's more badass now and less children-friendly.

Mee sotong Padang Kota Lama. Sedap gila hoi walaupun kedai dodgy nak mampus. Selalunya kedai yang buruk tu la yang makanan sedap. I have a theory; food tastes better when you are eating near a longkang.

Dan mee sotong tidak lengkap tanpa segelas coconut shake di sisi.

Sekian.