Eventhough raya di kampung halaman sungguh meriah tetapi sebaik saja kaki ini dijejakkan ke Penang suasana raya lenyap sama sekali. Balik-balik dari cuti hari Isnin pagi pergi hospital berkepam sampai tengahari petang pergi lecture seolah-olah macam bukan bulan Syawal pun.
Memang ironi sungguh waktu di Dublin dulu walaupun takde cuti raya tapi kemeriahan raya terasa sampai sebulan. Semua rumah mesti buat open house, melainkan rumah yang nakharomm kedekut ataupun yang ahli rumahnya spesis yang masak air pun boleh hangit. Meriah raya sampai sebulan terasa sebab boleh gathering sembang-sembang di rumah terbuka berskala kecil ini.
Tak perlu menu bombastic dan presentation 5 bintang, cukuplah sekadar soto/mihun sup yang dihidang dalam mangkuk beli kat Argos selonggok 8 euro.
This was at my open house in Dublin.
Fun times.
Bila dah balik Penang ni dengan takde masa plus duit pun tak berapa nak ada jadi memang tak mungkin lah nak buat open house macam zaman muda-mudi dulu. Nak makan hari-hari pun catu bajet weh koser pulak aku nak bagi makan satu batch.
Jadi disebabkan last week kampung halamanku telah mengadakan open house sempena bulan Syawal yang mulia maka haruslah ku menjemput beberapa rakan taulan ke kampung untuk sama-sama me-revivekan suasana open house yang telah lama ditinggalkan.
Tapi paham-pahamlah kemalasan berganda nak snap gambar sekarang ni jadi gambar yang ada cumalah gambar sebelum majlis sebab segan nak ambik gambar guna henfon zuhud di khalayak ramai.
Menu adalah banyak melampaui batas. Ada nasi ayam,kueytiow goreng,lemang,rendang,spaghetti,soto,sate dan macam-macam lagi.
Only 4 of my friends came. I should've invited the whole class.
Before the event started ada orang datang untuk set up P.A system. And they had a karaoke set siap dengan list seleksi lagu rock kapak yang sungguh banyak.
Maka haruslah ku meng offer diri untuk test mic. Tak agak-agak test mic lagu Awie Senja Nan Merah terus.
Selesai dendangan lagu Senja Nan Merah yang pitch perfect itu daku mendongak ke langit dan....
Some people should just stick to Redbox.