Sunday, November 4, 2012

Weeks of Torture Is Over


This past few weeks have been hell. Exam 4 subjek hardcore dengan minggu pertama written papers back to back setiap hari rasa macam nak terjun jambatan. Exam paling susah sepanjang medschool so far. But to be honest its getting more susah each semester. So i should probably take some prophylactic antidepressant before next semester start.

This is yours truly room during study week;


This is after i did my laundry and decided no time should be wasted on folding clothes.


I was a total mess. Mentally and physically. See that orange thingy on the study desk? That is Loreal Men Expert serum or water or whatever they call it - my last effort to keep myself somewhat presentable. Tidur 4 jam lepastu bangun tepek Loreal Men dengan harapan wajah bersinar ala Aaron Aziz sambil tepek sambil nyanyi lagu Muara Hati feeling sangat pffft. Dahlah horror gila minggu exam terbangun setiap 2 jam lepastu menggelabah tengok jam takut tak sempat study 30 juta chapters yang tinggal.

Pernah tak rasa tertekan sampai tiba-tiba develop migraine lepastu rasa nak give up dan berhenti belajar dan mulakan bisnes cupcake atau jual tudung syria dekat facebook? I feel that every single day ketika minggu exam. My parents hope and doa are the only thing that keeps me going.

Diet ketika exam week consist of mostly fast food. Simply because it's fast. Nak lipat kain pun kurasakan membazir masa apatah lagi nak ke kedai makan order tomyam tunggu 20 minit. Jadi penyudahnya McD drive thru ataupun pizza delivery sebagai alternatif. 


Lepastu kalau order Domino's boleh keep track order online. So sambil tunggu pizza sampai target habiskan baca beberapa page lecture notes. Sungguh efisyen di situ.


Ada satu hari je tebiat gila tiba-tiba teringin masakan sendiri. Kau mampu mengidam masakan sendiri? Masterchef pun tak sekonfiden ni. Jadi goreng bihun bodoh, rencah guna bebola dan fishcake sahaja sebab tak mampu nak beli ayam akibat bajet burst buat bayar Mcdonalds dengan pizza sepanjang minggu.


Tapi serius time-time exam memang akan mengidam benda pelik-pelik. Tambahan pulak tak dapat balik beraya lagilah perasaan membuak-buak nak makan makanan dari rumah. Termimpi-mimpi dapat makan gulai lemak dengan sambal tumis. 

Habis exam bergegas balik kampung hari Sabtu dengan harapan dapat makan sedap. Setibanya di kampung this is what i found under Opah's tudung saji;


Sambal sotong dengan gulai lemak ikan rebus.

Omaigod rasa nak nangis. Macamana opah tau dah berminggu mengidam nak makan sambal dengan gulai lemak?? She gets it right every single time. Soulmate betul.


My boo doing her thang.

Siap mengadu nasib tak dapat balik raya makan spaghetti dalam bilik sorang-sorang like a total loser. Terus dihidangkan minum petang kuih bahulu raya haji. 


Terharu.

22 comments:

Tiara Fazlin said...

u have the best opah in the whole wide world! *tolong hug opah for me*

FaznFaz said...

that meehun goreng looked delicious!!! dun worry, after all this over, u'll becoming the coolest ho ever!!!

Seha's Residence said...

opah kamu buleh geng lah ngan nenek sayha :D

WARISAN IBU said...

Tlg pinjamkn opah kamu utk sehari saje plzz...huhuhu

dayanaazhar:) said...

the perk for being able to study in the country

dato mia sha said...

hatim ada opah terbaikk

FaiZaH Fyn said...

yang tukang baca ni pun rasa serabut melihat lambakan buku,baju dan bekas fast food..tuan yang melaluinya lagi lah

norhidana said...

lama akak tak jln2 blog awak ni.... aduhla dik mmg terserlah ketensenan nyer nengok blik awak ngn baju2 yg berserak tuh....
mkn pun ikut dan ek,takde nk diet2 mana boleh je ek... tp paling tak tahan nengok awak mkn buger mcd ngn pisau besar tuh... cam nk membunuh lak hehehe

tp akhirnya dpt gk mkn sedap pas exam ek...takpe pasni blh rehat2 skit n kemas2 blik tu bersih2 ek

Miss said...

homaigod!! bilik!! *faint*...Good luck hatim for your exam..pastu bleh bejimba jimba k...hehe

hatim a.r said...

@tiara: the bestest.

@faznfaz:it was delicious.masuk bakul skett

@nenek sayha:semua nenek2 memang geng pun sebab semua perangai sama

@warisan ibu:no way haha.she's all mineeee

@dayana:satu je la kelebihan dia boleh makan sedap

@mia:i know righttt.she's the best

@faizah:berat mata yg memandang katanyaa

@norhidana:lepas exam lagi bertambah malas nk kemas acaner??haha

@miss:exam dah habis dah pun.sekarang tgh berjimba haha

mimi mn said...

selamat berjimba. kitaorang pon kalau tak sempat balon fast food padahal belajar atherosclerosis semua. Tak percaya kau dah nak graduate lagi berapa semester. Memori kalbu sungguh teringat dah berapa lama baca belog ni.

@AdamantiumFA said...

so comel laa hatim :) yeyy student life yang busy so everythings fast till "fast food" hari2... =.="" bilang hari mahu balik cuti

Cik Azz said...

Memang selalu macam tu, kan..? Bila kita rasa nak sesuatu barang atau teringin nak makan itu ini, then ada je orang yg bagi kat kita apa yang kita nak tu seolah-olah orang tu boleh dengar isihati kita...

Sebenarnya kan, Allah yang Maha Mendengar dan orang yang bagi kita benda yang kita nak tu hanyalah sebagai perantaraan je..

rehanayat said...

InsyaAllah.. semuanya akan baik2 belaka auntie doakan. Teringat kat anak2 auntie di Mesir & Intec.. sama jugalah ceritanya ( teori & teknikal). Thumbs up for yr opah!!

nasha allysha said...

i love ur opah..hahaha so sempoi.....

Anonymous said...

burger dengan pisau sayur? wow :O

syamin ariffin said...

"Soulmate betul".haha,funny.
nasib baik penang dgn kampung x jauh sgt.

nourel A said...

sungguh bernutrisi btl mknn time exam kamu:)

hatim a.r said...

@mimi:kalau beli makanan restoran pun sama je tahap tak sihat dia.

@fatihah:busy beberapa minggu je.time lain buat2 busy

@cik azz:terimakasih di atas tazkirah ringkas yg disampaikan hehe

@rehanayat:mesir ada fast food x?ke setiap hari makan nasi mendi?kompem gumuks

@nasha:i love her too =)

@nadiah:thats how cultured people dine teheee

@syamin:tak jauh pun 50 ringgit la jugak pergi balik.tapi berbaloi

@nourel:ini akibatnya bila tak masak sendiri

Falahin Farn said...

you have things i don't have T.T oppa!

papun, saya fhm takut terlepas exam ngan lebih infinity ilmu medik tu :p
haha well, nanti habis boleh tolak ke tepi...
all the best, dr!

mvp_dina13 said...

tepi sket!!!

biase la hidup study.
subjek 6 bulan pasti habis dibaca dalam 6 hari.
kursus 1 sem pun boleh habis satu hari.

student live is amazing.
student life is owesome.

yaw!

Black Pearl said...

sama lah during exam week. buku, baju semua bersepah-sepah. kalau malas sgt, memang x basuh pun baju. recycle je! haha.
dan memang, nk masak pun malas gila. jadi delivery je la. tp lg teruk rasanya, sebab sy x keluarkan burger n letak dlm pinggan. sy terus makan dlm pembalut. sbelah tgn mkn, sbelah tgn selak2 buku.
lepas exam baru sedar n terfikir "macamana lah aku boleh hidup dlm bilik macamni.."