Monday, February 18, 2013

Pengalaman Seminggu Sebagai Kambing Jadian


It's not a secret that i have a love-hate relationship with food. Eversince i live in Penang my weight has been yo-yo ing a lot. Sometimes borderline obese,sometimes ok. But never underweight. I love food too much i can never be anorexic.

Berat turun naik ni dia ikut musim. Kalau dah dekat-dekat nak exam tu selera makan macam mewarisi 18 saka nenek moyang. Makin depresi makin bertambah selera makan, coping mechanism gamaknye. Tambahan pula umur dah menjengah pertengahan 20 an nih, metabolisma badan dah menjunam. Senang gila nak gemuk tapi Ya Rabbi susah gila nak turun woih.

But kalau time determine tu dalam seminggu dah boleh muat balik seluar. Waktu determination tinggi setiap hari akan jog/hiking lepastu ambil light dinner. Unnecessary calories seperti aiskrim dan cekelat dijauhi. Lunch je makan banyak. Tapi masalahnya semangat untuk kekal sihat itu cuma bertahan seketika saja. I dont want to take supplements ke apa, because who knows what long term side effects they have. For now i'll just stick to exercise dan diet. No disrespect to people who take supplements, it's just personal preference.

Lagipun bukan nak bina badan sebab nak otot berketul boleh ambil gambar gaya douchebag selak tshirt dan upload di instagram, just nak maintain berat biasa sebab kalau tergemuk sikit terus tak muat seluar slack yang pakai pergi hospital tu. Sedar diri ni bukannya kaya oi keje nak beli seluar je tiap kali menggemuk.

Sebelum cuti raya cina haritu tahap disiplin adalah ibarat peserta The Biggest Loser top 3. Setiap hari dipenuhi aktiviti riadah.


Lepastu malam makan salad. Salad hoii gila tak pernah seumur hidup dinner salad 5 hari berturut. Dah serope kambing


Campur fish fillet jenama Figo yang sedap melampau, kalau tak memang tak lalu telan. Pastu letak meatball jenama Tesco jugak dalam tu. Menyesal beli jenama Tesco ni. Rasa macam makan penyendal pintu. Tapi jimat gila makan macamni tiap malam. 

By the end of the week berkesan okeh. Boleh rasa pakai seluar dah longgar dan keratan rentas badan kini tidak gajah lagi. Tapi...... cuti cainisniuyer balik kampung ambik kau makan lunch je 3 kali tambah. Penat je mengambing seminggu makan salad hoi

Opah la punya pasal tiapkali masak sedap melampau gulai lemak pekat, ikan belanak masin goreng, sambal nyor, ulam kacang botol memang menu menyeru saka.


-gambar hiasan: Opah menonton drama filipina dari jarak dekat kerana perlu baca subtitle


-siap buat steamboat malam raya cina. Cina pun tak over camni

Now since im back in Penang, i need to re-start my weight loss regime all over again. Tapi nak start balik lepas lama cuti tu yang mencabar. Petang-petang bila dah dekat time nak jogging secretly berdoa dalam hati supaya hujan takpayah jogging jadi takde rasa bersalah sangat nak tidur petang atau berbaring sambil layan youtube. Teknik sabotaj diri apakah ini???  Haihhhh...

Saturday, February 9, 2013

Redefining Success


A great philosopher once said;

I could spend a lifetime earning things I don't need That's like chasing rainbows and coming home empty. "


Ok tipu. Philosopher wak lu. Ini lirik lagu Natasha Bedingfield. Walaupun pop songs adalah synonymous dengan lirik berunsur lagha tahap langit ke tujuh but sometimes we can learn things from em. Buang yang keruh ambil yang kernih kekdahnya. For example this particular song lah.

Zaman sekarang perlahan-lahan kita lihat mindset masyarakat yang meletakkan material possession sebagai matlamat unggul dalam hidup. Sampai tahap kejayaan seseorang tu diukur melalui berapa banyak Chanel kau ada, the type of car you drive around and the kind of house you live in. Haramjadah mindset shallow apakah ini?

Tak kira lah walaupun kau cikgu yang dedikasi, walaupun kau surirumah yang menjaga makan pakai suami, ataupun seorang pejuang seni melayu asli..kalau kau takda rumah banglo dua tingkat, kalau kau tak drive BMW, kalau kau tak mampu nak masuk Chanel tanpa diberi pandangan serong oleh sale assisstant, menurut pandangan rata-rata masyarakat masakini...kau manusia GAGAL.

It is sad to hear parents nowadays instead of telling their kids to study hard and contribute something meaningful to the society would tell them to excel in their studies so that later boleh ada rumah besar dan boleh drive kereta mewah. Sejak dari kecil dah dipupuk matlamat utama dalam hidup kau mesti ada rumah dan kereta besar. Anything else dont matter. Sad.

That is why kita banyak tengok orang muda sekarang join bisnes yang tah apa-apa. Produk super tahi siap boleh claim therapeutic benefits tanpa melalui clinical studies lepastu jual harga ribu-ribu. Jalan mudah nak kaya, carik downline. Nak motivate downline, tayangkan kemewahan handbag limited edition, baju seluar designer labels. Ini semua mampu anda miliki jika ikut jejak langkah saya- tagline paling kerap dijaja.

The saddest part is people my age who since young has been taught that success = kaya raya ialah golongan paling mudah terpengaruh dengan model bisnes sebegini nurakka. Lepastu posing kipas duit depan muka upload besar-besar kat homepage facebook. Memang mengundang tapak kaki di skrin laptop.

Dont get me wrong. I have nothing against rich people. Most of successful people are rich. But not all rich people layak digelar successful. Dalam dunia sekarang ni nak kaya macam-macam cara ada. Masyarakat dah dibutakan dengan target nak hidup mewah sampai tak kisahlah cara apa pun kau nak kaya. Taiko-taiko bisnes sistem marketing ala piramid illuminati yang gigih motivate downline kononnya, padahal sebab nak make sure aliran duit sentiasa masuk.

It's true that these people work hard for their money, tapi dengan produk yang sah-sah description macam alat Doremon agak-agak la nak menipu pembeli woi. So di mana barokah dia kat situ?

So the next time you think of uploading those pictures of you holding a stash of money with caption yang merendah-rendahkan pencapaian orang lain, think again. What exactly have you contributed to the society. Kalau kau rasa jadi kaya tu adalah matlamat unggul dalam hidup dan semua orang patut berkongsi matlamat yang sama silakanlah. Tapi satu hari nanti jangan terkejut masyarakat kita akan jadi masyarakat paling selfish dalam dunia, who will only do things if they get paid good money.

I guess what im trying to say is, let's focus less on materialistic possession and focus more on what you can contribute to the nation. Dan tak semestinya kaya = successful. Sekian.

"success isn’t about how much money you make. It’s about the difference you make in people’s lives."

-Michelle Obama

*Mode muhasabah diri.

(muhasabah diri kat panggung wayang pun bolehhhh)