Paris was my last destination for my summer trip.my second time datang Paris sebenarnya so, excitement dia kureng sikit compared to pestaim datang dulu.kali ni kejakunan dah boleh dibendung sedikit. So mari kita lihat tempat-tempat menarik(menarik ke??) yang i lawati di Paris ni.
Eiffel Tower
Menara besi buruk ini sebenarnya sungguh overrated.kalau tengok dari dekat serius buruk gila.waktu i datang siap tengah cat lagi sebab dah start berkarat.disebabkan i dah naik dulu so this time kim salam la nak bayar tiket untuk naik lagi skali.sesiapa yang nak naik i syorkan book tiket online sebab kalau nak beratur on the spot beli tiket memang kau sempat masak rendang tok dulu baru dapat beli tiket tu.ramai gila ok!
-view from below.see, buruk gila kan??
Arc de Triomphe
Terletak di roundabout terbesar di dunia-with 12 exits,gerbang ini memang sungguh ikonik.its actually macam tempat memorial ke apetah.but roundabout ni memang antara yang paling busy dalam dunia. kalau i bawak kancil manual pusaka ke sini komfem menempah maut.
one of the exit adalah jalan besar yang dipanggil Champ de Elysees(lebih kurang camnilah ejaan dia).jalan yang menempatkan branded shops macam LV,Gucci,Bally dan Pusat Pakaian Hari-hari.eh tak yang last tu dekat stesen KTM Nilai.
-golongan kaya sedang beratur untuk masuk LV.yang takde bajet ambik gambar sudeh
Musee de Louvre
muzium terbesar di dunia yang menempatkan hasil karya orang orang pemes.menurut kata brother tour guide,if u were to spend 3 minutes menghayati 1 lukisan it would take 3 bulan untuk habis cover 1 muzium.3 bulan kalau kerja part time kat Mydin pun lagi banyak pekdahnye.
mengikut sejarah,musee de louvre ni dulunya adalah fortress yang dibina bagi melindungi paris daripada serangan barbarians.lepastu sape tah pi convert jadik museum.ceh baik buat medan selera ke apa lagi balik modal.
-the famous pyramid u saw in da vinci code.
Sebagai seorang buta seni,i memang tak reti la nak appreciate arts ni.i masuk dalam pun setakat nak tengok the famous Monalisa.original painting tu memang they keep it here. nasib baik masuk free sebab under 25y/o and studying in EU country,kalau tak memang takkan masuk pun.kalau anda student but not in EU harga tiket 9 euro setengah.
-tapi monalisa tuh amatlah keciknya.dahla letak border keliling tak bagi orang dekat.kalau gambar tak ori pun orang tak tau punye
Notre Dame
Cathedral ini pemes sebab cerita hunchback of notre dame tu.ada 4 bijik loceng di cathedral ni and each has their own name.lepastu salah satu dari loceng tu bunyik in F sharp note and will only be use in special occasion.begitulah menurut commentary from the river cruise.
the best part is around Notre Dame nih banyak kedai halal and souvenir murah.jadi memang masuk senarai wajib lawat i.
-jalan kedai halal
La Defense
La Defense pulak adalah the modern part of Paris.ada shopping mall yang agak posh and lots of hotels.bangunan kat sini semua baru dan moden unlike yang dekat city centre.landmark yang paling pemes dan godang kat sini ialah the grand arc.
-dari gerbang tuh kalau tengok straight ahead boleh nampak arc de triomphe.macamana dia boleh bina straight tuh memang wajib dikagumi.
lepastu orang kat sini pelik-pelik sket.depan kedai Tommy Hilfiger ada kerusi yang orang slalu letak dekat beach tuh.kat sini tempat orang-orang french sewel menjemur kulit.
-sape kata takde pantai tak boleh sun bathing??
basically itu jelah tempat yang boleh dilawati di paris.kalau nak pergi disneyland pun ok jugak sebab naik train adalah dalam sejam from city centre.tapi i tak pergi pun sebab waktu pestaim datang dulu 4 hari stay dalam disneyland je.tengok muka mickey mouse pun rasa nak penampar.
to move around dalam city pulak i syorkan naik train.once dah faham map,beli one day pass untuk memudahkan perjalanan. kalau nak naik hop on hop off pun boleh but bas ni gerak lembab gila nak mampus.so akan buang masa di situ.
sebelum berpisah,i nak tunjukkan gambar sebuah kedai di paris.jangan sebut nama kedai ini kuat-kuat kalau tak nak ditampar ibu kandung sendiri.
-astaghfirullah....
Tweet