Despite all that, i still enjoyed my vacation to Korea. And to be honest i dont mind going there again. One of the things that i misses the most is their food.
Went to Gardens today sebab ada restoran Korea dekat situ. Something surprising happened earlier but im still not ready to write about that,yet. (i'll probably write about it in another post) ,so for the time being lets focus on them fooooood!
-Makan di restoran Koryo-Won. Jangan risau, sebelum masuk dah tanya waiter melayu tu dia kata all the food are prepared in a Halal way. But i guess since they also serve sake, lesen Halal Jakim tidak berjaya diperolehi. Sebarang kemusykilan boleh ditujukan kepada pihak pengurusan restoran atau pejabat mufti berdekatan anda. Kalau rasa syubhah takpayah makan,takde sapa paksa pun.
Dekorasi restoran memang mengimbau pengalaman di Korea. Masih segar di ingatan melangkah masuk ke dalam restoran kecil di tengah kota Seoul di waktu malam selepas mengharungi pengalaman penuh sensual di sebuah Jimjilbang yang erotik.
-penyedut asap di atas setiap meja untuk menyedut asap bbq. Seoul Garden should invest in this.
Disebabkan waktu pergi tour Korea dulu ikut group non muslim,maka memang telan airliur tiap kali ahli group makan beef dan babi panggang. Berjurai airmata tatkala mengunyah hirisan kobis dan cendawan di setiapkali meal. Jadi kunjungan ke Koryo-Won harus tidak disiakan. Terus order Wagyu beef, ox tongue (ya lidah!) dan semangkuk bibimbap.
-rupa ox tongue sebelum dimasak. seakan-akan peperoni tetapi dengan kekenyalan pedal ayam.
-pelayan restoran sedang memanggang daging wagyu dan ox tongue tersebut.
-cara nak makan ialah letak daging atas salad. Campur kimchi ke apajadah side dishes yang disediakan mengikut citarasa,gulung dan baham. Waktu di Korea dulu sebab daging tak halal terpaksa sumbat sayur dalam gulungan salad. Sayur dalam sayur- Inception much?
-bibimbap yang telah dicedok ke dalam pinggan kecik. Sedap tapi masih tak dapat menandingi bibimbap di Incheon airport.
Secara keseluruhannya, makanan adalah sedap (especially wagyu beef) dan rasa seperti masakan Korea asli. Namun begitu harga adalah a bit steep, nak makan sekali-sekala merasa bolehlah, tapi kalau nak makan sampai doploh kali baik beli tiket pergi Korea terus.