Tuesday, December 18, 2012

Pasar Tak Berapa Nak Seni

One of my fondest childhood memories ialah di zaman 90an dulu ada sekali ikut ayah ke KL menaiki bas untuk ke Pasar Seni. Ayah aktif melukis during those years. Walaupun bakat melukis itu ibarat kuah yang tidak tumpah ke nasi namun akibat dari pendedahan awal ini sedikit sebanyak menjadikan diri ini menghargai sesuatu yang arthritis. Eh artistik.

Masih segar di ingatan Pasar Seni waktu itu ibarat satu sorga seniman amatur, tempat anak muda berjiwa seni mempamer karya. Juga tempat menjual alat-alat lukisan. Tidak semeriah sekarang, tapi tetap ada aura keraian di dalamnya. Bukan gedung mewah tapi kaya dengan nilai budaya dan elemen kesenian yang kau takkan jumpa di tempat lain.

Waktu itu ramai pelukis-pelukis pro dan semi pro menghabiskan masa di Pasar Seni saban hari menghasilkan karya-karya yang entah akan terjual atau tidak. Namun tidak terlihat langsung kegusaran di wajah-wajah penggiat seni ini mungkin sebab terlalu engrossed dengan kepuasan berkarya itu lalu tak diendahkan soal penjualan lukisan. Pelukis dan pengkarya ini kalau kau sembang dengan dia macam-macam cerita hidup yang kau boleh pelajari dan ambil iktibar darinya. Kunjungan ke Pasar Seni berpuluh tahun dulu ialah satu kunjungan penuh makna dari aspek cultural, artistik juga membina jatidiri.

Weekend yang lepas me and my brother decided to pay a visit to Pasar Seni.


Dari segi luarannya tak banyak yang berubah dengan bangunan ikonik ini. Namun sebaik melangkah ke dalam boleh dikatakan Pasar Seni telah bertukar 100%. Lebih meriah dari dulu tapi ia kemeriahan yang kosong. Lebih banyak kedai dan small business di dalamnya, tapi konsep Pasar Seni kini memang jauh menyimpang dari maksud kesenian yang hakiki. Im not sure you can still call it Pasar 'Seni' anymore.

Pasar Seni kini ibarat seorang datin kaya yang disaluti barang kemas, tampak berkarisma secara zahir..tapi hakikatnya dia bimbo. Corner yang menempatkan pelukis-pelukis amatur dulu kini diambilalih dengan kedai-kedai menjual pashmina made in Pakistan. Kedai menjual alatan melukis di tingkat atas ditukar kepada kedai menjual baju murahan ala Nilai 3 dan merchandise stores yang menawarkan aneka seleksi souvenir picisan Made In China. Even gerai makan melayu di tingkat atas sudah di overshadow dengan restoran makanan Thai. 

Pendek kata bila kau masuk Pasar Seni sekarang memang tak ada dah unsur kesenian di situ. Bukan setakat unsur kesenian, unsur ke-Malaysiaan pun hampir tak wujud. Itu yang lebih menyedihkan sebenarnya.

Brother-brother seniman amatur era 90an dulu kini diganti dengan tokey kedai Pak Arab dan salesman dari Pakistan dan negara-negara sekitarnya yang tak menyumbang kepada komunikasi dua hala yang membina. Ruangan kaki lima pula dipenuhi dengan gerai menjual casing iphone dan waffle segera. Tak tahulah jika pihak berwajib merasakan casing iphone dan waffle segera itu 2 benda yang artistik, tapi pendapat saya certain things are better left untouched.

Ingat lagi jalan di tepi Pasar Seni yang suatu ketika dulu dipenuhi buskers dan pemuisi jalanan? Ia telah difaceliftkan dan digelar Kasturi Walk. 


Kini tiada lagi buskers atau pemuisi jalanan, cuma gerai-gerai kecil yang bersepah menawarkan benda-benda yang tidak membawa makna dalam kehidupan seharian. 

I dont get this obsession of converting every single tourist attractions into commercial centre. Baguslah kalau ia menjana ekonomi tapi jangan kerana nawaitu 'menjana ekonomi' itu kita korbankan identiti dan nilai seni sendiri. Kalau tourist datang ke Pasar Seni sekarang pun mesti dia konpius dengan identiti Malaysia. Souk El Haad di Morocco dan grand Bazaar di Istanbul pun jadi tempat buat duit, tapi somehow identiti asalnya dikekalkan. At least bila kau masuk tempat-tempat ini kau fikir "owhhh aku di Morocco" or "wahhh uniknya produk-produk Turkey". Kalau kau masuk ke Pasar Seni sekarang mungkin cuma "what the shit?" yang terlintas difikiran.

gambar hiasan; penulis di Istanbul

Kamonlah...orang luar tak datang Malaysia untuk shopping. Tempat diorang lagi murah nak shopping woi. Orang malaysia je yang kepalabana update status facebook "letihnyew kite shopping di Pavi harini hikhik". Travellers datang Malaysia untuk experience culture yang unik yang takde di obersi. Jadi pihak berwajib mohon tak payahlah nak bangga sangat negara kita ni ada 4 shopping malls terbesar dunia kalau keaslian Pasar Seni pun tak mampu dipelihara.

Sayang betul bila sebuah tempat yang berpotensi sebagai pusat aktiviti kesenian negara diconvert menjadi sebuah pseudo-shopping mall. Bila kurang titikberat pada aktiviti kesenian dan pembinaan daya kreativiti maka lihat sajalah program-program tv kendalian RTM dan iklan pendek terbitan Jabatan Filem Negara yang mempunyai zero nilai kreativiti. 

Maafkan saya jika post ini sedikit serius dan dipenuhi leteran yang takde sapa pun peduli sebenarnya. Tapi motif post ini cuma nak menyedarkan anda yang kadang-kadang apa yang kita lihat sebagai pembangunan dan proses naiktaraf pada zahirnya tu tak semestinya sesuatu yang baik. Kalau dalam proses naiktaraf itu kita kehilangan identiti diri baik kita kekalkan sajalah apa yang ada. 

Pasar Seni mungkin nampak gah hari ini tapi pada saya ia cumalah sebuah tapak kubur tempat bersemadinya jenazah kesenian anak Malaysia yang authentik. RIP.

20 comments:

Cik Azz said...

Masa dok KL dulu selalu gak masuk PS ni.. Memang masa tu meriah dgn kesenian.. Dua tahun lepas ada gak masuk sekali lagi.. Masa ni dah nampak perubahan dah macam yg ko tulis tu.. Dah mula ada kedai jual barang kemas dsbnya..

Mungkin karya dorang tak laku atau tak dapat sambutan menggalakkan sedangkan perut perlu diisi..

Mungkin sbb itu ramai yang dah berhijrah.. Kawan2 akak ada gak yang pernah jadi pelukis kat PS ni dulu.. Skang ni tak tau la mana dorang pergi...

linalucx said...

I setuju,
masa zaman sekolah dulu,
i tuisyen area sana,
memang sebelum masuk kelas,
i akan ke Pasar Seni,
untuk tengok hasil lukisan,
dan beli alatan untuk melukis.
xpun tengok orang buat persembahan tepi jalan..
memang teruja sangat..
sebab bukan semua tempat,
ada aktiviti sebegini..
bila dah keje ni..
3 minggu lepas,
saja singgah nk tgok orang persembahan n orang melukis..
terkejut sangat..
orang yang biasa jumpe dulu dh xda..
semua dh berubah sangat2..
macam xpercaya..
hampir separuh peniaga dekat situ..
dimonopoli warga asing..
hanya sesetengah kedai shj dikekalkan..
memang rasa hampa sangat2..
terus rasa xteruja
nk pegi dh lps ni
dan dh xda hati nk datang dh :(

aBoi said...

betullah.. baru perasan..
dah tak de dah buskers sumer tu..
5 tahun lepas pun dah tak de.. apetah lagi sekarang.. huhu

Aini Amir said...

mungkin mereka yg hidup pada thn 90an akn rasa semua ni. true. indeed. saya hidup pada zmn ada buskers, ada pelukis dan sewaktu dgnnya ada di pasat seni.meriah.seronok.dan dulu kalau ada foreigner tny apa best nak jalan di kl, I show them pasar seni. now?

zuladlee said...

"tampak berkarisma secara zahir..tapi hakikatnya dia bimbo" wtf just wtf, laughing out of ridiculousness,
mmg betul apa kau cakap tu, its more about commercial now , money, malaysia has lost its identity, politics grrrr!!!

Tijah said...

nasib baik letak caption penulis diistanbul. kalu tak moskel juga motif berbaju tebal dipasar seni kelumpo.

FaiZaH Fyn said...

setuju part orang luar datang Malaysia atau negara lain sebab nak tengok culture bukannya nak tengok barang yang boleh jumpa atau biasa jumpa dekat tempat lain

qataridz said...

salam...saya bersetuju 100% dengan isu yang anda bangkitkan di atas....pada pendapat saya, bukan setakat pasar seni sahaja yang menerima nasib sedemikian rupa, tapi banyak lagi tempat tarikan pelancong yang hilang arah tujuan dan mengejar keuntungan semata2 tanpa mengira kesan jangka masa panjang...bnyk kedai di kl pun di kuasai bangsa asing...malaysia dah tak ada identiti...

jaja said...

dah 13 thn x pernah ke Pasar Seni lagi semenjak tamat belajar. Mengejutkan dan menyedihkan dengan apa yang berlaku. Tiada apa lagi yang boleh ditunjukkan kepada pelancong asing apabila yang ada sebahagian besar darinya adalah peniaga asing!!!

shida idris said...

omg, for GOD sake, dah berapa lama x pegi pasar seni. tapi akak taulah pasar seni dah berubah. akak pun pernah ye dolu-dolu pernah tengok buskers and pelukis2 semua nieh tapi sekarang sedihh

nak tau kenapa berubah sebb pengurusan naikkan harga sewa berganda-ganda, mmg nak halau pun actually sbb nak bagi pada peniaga asing, biasalah malaysia kan corrupt (-___-)

tapi siapalah kita kan, kalaulah kita punya kuasa.

Tiara Fazlin said...

perghhhhhh hatim da matang ni entry da mcm pemidato kebangsaan huyyooo sep sekali tim! anyway, good points hatim, salute :)

eima_fabulous said...

saya pun rasa sangat kecewa bila terlalu cetek pemikiran dan idea picisan menteri pelancongan yang mempromosi iklan cuti2 Msia dengan fokus semata2 percutian mewah.Jelas2 gagal kerana Industri Pelancongan dibangunkan serius demi mengangkat mertabat bangsa dan ekonomi negara bukan demi keuntungan individu.

hatim a.r said...

@cik azz: kesian jugak diorang ni kan. ingatkan bila kita makin maju akan terbela lah nasib orang-orang seni ni

@lina:kedai yg tinggal tu maybe those yang mampu bayar sewa je.yg lain2 mana mampu

@aboi:5 tahun lepas saya x pegi.ni dah berpuluh tahun pergi since last time,lagi lah terkejut

@aini:now tunjuk singapore haha

@zuladlee:ini cuma perumpamaan.tiada kaitan dengan datin yg masih hidup atau yg sudah meninggal dunia

@tijah:kalau di kl pun apa salahnya.ramai bebudak skarang pakai jaket tebal lengkap berbulu di tengah uptown yg hangat membahang.pesen okkk

@faizah:setakat nk shopping lv dengan chanel takpayah susah payah dia nk dtg kl

@ridzuan:kan?bila femes je somebody rich will take over the place.and convert it into a moneymaking pit

@shahaniza:bukan takat dalam pasar seni,kat luar tu dah macam LOmbok campur Karachi campur Kathmandu.

@shida:ive read about that too.sejak diorg tukar management and upgrade tahun 2004 kalau x silap, it went downhill.

@tiara:perlukah saya sudahi dengan serangkap pantun?

@eima:inilah masalahnya bila yang bertanggungjawab promosi destinasi tempatan pun tak pernah melancong dalam negara.so dia tak tau authenticity of that place

A.R said...

Memang pun. Pasar seni skarang full of shits. Ade ke penuh dengan pakistanis jual baju murah dengan harga macam nohorom. I pg sana like every friday, dah takde dah pelukis2 mcm dulu. Yang ade coolblog, aidijuma, secret recipe dan mcm2 lagi western restaurants. Kat negara diorang pun berlambak.

Farah said...

Last time pergi Pasar Seni rasanya tahun lepas. Memang tertanya-tanya bila sampai situ sebab saya tak nampak sangat seninya

..at i.d.a_na said...

menarik

mvp_dina13 said...

tepi sket..

dear cik hatim.
fyi, pasar seni skrg dh jd CM atau central market.

pasar seni dh x bermakna! keluh mu ku rasa. kesah kita, tidak terbela.

#wah

bella luna said...

urmm... baru plan nak g kononnye nak merasai kesenian kat malaysia ni .

alamatnye kena pergi tempat lain la.

so .. upset =( haha

Miera mastrixia said...

100% setuju apa yg penulis luahkan. Last pergi pasar seni tahun 2010. Masa tu pun hanya nampak a few pelukis2..masih rasa seninya but now,hmmm..nak pergi sana pun pikir 2 3 kali.

Miera mastrixia said...

100% setuju apa yg penulis luahkan. Last pergi pasar seni tahun 2010. Masa tu pun hanya nampak a few pelukis2..masih rasa seninya but now,hmmm..nak pergi sana pun pikir 2 3 kali.