Monday, March 4, 2013

Tips Membelanjakan Wang Ihsan Sumbangan Kerajaan Mesra Rakyat

*perghh tajuk tak boleh kiss ass lagi ke woi*

Studying overseas and surviving life with fixed amount of monthly allowance has taught me two things;

1)  Human beings can survive on megi mee
2)  How to prioritize on my spendings

Memang dah terbiasa catu perbelanjaan dan hidup kais pagi makan breakfast, jadi tatkala dianugerahi voucher buku RM250 oleh pemimpin ulung Bapa 1Malaysia harus excited dan joli tanpa lengah.

Pukul 3 ambik voucher by the time pukul 5 petang RM250 selamat dibelanjakan.


But to be fair, books in Malaysia are pretty expensive. Jadi setakat RM250 memang tak dapat banyak pun dekat kedai buku. Harap kerajaan Malaysia dapat kurangkan subsidi gula penyumbang diabetes dan salurkan ke arah pengurangan harga buku. (Saranan ini pasti dibenci tauke kuih dan air kordial tepi jalan)

How did i spend all RM250 in one go? Selain dari sifat pemboros terpendam, dah lama sebenarnya nak beli buku buat bahan bacaan ringan. 

Since dah takde buku rujukan nak dibeli (yang ada pun tak terbaca,tak masuk e-book lagi tu) jadi peruntukan voucher ini dikhususkan kepada bahan bacaan leisure. Leisure pun kira ilmiah la jugak kerana menyumbang kepada penambahan kosa kata English.


I've been eyeing this Hunger Games bookset for a long time oredy. Tapi duit dah habis buat isi minyak kereta jadi memang sayu terpaksa tunggu bantuan kerajaan untuk beli.

Other than Hunger Games, beli satu buku memoir ex pekerja mental institute. Konon sebagai persiapan untuk mendalami bidang psychiatry. Dan satu pocketbook Oxford surgery sebab takde pocketbook lagi utk surgery. Pocketbook tu je harga 90ringgit woi nampak tak kat situ kalau nak beli buku rujukan semata-mata memang kena mohon voucher 3 ribu ringgit.

Other than the books, turut dibeli ialah perkakasan alatulis yang selalunya dibeli setahun sekali atau dicilok dari pencil case rakan.


All these were purchased at MPH. A lot of people i know spent theirs at Popular and trust me, speaking as someone who lives under poverty line and as a heavily discounted items afficionado, i tell you lah kan..MPH is wayy better than Popular. Now, why MPH is the best place to spend your 250 ringgit away? Lemme tell you why...

First, dekat Popular sebijik buku Hunger Games dijual dengan harga 42 ringgit lebih. Dekat MPH set tu 3 bijik total 60 ringgit je. So MPH 1, Popular 0.

Then, on top of the RM250 voucher, you can also use your kad siswa 1Malaysia at MPH.


With this seemingly useless card, you can get 10% discount. So on top of dapat barang free RM250, dapat belanja lagi extra 10% which makes it 275 ringgit in total. This is what i call- a double whammy. harus dua kali pangkah Barisan Nasional

So dengan extra allowance 25ringgit itu i grabbed a National Geographic magazine and some files.



Kalau dekat Popular you cannot use your voucher to buy magazines,only books. Which is rubbish. Magazines also educational what?? Majalah gosip juga edukesyenel senang nak tau artis mana yang tengah up.

The other thing is, a sale rep at Popular told me you have to allocate at least 80% of your voucher for books, the remaining baru boleh beli stationaries. Peraturan tahi apakah ini? Dah satu hal aku nak kira percentage kat tetengah kedai kau.

Another awesome thing that MPH did was when you spent your voucher there, you'll get MPH voucher plus lucky draw. I got RM10 Sakae Sushi voucher for the lucky draw. Hoi dahlah ambik barang RM270 tak payah keluar duit,pastu dia bagi lagi voucher. I swear this is like an episode of Extreme Couponing.



Total spending ialah RM249.15 Ralat kerana tak jumpa barang berharga 85 sen untuk genapkan perbelanjaan.


Sekian saja khidmat pesanan masyarakat perbelanjaan berhemah dan promosi tak berbayar untuk MPH. Berbelanjalah secara berwibawa dan usah segan minta diskaun tambahan.

16 comments:

FaiZaH Fyn said...

rasa tertarik pulak tengok buku The Locked Ward tu..nanti boleh laa buat review best ke tak buku tu ye encik hatim hehe

kayla virus said...

Gua download pdf je hunger games trilogy tu. Free je xyah susah2 g MPH sume. 8D

mimiconan said...

MPH lagi ok dari Popular. kedai buku biasa pun dah ikut peraturan mcm Popular...

Khairani Karim said...

haah dowload pdf hunger games trilogy free je, 3 ari da abes bace tapi berpinau jgk lah mata..
hmm, rugi da abeskan baucer kt popular yg camharem tu...kt mph lg best eh!

Mrs Jun said...

Bravo hatim... ! Pat ur own back haha

aifaaifa said...

harap tokey MPH baca post promot kebestan MPH ko ni dik. kot la drg nak bg voucher stationary ke. boleh tambah pen kaler2 lg :D

Udez said...

untungla dpt bb1m..adik dpt bb1m beli kasut bola,sepupu plak beli novel.

Juno said...

Sakae Sushi paling defak. Demm dengki.

sweet life said...

tapi popular dpt voucher popular RM50 (expired Sept 2013) and free membership...

ntah.. sbb kelantan ada popular je kot.. kat kb mall.. haha

mvp_dina13 said...

tepi sket...

itu bes!

tp untunglah gila MPH.

Adarian said...

Ingatkan MPH sama dgn Popular beriyalah calculate semua barang berdiri dkt cerok, celah celah mana tah nk cukupkan baucer. Dah macam kira hutang -.-

Fatin Hidhayah said...

my sis and my bro in low keje kat company mph.. klu mcm tu nak request supaya mph tambah cawangan la dekat kota bharu. senang nak guna kad siswa tu. hehehe.

IZUNI Nia said...

the best trilogy if you can finish it without being depress like the character's..dengan kita2 skali boleh rasa trauma dengan game yang nth pape 2..tak guna lg baucar buku..tp trilogi hunger game beli taun lepas lg..MPH mmg terbaik kalau buku dari luar,harga x mahal la utk student..=)

hatim a.r said...

@faizah:maybe next year baru habis baca haha

@kayla:e book tak feel.i need something tangible

@mimi,khairani:tula,heran gak tgk ramai org beratur kat popular.padahal popular kedeks nk mampus

@mrs jun:vangga

@aifa:cun gak tuh.pen kaler dahlah mahal

@udez:haruslah dpt bb1m.kata student yg dinaungi kerajaan

@juno:tak tau bila nak pi makan ni.ish susah jugak ada voucher ni.kang terlupa guna kompem menyesal

@sweet life:tapi buku dia tak best haha.Borders lg byk buku2 best

@dina:apa yg untunglah nya haha

@adarian:popular je yg skema macamtu

@fatin:sila usulkan.banyak2 kedai buku pun takpa kat kb tu.kurangkan kedai lagho tambahkan kedai buku ewah

@izuni:tapi buku ni buat bedtime read je.sebelum tido 3-4 muka.so mmg take time la nak habis

Suzie Yusuh said...

MPH best..lagi satu sebab tak ramai orang, and lebih senyap, boleh baca buku situ sambil duduk kat tepi rak macam takde rumah berjam-jam..wakaka. MPH kat tempat aku memang senyap la, tak tau la MPH tempat lain..kehkeh

mvp_dina13 said...

tepi sket..

huh, x sangka mendapat perhatian cik hatim untuk mbalas komen kte ni.

>)