Monday, April 1, 2013

24 Tahun Dengan Kematangan Yang Boleh Dipertikaikan


Kali terakhir update di belog ini adalah tentang angan-angan membuka cafe. Setelah menghilangkan diri sekian lama di dunia maya, pasti ada yang menyangka wah mungkin sekarang sedang betul-betul busy set up cafe.

Takda maknanya ok.

Sekarang busy dengan hal-hal kolej dan pembelajaran. Update kali ini adalah bersempena dengan birthday diri sendiri, haruslah update pasal besday sendiri di belog peribadi sebab sedar diri bukan Aaron Aziz yang besday dia beautifulnara boleh buatkan satu blogpost.

Thank you untuk tweet, private message, wallposts dan doa anda semua. Semoga segala kebaikan itu dimakbulkan untuk kita semua. Thankyou pada rakan-rakan rapat yang bersusahpayah beli mochi mahal dekat Gurney Plaza untuk besday kitee (padahal dah sound seminggu awal besday aku taknak kek,nak mochi yang mahal itu satu kotak siap specify flavour dark chocolate dengan strawberry).

Like previous years, tiap kali weekend menjelang hari lahir mesti pulang ke Nilai untuk peluk cium dan menghidu bau badan bonda tercinta yang telah struggle melahirkan diri ini di sebuah hospital dodgy di pinggir negeri Selangor. Tahniah juga kepada bonda di atas pelantikan penuh ironi beliau sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum. Ironi kerana dalam setahun boleh dikira dengan sebelah tangan berapa kali beliau terlibat dengan aktiviti riadah. Saya ikhlas mengucapkan goodluck kepada aspiring olahragawan dan olahragawati sekolah beliau di atas pelantikan penuh bersejarah ini.

Balik kampung kali ini adalah menaiki kereta. Bajet nak beli tiket flight takde sebab berangan weekend ni nak tukar spek mata yang dah dipakai sejak zaman Intec. Dah zuhud benor dah rupa dia.


-the perks of living in utara. Tiap kali habis cuti sekolah highway menuju ke selatan mesti jam. Kita yang nak balik menuju ke utara ni cuma mampu simpati sambil mengunyah pau kaya yang dibeli di Petronas Tapah.

My birthday present;


-Sambal tumis, ikan keli goreng garing, 'sambal goreng' aka suhun Jawa.

Who needs expensive gifts when you have a container full of homemade sambal tumis?? Selaku Jawa totok, dan sambal tumis afficionado memang bahagia dapat bekalan sambal tumis lebih-lebih lagi tinggal di Penang yang rata-rata peniaganya fail buat sambal tumis cair nak mampus lepastu overdose asam jawa.

Ok bye nak masak nasik jap makan dengan sambal. Bahagia, Alhamdulillah.


18 comments:

marshitah mohamad mohaidin said...

"Who needs expensive gifts when you have a container full of homemade sambal tumis??" cisss!sengal...

ptut beli cili kering masak sambal je~

:D!

hatim a.r said...

ini sambal mak masak weh.tak sama! lagipun aku takda blender hahaha

sha yacob said...

motif komen: sebab tulis kat situ "siapa komen dia rupawan" kehkehkeh!

Cahaya Dayana said...

yeah...sanah helwah,hatim...semoga mnjadi doktor yang tiptop satu hari nanti..aldabest~~

LynnAiza said...

Happy birthday doc!
have a good one!
semoga makin hosem dan hemsem. ;))

::FAIZ:: said...

dashboard Myvi

ainzoo said...

Happy Birthday Tim...

Tapi, hari best ko ni, tetiba teringat kat Tiz & Remy ko tu. Ape cer? Ke, aku yang termiss cerita Tiz-Remy tu? hihi

Udez said...

hepi besday!

"the perks of living in utara. Tiap kali habis cuti sekolah highway menuju ke selatan mesti jam. Kita yang nak balik menuju ke utara ni cuma mampu simpati sambil mengunyah pau kaya yang dibeli di Petronas Tapah"


ya setuju sekali!exclude part singgah petronas tapah tu sebab aku kuar tol Gopeng je.Huhu.

nasha allysha said...

happy birthday hatim....:D

arianna adrizal said...

setuju. mochi adalah lbh menggiurkan. :)

dayanaazhar:) said...

HUYOOO dah tak lama lagi jumpa kat hospital je la cik hatim. eh silap dr hatim :D

mj said...

bestnye besday hatim...

semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik selalu... amin.

NY said...

No picture of mochi mahal-nya kah ? I wanna see..i wanna see :p
Anyway..Happy Birthday, Doa yang bagus2 buat anda.

Anash said...

salam.
hepi bestday !!
btw, akak rasa BUKAN hatim yg pegi masuk duit kat Maybank Nilai pada 7april 2013 jam 7.30-8.00am ...kan?? (sebab muka mamat tuh serupa /seiras hatim...)

hehe

(peace no war)

Fida Rafidah said...

Happy belated beday!

~ Awa Gof ~ said...

haha, happy belated bufday.

blog walking :D

mvp_dina13 said...

tepi sket!!!

hati, dh x da post baru ke?

green apple said...

Happy belated besday dear.

Tak penah pulak try sambal org penang. Kalau cair mmg tak layak jadi sambal. Mungkin lebih layak jadi asam pedas. Eh tapi kalau sambal byk asam mcm sedap gak.