Sunday, March 27, 2011

Opah Saya.


I have a kampung in Perak. Padang Rengas to be precise. My family dont really balik kampung that often. Selalunya raya je baru balik. So every year i only manage to see my opah once or twice. Now since im back in Malaysia and living quite near to my kampung, i get to see her more often.

Bila bukan musim raya,kampung adalah sungguh sunyi. Jadi kebanyakan masa opah dan atuk dihabiskan dengan menonton sinetron dan bertengkar manja sesama sendiri. Jadi kepulangan anak cucu ke kampung will cheer them up. (they didnt specifically said this,but i assume they're happy lah when im around tehee)

Kalau takde sesiapa balik kampung,kucing akan jadi cucu angkat. Kalau dengar atuk bersembang dengan kucing macam real woh mesti ingat mukjizat ke apa boleh faham bahasa kucing. Sekarang atuk suka bersembang dengan si gonjeng ini. Beliau ibu muda,baru lepas beranak jadi kena kurung dalam sangkar takboleh jalan-jalan takut bentan.


The thing about old people,it's not hard to make them happy. Opah suka masak. Jadi kalau balik kampung,dia mesti masak bersungguh-sungguh. Justeru sebagai cucu mithali, adalah wajibulghunnah untuk makan at least 2 pinggan nasik. Bila tengok kita makan melantak macam kena sampuk jin tanah,opah happy. See,senang je nak kasi orang tua happy. Ini memang win-win situation.

Hidangan untuk 2 orang (me and opah) makan;

Ada gulai tempoyak,gulai keledek,ikan keli taucu,ayam berempah,sayur campur,sambal kelapa. Sampai raya haji depan boleh tahan kenyang dia.

Sebab setiap hari mengadu dekat opah ayam dekat penang mahal, beliau bungkuskan ayam masak merah 5 ketul,gulai cendawan plus sotong sumbat dan ikan keli pemberian pak lang sebelah rumah. Saja rasuah nak suruh balik kampung selalu.

-opah siapalah yang comel sangat ni siap bagi sardin 2 tin

Jadi selain dari ibu saya,opah adalah seorang lagi wanita di hati ini cewah. Disebabkan beliau suka memasak, beliau telah melawat merata tempat di atas urusan bisnes. She's one facebook account away from being the ultimate urban grandmother.

-comel bukan opah bergambar dengan salji?

Dan beliau tak pergi obersi sorang-sorang okeh. Beliau pergi dating dengan Khalid Jamlus.

-Mungkin teringat suami di kampung,jadi reaksi muka tak berapa excited.

Tuesday, March 22, 2011

Saya Pelajar Peubatan Tahun 3


After what feels like an eternity, akhirnya Tuhan menganugerahi diri ini dengan nikmat internet. Actually dah lebih 2 minggu i bermastautin di negeri jajahan Lim Guan Eng ini. Agak liberating juga sebenarnya tak online 2 minggu,bebas dari agenda yahudi dan freemason laknatullah yang menciptakan facebook.

Untuk settle down di negeri yang serba mahal ini memang tidak mudah. Dimulai dengan pemanduan panjang dari Nilai melalui highway yang hanya bersandarkan pengalaman memandu 3 hari dan sekeping lesen terbang hasil didikan si mulut lancang,Mr Gan.

-ya itu tempat duduk belakang kereta.

Nak mencari rumah pun satu hal juga. Initially we found this awesome condo near the sea with affordable rent. Fully furnish dengan ciri-ciri feng shui yang di approve oleh Madam Zorra. Namun akibat kurangnya semangat 1Malaysia dalam jiwa owner,cuma chinese tenants sahaja yang dimahukan. Isu ini akan saya utarakan di parlimen.

So akhirnya end up di kawasan apartment lama yang mempunyai sebuah swimming pool yang sungguh dodgy. Dah macam tempat menternak ikan sangkar pun ada. Tapi syukur kerana rumah i agak nice juga. At least tak facing kubur cina like this block;

-that cokelat kaler area is a huge area of chinese cemetery. Selepas menonton Khurafat tempohari memang bersyukur tak tinggal di blok ini.

But setelah beberapa hari tinggal dan belajar di Malaysia,apa yang dapat saya simpulkan ialah harga suatu penghidupan (cost of living) di sini sungguh mahal. Mahal yang bukan calang-calang. Tahap yang mungkin akan menyebabkan megi diletakkan di tingkat paling bawah piramid makanan.

Kalau di obersi Ikea dikategorikan sebagai perabot murah,di Malaysia Ikea adalah mahal. Even barang-barang Tesco pun sesetengahnya sungguh memilukan hati dan dompet. Nasib baik duduk dekat bilik paling kecil jadi sewa juga adalah paling kecil antara ahli rumah.

Niat hati ingin decorate bilik ala-ala katelog Ikea,tapi atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu dihuraikan di sini,kebanyakan barang-barang dalam bilik adalah dari Tesco.

Sebelum didekorasi


Selepas didekorasi


Bukan saja barang kelengkapan rumah yang mahal, kos harian juga sungguh mendukacitakan. Tambah pulak sekarang setiap hari for 2 weeks kena seberang jambatan untuk pergi hospital. Tol je dah 7 hengget, setiap kali bayar terdetik dalam hati 'balik ni aku mesti start jual penapis air Hai O'.

And when people tell you Penang is a food heaven,they lied. The other day i went to Padang Kota to try pasembur and whatnot. Sepinggan 40 hengget. Cendol pulak dahlah rasa macam air bateri, tawar gila. kau boleh kira berapa helai dia letak cendol dalam tu,3 hengget. Kerang bakar saiz ala-ala anak kerang mumayyiz 10 hengget. Char kuey tiow rasa macam budak tadika goreng 8 hengget.

Food heaven kah macamni??

Shame on you Penang,shame on you. Jadi dengan ini i menyeru semua rakyat Malaysia dan rakyat dunia juga mari kita boikot Padang Kota. Overhyped je lebih ptuih. Bila teringat kena scam dekat Padang Kota nih mesti nak emo. Tak boleh terima ok bil makan ala-ala macam melantak dekat Tony Romas padahal gerai tepi jalan je.

Jadi sekian saja luahan rasa dan update ringkas kali ini. Saya akhiri dengan sebuah gambar yang diambil di wad 6 hospital X (nama dirahsiakan). Semoga mengambil iktibar.

Tuesday, March 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Seperti yang diketahui umum,memandu is not my forte. Tetapi setiap orang perlu berusaha perbaiki diri,jadi diri ini telah bertekad untuk mengasah skill memandu supaya takdelah sampai tua kena mak jemput balik kerja.

Since mama was nice enough to get me a car,the least i can do is to actually drive it bukan mintak pakej sekali chauffeur. Kang chauffeur tak dapat,penampar jawa yang diterima. Nak tak nak memang kena ah belajar drive balik dan dapatkan keyakinan since i will be driving to college soon.

Jadi destinasi pilihan untuk ujian pemanduan ialah Gombak. Kenapa Gombak? Sebab Hanis (unfortunately Hanis in this story is my brother,bukan Hanis Zalikha) study dekat UIA. So i nak ke UIA untuk menuntut baju-baju i yang dicuri beliau. Inilah akibat berkongsi saiz baju dengan adik-beradik,sedar-sedar dah hilang. Next time kau jumpa balik baju kau dah rupa alas kaki.

Route Nilai-Gombak ni senang sebab straight je. First time okeh masuk highway drive sendiri rasa macam nak berenti tepi jalan ambik gambar. Mula-mula heaven ah sebab highway memang tak bizi. Masuk area Cheras baru start berzikir.

Boleh pulak nak jam time-time baru nak prektis nih. Nasib baik bawak auto,kalau manual memang dah aku tinggal je kereta tengah jalan tu balik naik komuter. Setakat jam boleh tahan lagi,yang buat nervous lebih tu sebab banyak jalan tutup.

JKR ni time ni lah nak korek jalan. 3 lane jadik 2,2 lane jadik 1. Bila ada bas, lori,trak askar himpit kau dari tepi sumpah bertambah nervous. Tapi nak tak nak kena la pecut jugak,kang jadik bahan pulak kalau drive Nilai-Gombak ambik masa sampai 3 jam.

Akhirnya selamat tiba juga di UIA safe and sound. Ini ialah sedikit gambaran bilik Hanis di UIA.

Ya itu memang bilik beliau.Bukan rumah tinggal tempat orang shooting cerita Seekers.

Lepas lepak sebentar di UIA we went to McDonald's Sri Gombak. Manager McD sini ialah Kak Ida, a friend of mine yang i kenal sewaktu sama-sama join Kelana Convoy summer lepas.

Memang McD ni beliau yang pegang. Gila otai siap suruh i dengan Hanis order ape-ape je. Dah bantai Big Mac siap offer dessert free pulak. Fuh sumpah takde McD lain nak pergi lepas ni haha. Sebelum balik dibekalkan dengan kupon McD worth 50 ringgit dan free breakfast punya promotion. Thank you Kak Ida! Anda awesome.

Perjalanan balik agak lancar sebab balik awal nak elak jam after office hour. Itu pun langit dah start mendung. Bila dah nampak mendung baru terhegeh-hegeh carik macamana nak on wiper.

Akhirnya selamat juga tiba di Nilai in one piece. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengembalikan keyakinan untuk memandu. Lepasni sesiapa yang ternampak i atas jalan raya sila bunyikan hon 2 kali sebagai tanda sokongan.

Sunday, March 6, 2011

Dublin-KL

Hari paling last di Dublin dihabiskan dengan operasi mengemas barang peringkat akhir. Peringkat sumbat apa yang boleh,timbang beg,berdoa tak kena extra charge. They allowed 20 kg je but in the end my luggage berat 29.9 kg. The doa paid off tho since i didnt have to pay for any extra charges fuh.

The day started by finishing off lasagne yang dibawa oleh saudari Amirah the night before. The best lasagne in Dublin thankyou dahling kau macam tau-tau beras rumah aku habis. Aliyah prepared scrambled eggs and baked beans.

Perasaan sayu maksima tatkala mengosongkan almari baju dan membuang cadar katil. Lepas dah kemas-kemas termenung kejap mengenang memori manis bersama almari dan katil. Gilo mengenang memori dengan perabot.


Flight balik pukul 4 petang. Pukul 2 dah start rasa nak meleleh. Thanks to those yang datang hantar dekat airport. Also kepada juniors yang siap buat jamuan farewell dan rakan-rakan yang bagi hadiah =)

-trying our best to fake a smile.Aliyah muka macam mati kucing,you'll be fine.

Masuk flight lepas dah composekan diri,i opened the card given by her. Gila sedih nasib baik kawasan public kalau tak memang dah meleleh ah kat situ.

Tapi 10 menet je la sedih,makanan sampai memang tak hengat apa dah. But seriously MAS punya in flight entertainment and food sucks ass gila. Movie adela dalam 2-3 yang kau boleh layan. Makanan pun gila tak sedap kalau nak compare dengan Emirates. Tak tau lah kalau MAS nak jimat bajet kongsi katerer dengan Penjara Sungai Buloh.

-sweet sour beef for dinner

-yang ni nasik lemak served before landing. Nasi lemak AirAsia 10x better.

Nasib baik service dari cabin crew bagus. Kakak stewardess siap bagi kacang satu beg plastik suruh bawak balik. Bukan tak patriotik tak support MAS,tapi ini just review as a paying customer (actually JPA yang bayar tehee). Dahlah game super mario dah takde weh tinggal game bebudak tadika je main susun-susun huruf. Apakejadah?

Lepas makan i changed into my sweatpants untuk keselesaan yang maksima. So most of the time during the 12 hours flight i looked like this;

From now on all posts in this blog will be written in Malaysia. Tapi since minggu depan dah start belajar balik i doubt i will update this often. Kepada semua rakan-rakan sekelas,i'll see you guys soon!

Thursday, March 3, 2011

Another Sad Sappy Sentimental Blogpost


Other than lovely friends that i've to leave behind,the thing that i'll miss the most about Dublin is the city itself. When i first arrived here i was not impressed. Where the hell is the skyscrapper? Where's the big malls? Where's the Time Square-ish billboards?

Tetapi semakin lama tinggal di kotaraya penuh muslihat ini,i started to love it. Mula rasa seperti at home. Bila travel lama-lama i cant wait to come back to Dublin,to my house and my bed. Jadi untuk post ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar memori terakhir tempat-tempat yang bakal dirindui kelak tsk tsk.

UCD

-Health Sciences Building. Tempat wajib tuju almost everyday for the last 2++years

-Newman Building,where i had my language classes for elective

-James Joyce library,tempat lepak first semester untuk heater free

-UCD lake,tempat lunch break makan prawn mayo wrap sambil harass angsa. Padang seberang tasik tempat menjemur punggung waktu cuaca panas.

-Trek tempat joging sewaktu semangat kesukanan masih menebal di jiwa.

-UCD main restaurant,selalu pergi waktu first year zaman kalau masak kari jadik pun sibuk nak skype bagitau orang kampung.

Grafton Street


-i'll definitely miss the Stephen Green Mall with its TK Maxx and the 2euro slushie.

-i akan rindukan kedai-kedai mampu-tengok-tak-mampu-beli di sini

Owh and all the creative street performers;



O'Connell and Henry Street

-im gonna miss the nonsensical landmark

-and if you live here long enough mesti at least sekali pernah terserempak with these two furball. They are huge tapi sungguh well behave dan bersopan santun.

-i'll miss going crazy over perfume sale at Debenham or The Perfume Shop

And how can i forget the first fastfood restaurant that i went to here in Dublin. Eddie Rockets and its american diner vibe.


-sweet potato fries

-the awesomeness that is Oreo milkshake

Im leaving for Malaysia tomorrow hence the sappy blog post. Tapi ini temporary saje kerana im sure by the time sampai Malaysia dan disambut dengan masakan ibubapa perasaan sedih akan hilang sedikit. So to people at home,ibubapa abang adik i expect a warm welcome because santa is coming to Nilai sooner than you think.


Wednesday, March 2, 2011

Goodbye,Till We Meet Again (T_T)

Ive said this gazillion times already. Im heading back soon. Like really really soon. So currently im enjoying my last days in Dublin since exams and lectures are officially over. Perasaan bercampur baur antara cuak,sedih,happy dan of kos nostalgic. Dublin has been treating me well, and having to leave some people who are so dear to my heart behind, make it even harder to say goodbye.

Last week UCD organised a farewell reception for us PMC bound students. A lot of our Irish classmates and lecturers came. Its basically just a typical farewell ceremony where we were given certificate and get the chance to bid adios to these lovely people.

-receiving cert from Dean of Medicine,Professor Powderly

-With Dr Jason Last. Lecturer dengan karisma dan swagger yang melimpah ruah.

-Ms carl Lusby,international student officer yang sangat helpful. The first person i emailed even before masuk UCD. Add me on facebook babe! Wah bajet awek nak panggil babe.

-The legendary Patrick Felle. Kalau belajar neuro dengan beliau sure rasa nak tercirit. Sikit-sikit tanya soalan. Memang neves lah kan


Prof (or Dr?) S.Giles,couldnt ask for a better person to teach you anatomy.

-Omjayyy i tak ingat nama beliau.Memang murid derhaka

-Dr Stuart Bund,one of the friendliest lecturer in UCD Med school.

Aaaand everyone's favourite lecturer,Dr KM Chan. He talks really fast,by the time habis berangan pasal sate kajang atau murtabak kambing dalam kelas kau dah tercicir 15 slides. Tapi best sebab in between slides selalu selitkan gambar or jenaka random.


-segerombolan yang bakal pulang yang insyaallah bakal bertembung di warung tatkala membeli nasi campur.

-The first Irish i know during orientation week,Niall.

-the two Aliah's who are NOT going back to Malaysia with me. tsk tsk

It was a lovely evening. Thanks to Manvir and co for organizing an amazing farewell party later that night. I had a really good time. =)

The following Monday tuh (which is semalam lah kiranya), we had our last exam in UCD. We were all dressed up,trying to appear as professional as we could for the exam. So disebabkan sudah berpakaian terlalu semat maka begitu gigih panjat meja lecture hall untuk hasilkan gambar meloyakan di bawah;


Majalah Maskulin kalau nak dapatkan khidmat boleh cari i di fesbuk.