Sunday, March 27, 2011

Opah Saya.


I have a kampung in Perak. Padang Rengas to be precise. My family dont really balik kampung that often. Selalunya raya je baru balik. So every year i only manage to see my opah once or twice. Now since im back in Malaysia and living quite near to my kampung, i get to see her more often.

Bila bukan musim raya,kampung adalah sungguh sunyi. Jadi kebanyakan masa opah dan atuk dihabiskan dengan menonton sinetron dan bertengkar manja sesama sendiri. Jadi kepulangan anak cucu ke kampung will cheer them up. (they didnt specifically said this,but i assume they're happy lah when im around tehee)

Kalau takde sesiapa balik kampung,kucing akan jadi cucu angkat. Kalau dengar atuk bersembang dengan kucing macam real woh mesti ingat mukjizat ke apa boleh faham bahasa kucing. Sekarang atuk suka bersembang dengan si gonjeng ini. Beliau ibu muda,baru lepas beranak jadi kena kurung dalam sangkar takboleh jalan-jalan takut bentan.


The thing about old people,it's not hard to make them happy. Opah suka masak. Jadi kalau balik kampung,dia mesti masak bersungguh-sungguh. Justeru sebagai cucu mithali, adalah wajibulghunnah untuk makan at least 2 pinggan nasik. Bila tengok kita makan melantak macam kena sampuk jin tanah,opah happy. See,senang je nak kasi orang tua happy. Ini memang win-win situation.

Hidangan untuk 2 orang (me and opah) makan;

Ada gulai tempoyak,gulai keledek,ikan keli taucu,ayam berempah,sayur campur,sambal kelapa. Sampai raya haji depan boleh tahan kenyang dia.

Sebab setiap hari mengadu dekat opah ayam dekat penang mahal, beliau bungkuskan ayam masak merah 5 ketul,gulai cendawan plus sotong sumbat dan ikan keli pemberian pak lang sebelah rumah. Saja rasuah nak suruh balik kampung selalu.

-opah siapalah yang comel sangat ni siap bagi sardin 2 tin

Jadi selain dari ibu saya,opah adalah seorang lagi wanita di hati ini cewah. Disebabkan beliau suka memasak, beliau telah melawat merata tempat di atas urusan bisnes. She's one facebook account away from being the ultimate urban grandmother.

-comel bukan opah bergambar dengan salji?

Dan beliau tak pergi obersi sorang-sorang okeh. Beliau pergi dating dengan Khalid Jamlus.

-Mungkin teringat suami di kampung,jadi reaksi muka tak berapa excited.

50 comments:

belinda dee said...

hahaha...so sweetla atim kehidupan u ngan opah & atok.

noname said...

gambar makanan itu sungguh menguji keimanan.

WZulhilmi said...

rasa mcm pilu sikit bila baca ur atuk sembang2 kucing. bkn apa sbb sunyi kan. sbb semua anak2 dh dh ada kehidupan sendiri. mmg diorg happy lah klu ada anak2/cucu2 dtg melawat. walaupun tak nmpak tapi boleh rasa. in ur case tgk je lah sampai sardin 2 tin lps tu dpt kuah berbekal2. hahaha =")

Apis Hilton said...

opah tak bagi duit poket ke?

miss zizie said...

isk3, sy sudah rindu arwah nenek la. betul la dulu balik kampung mesti arwah nenek masak banyakkkk sangat mcm buat kenduri padahal untuk kitorang adik-beradik je. :)

Anonymous said...

gile rupawan itu cat! hehehehe. sape yg lebih terpaksa utk bergambor tu, ur grandma or khalid? hahahaa.

Unknown said...

lawat lah mereka selalu, selagi hayat mereka ada...

Unknown said...

your opah rawks!

Anonymous said...

kite balik pon diorang dh rase happy je sbnrnya,,siapa yang x syg cucu,,

MiaDiera said...

haha my mom pun suka cakap dengan kucing,kadang-kadang lagi selalu cakap dengan kucing pada anak sendiri ngee:D

[i.l.y.a] said...

mana kau jumpa gambar opah dengan khalid ni wey? hahaha. aku tak pernah jumpa pun.

opah sangat comel pakai hoodie.

Unknown said...

rindu dgn entry anda en hatim..

nmpknye jd cucu ksygn la ni

fishlol~ said...

caption gambar last tu memang SUPERB. hahaha

dayanaazhar:) said...

opah pun pegi lawat ke dublin? heybat

ainzoo said...

Mmg best hokeh kalo balik kampung... Tenang jew rasa dlm ati..
Opah ko mmg kewl... ;)

Mari la kita balik ke kampung masing2..(nnt dapat bekal sadin 2 tin jugek...)

p/s: tak ble blah tgok sadin tu..lagi best makan makanan yang ada dalam tapawe tu..kan? ehehe

hatim a.r said...

@belinda:they are the sweetest!

@tyra:haha rasainnnnn

@wzulhilmi:atuk memang cenggitu.kuat sembang hehe.tu yg boleh sembang dgn kucing tu

@apis:mak teh bagi teheeee

@zizie:kan?nk bagi makan sorang je.masak macam buat kenduri akikah

@iza:muka dia terpenyek.anak dia pun sama

@mummy liesya:insafffff

@carissa:she is!

@naza:truth is,im more happy thn them.makan free hehe

@mia:sebab kalau cakap dgn anak sendiri hujung2 dia mesti nk pow duit.kucing tak pow

@ilya:aku kan mewarisi harta karun keluarga.gambar ni salah satu harta tu lah

@miss ran:i am cucu kesayangan.haha gila takbley blah iktiraf diri sendiri

@fishlol:seakan tiada chemistry antara mereka berdua kan?haha

@dayana:tu bukan dublin. itu perth kalau x silap

@ainzoo:sardin tuh tak tau ler bila nak masaknye.kalau weekend time pokai boleh la

17's! said...

tibe2 tingat opah kat kampung :)
nak suruh opah masak banyak2 gak..haha

aisyah sakaria said...

sweetnyaaaa. kirim salam opah yerr. HAHA

Hanis Abd Razak said...

mana ko rembat gamba pah dgn khalid tu weh? hahaha... x pnah nmpak pon

en.sani said...

aku rasa lapar dan kurang sombong bila tgk gambar lauk...

Raisya Abd Raof said...

Semua nak opah you, bak sini Khalid Jamlus tu. Hahahah

LIP (^_^) said...

this entry tentang ur opah is so comel.. :)

myxa said...

sambal kelapa tu adalah my fav. orang perak buat sambal kelapa mmg terbaek!! sedap....

Hannah Haykhall said...

my uwan(nenek) pun ske sangat borak-borak dgn kucing..same ah macam nenek you..selalu dapat duit dari atok sebelum balik kolej every time balik kampung..heeeeeee...

Cik Herniezieana said...

cedapnye makanan tu suma.. nyummy!!

harifa said...

atuk xjeles ke nenek tangkap gmbar ng khalid ne??hik3

dija said...

Benci, nenek ak xcool.
share opah ko la. haha.

dalin said...

gile comel opah. dpt bygkn dia masak bersungguh2..

Eniey Yusoff said...

comelnyeee ur opahhhh..
tetibe rindu my tok wan di kampung. sobs sobs T__T

hatim a.r said...

@17's:jangan zalimi opah anda hehe

@aisya:wsalam.jawabkan bagi pihak

@hanis:adelaaa.kau yg tak peka

@en sani:setiap kali tgk gambar neh rasa lapar.menguji betol

@raisya:bukan dia dh kawen ke?ambik la kalau nak

@lip:opah yg comel!

@myxa:lagi pedas lagi best kan kan.stoned gila makan

@hannah:atuk kena beli ubat.tak boleh pow dia.

@merah jambu:memang!masih terbayang kesedapannya

@harifa:atuk tak heran.dia pernah jumpa fasha sandha

@dija:nenek sendiri is the best.tak baik woh cakap cenggitu,kecik hati nenek

@dali:dia masak campak2 je.tapi sedap.lepastu semua makanan feberet kita dia nk masakkan sekaligus haha

@eniey:balik le kampung weekend nih. airasia kan murah

Unknown said...

saya dtg melawat..tiba2 cm best je lepak kt sini..ahaks..

fruitted said...

huih! lama tak makan sambai nyoq!!

anisizatyA.J said...

HAHAH SO CUTE TAJUK "OPAH SAYA"

btw gulai tempoyak ftw weh rindu gilaaa.

dija said...

'nenek sendiri is the best'
yeah, you're right...
tetibe ter-emo disitu..

Apis Hilton said...

untung lah you hatim! i like your opah..very urban opah! weehaha

Anonymous said...

hehe opah comel..

Unknown said...

opah rocks!
gila hebat, dah pergi merate.
dan sangat comel pula.
aku rasa, dia sangat sayang kau.

okay aku selalu perasan yang bontot khalid jamlus besar.

hatim a.r said...

@nurie:eh silalah lepak lama-lama.bentang toto baring sekali

@fruitted:sambal nyoq!yeah thts what they call it

@anis:u oso have opah kan??arent they the cutest human being??

@dija:yes.sayangi nenek anda =)

@apis:she's actually quite conservative. she went to so many places but she's still a kampung lady at heart

@orked:ke mana tumpahnya kuah.eh

@ungu:observation skill anda sungguh dahsyat

Fariha Ahmad said...

same kampung la =)

ctpayong said...

geramnya nyeow warna oyen tu...

Shahirah Elaiza said...

LOL @ one Facebook away from being an urban grandmother. Create an account for her!

p.s. When I balik M'sia nanti we meet up k? Don't be shy shy cat!!

hatim a.r said...

@fariha:hello org kampung!

@ctpayong:sejak beranak dia dh garang

@shahirah:she will bother me asking how to add people,how to tag photos and whatnot.why would i do that to myself lol.cafe barbera jom hehe

LynnAiza said...

atttteee,,rajin2 le balik yeee..nnt opah masak lagi banyakk kt kome..hahha..

p/s:lauk tlebih cukup aihh..gile jeles!haha~

misZ Wattz said...

hatim, sungguh cumil opah kamu..! hehehe...^_^

*jeles tgk lauk tu...haishh..~

Anonymous said...

comelnya opah kamu... :)

Anash said...

rasanya high rating entry kali ni credit to your opah...special guest in this blog..
hehe

noorhayati said...

comelnya opah awak

Anonymous said...

alahai...soo sweet opah :)

FazzYnameDcHuiB said...

sedap sungguh lauk pauk itu. Opah encik atim sangat baik ati.

roxychick said...

alaaa hatim. u buat i rindu kat arwah opah i jugak.. ate kome ni..

alfatihah to my arwah opah.

opah rules! yeehaww.. haha..