Percutian ini malangnya tidak disertai oleh Haji Rasdi sendiri kerana beliau lebih gemar bersantai di kampung halaman menjaga kucing yang hampir due date beranaknya. Namun begitu seperti dalam trip yang lain, Opah turut serta untuk mewakili suami beliau.
2 unit apartment 3 bilik terpaksa disewa demi menempatkan keluarga besar yang borderline obese semua anggotanya ini.
2 unit apartment 3 bilik terpaksa disewa demi menempatkan keluarga besar yang borderline obese semua anggotanya ini.
Pusat kanak-kanak berkubang pagi dan malam.
Kali terakhir pergi Melaka ialah waktu masih bersekolah. Jadi kagum seketika dengan pembangunan pesat bandar ini. Tahap kebersihan boleh dibanggakan namun perlu improve public transportation sebab musim cuti ramai gila orang woiii nak carik parking macam nak carik jodoh.
Dulu pergi waktu zaman hingusan Dataran Pahlawan tak berapa nak bukak,sekarang siap extend bangunan lagi. Kelas kau maria.
Lepastu dah ada Menara Taming Sari sebelah tu. Wah wah harus jakun dan naik.
Konsep Menara TamingSari ini adalah ala-ala Solero dekat Genting.
Once again Opah conquered her fear of height. Syabas. Actually the best way to enjoy Melaka's scenery is by beca. 30 ringgit for 30 minutes, not that expensive eh? Considering that most of us are fatasses, 30 minit itu mungkin boleh akibatkan hip joint pengayuh beca dislocated.
And most of these beca ada radio, got subwoofer sumore i tell you. To hell with Dondang Sayang, they play Rihanna and LMFAO songs.
-beca Mercedes. anda mampu?
Memandangkan Opah juga tak berapa fit untuk berjalan kaki di area Jonker Walk maka khidmat 7-8 beca terpaksa digunakan untuk mengangkut satu family. Perarakan beca keluarga Haji Rasdi ini menggamit perhatian pelancong untuk mengambil gambar. Justeru memberi feeling Miss Tourism kepada ahli rombongan.
Kunjungan ke Melaka tidak sah jika tidak disertai kunjungan ke Medan Ikan Bakar. The one in Umbai is overrated sebab last time pergi tak berapa best. So we went to the one in Serkam, few kilometeres further dari Umbai. Gambar ini diambil selepas ritual melahap besar-besaran.
-4 meja cantum,berekor-ekor ikan,2 kilo udang goreng tepung,2 kilo sotong goreng tepung,kupang,kepah,kerang,ketam,20 bungkus nasi lemak,nasi putih tambah,dan beberapa menu yang lain. *usyar harga treadmill online*
Another attraction ialah Melaka river cruise. The best time untuk naik ialah pada waktu malam.Di samping view yang gorjes, complexion kulit yang sediakala 10 di skala hitam juga dapat diselamatkan dari bahang mentari.
-the historical Kampung Morten
-buildings along the river are decorated with awesome murals
River cruise ini is wayyy better than Venice's gondola ride. Air Venice dahlah bau longkang, harga cekik darah plak tu. Sungai Melaka ni after restoration dah tak berapa ada bau. Lepas tu bot siap pasang lagu-lagu klasik and commentaries as we go along.
Bridge ala-ala Venice pun ada. Suck it, Italy.
All in all, we had a blast. Percutian secara berjemaah begini memang seronok,lebih-lebih lagi takpayah keluar duit lol. Maybe next time boleh ke pulau pula, because i'd like to see Opah in a diving suit. Pasti comel melampau.