Friday, January 27, 2012

Annyeong Ha Sayur Part 3: Everland, Ski & Mt Sorak


Dah jemu belum dengan update pasal Korea? Memandangkan takde modal lain nak update,hadap je lah ye update panjang dengan jumlah gambar melampau seperti ini. Kepada yang bertanya pasal bajet tu tunggu lah di post terakhir,karang kalau bagi tau awal-awal semua dah taknak baca blogpost pergi pecah tabung book tiket terus. Tak baik gelojoh.

Sambungan dari entry lepas, bertolak dari Jeju pulang ke mainland awal pagi. Pun menaiki Korean Air. Sampai je Gimpo airport terasa perbezaan ketara suhu berbanding waktu mula-mula sampai.

Tak sangka sepanjang berjimba di Jeju suhu Seoul dah jadi extremely sejuk. Tentatif untuk sepanjang hari ialah ke Everland, salah satu theme park yang ada di bumi Korea yang serba indah ini.

-depan entrance

Everland ni macam downsized version of Disneyland. In my honest opinion, Everland cicir jauh lah kalau nak compare dengan Disneyland. Sejajar dengan harga tiket yang gila murah kalau nak compare dengan Disneyland. Oh by the way all day pass untuk Everland ni dah included dalam tour package. So layan aje...


-see that scary roller coaster rail track?

Ride yang dinamakan T express ni is one of the scariest roller coaster in the world la kiranya. But unfortunately it was close when we were there. Give my money back! hmphhh. Nasib baik ada lagi satu roller coaster.

Rides yang ada di Everland ni sungguh mencuakkan,im not sure if its even legal. For example this DNA Mixer:

-jangan tertipu dengan ekspresi gembira.itu gambar SEBELUM naik

Second ride yang dinaiki ialah roller coaster yang tak kurang menakutkan. Sempat istighfar at least 3 kali sepanjang ride,that's how scary it was. Turun roller coaster terus naik ride ini pula;


-bukan tiang dia je berpusing,each row of seats tu pun berpusing 360 degree.

Waktu ni dah rasa perut bergelojak. Tapi sebab nak bagi berbaloi bayar tiket theme park tanpa berlengah naik ride kapal ini pula;

I was screaming like a hysterical pre pubescent girl on ecstasy during the whole ride. Then i realized Marsh and Thariq next to me were awfully quiet. Rupa-rupanya dua-dua tengah tahan nak termuntah. Such losers,those two. heh

But for you guys fellow weaklings out there, fret not. There is something for everyone in Everland. Contohnya seperti main gelongsor SnowBuster ini;


Di dalam ini juga ada Safari but we didnt have enough time to cover all attractions. The atmosphere in Everland lebih kurang je dengan Disneyland. Sungguh ceria.

Tapi keceriaan tak berpanjangan sebaik melangkah masuk ke kedai souvenirs. Semua barang comel-comel,tapi tak mampu nak beli sebab mahal T_T


-tiada jodoh kita bersama,panda.sobs

Setelah puas bergelinjang seharian di Everland,perjalanan diteruskan ke YongPyong Ski Resort. We checked in dekat Dragon Valley Hotel for a night. Menurut kata tour guide,musim-musim peak macam sekarang ni harga bilik hotel mencecah 700ringgit semalam.

Nak keluar malam round-round macam di Jeju of course la tak dapat. First sebab tak banyak kedai pun around ski resort ni,and second sebab sejuk gila dekat luar tak mampu nak berpeleseran sejuk-sejuk macamni.

So we decided to jalan-jalan around our hotel area saja. Betul-betul depan hotel ni, ada sebuah cafe yang digunakan sebagai lokasi shooting Winter Sonata. Marsh yang dah 4 kali menonton siri ini, hilang kawalan lantas histeria di depan hotel.


-over okeh pompuan ni,siap cover terus gambar heroin lol

Area hotel at night;


-pasangan bahagia trying to recreate a scene from Winter Sonata. *barf*

Selepas beberapa minit bersiar-siar terasa telinga macam nak tercabut. Lalu decide untuk pulang ke bilik. On the way nak balik bilik singgah convenient store dalam hotel beli facemask dan susu. Susu tu beli sebab Marsh terpengaruh tengok Shinee minum dalam iklan tv. -_-"


-slumber party time.

The next day tu sepanjang pagi di allocate kan untuk aktiviti bermain ski. It was snowing heavily, nasib baik dah pernah ski dekat Scotland so dah boleh kira pro la skiing ni *riak*.

Walaupun salji lebat dan cuaca sejuk, berpeluh-peluh ok main ski ni. Tambahan pulak ada skrin besar dekat situ where they played KPop videos, bertambah hangat suasana di lapangan ski ewahh.

Setelah puas bermain ski dengan rekod cuma SEKALI sahaja jatuh tersembam, tour guide ajak naik cable car ke puncak bukit. Tiket 2 way cable car ni lebih kurang 12000won. Yang ni dan harga ski equipment tak termasuk dalam harga pakej. Kena bayar asing.

View dari cable car:


-tengok ramai gila umat manusia waktu peak season


-makin dekat dengan puncak,makin tebal snow

Finally sampai!


-According to Miss Winter Sonata herself,the building behind us ada dalam drama tersebut.

Dont ask me episod berapa shooting kat sini,lagu Winter Sonata pun first time dengar yang Hazami nyanyi. Sedih.



-maafkan pose itu,teruja lama tak jumpa snow tebal lol

Kalau nak jimat duit,beli one way tiket je cable car ni.Turun boleh snowboard or ski. Tapi curam gila and penuh selekoh tajam kalau nak turun tu. Main dekat area budak-budak pun dah tertiarap baik jangan berangan.*sedar diri*

Di sebelah petangnya pula,setelah check out dari hotel perjalanan diteruskan ke Mt Sorak. Mt Sorak ni kira macam national park dia lah. But it was extremely cold,jadi tak berminat nak explore. Kalau datang waktu autumn mesti lawa gila kawasan ni.


Dalam kawasan ini juga ada temple and a huge sitting Buddha. Jika anda bayar 10000won anda boleh tulis doa dan wish anda di atas sekeping genting(?) dan letakkan bersama doa-doa pengunjung yang lain.


While other tour members mengexplore kawasan temple,the three of us musafir Muslim di bumi Korea (feeling Mawi kejap) decided to get coffee. Kagum sekejap kopi dalam tin tapi panas. Tapi sebenarnya beli kopi ni pun sebab Marsh terpengaruh iklan nampak artis ape entah minum.
-_________-"

Beberapa minit lepas minum kopi,tour guide pula belanja green tea. Tapi rasa macam air bilas kasut sekolah.

-our tour guide. umur 40 tapi badan solid kulit licin.kau mampu?

By the time we got out of the park its starting to get dark. That night we checked in at Sorak Park Hotel & Casino located just 10-15 minutes je dari National Park tu. The hotel was scary,lampu malap and tak pasang heater pun dekat lobby. Gila kedekut.

Dan....dan...i found this in the closet;


Tali tu memang provide supaya senang customer gantung diri ke ape??

Pengembaraan seterusnya akan disambung dalam blog post yang akan datang,hopefully will be the last post about this Korea trip. Serius tak larat nak upload gambar dah..

18 comments:

Dylla Fadzil said...

trip ni mcm trip untuk try everything yg ada dlm drama korea ja (merujuk kepada kawan you yg nama marsh tu) haha

najihatussolehah said...

x jemu2..wah,,bestnye...jeles2..

CikNurul said...

daebak!!

lynnaiza said...

ya ampunnn. sungguh ku konpius nak komen mana satu. semua mencurik hati. daebak daebak!

tp, ayat pilihan entri kali ni, "Tapi rasa macam air bilas kasut sekolah." HAHAHA

wan said...

well tali tu i guess for incase berlaku kebakaran , so thats why providekan tali tu kot . haha ur blog tak pernah fail buat wan gelak ! haha :D

Kisah Aku... said...

subhanAllah, cantiknya...bertuahnya badan dapat jejakkan kaki kat sana, tak sabar nak tau bajet trip

soalan : pernah dengar yang korea ni org2nya agak pengotor walaupun dlm drama semuanya kelihatan indah...korea ni kotor tak negaranya? kalau bandingkan dgn malaysia?

dayanaazhar:) said...

bestnya bercuti habis-habisan, dan tahniah kerana post anda amat menarik!!!! rasanya korea kena bayar ni sbb buat promosi negara depa. anyhow, can't wait for more post!!!! cuma tertanya2 korang makan, sayur je ke? and ikan?

Musafir Melayu said...

Assalamualaikum,

Could you include the rough sum of your expenses for this trip on your next post?

Besides that, I'm kinda hook to your blog already. XD

Iffah Afeefah said...

Tali tu memang provide supaya senang customer gantung diri ke ape??

hahahaha lawakkk

ps: Aku tak jemu. suka bace. walaupun paham perasaan ko upload gamba itupon nmpak kat twitter tp awl2 bce da glak

love it!

~~*sepHatosTifiC*~~ said...

nape x bawak i hatim.i nk ikut tau, haha.. mcm kenal je kan nk soh bwk2 bagai.

Cik Hernie said...

bestnyeeeee!
serius, superduper #jeles.

hatim a.r said...

@dylla:exactly

@najiha:memang best!

@ciknurul:owh baru belajar perkataan ni haritu haha

@lynn:seriously rasa dia tak sedap mcm green tea biasa.tapi boleh la telan

@wan:takde hotel lain buat macamni -_-"

@kisah aku:mmg subhanallah betul waktu sampai atas bukit tu.tak sangka boleh nikmati view mcm tu. Korean punya toilet agak kotor,but msia punya lagi kotor lol.one thing i noticed,kdg2 diorg peepee tak basuh tgn haha.but generally korea bersih laa dari malaysia

@dayana:macam travel dkt europe dulu la.seafood and veggie.tapi sedap!

@musafir:will do

@iffah:tq

@sephatos:boleh bawak,takde hal.tapi bayar sendiri hehe

@cik hernie:jgn jeles,mula menabung sekarang!

misa said...

rasa menyesal pulak baca sebab dah jeles ya amat dah skang! hahahha.

sweet life said...

bestnya jejalan...
mau kumpul duet tuk kawen tak nnti?
ngehh... hehe... ..^____________^...

FazzYnameD said...

syoookknnyyaaaa!

laskar pelangi said...

sangat mengancam jiwa. makin teruja wohhh nak g korea. fuh fuh fuh! cepatlahhhhh nak kerja.nak kumpol money money nie. aiyooooo..

Ummu Ayman said...

Thanks for all the pictures. Memang best baca. Santai. InsyaAllah saya akan pergi pada awal Disember ni 4 - 10 Disember 2013. Salji belum tentu turun ya masa tu. Thanks again for sharing. Kalau ada waktu2 stress boleh gak baca blog saya ummuayman.blogspot.com bertajuk Ajarkan Aku Ya Allah. Itu je lah saya dapat balas susah payah Tuan sharekan di sini =)

TravellogAku said...

salam..boleh tahu x harga ski?