Monday, January 30, 2012

Annyeong Ha Sayur Part 4: Nami Island


Mari kita sambung part akhir travelogue Korea yang tertangguh tempoh hari. This is going to be a short one.

So basically lepas check out dari hotel angker berhampiran Mt Sorak tu,naik bas 2 jam untuk ke Nami Island. Ya, pulau yang semua orang pun nak pergi kalau ke Korea. Nami Island ni sebuah pulau yang terletak di Sungai Han.

Ia terbentuk disebabkan oleh pembinaan Empangan Cheongpyong. It's a very small island,bentuk seperti half moon atau daun yang terapung. Dinamakan sempena Jeneral Nami, seorang jeneral (duh) yang hidup pada zaman dulu. Read more about it here;


Honestly,nothing impressive pun tentang pulau ni. I actually think it's a tad bit overrated. But of course i didn't say this to Marsh's face. Gila nak kena lempang? Terkenal sebagai lokasi utama shooting Winter Sonata, tempat ini sudah dikunjungi sebanyak 98 kali di dalam mimpi beliau.
Switzerland ada better scenery than Nami for sure. Pemandangan di sini biasa saja sebenarnya, tapi sebab yang datang ramai pasangan bercinta...orang bercinta memang semua indah.

Untuk ke pulau ini kena naik feri yang disediakan,makan masa dalam 10 minit saja.


Dalam feri ini ada tv yang memaparkan sedutan-sedutan penting filem Winter Sonata. So those of you who spent your teenage years doing something more meaningful rather than watching this super cheesy love story usah khuatir. This 10 minutes ferry ride will sum up the whole story for you.

Jangan tertipu dengan sinaran mentari yang terang-benderang, padahal sebenarnya sejuk gila waktu ni hingus dah meleleh-leleh tak mampu nak romantik dah. Bukti kesejukan maksima:

-fountain beku wokeh

Tapi facilities di pulau ini agak bagus. Peka dengan kebanjiran pelancong Malaysia yang beragama islam,prayer room disediakan. Makanan halal ada juga rasanya,but we didnt have our lunch there. So tak berapa sure pula mengenai makanan yang ditawarkan.

-siap wish new year dalam bahasa melayu.ini Korea ke Sungei Wang??

Ada juga disediakan pamphlet dengan map pulau di atasnya. Di map tersebut dah siap-siap tandakan point-point penting tempat adegan cintan Winter Sonata dilakonkan. First point yang dilawati mestilah tempat First Kiss. Gatal.

-scene tempat hero heroin buat snowman atas meja,lepastu kiss.

Waktu dekat sini semua orang yang datang dengan couple ambik gambar sambil kissing. Kami bertiga yang foreveralone ni tambah terhina bila tour guide tanya 'when was your first kiss?'. Perghh makan dalam.

Memang ramai sungguh couple yang berdating kat sini. Mungkin kena bawak bini baru boleh rasa romantik Pulau Nami ni. Pergi dengan member rasa lapar je ada.

-sampahsarap daun kering pun nak buat bentuk love. Gelimat sungguh.

Tempat wajib ambik gambar;

Basikal yang digunakan dalam drama tersebut juga masih ada di sini;

Pengaruh drama ini sungguh kuat siap ada tugu dibina untuk memperingatinya.

Upacara mengambil gambar diselang selikan dengan berlari-lari anak ke arah unggun api sebab suhu sejuk melampau. Nak ambik gambar pun concious hidung aku ada lagi ke dah tercabut ni sebab memang muka kebas tak rasa apa dah.

Lepastu tour guide belanja pancake. Pancake ni inti kacang manis ngeh ngeh ngeh suka je kau kalau bab makan.

-sampai terpejam-pejam makan...dasar.....

Banyak exhibition,muzium dan gallery di atas pulau ni. Tapi satu harom pun tidak dikunjungi akibat sibuk berlegar di lokasi shooting Winter Sonata. (what do you expect,i was here with somebody who has watched this at least 4 times)

Our final quest ialah untuk mencari batang kayu scene di mana heroin tergedik berjalan di atasnya. Waktu ni map dah hilang tak tau cicir mana,namun kuasa cinta dan api asmara yang membakar di jiwa membawa kami ke tempat yang di cari. Inilah....keajaiban cinta. Aku mempercayainya.

-layan je la...

Basically that's about it. Nami Island in a nutshell. Takde apa pun yang luar biasa, tapi kena pergi lah juga just to tell people that you've been there sebab kalau balik dari Korea soalan kedua yang ditanya selepas 'beli souvenir untuk aku tak?' ialah 'pergi tak tempat Winter Sonata tu?'. Kalau jawab 'Tak Pergi' mesti 'KENAPA KAU TAK PERGI DOWH,RUGI DOWH,ROMANTIK DOWH TEMPAT TU!!'.Pfffffttttt

ps:dont worry im working on another post regarding the budget and all. bawa bertenang,jangan bakar laptop dulu.

20 comments:

bdk2 @ John said...

hahaha...aku totally agree ngn ko. mmg nami island ni agak overrated. tp dorang ckp kalo time snow penuh satu pulau tu mmg cun abes. tp hingus meleleh la bro. keke

marshitah mohamad mohaidin said...

:D amboi ayat!!!!

dali said...

akak suke post pasal nami island ni. ko x tengok tu tak menjiwai tim heheh. tq lah update pasal pulau ni. nak tggu akak pegi ntah bile zaman hihi

Nur'alin said...

betul2 orang yang tengok drama tu lebih sekali sampai sepuluh duoloh kali mmg akan wajib ke pulau tu... tangok entri u pun i dah berkobar, berdebar rasa confirm hujung tahun nak g korea jua ni dik hahahaha :)))))

sweet life said...

haha...
layan je lah...

nmok sgt buat drama romatik lepas tu
promote tmpt yg actually tak apa2 pun...

sbb propaganda.. maka maju lah tmpt tu... haha

Cik Hernie said...

minat gila ngn korea, tp serius, tk pernah haku layan winter sonata... ;)
sbb apa? haku sndiri tak tahu..

saya afi said...

hahahah.. ayat sgt takboleh bla

Musafir Melayu said...

hahahaha!!

Assalamualaikum,

nice post, semoga aku tak dapat member/awek/bini yang gila korea masa ke sini, kalau tak... =-="

dayanaazhar:) said...

pergh rajin melayan member bernama marsh tu eh??? ke awek tu?? gurau2...

hahaha tak sangka ada welcome board dlm bahasa melayu...oh amat lingua franca. hehehehe

dayanaazhar:) said...

pergh rajin melayan member bernama marsh tu eh??? ke awek tu?? gurau2...

hahaha tak sangka ada welcome board dlm bahasa melayu...oh amat lingua franca. hehehehe

hatim a.r said...

@john:salji dekat ski resort tu pun dh lawa dah.nami ni sejuk je lebih tak snow jugak huh

@marshitah:aku malas nak komplen awal-awal,kang mau 3 minggu kena silent treatment

@dali:tu la pasal.seb baik ada tayang sikit2 dalam feri tu.dpt la feeling sikit

@nuralin:peminat winter sonata jugak ke?huih wajib pergi ni

@sweet life:diorg ni kreatip.mcm muzium teddy bear tu,ade je idea nk buat tempat pelancongan.

@cik hernie:winter sonata ni la yg startkan pengaruh korea kan..rugi lah tak layan pioneer cerita korea

@saya afi:tahap jiwengs dia lagi tak boleh blah

@musafir melayu:waalaikumussalam.kena ada jugak org yg minat korea,kalau kita yg tak minat ni mmg terbangang-bangang kat situ tak tau nk tengok ape

@dayana:dah dia sorang je fanatik winter sonata antara 3 orang ni,layan je la.kang mogok plak

lynnaiza said...

errr,cane tah,dalam byk2 cter korea,tak pernah minat winter sonata.hoho.tapi,if one day sampai korea,nak jugak pergi situ!sebab risau dgn soalan kedua tersebut.hahaha.

pss,'when was your first kiss?' ?? mohon share rahsia. LOL.jk. ;)

FaiZaH Fyn said...

serious jeles okeh..eh encik hatim jd orang ketiga drama winter sonata 2012 haha :p

Hannah Haykhall said...

Aku membaca sambil bergelak ketawa..hahaha..nasib baik tak de orang tengok..wahahaha...one day, mesti kena pergi korea..kumpul duit dulu ohhh....

noname said...

hahaha. aku memahami perasaan ko hatim. layan je la marsh tuuu... marsh marsh... -.-''

shidaidris said...

tim, eh panggil macam kenal2 je. aku dah hafal dah ko punye journey ke korea. so, kalau pegi korea nanti dah boleh berlagak sebab dah tau semua benda....haha

terima kasih ye dengan penerangan yang panjang lebar dan sedikit sarkastik, i likee

hatim a.r said...

@lynn:mesti orang tanya punya ok.baik pergi haha

@faizah:taknak la jadik orang ketiga.kang jadi mcm second hero cerita tu.mati ok!

@hannah:yaaaa sama-sama kita menabung!

@noname:ko tak tgk dia weh.konon bahagia gila dpt melancong ke destinasi impian,tersengih-sengih sumbang sambil berjalan.apakah?

@shidaidris:biasa orang panggil tim je hehe =) cewah pasni kalau pegi korea macam tau semua benda la haha

laskar pelangi said...

Hihi. serius dengki tengok entry ni.uwaaaaaaa..bila la leh terjah pulau nami ni..eiii! geram je tengok orang pergi sana.wuwuwuwuwuuuuu~:)

nur afika said...

hahaha ok art nk leave ur comment ni sungguh lawak :)
nway, congratez la sbb smpai ke sane..haha yela di saat sume org tgh musim HALYU~ (xtau la btl ke x eje die)
sbb time aku p pon xe org minat sgt, jd ble duk cte kat org..xde ramai pon org yg exited nk dgr haha (itu sedih)
nway nice story :)

Zaidalifah Hussin said...

Salam adik...

best yea pi Korea...
Insya'Allah,
akak survey blog adik buat research hi hi hi...


suka blog awak :)