Sudah lama belog ini tidak memaparkan entry berunsurkan tips dan petua. Bukan apa, penulis sebenarnya memang tiada sebarang tips berguna yang dipraktiskan dalam hidup. Tetapi demi pembaca-pembaca budiman sekalian, penulis akan berkongsi tips membeli souvenir untuk pelancong-pelancong 'salty booger' atau dalam bahasa pasarnya, taik hidung masin.
Contrary to popular belief, sepanjang bergelar traveller destinasi bajet i'd never asked money from my parents. Semua perbelanjaan adalah dari simpanan sendiri. You see, i have 3 younger siblings who are still in school. Mereka ini tanggungan besar untuk ibubapa,their weekly expenses alone could feed the entire country of Malawi. So for me to ask money from le parents just to make sure i can go hoohah with friends is downright selfish.
Justeru, semua episod travelling sebelum ini adalah di bawah bajet yang sangat ketat. Persoalannya di sini, bagaimana mahu memilih cenderamata dengan bajet sebegini hampeh?
1) Priority
Sebagai traveller berbajet rendah,souvenir sepatutnya diletakkan paling last dalam senarai perbelanjaan anda. Tujuan anda ke tempat asing ialah untuk merasai culture,makanan dan pengalaman di tempat tersebut.
Jadi make sure duit anda mencukupi untuk menampung kos-kos ini sebelum membeli souvenir. Because most of the time,2 minggu selepas anda pulang dari sesuatu destinasi pelancongan, semua souvenir anda akan end up di tong sampah ataupun di belakang rak TV walhal pengalaman meneroka budaya baru itulah akan kekal selama-lamanya. (selagi belum nyanyuk)
Jika anda boleh memilih samada untuk habiskan wang dengan meronda meneroka tempat baru ataupun membeli 873 biji keychain,dan anda pilih keychain....tahniah! Anda bangang.
2) Keunikan Souvenir
Acapkali apabila melancong, semangat untuk menghabiskan wang sungguh berkobar-kobar. Keterujaan ini sungguh berbahaya. Inilah sebab mengapa pelancong sungguh senang sekali terpengaruh dengan ayat manis penjual souvenir. Akibatnya, pulang ke Malaysia baru nak persoalkan kenapa aku habiskan 3000ringgit beli bantal kekabu Vietnam ini?
Pilihlah barangan yang harganya berpatutan namun unik dan cuma dijumpai di tempat tersebut untuk menambahkan nilai estetika souvenir yang dibeli.
3) Compare harga
Yaaa selaku pelancong yang bajetnya suam-suam kuku,seharusnya rajin membuat research dan mengcompare harga. Jika ada banyak tempat untuk membeli cenderamata, pilihlah tempat yang paling murah bukan tempat yang salesgirl paling cun. Sebab dah sah-sah kau takde duit akak salesgirl cun pun tak hingin.
Kadang-kadang semakin femes tempat tersebut,semakin mahal harga cenderamata yang dijual. Sebagai contoh jersi Manchester United yang dijual di Old Trafford adalah sungguh cilaka tahap kemahalannya kalau di compare dengan kedai-kedai sukan lain.
Ya memang sungguh berprestij kalau beli di kedai official Manchester United ini compare dengan kedai barangan sukan biasa, tapi hakikatnya semua jersi di dunia ini berasal dari satu kilang kecil yang menggaji pekerja bawah umur di Kemboja.
4) Tawar-menawar
Apabila anda melancong dengan bajet yang serba kedekut seperti yos truli, anda tidak layak berasa segan untuk tawar-menawar. Most of the time you'll find yourself shopping in a tourist trap, so memang harga dia dah mark up 40 kali ganda. Selaku pengguna berhemah, jangan terpedaya dengan taktik keji ini.
Bargain hingga kurang 70% harga asal, atau hingga anda ditampar peniaga kedai. Itu barulah digelar penjimatan yang abadi.
5) Cenderamata jemaah
Ya, dan tips yang terakhir amalkan pembelian cenderamata yang boleh dikongsi secara berjemaah. I've been practising this for a long time and so far none of my family members ever complained. Memang patut pun sebab tiap kali kirim souvenir bayar dengan air liur heh.
Bagaimana memilih cenderamata jemaah ini anda tanya? Meh sini i tunjuk caranya berdasarkan pengalaman sendiri.
Exhibit A: negara Turki terkenal dengan produk pashmina dan kain-kain tenunan asli. Ketika di sana apa yang saya beli untuk dikongsi oleh ahli keluarga?
Alas meja.
Exhibit B: Morocco terkenal dengan produk tanah liat seperti targine dan tembikar. Apa yang saya beli untuk dikongsi ahli keluarga?
Mangkuk dekorasi tempat semua orang campak kunci kereta.
Exhibit C: Dublin ketika Boxing Day banyak tawarkan produk alatan dapur dan pinggan mangkuk yang murah-murah. Apa yang saya beli untuk keluarga?
Kuali Tefal untuk semua orang goreng telur di dalamnya.
Dan untuk semua tempat lain yang dikunjungi dan menawarkan souvenir dengan harga setaraf 2 bulan biasiswa, i bought these.
Since everybody in the house guna peti ais,i consider these fridge magnets as my gift to every single person in the house. Jimat duit aku.
Jadi begitulah sedikit sebanyak tips untuk memilih souvenir bagi traveller berbajet rendah. Sesungguhnya sifat kedekut itu amalan mulia lagi barokah. Selamat melancong dan berjimat!