Friday, February 3, 2012

Tips Membeli Souvenir Bagi Pelancong Bakhil


Sudah lama belog ini tidak memaparkan entry berunsurkan tips dan petua. Bukan apa, penulis sebenarnya memang tiada sebarang tips berguna yang dipraktiskan dalam hidup. Tetapi demi pembaca-pembaca budiman sekalian, penulis akan berkongsi tips membeli souvenir untuk pelancong-pelancong 'salty booger' atau dalam bahasa pasarnya, taik hidung masin.

Contrary to popular belief, sepanjang bergelar traveller destinasi bajet i'd never asked money from my parents. Semua perbelanjaan adalah dari simpanan sendiri. You see, i have 3 younger siblings who are still in school. Mereka ini tanggungan besar untuk ibubapa,their weekly expenses alone could feed the entire country of Malawi. So for me to ask money from le parents just to make sure i can go hoohah with friends is downright selfish.

Justeru, semua episod travelling sebelum ini adalah di bawah bajet yang sangat ketat. Persoalannya di sini, bagaimana mahu memilih cenderamata dengan bajet sebegini hampeh?

1) Priority
Sebagai traveller berbajet rendah,souvenir sepatutnya diletakkan paling last dalam senarai perbelanjaan anda. Tujuan anda ke tempat asing ialah untuk merasai culture,makanan dan pengalaman di tempat tersebut.

Jadi make sure duit anda mencukupi untuk menampung kos-kos ini sebelum membeli souvenir. Because most of the time,2 minggu selepas anda pulang dari sesuatu destinasi pelancongan, semua souvenir anda akan end up di tong sampah ataupun di belakang rak TV walhal pengalaman meneroka budaya baru itulah akan kekal selama-lamanya. (selagi belum nyanyuk)

Jika anda boleh memilih samada untuk habiskan wang dengan meronda meneroka tempat baru ataupun membeli 873 biji keychain,dan anda pilih keychain....tahniah! Anda bangang.

2) Keunikan Souvenir

Acapkali apabila melancong, semangat untuk menghabiskan wang sungguh berkobar-kobar. Keterujaan ini sungguh berbahaya. Inilah sebab mengapa pelancong sungguh senang sekali terpengaruh dengan ayat manis penjual souvenir. Akibatnya, pulang ke Malaysia baru nak persoalkan kenapa aku habiskan 3000ringgit beli bantal kekabu Vietnam ini?

Pilihlah barangan yang harganya berpatutan namun unik dan cuma dijumpai di tempat tersebut untuk menambahkan nilai estetika souvenir yang dibeli.

3) Compare harga

Yaaa selaku pelancong yang bajetnya suam-suam kuku,seharusnya rajin membuat research dan mengcompare harga. Jika ada banyak tempat untuk membeli cenderamata, pilihlah tempat yang paling murah bukan tempat yang salesgirl paling cun. Sebab dah sah-sah kau takde duit akak salesgirl cun pun tak hingin.

Kadang-kadang semakin femes tempat tersebut,semakin mahal harga cenderamata yang dijual. Sebagai contoh jersi Manchester United yang dijual di Old Trafford adalah sungguh cilaka tahap kemahalannya kalau di compare dengan kedai-kedai sukan lain.

Ya memang sungguh berprestij kalau beli di kedai official Manchester United ini compare dengan kedai barangan sukan biasa, tapi hakikatnya semua jersi di dunia ini berasal dari satu kilang kecil yang menggaji pekerja bawah umur di Kemboja.

4) Tawar-menawar

Apabila anda melancong dengan bajet yang serba kedekut seperti yos truli, anda tidak layak berasa segan untuk tawar-menawar. Most of the time you'll find yourself shopping in a tourist trap, so memang harga dia dah mark up 40 kali ganda. Selaku pengguna berhemah, jangan terpedaya dengan taktik keji ini.

Bargain hingga kurang 70% harga asal, atau hingga anda ditampar peniaga kedai. Itu barulah digelar penjimatan yang abadi.

5) Cenderamata jemaah

Ya, dan tips yang terakhir amalkan pembelian cenderamata yang boleh dikongsi secara berjemaah. I've been practising this for a long time and so far none of my family members ever complained. Memang patut pun sebab tiap kali kirim souvenir bayar dengan air liur heh.

Bagaimana memilih cenderamata jemaah ini anda tanya? Meh sini i tunjuk caranya berdasarkan pengalaman sendiri.

Exhibit A: negara Turki terkenal dengan produk pashmina dan kain-kain tenunan asli. Ketika di sana apa yang saya beli untuk dikongsi oleh ahli keluarga?

Alas meja.

Exhibit B: Morocco terkenal dengan produk tanah liat seperti targine dan tembikar. Apa yang saya beli untuk dikongsi ahli keluarga?

Mangkuk dekorasi tempat semua orang campak kunci kereta.

Exhibit C: Dublin ketika Boxing Day banyak tawarkan produk alatan dapur dan pinggan mangkuk yang murah-murah. Apa yang saya beli untuk keluarga?

Kuali Tefal untuk semua orang goreng telur di dalamnya.

Dan untuk semua tempat lain yang dikunjungi dan menawarkan souvenir dengan harga setaraf 2 bulan biasiswa, i bought these.

Since everybody in the house guna peti ais,i consider these fridge magnets as my gift to every single person in the house. Jimat duit aku.


Jadi begitulah sedikit sebanyak tips untuk memilih souvenir bagi traveller berbajet rendah. Sesungguhnya sifat kedekut itu amalan mulia lagi barokah. Selamat melancong dan berjimat!

26 comments:

sweet life said...

well...
islam mengutamakan kesederhanaan...
ok lah.. tu...
ada gak nak beli something...

dari tak beli langsung...
mau terus masuk golongan "pelancong tarak beli barang punya"...

hahaha...

Iffah Afeefah said...

Terbaik tips hatim ni
Akuu pueh hati

y penting jimat duhet aku

FaznFaz said...

muahahahhaha!!! ur family jenis x berkira xpe..... cam my sibling, sorang nak pow jersey manchester, sorang arsenal, sorang nak perfume, n mak plak pesan handbag sambil tak lupa pesan suruh beli hadiah utk setiap family members including all the atuks, neneks, mak ciks menakans bagai...???? (dan seperti biasa, semua stok kirim ngan ayaq liuk saje.... tsk!!!)

hakak jugak yg bangkrup!!!!! tsk!!!

lynnaiza said...

muaahahahhahaahh!

doc yos truli,u tak penah kecewakan pembaca untuk gelak berjemaah dengan entri daebak sperti ini.hahahha.
awesome tips!perlu dprektikkan oleh saya yg juga tgolong dlm kategori pelancong 'salty booger'.hahaha ;))

Muhammad Al-Afiq said...

i'm so really agree dgn statement kat ats tu..u using ur own money instead of parents money utk hoohah dgn kwn...nice tips...very impressive.!!!

laskar pelangi said...

walaweh.terbaik lahh tips tu semua. Hihi:)
kena cuba ni haaa~

Cik Hernie said...

tips, noted! ;)
Thanks der..

Apis Hilton said...

useful tips,,thanks hatim

najihatussolehah said...

hehe...mmg berjemaah gle..

~ Cik Azz ~ said...

Akak kalau jalan2 mmg tak suka membeli barang2 macam ni.. Akak lebih suka beli benda yang boleh dimakan dari beli souvenir..

Tapi, masalahnya, mana ada akak pernah melancong? Abeh tu yang sibuk2 nak beli semua souvenir ni, apa hal..?

hahaha....

azalia hjsalleh said...

bagus tips ni ! sgt sukaaaaaaa

hatim a.r said...

@sweet life:melampau kedekutnya tu kalau tak beli pape

@iffah:jimat tu penting

@faznfaz:im a student,they just have to deal with it lol

@lynn:orang tak kaya macam kita ni macamni lahh.terpaksa berjimat cermat

@afiq:i wont deny my brothers and sister their rights to my parents' money.melancong is not a must,so why should my parents pay for it kan?

@laskar pelangi:sila melancong sekarang!

@cikhernie:welcome der

@apis:sama-sama

@najiha:terpaksa berjemaah.kalau komlen bukan dapat apa pun haha

@cik azz:jalan-jalan ke rumah adik beradik,ke nilai tu kira pelancongan domestik apa? tapi nilai tak banyak la makanan best.area gombak-ampang sana banyak

@azalia:kalau suka boleh likeee hehe

FaiZaH Fyn said...

suka idea souvenir jemaah tu :)

dayanaazhar:) said...

sangat menarik!!

nur afika said...

haha u r so lawak la bro ; )
nway jus wanna ask u 'bout ow did u manage to go on holiday in so many countries without using using ur parents money? i mean u keje eh?
err saje nk tau sbb nnti blh jdikan u as my model nk p melancong hehe :) (ok part tu da mcm merepek ckt )

Hidemichi said...

Love most tips yang terakhir dan gambar meja tu give some ideas :). Thx.

Musafir Melayu said...

Assalamualaikum,

hahahahaha. funny. true and wise, but hilariously delivered. XD

D-SIM said...

haha, style lah entry nih. Aku suka sebab aku pun traveller, tapi dalam negara jelah, luar belum lagi, hahaha

keep it up !

hatim a.r said...

@faizah:sila praktikkan hehe

@dayana:memang menarik!

@nur afika:the money from my kerja kantin days,from my short stint in UTP,then scholarship money and finally from le blog.so its really annoying when ppl say 'alaaa orang kaya bolehlah' walhal my parents are only gomen servant

@hidemichi:idea apa plak tu?hehe glad it helps

@musafir melayu:waalaikumussalam.nanti travel bolehlah amalkan sifat bakhil ni

@d-sim:insyaallah nanti ada la rezeki ke overseas plak

miSs inTerpReted said...

another cheap thing yang i like to do is to send postcards from where ever I am to my family. Rasa best bila tengok the postcards I send tu, dorang tampal kat fridge. :)

superb+serra said...

wahhh,kreatif lahh idea cenderamata berjemaah tuhh.boleh dipraktikkan..HAHA

superb+serra said...
This comment has been removed by the author.
Blog Ini said...
This comment has been removed by the author.
Filla ~ Kasihs said...

ok kita sama, kedek taik idung masin.. haha.. eh bukan tu zalim sgt.. kita traveller berbajet ciput..miahahaa...pegi bali, beli kerepek pack besar campak kat budak opis.. nah share satu department..haha

hatim a.r said...

@miss interpreted:i sent postcards once.waktu dekat spain.skrg tak tau mana pergi depa humban poskad tu

@superb serra:kalau kaya raya takpayah praktikkan.itu kedekut tahap keji namanya

@filla kasihs:untungnya bebudak ofis akak.........NOT hahahahaha

Salle Sulieman said...

Salam bro.. im going to italy this sunday..thanks for your article..it helps me so much!! :))