Sepanjang berpuasa di Penang juadah berbuka cuma beli di Pasar Ramadhan saja. Sahur pulak kadang-kadang buat omelette, kadang-kadang minum air sambil mata separa tertutup. Memang takde masa nak masak akibat faktor kekangan masa dan kemalasan yang melampau.
Yesterday, my friend Hariz invited some of us to his place for berbuka. Sebab Hariz ni sejak dari zaman di Dublin lagi dah dicertified sebagai pandai masak maka kami tanpa ragu-ragu memenuhi undangan. Siap jual nasi lemak dekat surau universiti lagi kat Dublin dulu. If it was me who invited people to come over for iftar, they better bring their own bekal sebab skill memasak yang sudah pupus maka kau boleh expect periuk hangus dihidangkan untuk dijamah bersama linangan airmata Romadhon.
Semangat betul julung kali dapat makan makanan homemade di Penang ni lepas habis on call bergegas pergi Tesco untuk beli barang mentah. Hasilnya.... (sila hayati gambar berikut sambil countdown waktu berbuka).
Starter- Garlic bread with cream mushroom dan onion ring.
Di sebelahnya ialah main course grilled rosemarry chicken.
Siap candle light lagi kau mampu?
-Grilled chicken bersama black pepper mushroom gravy served with mash potato dan coleslaw.
Mash potato yos truli yang adunkan, coleslaw Colonel Sanders yang buat.
(pinggan sedikit 'vintage' maklumlah rumah bujang..)
Sebuah hidangan homemade yang mantop tidak akan lengkap tanpa dessert yang merembeskan kelenjar air liur.
-Banana fritters with 3 flavours of icecream top with drizzle of chocolate sauce. Nama taknak kalah.
Kepada yang berminat pakej berbuka di rumah Hariz bermula dengan RM130++ bagi dewasa. Memang mahal sebab sambil berbuka boleh dirisik untuk dibuat menantu. Cerah masadepan anak dara kau lepas kahwin mengangkang depan tv takpayah masak.
14 comments:
haha overla tu duk mengangkang
ank dara dok sopan jela
tp terer die mask
kagum
peh mmg terangkat....
haha...nama makanan mcm di restoran ternama.. =P
telan air liur jelah tengok gambar tu semua..eh sahabat anda itu single lagi? ok bai. haha
hoih, terliur. siap teguk air liur banyak kali padahal dah kenyang.
ayam tu sangat best, ermm adik single lagi :)
kwn ko single??klu ye dia terima tak pinangan pompuan??hehe..
sesekali berbuka ngn gaya western ok gk kan... tp paling tak tahan dessertnyer tuh...ngalahkan kt hutel...
ah... gadis sunti betol kwn ko ni tim. siap lilin bagai.. cer bg nama penoh dia sure ramai terhegeh2 ke spital buat2 sakit..
nama banana fritters tu mmg hot..
slamat ari raya tim..
wah!! meriah.. part yang duduk kangkang dpn tv tu la memang ciri menantu nak kene pijak..tak pasal2 kanan dapat..kidal pun dapat.. Setiap kali i bukak blog u i la antara org yg akan click ads nuffnang tu..see? sure u sayang i lepas ni.haha..
awesome...
candle light tu tak menahannn. romantik gitewww. untungla bini si hariz tu untunglaaa. lol
kelas kan orang bujang masak???hahaha tak sia-sia dok obersi 2 tahun mengasah skill kulinari.sesiapa yang nak masuk meminang boleh isi borang M. M untuk merembessss
hariz yg pandai masak bakal laris dipasaran...ngeeee~~~
wah3 hatim nih kene bayar royalti ni singgit 1 gambar lilin
Post a Comment