Back to our agenda...
Lepas bermalam satu malam di Puncak,Bogor tempohari bas persiaran beserta muatan 35 orang peserta meluncur laju menuruni bukit ke pekan Bandung. Bandung doesnt differ much than Jakarta. Penuh dengan orang ramai tapi tak sesesak Jakarta dan lebih banyak tempat shopping.
kanak-kanak menikmati panorama indah setinggan dari tingkap bas
On the way nak ke hotel ternampak Gunung Tangkuban Perahu dari jauh. Nama dia Tangkuban Perahu sebab dari jauh bentuk dia nampak macam perahu yang terbalik.
Exaggerated gila. Aku rasa semua gunung bentuk camtu -___-"
Bandung memang dikelilingi gunung so hotel kat sini best sikit view dia. Tengok luar tingkap nampak gunung-ganang. Kat Jakarta sebelah hotel ada macam kolam taik ke apa tah.
Tangkuban Perahu
Hari first sampai Bandung singgah dekat one of the factory outlet lepastu terus balik hotel sebab dah petang. The next day we went to Tangkuban Perahu. Basically nothing much to see up there, tapi kira unik lah jugak sebab kat Malaysia takde kawah gunung berapi. Alang-alang dah sampai Indonesia kannn
-Asap berkepul-kepul bau belerang
Pemandangan sepanjang journey nak naik gunung ni sungguh breathtaking. I loovee all the kebun sayur and padi bukit view along the way. View dalam perjalanan lagi cun dari view atas gunung ni sebenarnya. Atas gunung ni kau tengok kawah tu, hidu bau belerang 10 menet lepastu terbangang-bangang tak tau nak buat apa dah. Agak bosan di situ.
Dah lah pergi time cuti sekolah ramai gilaaaaa makhluk atas gunung tu.
-pastu semua orang berpusu-pusu panjat bukit ni. Dah macam Jabal Rahmah dah rupa dia
Bila dah ramai gila orang macam ni mulalah terasa rimas lepastu takde mood nak ambik gambar. Takde space pun nak ambik gambar secara proper maka ini sajalah gambar kenangan di Tangkuban Perahu;
Like any other tourist spots in Indonesia, jumlah peniaga dekat nak sama banyak dengan jumlah pelancong. Memang ramai orang berjual beli atas tu. Tapi tak best sangat pun souvenir yang dijual. Goreng pisang je sedap.
-takde maknenye nak beli snow cap bagai atas ni. Bila dah bersesak-sesak hingga berpeluh kangkang memang tak perlukan pakaian winter sebegini
Factory outlets
Selain dari pergi menghirup udara berbau sulfur bercampur kepam ketiak manusia di atas gunung, tujuan orangramai ke kota Bandung ialah untuk shopping. Di Bandung banyak factory outlets yang menjual pakaian-pakaian dengan harga yang boleh tahan.
Factory outlets ni bersepah-sepah. Ada kat Jalan Riau, Cihampelas dan banyak lagi. Yang berair-cond dan besar macam not bad, tapi yang tepi-tepi jalan memang sampah gila barang yang dijual. To be honest barang-barang dia kau boleh jumpa di FOS dan Reject Shop Malaysia. Semua stok barang rejek. Yang brand Burberry, Armani,Gucci segalajadah obviously fake. Fake takpa lagi. Tapi ni fake yang tahap hansuang gila rupa dia.
Ada satu outlet khas menjual handbag dipanggil Terminal Tas. Sepatutnya tukar nama jadi Terminal Sampah. Sebab sampah gila handbag dia. Buruk melampau. Baik beli dekat Mangga Dua.
So unless you want to get married and buy kain ela murah, i dont see why people should go to Bandung to shop. Dahlah cuti-cuti sekolah ni orang ramai nak mampus memang rasa nak histeria masuk kedai yang takde air cond.
Pasar Baru
If you want to find cheaper fabrics,telekung dan tudung this is the place for you. So basically tempat ni tak male-friendly.
Tudung memang murah kat sini. Tudung bawal kat Malaysia harga 8-10 ringgit sini jual 2-3 ringgit. Tudung lip lap lampu krismas atas kepala kat Malaysia jual 60-70 ringgit sini boleh dapat belas-belas. Tapi kena pandai pilih la. Ada jugak dijual tudung indo sarung kegilaan anak muda hijabista indo yang super pelik. Contoh:
Nota: model bukan orang indon.
Lepas memborong telekung cukup untuk menampung 3000 jemaah haji, gerombolan ibu-ibu saudaraku menyerbu kedai kain. Nak beli kain lace sedondon nak buat baju raya boria. Kelas kau baju raya siap nak lace-lace bagai.
Plan asal nak pakai time wedding tapi siapa pulak yang nak kawen ni hoih?? Bawak bertenang harap terima hakikat anak saudara semua memang malang dalam percintaan justeru memang takkan kahwin dalam masa terdekat. Hentikan angan-angan palsu ini. Mungkin patut sandingkan saja lagi sekali 2 kekasih abadi ini;
-perbincangan serius di kedai kain
Selain dari produk-produk kain,telekung dan tudung, di Pasar Baru ni jugak ada menjual pakaian renang muslimah dengan harga murah. Kalau kat Malaysia baju renang muslimah kan beratus-ratus, kat Pasar Baru puluh-puluh ringgit sajor. Jadi duit lebih boleh buat beli tiket Sunway Lagoon tayang baju renang baru kat situ sambil buat kuak kupu-kupu 8 lap.
Dekat tingkat atas sekali ada food court. Disebabkan dah jemu dengan nasi padang, maka order makanan Sunda. Sunda punya food series sejuta kali lagi sedap dari nasi padang. Pedas melampau, i like. Nasi ayam penyet, nasi timbel, nasi rawon semua marbeless.
Konklusinya jika setakat mahu shopping tshirt Esprit, Pull n Bear, Hilfiger, Superdry dan Bershka rejek baik shopping di Reject Shop Malaysia saje. Lebih tenang dan damai. Orang indonesia ni tak tau apa bangang dia bangunan fully airconditioned pun dia boleh hisap rokok dalam tu. Melainkan anda plan nak meniaga tudung,telekung ataupun beli kain baju raya murah-murah sila jauhi Bandung. Senang citer takpayah datang Indonesia la haha
Owhh and we saw Fauziah Ghous in Pasar Baru;
Muka akak jual telekung macam Fauziah Ghous kan??????