Wednesday, January 16, 2013

Bertemu Pelakon Fauziah Ghous Di Kota Bandung

Perghhhh dah berzaman-zaman balik dari Bandung baru nak sambung update. Maklumlah dah semester hujung-hujung ni i olls busy sikit. So kita kena prioritize lah ye dok? Not only animals have problem. Tuhan menciptakan anjing menggonggong. Ok meracau.

Back to our agenda...

Lepas bermalam satu malam di Puncak,Bogor tempohari bas persiaran beserta muatan 35 orang peserta meluncur laju menuruni bukit ke pekan Bandung. Bandung doesnt differ much than Jakarta. Penuh dengan orang ramai tapi tak sesesak Jakarta dan lebih banyak tempat shopping.

kanak-kanak menikmati panorama indah setinggan dari tingkap bas

On the way nak ke hotel ternampak Gunung Tangkuban Perahu dari jauh. Nama dia Tangkuban Perahu sebab dari jauh bentuk dia nampak macam perahu yang terbalik. 


Exaggerated gila. Aku rasa semua gunung bentuk camtu -___-"

Bandung memang dikelilingi gunung so hotel kat sini best sikit view dia. Tengok luar tingkap nampak gunung-ganang. Kat Jakarta sebelah hotel ada macam kolam taik ke apa tah.



Tangkuban Perahu
Hari first sampai Bandung singgah dekat one of the factory outlet lepastu terus balik hotel sebab dah petang. The next day we went to Tangkuban Perahu. Basically nothing much to see up there, tapi kira unik lah jugak sebab kat Malaysia takde kawah gunung berapi. Alang-alang dah sampai Indonesia kannn


-Asap berkepul-kepul bau belerang

Pemandangan sepanjang journey nak naik gunung ni sungguh breathtaking. I loovee all the kebun sayur and padi bukit view along the way. View dalam perjalanan lagi cun dari view atas gunung ni sebenarnya. Atas gunung ni kau tengok kawah tu, hidu bau belerang 10 menet lepastu terbangang-bangang tak tau nak buat apa dah. Agak bosan di situ.

Dah lah pergi time cuti sekolah ramai gilaaaaa makhluk atas gunung tu. 



-pastu semua orang berpusu-pusu panjat bukit ni. Dah macam Jabal Rahmah dah rupa dia

Bila dah ramai gila orang macam ni mulalah terasa rimas lepastu takde mood nak ambik gambar. Takde space pun nak ambik gambar secara proper maka ini sajalah gambar kenangan di Tangkuban Perahu;


Like any other tourist spots in Indonesia, jumlah peniaga dekat nak sama banyak dengan jumlah pelancong. Memang ramai orang berjual beli atas tu. Tapi tak best sangat pun souvenir yang dijual. Goreng pisang je sedap.




-takde maknenye nak beli snow cap bagai atas ni. Bila dah bersesak-sesak hingga berpeluh kangkang memang tak perlukan pakaian winter sebegini

Factory outlets
Selain dari pergi menghirup udara berbau sulfur bercampur kepam ketiak manusia di atas gunung, tujuan orangramai ke kota Bandung ialah untuk shopping. Di Bandung banyak factory outlets yang menjual pakaian-pakaian dengan harga yang boleh tahan. 



Factory outlets ni bersepah-sepah. Ada kat Jalan Riau, Cihampelas dan banyak lagi. Yang berair-cond dan besar macam not bad, tapi yang tepi-tepi jalan memang sampah gila barang yang dijual. To be honest barang-barang dia kau boleh jumpa di FOS dan Reject Shop Malaysia. Semua stok barang rejek. Yang brand Burberry, Armani,Gucci segalajadah obviously fake. Fake takpa lagi. Tapi ni fake yang tahap hansuang gila rupa dia.

Ada satu outlet khas menjual handbag dipanggil Terminal Tas. Sepatutnya tukar nama jadi Terminal Sampah. Sebab sampah gila handbag dia. Buruk melampau. Baik beli dekat Mangga Dua.

So unless you want to get married and buy kain ela murah, i dont see why people should go to Bandung to shop. Dahlah cuti-cuti sekolah ni orang ramai nak mampus memang rasa nak histeria masuk kedai yang takde air cond.


Pasar Baru
If you want to find cheaper fabrics,telekung dan tudung this is the place for you. So basically tempat ni tak male-friendly.




Tudung memang murah kat sini. Tudung bawal kat Malaysia harga 8-10 ringgit sini jual 2-3 ringgit. Tudung lip lap lampu krismas atas kepala kat Malaysia jual 60-70 ringgit sini boleh dapat belas-belas. Tapi kena pandai pilih la. Ada jugak dijual tudung indo sarung kegilaan anak muda hijabista indo yang super pelik. Contoh:

Nota: model bukan orang indon.

Lepas memborong telekung cukup untuk menampung 3000 jemaah haji, gerombolan ibu-ibu saudaraku menyerbu kedai kain. Nak beli kain lace sedondon nak buat baju raya boria. Kelas kau baju raya siap nak lace-lace bagai. 

Plan asal nak pakai time wedding tapi siapa pulak yang nak kawen ni hoih?? Bawak bertenang harap terima hakikat anak saudara semua memang malang dalam percintaan justeru memang takkan kahwin dalam masa terdekat. Hentikan angan-angan palsu ini. Mungkin patut sandingkan saja lagi sekali 2 kekasih abadi ini;


-perbincangan serius di kedai kain

Selain dari produk-produk kain,telekung dan tudung, di Pasar Baru ni jugak ada menjual pakaian renang muslimah dengan harga murah. Kalau kat Malaysia baju renang muslimah kan beratus-ratus, kat Pasar Baru puluh-puluh ringgit sajor. Jadi duit lebih boleh buat beli tiket Sunway Lagoon tayang baju renang baru kat situ sambil buat kuak kupu-kupu 8 lap.

Dekat tingkat atas sekali ada food court. Disebabkan dah jemu dengan nasi padang, maka order makanan Sunda. Sunda punya food series sejuta kali lagi sedap dari nasi padang. Pedas melampau, i like. Nasi ayam penyet, nasi timbel, nasi rawon semua marbeless.


Konklusinya jika setakat mahu shopping tshirt Esprit, Pull n Bear, Hilfiger, Superdry dan Bershka rejek baik shopping di Reject Shop Malaysia saje. Lebih tenang dan damai. Orang indonesia ni tak tau apa bangang dia bangunan fully airconditioned pun dia boleh hisap rokok dalam tu. Melainkan anda plan nak meniaga tudung,telekung ataupun beli kain baju raya murah-murah sila jauhi Bandung. Senang citer takpayah datang Indonesia la haha

Owhh and we saw Fauziah Ghous in Pasar Baru;


Muka akak jual telekung macam Fauziah Ghous kan??????

27 comments:

aisyah sakaria said...

hahaha fauziah ghous sangat! serupa! tak mintak autograph? haha

Nur Fazie said...

nampak sangat ghous nya..sentap fauziah 20 tahun..haha

Shubiha Yahya said...

haha~kemain panjang tu entry,tunggu jugak fauziah ghous tu, rupanya...haha~

rehanayat said...

hahaha..

~ Cik Azz ~ said...

jagung bakar tu mengecurkan liur je laaaa... uiishh...

Telekung kat Bandung bukan saiz dia pendek2 ke..? Hari tu abang akak ada beli, bagi kat akak, pastu bila pakai, alahaii.. mcm saiz budah darjah 6... But still boleh pakai la cuma kena la kepit2 sikit.. hehe...

Sian atok ko keletihan...

syieda said...

hi, jejak kaki kat sini.. cesssssssssssss kena tipu rupanya...ni bukan fauziah ghouse.. ni pojiah ghous..kekkekeke

Muhammad Al-Afiq said...

danggg..penat la tunggu mana nyer fauziah ghous

Azmatun Ismail said...

Tipah tertipu.........tapi betullah ada rupa

yummien straggy said...

debo menunggu fauziah ghous..
sekali kakak tudung..
melampau okay?hehe!

::FAIZ:: said...

nice

PRIMADONA BRANDLICIOUS said...

ha kan, sy jer tak penah niat nk g endon... coz da bese kat sini endon ramai.. tak masuk list langsung indonesia nih.. br lepas g Laos, lepas ni ke ho chi minh plak.. baru belajar nk buat hobi melancong mengikut kadar poket..hihihihi.. by d way, indochina lebih tenang kutt..mcm vientiane...

arda said...

chet. tajuk entry kalah melodi. last2 fauziah ghous celop. vavavava.

Qing n Kueen said...

Bhahahah... ko gilo buek lawak jang. Ni Pujiah Haus namo eh!

sweet life said...

kalo dah kechewa dgn bandung.. tak tau lagi lah dgn jakarta... haha...

carik kerepek pisang tak? yg wrna hitam.. and kek keju.. sedap!!!

kalo nak shopping just telekung and suit tuk lelaki. berbaloi!! tu je leh harap.. hehe

mama ila said...

hahahahaha..adeiii..penat tunggu..ingatkan fauziah gous betul..hihi..tapi betullah kalau lelaki mmg kurang minat shopping2 nie..tapi i like bandung..hahaha..sbb i suka sopping..ngeeeeeee

Azah said...

next time buat trip HCM. baru puashati. tapi jgn ngada2 pergi musin CNY. Byk kedai tutup.

AfiqahAR said...

Hatim, thanks for the post. Indonesia is also so not me-friendly. Nasib baik tak ikut my family next week pergi Bandung (or Medan, tak ingat. Doesn't matter).

(:

Annisa said...

hahaha, btw the mountain called tangkuban perahu not just because the shape looks like perahu but there is a legend story behind that :).

mvp_dina13 said...

tepi sket..

nasi rawen tu sdap! ikan mas berlado pun sedap!

FaiZaH Fyn said...

tudung lip lap lampu krismas! LOL tapi serious dekat malaysia cecah 85 ringgit oih! makhluk mana yang sanggup beli tudung semahal itu

kim said...

I SUKA CARA U DESCRIBE TMPT YG U PERGI.JUJUR N IKHLAS. KALAU BEST CKP BEST. KALAU BOSAN CKP BOSAN. THUMBS UP TUK PENULISAN. I BG A- HAHAHAHHA

NaniRostam said...

Assalamualaikum..

banyaklah berjalan melihat negeri orang supaya kita akan sentiasa bersyukur.. tinggal dibumi malaysia...

By the way kalau menginap hotel yang 4 bintang di Bandung sangat mabeles...


And lihat kehidupan rakyat mereka yang terlalu rajin mencari sara diri..berniaga apa saja sekalipun suara untuk mengisi perut....

Kak nani dah 5-6 kali pergi bandung...tetapi tak pernah tempuh waktu cuti sekolah....

untuk tempah kad undangan kahwin yang kalau kat malaysia sekeping belas-belas ringgit kat sana sekeping rm1.70 sambil beli kain lace untuk baju sanding...beli bagai yang akhirnya cuma spend rm3000 all in...termasuk tambang dan hotel.

Tapi yang paling berharga adalah pengalaman melihat negeri orang..

Masa kat bandung tempohari kami nampak ramai artis juga yang paling tak boleh belah...naik van terus minta driver van tu berhenti kat kedai jual barangan tembikar sebab Hanis cakap penjualnya sebiji seiras FARID KAMIL..

Click-Buy-Go said...

Lama betul kau dating dengan akak fauziah.

Hahahaahah..

LynnAiza said...

kahkahkah! takleh blah baca entri ni. gelak2 jam 5pagi. hadoi laaa.

eh,sanding pasangan bahagia yg dlm pic tu pon ok jugak tu. :P

RinaMakeupLook said...

Wah bestnya saya makeup pegi bulan depan thanks. For the info

RinaMakeupLook said...

Wah bestnya saya makeup pegi bulan depan thanks. For the info

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.