Showing posts with label Food Galore. Show all posts
Showing posts with label Food Galore. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Pengalaman Seminggu Sebagai Kambing Jadian


It's not a secret that i have a love-hate relationship with food. Eversince i live in Penang my weight has been yo-yo ing a lot. Sometimes borderline obese,sometimes ok. But never underweight. I love food too much i can never be anorexic.

Berat turun naik ni dia ikut musim. Kalau dah dekat-dekat nak exam tu selera makan macam mewarisi 18 saka nenek moyang. Makin depresi makin bertambah selera makan, coping mechanism gamaknye. Tambahan pula umur dah menjengah pertengahan 20 an nih, metabolisma badan dah menjunam. Senang gila nak gemuk tapi Ya Rabbi susah gila nak turun woih.

But kalau time determine tu dalam seminggu dah boleh muat balik seluar. Waktu determination tinggi setiap hari akan jog/hiking lepastu ambil light dinner. Unnecessary calories seperti aiskrim dan cekelat dijauhi. Lunch je makan banyak. Tapi masalahnya semangat untuk kekal sihat itu cuma bertahan seketika saja. I dont want to take supplements ke apa, because who knows what long term side effects they have. For now i'll just stick to exercise dan diet. No disrespect to people who take supplements, it's just personal preference.

Lagipun bukan nak bina badan sebab nak otot berketul boleh ambil gambar gaya douchebag selak tshirt dan upload di instagram, just nak maintain berat biasa sebab kalau tergemuk sikit terus tak muat seluar slack yang pakai pergi hospital tu. Sedar diri ni bukannya kaya oi keje nak beli seluar je tiap kali menggemuk.

Sebelum cuti raya cina haritu tahap disiplin adalah ibarat peserta The Biggest Loser top 3. Setiap hari dipenuhi aktiviti riadah.


Lepastu malam makan salad. Salad hoii gila tak pernah seumur hidup dinner salad 5 hari berturut. Dah serope kambing


Campur fish fillet jenama Figo yang sedap melampau, kalau tak memang tak lalu telan. Pastu letak meatball jenama Tesco jugak dalam tu. Menyesal beli jenama Tesco ni. Rasa macam makan penyendal pintu. Tapi jimat gila makan macamni tiap malam. 

By the end of the week berkesan okeh. Boleh rasa pakai seluar dah longgar dan keratan rentas badan kini tidak gajah lagi. Tapi...... cuti cainisniuyer balik kampung ambik kau makan lunch je 3 kali tambah. Penat je mengambing seminggu makan salad hoi

Opah la punya pasal tiapkali masak sedap melampau gulai lemak pekat, ikan belanak masin goreng, sambal nyor, ulam kacang botol memang menu menyeru saka.


-gambar hiasan: Opah menonton drama filipina dari jarak dekat kerana perlu baca subtitle


-siap buat steamboat malam raya cina. Cina pun tak over camni

Now since im back in Penang, i need to re-start my weight loss regime all over again. Tapi nak start balik lepas lama cuti tu yang mencabar. Petang-petang bila dah dekat time nak jogging secretly berdoa dalam hati supaya hujan takpayah jogging jadi takde rasa bersalah sangat nak tidur petang atau berbaring sambil layan youtube. Teknik sabotaj diri apakah ini???  Haihhhh...

Sunday, November 4, 2012

Weeks of Torture Is Over


This past few weeks have been hell. Exam 4 subjek hardcore dengan minggu pertama written papers back to back setiap hari rasa macam nak terjun jambatan. Exam paling susah sepanjang medschool so far. But to be honest its getting more susah each semester. So i should probably take some prophylactic antidepressant before next semester start.

This is yours truly room during study week;


This is after i did my laundry and decided no time should be wasted on folding clothes.


I was a total mess. Mentally and physically. See that orange thingy on the study desk? That is Loreal Men Expert serum or water or whatever they call it - my last effort to keep myself somewhat presentable. Tidur 4 jam lepastu bangun tepek Loreal Men dengan harapan wajah bersinar ala Aaron Aziz sambil tepek sambil nyanyi lagu Muara Hati feeling sangat pffft. Dahlah horror gila minggu exam terbangun setiap 2 jam lepastu menggelabah tengok jam takut tak sempat study 30 juta chapters yang tinggal.

Pernah tak rasa tertekan sampai tiba-tiba develop migraine lepastu rasa nak give up dan berhenti belajar dan mulakan bisnes cupcake atau jual tudung syria dekat facebook? I feel that every single day ketika minggu exam. My parents hope and doa are the only thing that keeps me going.

Diet ketika exam week consist of mostly fast food. Simply because it's fast. Nak lipat kain pun kurasakan membazir masa apatah lagi nak ke kedai makan order tomyam tunggu 20 minit. Jadi penyudahnya McD drive thru ataupun pizza delivery sebagai alternatif. 


Lepastu kalau order Domino's boleh keep track order online. So sambil tunggu pizza sampai target habiskan baca beberapa page lecture notes. Sungguh efisyen di situ.


Ada satu hari je tebiat gila tiba-tiba teringin masakan sendiri. Kau mampu mengidam masakan sendiri? Masterchef pun tak sekonfiden ni. Jadi goreng bihun bodoh, rencah guna bebola dan fishcake sahaja sebab tak mampu nak beli ayam akibat bajet burst buat bayar Mcdonalds dengan pizza sepanjang minggu.


Tapi serius time-time exam memang akan mengidam benda pelik-pelik. Tambahan pulak tak dapat balik beraya lagilah perasaan membuak-buak nak makan makanan dari rumah. Termimpi-mimpi dapat makan gulai lemak dengan sambal tumis. 

Habis exam bergegas balik kampung hari Sabtu dengan harapan dapat makan sedap. Setibanya di kampung this is what i found under Opah's tudung saji;


Sambal sotong dengan gulai lemak ikan rebus.

Omaigod rasa nak nangis. Macamana opah tau dah berminggu mengidam nak makan sambal dengan gulai lemak?? She gets it right every single time. Soulmate betul.


My boo doing her thang.

Siap mengadu nasib tak dapat balik raya makan spaghetti dalam bilik sorang-sorang like a total loser. Terus dihidangkan minum petang kuih bahulu raya haji. 


Terharu.

Sunday, August 26, 2012

Raya Dan Makanan Tidak Mungkin Dipisahkan


We manage to get everyone to colour coordinate this year. Like finally each of us wore gray on the first day of raya. Itu pun sebab baju melayu semua makbapak yang belikan kalau beli sendiri-sendiri memang akan jadik macam tahun-tahun lepas. Sukahati ikut taste sendiri nak kaler apa. Our family photo was taken outdoor this year and it was scorching hot jadi i was squinting in all the pictures and ended up looking like a Mongolian. So,not gonna upload it here. But here's one taken on raya night.


-Actually dia beza 2 tone je dari kaler baju tahun lepas. Kalau pakai tahun lepas punya baju pun takpe sebenarnya. Ini yang dipanggil pembaziran Syawal.

Like usual, food is the main priority for my family. We love to cook and we certainly love to eat. Even sebelum raya pun dah mula memasak secara bersemangat sempena kepulangan semua orang ke kampung. This is nasi lemak prepared by MakSu for berbuka on the last day of puasa;


-bila dah ramai-ramai berbuka memang bagus guna daun pisang. Takpayah basuh pinggan kita lempor je daun dalam tong sampah lepas makan. Save time.

On the first day of raya menu memang tetap dari tahun lepas. Rumah Opah hidang soto ayam, rumah Pak Lang sebelah hidang KFC. Tak tahu la tahun bila nak tukar menu ni.


-Konsep memang masak banyak ala all you can eat buffet sebab kompem ramai orang datang beraya.


-KFC 500 ketul.Selalunya memang lebih dari cukup siap ada belen untuk ratah di raya ke2.

Sejak dari tahun lepas air dah upgrade sikit. Air bergas dah dikurangkan jadi kita hidang air Twister. Tapi beli berkarton-karton pun nakharomm nak menang hadiah cabutan kereta BMW.


Kuih raya pulak sampai 14 jenis memandangkan para makcik semua tokeh kuih raya jadi ini mungkin langkah marketing secara halus mereka dengan menghidangkan kuih buatan sendiri di kampung untuk melebarkan sayap perniagaan.


Untuk raya kedua pulak rumah PakLang menghidangkan nasi ayam dan sate.


Rumah Opah taknak kalah lantas hidangkan briyani kambing. Lengkap dengan jelatah,ayam goreng berempah, kari sotong dan kari udang. Dessert adalah pengat pisang ke apetah, tak sempat nak rasa.


Tapi sesedap manapun makanan yang dihidangkan,tetap tak dapat celen cheesy wedges buatan sendiri. Serbuk jalapeno cheese ini boleh dijumpai di pasaraya berdekatan anda. Cuma bancuh dengan air panas, rasa sejibik cheesy wedges KFC. Asal hidang je kompem habis dalam masa 20saat.


Malam raya kedua pulak tradisi annual BBQ keluarga diteruskan. 


-poyoss gila set up siap candle light bagai padahal sendiri je yang nak makan.


-Opah bersama cucu-cucu perempuannya.

And this year we decided to panggil orang tolong bakarkan kambing,ayam etc sebab malas nak prepare sendiri tempat bakar ngehngeh.



-tapi memang sedap terlampau kambing bakar dia. Tak sia-sia call tempah. Kalau nak harap sendiri bakar, hidupkan arang je dah makan masa 2 jam. Kali ni molek betul kau tinggal tadah pinggan je.

Ada juga persembahan selingan di tengah-tengah majlis BBq ini. Ia datang dalam 2 kotak besar yang telah diseludup dengan jayanya oleh MakLong.


-Made In China. Cer teka apa dalam?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
--
Tadaaaaaa!
Bunga api 88 das.


I tried recording the firework show on my phone tapi pepahamlah phone cap tuntung walaupun bunga api meletup bagai nak rak tapi bila record bunyi kepehh kepehh je tu yang record setengah jalan lepastu givap. Dahlah kena telengkan kepala ketika menonton sebab tak reti camano nak bagi dia menegak haihhh..



Hari Raya ke-3 takde hidang makanan dah sebab dapur tutup untuk seharian keluar berkonvoi raya ke rumah kaum keluarga dan merasa makan di rumah orang pulak.. Jadi setelah 2 hari raya, 2 rumah sebelah menyebelah dengan menu yang berbeza sekarang memang tak sanggup nak check berat badan.

Raya ke-empat dah sampai KL untuk beraya di Ikea.



Selamat Hari Raya everyone. Hope everyone had an amazing raya just like i did, and let's shed this newly gained excessive fat!

Sunday, August 12, 2012

Homemade Iftar In Penang. (Not Safe For Hungry People)


Sepanjang berpuasa di Penang juadah berbuka cuma beli di Pasar Ramadhan saja. Sahur pulak kadang-kadang buat omelette, kadang-kadang minum air sambil mata separa tertutup. Memang takde masa nak masak akibat faktor kekangan masa dan kemalasan yang melampau.

Yesterday, my friend Hariz invited some of us to his place for berbuka. Sebab Hariz ni sejak dari zaman di Dublin lagi dah dicertified sebagai pandai masak maka kami tanpa ragu-ragu memenuhi undangan. Siap jual nasi lemak dekat surau universiti lagi kat Dublin dulu. If it was me who invited people to come over for iftar, they better bring their own bekal sebab skill memasak yang sudah pupus maka kau boleh expect periuk hangus dihidangkan untuk dijamah bersama linangan airmata Romadhon.

Semangat betul julung kali dapat makan makanan homemade di Penang ni lepas habis on call bergegas pergi Tesco untuk beli barang mentah. Hasilnya.... (sila hayati gambar berikut sambil countdown waktu berbuka).


Starter- Garlic bread with cream mushroom dan onion ring.
Di sebelahnya ialah main course grilled rosemarry chicken.

Siap candle light lagi kau mampu?


-Grilled chicken bersama black pepper mushroom gravy served with mash potato dan coleslaw.
Mash potato yos truli yang adunkan, coleslaw Colonel Sanders yang buat.
(pinggan sedikit 'vintage' maklumlah rumah bujang..)

Sebuah hidangan homemade yang mantop tidak akan lengkap tanpa dessert yang merembeskan kelenjar air liur.


-Banana fritters with 3 flavours of icecream top with drizzle of chocolate sauce. Nama taknak kalah.

Kepada yang berminat pakej berbuka di rumah Hariz bermula dengan RM130++ bagi dewasa. Memang mahal sebab sambil berbuka boleh dirisik untuk dibuat menantu. Cerah masadepan anak dara kau lepas kahwin mengangkang depan tv takpayah masak.

Wednesday, August 8, 2012

Satu Hari Satu Juadah


Romadhon tahun ini berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar semakin tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah azam untuk mengamalkan konsep JanjiDitepati Satu Hari Satu Juadah berjaya dilaksanakan. Tapi time weekdays je la, time weekend kalau balik kampung memang satu hari 10 juadah siap terhidang.

Walaupun berbuka di luar minggu lepas tetap order satu makanan je. Air complementary sirap jimat duit aku.

-lamb shank Secret Recipe. Sila hayati gambar ini sambil tunggu waktu berbuka.

Tapi semalam terpaksa lupakan konsep satu hari satu juadah apabila housemate ajak berbuka di buffet hotel. We went to Vistana Hotel sebab buffet murah RM45. Murah la kalau nak compare dengan buffet hotel lain tak mampu u olls.



The place was nice and the selection of food jugak quite impressive. Ada lauk-lauk melayu, kueytiow,laksa,nasi ayam,kambing golek dan segala jadah lagi. For 45 ringgit i'd say it's quite berbaloi. Tapi tak semua food sedap.

Nasi ayam and kambing golek sedap. The char kuey tiow looked like something my form 3 sister with zero cullinary skills would cook. Rupa dan rasa memang sendu di aidilfitri, tak sedap langsung. Murtabak dia pulak kulit punya tebal, tekstur seakan-akan mengunyah penyendal pintu. Seleksi lauk-lauk melayu not bad. Ada ketam masak lemak,ayam percik kelantan, sembilang goreng berempah. But the sayur dishes were mehh.

We were among the earliest to arrive at the place. Memang semangat kalau bab-bab makan. This was our table 20 minutes before azan Maghrib.

-mine was only the nasi ayam,kuih and slices of kambing golek. The other plates belong to housemates kebulur okeh.

Ingatkan meja kitorang je macamni sekali tengok meja semua orang pun berlonggok makanan,sorang ambik macam nak bagi sekampung makan. Last-last banyak gila makanan yang terbuang.

But somehow this Romadhon i dont feel like stuffing myself excessively like i used to do back then. Mungkin faktor badan yang sudah mengembang dan juga keinsafan yang terbit di hati sanubari cewahh.
Setiap hari sibuk pongpangpongpang suruh boikot barang yahudi, sebarkan kesengsaraan umat islam di Syria,solidariti and whatnot. Tapi bila berbuka sewenang-wenangnya buang makanan. Something is a bit off there...

I believe that throwing away edible foods is a slap in the face for people who dont have anything to eat.Membuatkan diri ini muhasabah kembali motif kita puasa dan iftar. Kemain lagi share gambar anak Syria kelaparan kat facebook bila nampak makanan Syria what?? We are all selfish and hypocrite liddat.

Jadi this remaining Romadhon, walaupun kita ke buffet silalah ambil makanan yang AKAN DIMAKAN sahaja. Kalau takut tak berbaloi bayar mahal tapi makan sikit, baik berbuka kat rumah beli bungkus nasik kerabu siap-siap. Jimat.

Semoga buffet kita akan lebih dilimpahi barokah. Amin.

Monday, July 16, 2012

Balik Kampung


Bulan puasa tahun ini memang dah target akan berbuka dengan penuh zuhud dan by the time takbir raya Syawal yang pertama selamat tinggal spare tyre hello tubuh badan unggul disaluti busana mewah sale 30% gedung beli-belah Alamanda. Tapi masalahnya Opah dah awal-awal pesan, "bulan pose kamu balik le tiap minggu ye".

And if last weekend is any indication, perancangan untuk menghilangkan lebihan lemak degil nampaknya seakan mustahil. Memang dah adat kalau balik kampung memang takdenye nak makan sikit weh. Dahlah sekarang musim durian, lepastu orang lain sibuk bisnes kuih raya kau sorang balik kampung. Memang sah cucu tunggal yang diharapkan untuk habiskan makan 2 dusun durian.


-rambutan juga ada beberapa pokok. Patut pertimbangkan open table tepi R&R meniaga buah

Selain upacara melantak buah-buahan tempatan secara istiqamah, malam Sabtu haritu ada buat kenduri kesyukuran sempena nak menyambut Romadhon. 

Lauk ayam kampung,kari daging dan ikan keli berlada terhidang di depan mata maka memang wajibulghunnah makan 2 pinggan.Dahlah main course makan nasik, dessert pulak bubur jagung,bubur pulut hitam dengan pulut santan bersama durian. Masterchef pun tak hidang 3 dessert hoi.


Itu makan malam. Kalau siang memang takdenye nak duduk sesajer dekat kampung tanpa makanan di sisi. Tak padan dengan sakit lutut, ini posing Opah tatkala mencari rambutan untuk diberi makan kepada cucu gemuk beliau;


20 minit lepas makan rambutan, bergegas semula ke dapur untuk buat pengat pisang pula. Selamat tinggal berat badan unggul.


Tapi sekali-sekala balik kampung hujung minggu bagus juga. Berbaloi bayar duit minyak tol sebab dapat makan makanan sedap bebas ajinomoto dan serpihan tahi cincin peniaga gerai makan. Balik  Penang hari Ahad mesti bawak bekal makanan yang biasanya boleh buat untuk makan 2 hari. Save duit aku.

-bekal minggu ini: kari udang marveles

Agak lama jugak since last balik kampung. A lot has changed. Laman depan dan jalan sekeliling rumah Opah telah diturap supaya senang semua orang nak parking kereta raya nanti. Atuk pun tak payah gigih sangat nak potong rumput keliling rumah dah, beliau perlu bersara dari arena pemotongan rumput kerana hip joint yang kurang stabil.

-atuk sedang merenung nasib memikirkan tiada lagi rumput untuk dipotong.

Aaaand Honey the cat has given birth to a new batch of kittens. Ya, kucing yang beranak haritu kini beranak lagi. Sungguh sundal disitu tapi inilah nasib kucing jelitawan sering menjadi kerakusan nafsu kucing-kucing jantan di kampung.


Jika minggu depan tidak bizi insyaallah akan ku pulang ke kampung lagi untuk menghabiskan saki-baki durian yang ada. Agak tobat drive balik Penang bawak durian dalam kereta, sampai Cangkat Jering dah berpinau kepala menahan bau heh.

Monday, July 2, 2012

Burger Bakar Tak Berapa Kaw Kaw

Makin lama makin jarang balik Nilai dek kekangan masa dan kewangan. Tapi weekend lepas sebab baru settle data analisis dan tiada lagi orang asli menghantui hidupku maka decide last minit untuk merempat di kereta member yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kereta Myvi putih kecil yang membawa muatan 5 manusia dewasa bersaiz gajah.


Seronok juga balik berjemaah begini. (bukan kau drive seronok la woi)

And since my brothers were at home, kecuali sorang yang nak ambik SPM tu kononnya bertapa dekat sekolah study group ke apa tapi minggu lepas dengar khabar pergi main ragbi dekat mana entah esok time SPM kau doa je lah keluar soalan teknik scrum half yang berkesan tak koser nak bagi lecture suruh kau study dah besar panjang pikir lah prioriti hidup sendiri wah tiba-tiba leteran panjang kau dah kenapa?

OK sebenarnya nak cerita my 2 brothers were at home so tradisi keluar malam jalan-jalan cari makan haruslah diteruskan. Its kinda like our brotherhood bonding ritual. Setiap kali cuti weekend yang semua orang ada dekat rumah, we'll go out on Saturday night in Hanis' Kancil (obviously sebab kereta dia je yang jimat minyak lol cheapskate) to KL to try out tempat-tempat makan yang di-hype kan oleh warga Kolumpo.

Adik-beradik lelaki je yang terlibat dalam rayauan malam sebegini, yang pompuan sorang tu duduk rumah tak manis perempuan terkinja-kinja keluar malam-malam buta, bajet protective kepada satu-satunya adik perempuan padahal hakikatnya kereta Kancil memang boleh tampung 4 manusia overweight sahaja pada satu-satu masa -___-"

This time around we decided to try Burger Bakar yang semakin meniti puncak populariti. We went to the one at Arena Cafe dekat Wangsa Maju area ke apetah, tak reti pulak aku area KL ni.

-gambar diambil dari kamera henpon.Justeru kualiti yang sedikit menjelekkan.

-burger bakar double.Boleh nampak effort untuk mengekalkan tubuh badan langsing di situ.

My verdict: I dont like it. Maybe the fact im not a fan of burger atau sebab kami tidak ke tempat yang menyajikan burger bakar yang betul-betul kaw? 

Too much cheese and sauce and mayo. Its too sloppy for my liking. Lepastu bila dah hidang burger dengan patty yang tebal seperti lebihan lemak di sekeliling pinggangku, bagi la fork and knife. Nak terkehel rahang menganga makan burger ni. 

The patty itself takde apa pun yang special. Can use a little bit more salt and other spices. I mean whats the point of making your own patty if its gonna taste just like any other patties you can get at the frozen sections? 
Luckily we didnt spent too much time waiting for our order sebab tak ramai orang, kalau tak memang amukan lama-lama kau gelek daging kat dapur ini je rasa dia? Pfft

Nasib baik dapat luangkan masa bersama kesayangan di malam minggu. Mama joined us for the first time mungkin sebab curious nak tau anak-anak dia ni kalau malam minggu keluar pergi KL adakah terjebak ke kancah maksiat kotaraya.



Kelas kau Joyah sampai terteleng-teleng kepala tengok Bohsia 2 dekat skrin besar.

Lepaking with mama was surprisingly fun lol. Tak sangka boleh blend in dengan remaja-remaja kota. Next time mungkin boleh bawak both ayah and mama for lepaking session. Sukahati pengaruh ibubapa berpeleseran di malam hari, contoh anak-anak mithali masakini.