Wednesday, May 30, 2012

Korean Food In KL

It's no secret that i'm not a big fan of Korea. Tried to hop on the K-drama bandwagon,but after watching the ridiculously romantic series, Boys Over Flower jiwa ragaku tidak mampu untuk menerima semua ini dengan hati terbuka. Dialog yang sungguh cheesy, kisah percintaan murid sekolah yang penuh onak dan ranjau pergghhh. Too much. I wouldnt be surprised if they pooped glitter and roses.

Despite all that, i still enjoyed my vacation to Korea. And to be honest i dont mind going there again. One of the things that i misses the most is their food.



Jadi sempena hari cuti terpaksa hasut rakan-rakan untuk turun KL dan cari restoran Korea sebab kalau nak pergi Korea lagi sekali bukan tak mampu, cuma sementara nak tunggu lagi 3 bulan duit scholarship masuk memang kena makan langsir jawabnya.

Went to Gardens today sebab ada restoran Korea dekat situ. Something surprising happened earlier but im still not ready to write about that,yet. (i'll probably write about it in another post) ,so for the time being lets focus on them fooooood!


-Makan di restoran Koryo-Won. Jangan risau, sebelum masuk dah tanya waiter melayu tu dia kata all the food are prepared in a Halal way. But i guess since they also serve sake, lesen Halal Jakim tidak berjaya diperolehi. Sebarang kemusykilan boleh ditujukan kepada pihak pengurusan restoran atau pejabat mufti berdekatan anda. Kalau rasa syubhah takpayah makan,takde sapa paksa pun.

Dekorasi restoran memang mengimbau pengalaman di Korea. Masih segar di ingatan melangkah masuk ke dalam restoran kecil di tengah kota Seoul di waktu malam selepas mengharungi pengalaman penuh sensual di sebuah Jimjilbang yang erotik.


-penyedut asap di atas setiap meja untuk menyedut asap bbq. Seoul Garden should invest in this.


Disebabkan waktu pergi tour Korea dulu ikut group non muslim,maka memang telan airliur tiap kali ahli group makan beef dan babi panggang. Berjurai airmata tatkala mengunyah hirisan kobis dan cendawan di setiapkali meal. Jadi kunjungan ke Koryo-Won harus tidak disiakan. Terus order Wagyu beef, ox tongue (ya lidah!) dan semangkuk bibimbap.

-rupa ox tongue sebelum dimasak. seakan-akan peperoni tetapi dengan kekenyalan pedal ayam.


-pelayan restoran sedang memanggang daging wagyu dan ox tongue tersebut.


-cara nak makan ialah letak daging atas salad. Campur kimchi ke apajadah side dishes yang disediakan mengikut citarasa,gulung dan baham. Waktu di Korea dulu sebab daging tak halal terpaksa sumbat sayur dalam gulungan salad. Sayur dalam sayur- Inception much?


-bibimbap yang telah dicedok ke dalam pinggan kecik. Sedap tapi masih tak dapat menandingi bibimbap di Incheon airport.

Secara keseluruhannya, makanan adalah sedap (especially wagyu beef) dan rasa seperti masakan Korea asli. Namun begitu harga adalah a bit steep, nak makan sekali-sekala merasa bolehlah, tapi kalau nak makan sampai doploh kali baik beli tiket pergi Korea terus. 

Friday, May 25, 2012

Post Exam De-stressing and Binge Eating

Psychiatry rotation has come to an end. End of rotation exams diadakan di awal minggu which means from the day we came back from Hospital Bahagia to the day of exam cuma ada 3 hari untuk study di saat akhir. Maka tidak hairanlah diri ini hampir-hampir check in di wad mental.

-kura-kura menjadi mangsa di saat tekanan melampau. Makeover tanpa rela tatkala dipakaikan loceng

Lepastu semangat gila hafal schizophrenia,bipolar,depression sekali long case dapat panic disorder. Apa ni weh apa nihhh dah aku pulak yang panic attack kat situ. Tetapi alhamdulillah dapat juga ditempuhi dengan jaya.

Ketika tempoh study separa gila, kualiti pemakanan memang terjejas. Tak sedar diri dah dekat nak exam masih balun megi di malam hari. Selain faktor masa dan kemalasan, faktor kewangan goyah juga menyumbang kepada diet kurang sihat ini. Ingatkan lepas habis exam nak makan sedap sikit, tapi balik rumah dah mentally exhausted akhirnya juadah berprestij ini menjadi santapan pertama selepas exam.


Luckily my classmates decided to do a barbeque + get together/de-stress session by the beach. Yeay for real food! 

-membeli barang barbeque. di mana lagi kalau bukan gedung bahan murah untuk pelajar sengkek-Tesco.


-gambar barbeque terbaik yang mampu ditangkap oleh iPun ku. Sila syukuri 

The following night  Mak Su invited me to Hard Rock Cafe Penang for dinner since she's staying there to attend some conference.


They call it conference, I call it 3 nights vacation. Seriously mana ada orang konferens kat Hard Rock hoih. Heaven gila siap dapat free Hard Rock merchandise, diharap pihak kolej boleh pertimbangkan hotel sebegini untuk penginapan di kala rotation public health nanti *berangan*.

Had dinner with Mak Su's lawyers friends + other people working at her department, rilek je join dinner office orang haha nampak benar sifat malu senipis kain kapan.


-appetizers. Picture taken from Mak Su's super canggih phone.

I had a lamb burger, but didnt took any photos of it akibat kegelojohan melampau. Just like last time, i didnt manage to finish the burger due to it's ridiculous portion. Dahlah burger pun tak mampu nak habiskan, lepastu ada pulak dessert cheesecake. The cheesecake was so good, but after stuffing yourself with a burger that could feed the entire country of Ethiopia, i only ate like 2-3 suap of the cheesecake.

We stayed there to see the in house band perform. They were so good, am quite impressed with their selection of songs.



-sambil tengok live band haruslah pow Mak Su minuman berharga 47 hengget sebab kalau beli sendiri mungkin terpaksa cagarkan jam tangan untuk membayarnya.

So thank you Mak Su for being the awesomest aunty ever, also for the duit minyak untuk balik Nilai esok tehee. Jika ada konferens di Hard Rock lagi sila dapatkan bilik yang bersambung dengan swimming pool itu.

Thursday, May 17, 2012

Hospital Bahagia yang Membahagiakan

Just got back from Tanjung Rambutan and i am exhausted. Next week exams tapi minggu ni kolej buat field trip pergi Hospital Bahagia saja lettew nak sabotaj orang study. Spent one night at some random homestay in Ipoh, the place was actually quite nice.

Didn't took any photos at Hospital Bahagia sebab mengambil gambar di kawasan wad adalah tidak dibenarkan. Lagipun motif kau nak camwhore dalam wad? But we did took one group photo depan bas lepas melawat muzium(yes they have a museum there) waktu sesi lawatan petang.


Time ni semua dah pikir nak balik je,dahlah tetengah panas buta pakai white coat bagai. Mencerminkan imej profesional katanyaaa. Ketiak bukan setakat dah berlecak,ini dah stended waterfall.

Had lectures with the Pengarah and Timbalan Pengarah hospital. Hospital Bahagia live up to its name sebab memang membahagiakan student dapat makan breakfast free nasi lemak super sedap cooked by some of the staff and patients. Imej profesional yang diperjuangkan sedikit tercemar tatkala rakus tambah nasi lemak sampai dua kali. Dahlah brekpes joined by Pengarah hospital,mesti dia speechless tengok rombongan kebulur mana ni macam tak pernah jumpa nasik lemak.

Sebelum datang Hospital Bahagia ni i imagined the hospital mesti super scary with a hint of dodgy-ness. But i was wrong. Hospital Bahagia adalah ibarat 4 Seasons kalau nak dicompare dengan hospital biasa. Lanskap cantik dengan padang luas yang ditanam rumput ala-ala padang golf. Kalau anda ada masalah mental, sila berdoa dapat masuk Hospital Bahagia pasti rasa seperti taknak keluar. They are doing a really awesome job at maintaining the facilities despite the fact that hospital ni dah berusia 100 tahun. 

Usai lawatan sehari yang membahagiakan itu sebelum balik singgah di restoran Nasi Ganja di pekan Ipoh. Tapi sebab sampai dah petang, lauk tinggal ayam,telur masin and kuah campur saja.


Verdict: 10X lagi sedap dari Nasi Kandar Beratur.

Nasik Kandar Beratur haritu kari tawar ala-ala resepi dewan makan sekolah. Kari Nasi Ganja pekat dan terasa ganja rempah ratus yang digunakan. Kedai dia terletak di Jalan Yang Kalsom Ipoh. Its actually a small chinese coffee shop tapi ada mamak jual nasik kandar dalam tu. I used to eat at this kind of place in Muar bila balik kampung Johor waktu zaman hingusan dulu. Nostalgic.


Cina jual air, Mamak jual nasi kandar, Melayu,Cina,India,Kelabit,Melanau dan lain-lain datang makan sekali.Sama-sama kita menuju ke arah kegemukan abadi. Sungguh 1Malaysia kedai sebegini. Pimpinan terulung Dato Najib pasti berbangga.


Friday, May 11, 2012

Rahsia Kegembiraan Hidup Dari Pandangan Remaja Pra Matang

Paris Hilton, who is an expert at maintaining positive public image once said "You should live everyday like it's your birthday". I find this quote fascinating, partially because of the positive philosophy behind it and mostly because i have realized that you dont have to be smart to come up with such an inspiring quote.

Sepanjang 23 tahun menempuhi hidup ini *cakap sambil urut janggut*, i have learned that kebahagiaan hidup adalah ditentukan oleh diri sendiri. The way you carry yourself, and how you handle your emotions memainkan peranan penting dalam mementenkan ketenteraman jiwa. And how exactly do you achieve that kebahagiaan hidup dan ketenteraman jiwa? Here's how (based on the life experience of a 23 year old medical student).

1. Dont take yourself too seriously
Most people who take themselves too seriously are those who we call the no-fun people. Laugh at your flaws once in a while.Macam kalau kita dianugerahkan tubuh badan gemuk, acknowledge it and make fun of ourself before others did. Self deprecation is the best defense mechanism of all time. Not only you'll accept all your flaws and be OK with it, you wont feel offended when someone insults your gemuk-ness. 

Contoh penerimaan positif kegemukan diri;


-gambar sebelum dan selepas. T___T

And if you cant take jokes, dont make one. Ini kutuk orang boleh, bila orang kutuk kau nak emosi. Apahal?

2.Acceptance
If you are planning to keep certain people in your life for a long run, you better accept them for who they are. If there is one thing i've learned in Psychiatry it is not easy to change people's personality. Some people are born asshole. And there is nothing you can do about it. You can either accept them or just look for another friends. Trust me, i've tried to change an asshole once, and i ended up smelling like shit. 

Or if you have slightly more patience than me, you can only pray to God that they'll change. 


But in the mean time, good luck with your suffering.

3.Forgive 
When people do things that annoy you, just think of bad things you've done to them. Like let say your roommate loves to sing that annoying Najwa Latip song out loud,in the middle of the night. Instead of shooting her in the face, just think of all the bad things you've done to her. Sebab kita manusia ni salah orang semua nampak je, salah sendiri tu yang susah sikit nak jumpa. Not necessarily kesalahan besar, tapi kesalahan-kesalahan kecil macam kita suka sepahkan bilik sedangkan si peminat Najwa Latip ini lah yang setiap minggu akan spend 2 jam mengemas dan mengemop. Always think of other's good deeds nescaya anda mudah memaafi dan boleh tolerate dengan lebih baik. Besides, life is always about give and take.


-gambar takde kena-mengena dengan point yang diberikan

4. Avoid drama
Some people just love drama. Especially girls. Even small small things also nak blown out of proportion. Selalu sungguh kita dengar ungkapan 'kalau tak puas hati cakap depan-depan la'. And what happen when you say it to their face? They throw a bitch fit. Lebih teruk lagi ada yang asal sentap tulis kat facebook, seakan-akan mahu satu dunia tahu persengketaan peribadi. Bila ditambah dengan komen batu api yang tak tahu cerita asal, menjadi-jadilah drama minggu ini. 

Sometimes these people dont stop at facebook only, siap wujudkan satu blog sebagai medan meluahkan perasaan secara terbuka. Personally, i hate blogs yang every single post asyik lah nak berdrama. Harini tak puas hati dengan A,esok tak puas hati dengan B. Why is your life full of negativity? Is your life THAT unhappy?

So sometimes it is better to keep things to yourself rather than express all your ketidakpuashatian.


 Bila meluahkan itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan, maka adalah lebih baik berdiam. Dan jika dengan berdiam jiwa masih rasa tak tenteram, refer point #2 and #3. Menerima dan memaafkan.

5. Shit happens
Yes, it is true. Shit happens and it stinks. But you have the option to flush it down the toilet. When something upsets you, you are entitled to be sad. But grieving period jangan la terlampau over sampai melupakan yang hidup ini sesungguhnya adalah dipenuhi dengan perkara-perkara awesome. Ingatlah yang satu kesedihan diikuti dengan 99 perkara yang membahagiakan. Unless, the movie Nur Kasih is based on your life.

6. Be thankful
Be thankful for what you have, and what you dont have. Once you can accept the fact that you cant have everything in life, you'd be the happiest person on earth. 


Tuesday, May 1, 2012

What Cuti?


Cuti Labour Day dimulakan dengan kunjungan hormat ke wad psikiatri. Have to clerk a case for case presentation tomorrow.


And of course cuti umum begini, wad adalah sunyi sepi. I was so optimist that we're going to get an easy,simple case. Interview went well despite patient having bizzare delusion. I can still take it untill she said.....


"I was a president of CIMB Bank and founder of Astro. Owh Im also a co founder of USM"

I.Give.Up.

Have a fun filled cuti everyone!


Gambar Hiasan-was taken at Prangin Mall arcade center 2 weeks ago.