Sunday, November 27, 2011

Video 6 Saat Paling Sia-sia Untuk Ditonton



My last update was like a week ago. Macam biasalah the reason for this temporary hiatus is due to an upcoming exams. Jadi untuk mengupdate secara senonoh di blog ini adalah sedikit mustahil,but i will as soon as exams are over.

Thanks to those who follow and those who 'Like' posts in this blog ( especially the tudung Yuna post;the most number of Likes to date).

Sebagai penghargaan terimalah video Kura-kura terpantas di dunia. Sila kagumi.


I still tweet occasionally tho,ala-ala micro blogging.But early reminder,most of my tweets are offensive lol. Kalau offended takpayah susah-susah nak tweet 'tak baik you cakap macamtu #tersinggung ' because i wont respond. Baik unfollow terus.

So to those who are civilized enough to own a twitter account, you can follow me at @hatimrazak (kelik imej burung dibawah)


Follow hatimrazak on Twitter

Thankyou. Dah habis peruntukan masa seploh menet nak update blog.bye.

Saturday, November 19, 2011

Toyota Wish Dari Neraka

Disclaimer :this post contains strong language. Reader discretion advised



If you've read this post im sure you know how much i loathe Penang drivers. I mean seriously everyone here should re-enroll themselves in driving school,that way we can cut down next year's Ops Sikap mortality rate by at least 68%.

Petang tadi myself and few friends went to Gurney to have early dinner sebab konon plan nak balik awal study untuk final exams. We went to Teppanyaki which by the way serves the most shiteous food we've ever tasted. The drinks itself is freakin expensive,dahlah nama air Black Temptation. Sumpah geli. But that is not the point of this post.

Ni yang nak cerita nih,

On the way balik ke rumah macam biasa lah jalanraya time-time petang komfem ramai gila sampai jam. Jalan nak masuk ke area rumah pulak ada satu simpang dengan traffic light jahanam yang hijau 30 saat sahaja. Maka line di traffic light itu adalah maha panjang. Siap boleh nyanyi 3 lagu sementara nak tunggu turn jalan. Lagu Leona Lewis, Mizz Nina dengan apetah lagi satu.

Eh terpesong.

Ok back to the story.... Bila dah hijau je tiba-tiba ada satu kereta Toyota Wish mencilok di depan. I was like "beyotch gila kau orang dah beratur lama gila kau nak potong line ngalahkan anak raja". Lepastu boleh plak si cibai ini berhenti secara mengejut tengah-tengah simpang waktu lampu trafik tengah HIJAU. Bodoh ke bangang ni?

Ditambah dengan faktor hujan renyai,maka kami sekereta mencium bumper belakang kereta Toyota Wish jahanam itu.

Kerosakan minima yang dialami oleh Toyota Wish dari neraka;

Ketika ditanya mengapa beliau memandu sebegini gampang? Alasan yang diberikan adalah sebab nak cepat pergi dinner. Wehhhhhhh kisah plak aku kau tak makan lagi????
Dasar $%^$!@#@$#%

Raut wajah pesalah
Biodata- Nama: Mrs K
Bangsa: Cina
Personaliti: Annoying

Tuan punya kereta; Saudari Dyla sedang menghubungi ejen insurans beliau

Beberapa lama selepas itu,suami beliau datang to the rescue cause bitch clearly couldnt think of any solutions. Surprisingly si suami was a very pleasant young man, and he gave us two options. Either bayar at least 700 ringgit or go to police station and make report. We choose the latter. Because either way we still have to pay sebab kita yang melanggar walaupun dia yang drive macam cilaka. At least kalau pegi balai kena bayar maximum 300 ringgit.

And 700 ringgit = one month scholarship, jadi kalau bayar dia 700 ringgit,bulan depan nak makan langsir?

So off we went to balai polis. Since i am the only accomplished writer (ehemm) among us 5, i was given the responsibility to write the report.

Obviously,the best police report ever written in Malaysia.

Moral of the story, do not drive in Penang during maghrib. Should've just stayed at Gurney and karaoke instead.

owh and the policeman is from Pilah. so saman cumalah rm120 sahaja hahahaha


Sunday, November 13, 2011

Tajuk Perbahasan Hari Ini: Yuna, Tudung dan Role Model Islam


Spent last night watching AIM 18 with some friends. Those of you who are following me on Twitter surely know this since i was tweeting like a maniac during the event. Owh and 3 people unfollowed soon after i wrote this;

If i get a penny for everytime someone is offended by my tweets,i'd surely be rich. Note to self: do not make inappropriate jokes on twitter about Anuar Zain in the future, his fans are probably writing a threat letter as we speak.

So as usual,i started Sunday morning (tak berapa nak morning sangatlah bangun pukul 11 woi) by browsing through gossip blogs just to read other people's thought on last night's show. Dan seperti dijangkakan isu gaya pemakaian Yuna menjadi salah satu topik hangat diperbincangkan.

Yuna

gambar pinjam belog Budiey

Antara komen dari rakyat marhaen berbunyi;

"ini bukan menutup aurat.pakaian ketat macam ni ke jadi role model budak perempuan sekarang?"

First of all,im not a die hard Yuna fan. So this post is not for me to defend Yuna and her outfit of choice. Lets discuss this like an adult. So let say Yuna came clad in a syariah compliant tudung labuh, with jubah and socks, will that be OK?

Even if she sing afterwards?

So everytime i read these kind of comments it baffles me. What do we want from them artists really? Mula-mula festaim bila dengar Yuna nyanyi kita yang impressed,lepastu siap share-share dekat facebook kagum gila ada juga wanita Malaysia bersuara lunak merdu macamni.

We admire these people's amazing talent, indirectly encouraging them to become a singer but at the same time expect them to be ikon Islam Hadhari. You want them to be a world known pop star but at the same time an ustazah pilihan. Where is the logic in that?

Contoh lain pulak bila kita tonton rancangan realiti. Sewaktu fenomena Mawi, semua orang undi si botak ini sebab dia innocent sweet budak kampung yang berperibadi kudus selalu mengunjungi surau. Tambahan pula menjadi bilal di kampung. Wah wah lagilah menjadi-jadi makcik di kampung beli topap 60 ringgit seminggu semata-mata mahu AFUNDI imaginary menantu ini.

Kita suka peribadi Mawi yang sebegini-warak dan tidak lupakan Tuhan. Tetapi at the same time kita undi dia supaya dia berjaya capai cita-citanya untuk menjadi penyanyi pop yang terkenal. Kalau Mawi masuk Akademi Nasyid lain cerita lah. Ini konsep rancangan Akademi Fantasia itu sendiri terang-terangan memang tak menerapkan nilai-nilai Islam.

Lepastu bila Mawi jadi artis kita persoalkan kenapa dia tak sealim seperti zaman pre-Akademi Fantasia beliau?

Jadi persoalan untuk kita semua di sini;

-Adakah adil untuk kita expect artis-artis menjadi ikon Islam sedang kan kita yang bersubahat menjerumuskan mereka ke dalam dunia glamor?

-Adakah even possible untuk artis menjadi role model islamik kepada anak muda?

-Kalau kita mahukan hiburan pure Islam,sanggupkah kita tinggalkan semua ke-lagha-an dunia ini? ( and yes that is including K-pop and terkinja-kinja di konsert Maher Zain)

Dan soalan terakhir;

-Mengapa kita susah-payah harapkan Yuna jadi idola untuk anak-anak kita sedangkan ada idola Islam seperti Siti Khadijah dan Fatimah?

Ini bukan salah Yuna dan tudungnya. Bukan salah Najwa Latif dan video-video laghonya. Bukan juga salah Cikgu Shida *tibatiba*. Ini salah kita sendiri dalam memilih idola, salah kita yang secretly dambakan hiburan duniawi tetapi terus-menerus salahkan penampilan manusia lain untuk tutup nafsu sendiri.

And i think its about time we start blaming ourselves for all these. Dont you think?



ps:post lepas pasal lady gaga tiba-tiba ala-ala alim pulak.bipolar gila kau

Friday, November 11, 2011

The Video Vault #3


When i first heard Didie Alias' new single- You & I on the radio,i thought this song sounds familiar. Macam pernah kudengari di mana-mana. And i was right.

This video was recorded semasa zaman muda-muda lagho dahulu di The Monster Ball Tour in Dublin last year. You & I was one of the song that she sang during her piano session. Rupa-rupanya berkurun sebelum album 'Diberanakkan Seperti Ini' dihasilkan, lagu ini sudah pun dinyanyikan secara live di konsert-konsert seantero dunia. How cool is that?




Sunday, November 6, 2011

What Raya??


So how's your Raya Haji? Fun? No fun?

My Raya Haji was as good as any other holidays. Hari yang penuh barakah ini dimulakan dengan bangun pukul 10 lebih,maka secara automatis terlepas sembahyang raya. Bangun-bangun cuma sempat tonton khutbah raya terpasang di RTM. Redho. T_T

Di Nilai,aura perayaan hampir tiada langsung. Jiran-jiran sekeliling semua hilang disyaki beraya di kampung halaman masing-masing. Maka memang takde langsung orang datang berziarah. Bila takde orang datang,jadinya juadah raya sendiri masak sendiri makan.

The best soto ayam in Nilai.

Other than eating non stop like there's no tomorrw, i spent the whole morning watching raya related movies and browsing through Twitter.

Cerita Korban Tak Jadi lakonan Jalaludin Hasan. Kelakor gila.

Lepastu dah tengahari sikit terasa diri ini sungguh tidak produktif. Duduk melepap di rumah ketika cuti begini kau apahal si gemuk? Cuba bawak-bawak berjalan sket,getus hati kecil. Lantas ajak adik-beradik untuk keluar menonton wayang.

Konon ah assume shopping complex pasti lengang raya begini. Sekali macam ada open house 1malaysia dalam Jusco tu. Korang ni tak reti raya ke weh?? Apa buat ramai-ramai kat shopping kompleks ni?

Can you spot a lady changing her kid's diaper in public? Sia-sia kontraktor bina bilik tukar lampin.

We watched a borderline shiteous movie- Tower Heist sebab semua movie lain sold out. Yang tinggal banyak seat cuma movie Alamak Toyol. Yang tu kalau Neelofa ajak dating tengok pun sumpah taknak. Komfem sampah.

Habis movie tak tau hala tuju mana. Out of nowhere muncul cadangan ke Istana Seri Menanti since i've never been there before. Shocking,i know.

Dahlah tadi pestaim lalu jalan baru Bukit Putus tu. Omaigod tak sangka kemajuan sungguh Negeri Sembilan sekarang. Dulu jalan bengkang-bengkok macam litar drift Syamsul Yusof sekarang jalan dah highway u ollls!!! Siap ada the second highest bridge in Malaysia kau mampu? i dont know how you Pilah people not brag about this. If this is in Nilai i swear you'll never hear the end of it. I mean, second highest bridge! Kagum sebentar.

-satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional

-pestaim sampai. *nanges*

Lepas ronda-ronda pekan Seri Menanti which offers practically nothing to see, we headed to Senawang. Watchu have in Senawang you ask? Satay Tulang!

Im pretty sure you wont find it elsewhere. I first tried this sate few years ago,it was love at first bite.

Orang yang tak pernah rasa sate tulang mesti kata ini tulang ni makanan jin. Jin tak marinate tulang ok. Lu tak rasa takyah banyak bunyik,orang negeri sembilan je yang tahu menghargai kehebatan sate tulang ni. Kau kalau nak kena hentak dengan ekzos motor cuba ah kutuk sate tulang depan orang nogori. Wah over kau maria.

Akibat terlalu laris terpaksa guna kipas angin untuk mengipas.

Sate Tulang Jelebu di Dataran Senawang. I approve.

So basically gitulah Hari Raya Haji saya. Raya tak berapa nak raya ah tetapi still bersyukur dapat juga spend masa dengan family kecintaan =)

Raya anda bagaimana?

Tuesday, November 1, 2011

The Video Vault #2



Its time for Video of the week #2!

This week's video was recorded during my last visit to Paris. Waktu naik river cruise melintas Eiffel Tower. Ada specific time at night di mana Eiffel tower akan berglitter for few minutes. So the fact that river cruise melintas dihadapan tower sewaktu ia bersinar adalah momen kebetulan yang sungguh magikal.



Read up the full CCBH-Paris here.