Monday, April 25, 2011

Tapi...Saya Takut Jarum


Eventhough all these hospital attachments are driving my crayzeyy, banyak yang dipelajari dari pengalaman bertemu pesakit. Other than those academic stuff, we also learn to be compassionate.

Waktu mula-mula datang hospital lepastu tengok patient muka miserable, memang menyampah ok. Dahlah sakit at least positif la sikit,takpayah nak bagi negative vibe kat semua orang woi. But as i spent more time in those wards, i realize that i'm in no position to judge these people.

Contohnya, patient yang diagnosed with serious illness like cancer, have many kids at home, plus dont have a steady job to begin with.

So how to smile mehh? Its good enough they dont go and jump over the Penang Bridge.

You see, there are reasons why people act certain ways. And we, as fellow human beings must not be so quick to judge. Get it?
I was lucky enough to meet up with Thalassemia(google it) patients few weeks back. Seeing how these patients' life depend on regular blood transfusions was really an eye opening.

So today bila kawan-kawan i secara randomnya ajak untuk derma darah selepas kelas, i jumped at the opportunity.

Ok yang ni memang tipu gila.

Basically lepas 10 menet fikir baru agree nak join tehee. Itu pun siap nak tarik diri di saat akhir. We went to Penang GH to get it done. Im not gonna lie and say owh it didnt hurt at all yadda yadda. It hurt, and yes they use this HUGE jarum to drain blood out of your vein.

But thing is, they injected some anesthetic first so you wont even feel anything bila dicucuk dengan jarum gedabak tu. The only pain you would feel ialah waktu nak suntik dengan anesthetic tu, which of course was done using normal teeny tiny syringe.

Only one of us pernah donate darah sebelum ni. So we came in with mixed reactions.

Ada yang excited,not knowing what the hell to expect;

Ada yang macam nak pitam justeru tak mahu duduk diam;


Exhibit A: Sedang mengucap.
Exhibit B: Mesej emak tinggalkan wasiat.

But lemme tell you kids. Derma darah ni selain mendatangkan pahala dan rahmat Ilahi, memang banyak manfaatnya. Bukan saja manfaat kepada bakal penerima darah,bahkan manfaat kepada diri sendiri. Manfaat kepada diri sendiri?? How?

Selfish betul nak tahu manfaat pada diri baru nak derma heh.

Ok meh sini i nak open table. Tahukah anda bila kita derma darah some of our blood akan diuji untuk pastikan takde hepatitis dan HIV so that it'll be safe to be used? Kalau in case kita ada penyakit-penyakit yang disebutkan, hospital akan inform. Dan tahukah anda test-test darah sebegini adalah tidak free di klinik-klinik? Dekat klinik biasa withdraw darah dah 25 hengget oi.
Kalau anda derma darah dapat free je.

Bukan itu saja puan-puan, semua penderma akan dapat satu buku rekod pendermaan darah. Dalam buku ni kita boleh kumpul cop berapa kali dah derma lepastu boleh redeem (ecewah redeem tu) ganjaran. Macam Jusco card kekdahnye.

-Kalau derma lebih dari 31 kali boleh dapat free stay in first class ward. Wow. Teruja,terus rasa nak masuk spital.

Ganjaran-ganjaran ini tidak terhenti di situ. Sebaik melangkah keluar dari tempat derma darah anda akan terlihat ini di atas meja ruang menunggu;
-ada bihun goreng,karipap,twiggies,muffin,milo panas.

Kalau ada sup ekor sumpah tiap hari datang derma darah.

Sunday, April 24, 2011

Saya Obese Saya OK


Sejak kebelakangan ini, belog ni dah jadik foodie blog. It's unintentional but with nothing much going on in my life lately plus i dont want to write yet another whiny post, food and friends are the only two things that make my life exciting.

So with the usual group of borderline obese friends, malam jumaat lepas kami menuju keRestoran Ikan Bakar Adnan Hassan di Teluk Tempoyak. Perjalanan tidak mudah kerana none of us have been there before. We were supposed to fetch another friend at Air Hitam tetapi berakhir dengan kesesatan. Bila dah lepas Air Hitam pun sesat jugak sebab GPS bengong suruh rempuh dinding rumah cina.

Quarter tank of gas later,we safely arrived at the restaurant. Dia kedai kampung-kampung je so takdelah ramai orang sangat. And they only serve carcinogenic bakar-bakar stuff (if im not mistaken).

They also serve nasi lemak untuk dimakan dengan ikan bakar. But its not nasi lemak bungkus yang macam dekat Umbai tuh and it didnt taste as good as those in Umbai.


So next time kalau anda datang sini takpayah order nasi lemak. Nasi biasa pun ok sebab sambal yang dia taruk atas ikan bakar tu sedap gila.



-udang bakar

-aftermath. Takyah teka la pinggan siapa yang paling banyak sampah dalam tu.

This morning pulak i went to Transfer Road for a dose of roti canai. Im not a fan of roti canai to be honest. Its oily and nowadays its not that cheap either,might as well go all out and have nasik lemak.

But i give it a try anyway. I had roti telur with mutton kari.

-i frikkin love the curry. And the roti is not oily. Yay for that

But if you are a health concious you can always opt for their roti bakar.

While eating, my friend came up with this idea untuk vacation. They want to go to some island for snorkeling and stuff. I honestly think that its a brilliant idea, and God knows we need one right now. Except that all this eating and sleeping combo has taken its toll on my body image.

Can i get rid of these excessive lemaks just in time before any beach vacation? Lets hope so.

Thursday, April 21, 2011

Attitude Problem


I started my surgery rotation this week and we have bedside teaching with the surgeons EVERYDAY. Which means there's a very high probability that you gona get scolded on a daily basis. Yes,its a very hostile working enviroment. Dahlah you are dealing with diseases,exposing yourself to countless viruses and bacteria on top of that boleh kena maki lagi. Fuh, memang dream job nih.

When i was doing my medicine rotation a doctor said i've attitude problems for being 1 minute late. Actually i wasnt even late,he was the one who came one minute early. But since im constantly whining,i guess i do have attitude problems eh?

First step to recovery. Admit.

Ok menyimpang kepada cerita lain pulak, kelmarin i went to vet with my friend to send her cat. Her cat fell off dari tingkat 7 and went missing for a night. Siap buat misi mencari tapi still tak jumpa malam tu. Sikit lagi nak call Harun Din suruh carikkan.

But the next morning she found the cat dalam keadaan yang menyedihkan.

-ini rupa sebelum bungee jump dari tingkat 7

So that evening after class we went to see the vet. Tapi masuk-masuk je kena straight kena marah dengan vet tuh sebab lambat bawak pergi klinik. He said if the cat has internal bleeding,by that time sure dah mati.

BUTTTTT the cat is still alive whattt. No need to emo here,dahlah pagi tension dengan dokter senior petang kena marah dengan dokter haiwan pulak. Sikit lagi nak makan kaki aku ni ha.

After getting all the ubat needed we went to makan at Fort Cornwallis. Had mee goreng sotong (my second time having this hehe)

Its really good and also cheap. Tapi kalau taknak cepat muak jangan gaul mee dengan sambal sotong tuh sebab dia letak banyak sangat sambal.

We also had ais kacang =)

The stall that serves this ais kacang makes the best coconut shake in the world. Like seriously, the best.
I was so fascinated by this coconut shake i even 'Like' the pakcik's page on facebook. Yes hawkers nowadays are so canggih they have fanpage on facebook.

-____-" Check him out here.

Memang tah hape hape post ni mula-mula macam tension lepastu macam sedih kucing terjun tiba-tiba part hujung suka pulak dapat makan. Ini mungkin akibat tekanan hidup ni tu yang macam tak tentu arah je. Dahlah nak tido sekarang. Bye.

Sunday, April 17, 2011

Fun,Fun,Fun,Fun. Looking Forward To The Weekend.


Actually i was exaggerating a bit in my last post. Life here is not that sucky. Memang dalam hidup kena pandai cari keseimbangan. Lepas 5 hari di torture dengan rutin hambar lagi memenatkan, maka adalah afdhal untuk berjimba di hujung minggu demi memelihara kewarasan akal.

Jadi tidak hairanlah hujung minggu diisi dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah langsung kepada tubuh badan mahupun sahsiah diri.

This was last week waktu we went for dinner by the sea. Ewah macam gempak je dinner tepi laut padahal restoren biasa je weh,jenis yang basuh pinggan tunggu ombak datang pastu celup.

-with awesome view of the penang bridge


The food was good eventhough its slightly expensive. We ended the night by playing Wii at one of my friend's house. Definitely a night to remember.

Sejak dari itu we've all agreed,weekends need to be celebrated. We deserve good food, good time and lotsa fun after all those gruelling (ok takyah nak exeggerate lagi kat sini) hospital attachments,assignments and lectures during weekdays.

Justeru hujung minggu ini, Mee Udang Sungai Dua menjadi pilihan menu makan malam. Mee udang di Sungai Dua ini agak femes juga sebab pernah masuk tivi dan telah digembar-gemburkan kesedapannya oleh masyarakat majmuk.

We went there last night sebab malam jumaat tuh kena buat case write up pfft.

-you can choose your own udang. The udangs were all fat and fresh.


Eventhough im not a big fan of udang,i enjoyed this. Good food, great company. Lepas makan tak terus balik, sebab nak balas dendam malam sebelum kena kerah buat write up terus bertekad nak tengok late night movie. We watched Scream 4,which by the way sungguh mengerikan. Everyone go watch now.

Today,i woke up early around 7.30am (early your ass) to go to market. My friend Marsh 's maternal instinct kicked in suddenly tiba-tiba terasa nak masak lunch sendiri. So off we went to the market to find ikan keli and some other stuff.

-but of course you have to kickstart your day with 2 bungkus nasi lemak dan teh tarik.

Dah petang ni baru start kemas bilik yang dah rupa macam tempat orang buang bayi. Akhirnya baju dari dalam kotak yang di ship dari dublin dipunggah jua dan inilah hasilnya.

There's no way i can squeeze all of that in my super small wardrobe. So i pulled a Martha Stewart. I converted the box into a temporary storage space.

You call it dodgy, i call it recession chic. But this TEMPORARY storage sure live up to its name. The top shelf fell off 20 seconds after this pic was taken. -___-"

Somebody bring me to Ikea. STAT.

Basically,thats how i spent this weekend. Sesiapa yang ada suggestion tempat-tempat makan menarik or rasa macam nak belanja i dengan 10 orang kawan yang lain makan boleh roger. Sesungguhnya memberi makan kepada golongan daif itu besar ganjarannya.

Saturday, April 16, 2011

Medicine Is No Fun.

That's not entirely true lah. The only fun part ialah bila pergi hospital pakai white coat, kau boleh sukahati masuk wad mane-mane bila-bila masa. Lepastu bila lalu dekat jaga tu dia senyum-senyum cakap 'Selamat pagi dokter'. Wah matila kembang bontot 5 menet walaupun bukan dokter.

Basically that's it.

Other than that,all i can say is studying medicine izz a seriuzz bizznezz. Tengok tak cukup tidur semua perkataan nak letak zzzz. Pagi pergi hospital,lepas kena ceramah 2-3 round dengan dokter senior,pergi clerk patient. Lunch. Lepas lunch pergi kelas. Kelas kadang-kadang sampai petang. Letih tahu tak.

Minggu ni pulak kena siapkan write up case yang macam harem. Kalau lecturer tak puas hati kena resubmit. Kalau resubmit pun still dia tak puas hati, terjun lombong. Dan inilah senario apabila cuba membuat 4 write up dalam satu malam.

-baju seluar semua memang dah main campak atas tilam. baju dalam kotak yang sampai dari dublin insyaallah sebelum raya cina tahun depan baru kemas.

And now its harder to stay awake sebab kopi atas meja kalau biar 30 minit sure semut tolong minumkan. Kalau tak sebab mengenangkan makan semut jadik bodoh,memang dah kutelan semut-semut nih.

So i found another way to keep me going. This is a bit psychotic-ish but it works. Sometimes.

I pasted all these reminders in front of my desk. Kita tengok sampai habis semester agak-agak boleh penuh tak dinding.

It wont be surprising if im not able to update as frequent as before. Even mom complained. Lepas dia baca berita blogger boleh jadik kaya dekat Berita Harian terus semangat suruh update hari-hari.

Memang tak dapek la tu.

Sunday, April 10, 2011

Tangkap Muat 2.0


Baru perasan belog ni dah hampir seminggu tak ber-update. Yelah semenjak dah bizi mengalahkan neurosurgeon mana ada masa nak update belog yang tak berilmiah ni. Life has been pretty blehh,rutin sama setiap hari so today's post will not be about my daily life like always. Tapi mari kita bersama dalam siri kedua segmen Tangkap Muat.

Berdasarkan pemerhatian rapi mari kita lihat beberapa lagi kategori fesyen dan pemakaian yang perlu dikecam.

Over accesorizing.

Hijab fashion nowadays are cool. However,over accesorizing is not. Banyak kita lihat gadis-gadis sekarang cuba bereksperimentasi dengan pelbagai fesyen hijab yang bersimpang siur gaya ikatannya. Itu takpe.

Tapi bila kepala anda dah sarat dengan simpulan dan ikatan,tak perlu rasanya nak letak bunga kiambang,rafflesia dan doplohpat spesis bunga lain atas kepala kau. Dah macam pesta flora 2009.


Lepastu taknak kalah gelang,cincin,rantai,reben dan perkakasan rumah semua nak pakai atas badan. Bawak bertenang, seminggu ada 7 hari. Satu hari limit pakai 3 aksesori bukan tak boleh.

Mix & Mismatched

Satu lagi trend zaman sekarang ialah mix and match. Mix & match ni memang bagus sebab sungguh ekonomik. Kalau yang kreatif tu,baju kelawar pun boleh sampai 12 cara penggayaan.

Tapi masalahnya kalau yang tak berapa nak kreatif,part mix memang expert tapi tak berapa nak match. Penyudahnya tu yang kita tengok baju pattern zebra,seluar pattern ular sawa, jeket kulit ungka.Tambah pulak setiap helai tu kaler nak terang benderang tapi langsung tak matching. Stok yang kalau tengok gambar diorang ni lebih semenet komfem migraine.


Leggings as pants

When it comes to leggings, i personally think that it should be worn underneath a skirt or with long blouse/shirt/dress. Leggings should not be worn with baby tee. Not only you will end up with a severe case of camel toe, but you're also one sheer fabric away from showing the world your asscrack.

NOT attractive ladies,not attractive at all. Bila tengok mereka yang pakai leggings semata-mata ni memang nervous okeh,macam bila-bila masa boleh koyak bertelanjang di kawasan awam.

Bubble jacket

Or any kind of winter clothing for that matter. Wahai rakan-rakan 1Malaysia, walaupun anda fail geografi tapi at least perlu tahu Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa. Iklim panas dan lembab sepanjang tahun.

Bubble jaket tuh orang Rusia pun simpan tunggu winter baru pakai weh, yang kau apahal pergi i-City,pergi Uptown pun bantai pakai bubble jacket? Aku tengok pun dah menitik peluh ketiak,agak mukjizat jugak takde yang pitam sebab heat stroke. Kalau anda pakai bubble jacket di Malaysia dan people come up to you and say "you look HOT",it's not a compliment. They're just being sarcastic.


Walaupun i-city dengar khabar ada salji, tak payah semangat sampai beli bubble jaket. Normal sweater would do.

2 Tona Lebih Cerah

Setiap wanita di Asia mahukan kulit cerah. Maka terciptalah pelbagai produk make up yang mampu memberi ilusi 'wah anak omputeh dia ni'. Tapi anda perlu berhati-hati dalam menggunakan face powder sebegini. Kerapkali golongan wanita gelojoh membeli face powder yang paling cerah tanpa menghiraukan tona kulit sendiri.


face powder fail.

Akibatnya muka jadi kelabu. Dahlah muka kelabu,leher hitam berkilat. -___-"
Tak perlu jadi putih untuk rasa cantik. Be comfortable in your own skin sebab orang putih pun sanggup habis duit nak kulit gelap macam kita.

Tapi kadang-kadang certain orang boleh pull off gaya over the top seperti yang telah kita bincangkan di dalam post ini. Jadi sukati masing-masinglah nak pakai apa pun kerana berpakaian itu lebih baik dari bertelanjang bulat. Ambik kau ending ala-ala tazkirah Akhil Hayy.

Monday, April 4, 2011

Jalan-Jalan Sumbat Jantung

Semenjak pulang ke Malaysia terasa badan bagai dipam. Pertambahan berat badan sungguh di luar norma kehidupan. Takpayah nak timbang pun dah boleh tahu mesti at least 8 kilo naik nih sebab bila sarung seluar di hadapan cermin cuma satu perkataan terlintas di minda.

Nangka.

Tapi takpe,pertambahan berat itu perlu seiring dengan tumbesaran. *denial*
I rasa ini memang sindrom biasa bila belajar di Malaysia. Suka gelojoh tak tentu pasal,mentang-mentang banyak makanan halal semua nak balun.

Malangnya di Penang ini takde lagi spot makan best yang telah dijumpai. Cuma satu je yang i tahu yang menjual laksa Penang bertaraf orgasmik. Iaitu kedai Laksa Buyung yang terletak di belakang Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Sila support kedai ini kerana laksanya yang sungguh marbeles. Dahlah sepinggan 2 ringgit setengah je,macam saja nak suruh beli selalu.

Selain Penang,area jajahan Gombak-Ampang juga diisytiharkan sebagai pusat pemakanan unggul oleh saudara Hanis. Justeru Sabtu lepas kami 4 orang semi obese siblings telah menjelajah kawasan ini untuk mencari sesuap nasi. Ok memang tipu la sesuap.

Destinasi pertama ialah gerai nasi lemak Taman Malinja berdekatan kolej TAR. Gerai ini cuma buka pada waktu malam dan memang biasa lah kena beratur nak beli sebab orang ramai.

As a true nasi lemak aficionado i got to say their nasi lemak is actually biasa-biasa je. But Hanis cant stop singing praises for this gerai. Mungkin dah kena mandrem air rebusan sependa gamaknye. Tapi gerai ini juga ada menjual char kuey tiow. Their char kuey tiow is one of the best i've tasted so far. Gambar takde la pulok.

Lepas menikmati nasik lemak sebagai appetiser, kami adik-beradik gempal menuju ke Ampang untuk men-try the famous Om Burger. Tapi Om Burger bukak lambat pulak malam tu,so we lepak at the nearby Naan Corner for a while sambil menonton game Manchester.

Dasar gemuks,lepak mana boleh makan angin je. Mesti nak order air. Order pulak tak reti nak yang kecik-kecik mesti nak saiz godang.

-cuba compare cawanpasu bunga berisi air tembikai dengan saiz kelapa di sebelah

-air laici pun taknak kalah.habih satu tin laici dituangnye dalam tu

We didnt order anything heavy pun. But i nak rekemen sup tulang singapore dia. Sup tulang singapore yang kaler merah-merah tu lepastu rasa dia berlemak.

sebelum:

selepas:
This artery clogging dish is so good you feel like tapaw-ing. Tapi kalau makan sorang mungkin agak muak. Dia kena kongsi makan ramai-ramai,kalau sorang jantung tersumbat biar semua kena. Baru adil.

Akhirnya lepas Manchester score 3 gol barulah the famous Om Burger bukak. Pakcik yang meniaga burger ni dah berniaga lama tapi kedai dia kecik je depan 7eleven. If you think sup tulang singapore is unhealthy, wait till you see the sloppy burger from Om Burger.

-people lining up to get their heart clogged

Look at those oil. Selalunya orang goreng burger dia macam ade takde je minyak. Di Om Burger,its almost like he dip fry your burger patties. Minyak bertakung okeh,lepastu memang takde la nak tos minyak ke apa. The only thing that'll absorb the excessive oil is the bun.

We tapaw the burger and eat it at home while watching Penanggal. Im not a big fan of burger yang sos melimpah ruah. So Om Burger is not my cup of three layer tea. Tapi kalau anda jenis yang suka makan burger sos meleleh-leleh ade cheese semua,you should give it a try. Oblong daging boleh tahan sedap dia.

-so greasy and sloppy.hence the name sloppy burger. I think Om Burger single handedly cause heart attack among Malaysians.

All this binge eating happened in one day. Inilah akibatnya bila deprived of malaysian food for more than 2 years. Once you let loose, memang susah nak kontrol pemakanan. Gaya makan macam tiada hari esok .

Semua kedai-kedai ini sungguh pemes di kalangan penduduk area Gombak-Ampang. Jadi harga makanan adalah standard tepi jalan mengikut pendapatan perkapita penduduk bandar. Boleh kira berpatutan juga lah.

Tetapi anugerah makanan sedap dan termurah diungguli oleh Gerai Bedah yang terletak di kampung i di Padang Rengas. Gerai Cik Bedah sudah beroperasi bertahun lamanya namun harga tidak pernah berubah.

-megi goreng 2 ringgit

-mee bandung 2 ringgit setengah

3 orang makan campur air tak sampai 10 ringgit pun weh. Patutlah orang kampung sekarang kaya-kaya. Dahlah getah dah naik harga,makan murah pulak tu. Makanan di gerai Bedah paling mahal harga 3 ringgit setengah. Tak tau nak terharu ke nak gelak.

Kesimpulannya hidup di Malaysia memang untuk makan. Justeru tidak hairanlah melambak patient admitted ke hospital sebab uncontrolled diabetes. Orang-orang seperti Om dan Bedah tidak patut dipersalahkan kerana pilihan berada di tangan kita. Tiba-tiba kempen kesihatan apahal kau?

Ok nak order jamu caplet susut perut sekarang.

Sunday, April 3, 2011

The Day I Received More Than 200 Wallposts


Walaupun secara officialnya sekarang dah 3 April-which means my birthday dah 2 hari expired, but i still want to say thank you to those who sent me sweet messages and wallposts. I was planning to reply personally to each one of you wonderful people but then i realized i dont have the patience to pull that off.

So here it goes,THANK YOU from the bottom of my cholesterol filled heart.








I dont even have the patience to screen capture all of your wallposts. But that doesnt mean i dont appreciate those sweet wishes ok?

What did i get for my birthday?

One return Air Asia ticket. Penang-LCCT.

Which i bought using MY OWN money. Yes,my life is really that sad.
But im so happy that i get to spend the weekend with the fam. Went out the whole day today for some out of control jalan-jalan cari makan. Wait for the update on that one =)

Hope everyone is having a fabulous weekend. Or in the immortal words of Rebecca Black- fun fun fun fun weekend.