Tuesday, March 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Seperti yang diketahui umum,memandu is not my forte. Tetapi setiap orang perlu berusaha perbaiki diri,jadi diri ini telah bertekad untuk mengasah skill memandu supaya takdelah sampai tua kena mak jemput balik kerja.

Since mama was nice enough to get me a car,the least i can do is to actually drive it bukan mintak pakej sekali chauffeur. Kang chauffeur tak dapat,penampar jawa yang diterima. Nak tak nak memang kena ah belajar drive balik dan dapatkan keyakinan since i will be driving to college soon.

Jadi destinasi pilihan untuk ujian pemanduan ialah Gombak. Kenapa Gombak? Sebab Hanis (unfortunately Hanis in this story is my brother,bukan Hanis Zalikha) study dekat UIA. So i nak ke UIA untuk menuntut baju-baju i yang dicuri beliau. Inilah akibat berkongsi saiz baju dengan adik-beradik,sedar-sedar dah hilang. Next time kau jumpa balik baju kau dah rupa alas kaki.

Route Nilai-Gombak ni senang sebab straight je. First time okeh masuk highway drive sendiri rasa macam nak berenti tepi jalan ambik gambar. Mula-mula heaven ah sebab highway memang tak bizi. Masuk area Cheras baru start berzikir.

Boleh pulak nak jam time-time baru nak prektis nih. Nasib baik bawak auto,kalau manual memang dah aku tinggal je kereta tengah jalan tu balik naik komuter. Setakat jam boleh tahan lagi,yang buat nervous lebih tu sebab banyak jalan tutup.

JKR ni time ni lah nak korek jalan. 3 lane jadik 2,2 lane jadik 1. Bila ada bas, lori,trak askar himpit kau dari tepi sumpah bertambah nervous. Tapi nak tak nak kena la pecut jugak,kang jadik bahan pulak kalau drive Nilai-Gombak ambik masa sampai 3 jam.

Akhirnya selamat tiba juga di UIA safe and sound. Ini ialah sedikit gambaran bilik Hanis di UIA.

Ya itu memang bilik beliau.Bukan rumah tinggal tempat orang shooting cerita Seekers.

Lepas lepak sebentar di UIA we went to McDonald's Sri Gombak. Manager McD sini ialah Kak Ida, a friend of mine yang i kenal sewaktu sama-sama join Kelana Convoy summer lepas.

Memang McD ni beliau yang pegang. Gila otai siap suruh i dengan Hanis order ape-ape je. Dah bantai Big Mac siap offer dessert free pulak. Fuh sumpah takde McD lain nak pergi lepas ni haha. Sebelum balik dibekalkan dengan kupon McD worth 50 ringgit dan free breakfast punya promotion. Thank you Kak Ida! Anda awesome.

Perjalanan balik agak lancar sebab balik awal nak elak jam after office hour. Itu pun langit dah start mendung. Bila dah nampak mendung baru terhegeh-hegeh carik macamana nak on wiper.

Akhirnya selamat juga tiba di Nilai in one piece. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengembalikan keyakinan untuk memandu. Lepasni sesiapa yang ternampak i atas jalan raya sila bunyikan hon 2 kali sebagai tanda sokongan.

38 comments:

namivamp said...

kkkkiiipppiiidddaaapppp ;D

Cik Azz said...

Yeahhhh...

Tahniah2...

Rasa tercabar lak aiihh...

Tapi biar la, malas nak drive... Memang satu apapun tak ingat... hahaha...

Anonymous said...

hahahaha..sila kasik no plat keta, kot2 after this tersempak atas Jambatan Pulau Pinang ke..

Unknown said...

kalau hon2 bahaye tuh..kang gegel lebih

adrinaqamarina said...

cayalah hatim!

erk dah tak tau nak komen apa.

dah lama telepas baca cerita3 u. cuma tau u skg kat msia daaah.

wonderfuLife♥ ♥ said...

wah..tahniah hatim..pas nie pusing satu malaysia lak.
pasti kiteorang buat sepanduk untuk hang =D

Personal Wellness Coach. said...

hahaha.
comelsss!
lepas ney try drive pegi malacca plak hatim! :)

dato mia sha said...

hehehe...hari2 tggu cik atim update blog...upanya blaja keta...hehehehe...sweet....nanti drive flight lak k hahahahah dtg sarawak

bugs said...

ponn ponn!!
xpe,slow2 la. biar lambat asal selamat. dh pro nti baru boleh merempit dgn penuh gaya haha

Apis Hilton said...

hati hati memandu lepas ni, you know how malaysia drivers are! ( cakap mcm ddk oversea je)..

Noreul Basumi said...

pandu cermat jiwa raga insyaAllah selamat....(>_<)....

Aisyah Kay said...

ahahahaha..x pro lg isi myk kete? comel gilos :DD

MiaDiera said...

hatim punya pasal mia hon 3 kali kalau nampak atas jalan sebagai tanda sokongan,hehe:D

Nur said...

wakakak.sangat lucu okeyh...tapi same ah takde keyakinan nak bawak..camna nih...tambah plak dgn mak yg macam tak berapa nak harap..urgh..

hatim a.r said...

@namivamp:i willlll tq =)

@cik azz:akak prektis skill akak dulu.next week kite race dekat sepang

@honey dew:takbley kot-kot ade orang jpj bace blog nih

@miss ran:hon 2 kali x gegel punyer.dia kalau hon yg panjanggggg harakat tuh yg buat gigil

@adrina:mentang2 egypt cuti dh x baca belog dh

@wonderfull life,annis:wah baru berjaya drive pegi gombak dh banyak permintaan nih

@mia sha:hamboih demand.bawak keta pun dh gigil

@bugs:dah pro nanti upgrade beli lambo sebijik

@apis:i am one of those 'malaysian driver' -_-"

@noreul:pesanan yang deep

@aisyah kay:tak reti nak bajet bape ringgit.haih

@miadiera:bagus!

@nur:tak baik cakap emak x berapa nak harap.kecik hati beliau

aori.drew said...

whoaa balik2 mesia teros dapat savvy,,,bertuah body mu hahaha,,,,

en.sani said...

hatim,jom konvoi cameron hailen ikut tapah...kehkehkeh! mahu?

Tijah said...

nak plat no dik. errr...ko ke yg aku hon tadik?

Apis Hilton said...

haha..comfirm kne hon 2 kali klo terserempak di atas jalan raya

dato mia sha said...

hehehehhe...demand xpa jngn demam gigil awkkk hehehehe

LynnAiza said...

ok2..m ready..nak hon doploh kali if tserempak kt nilai ni..haha..2kali xbest...

Balqis Riza said...

Lepasni sesiapa yang ternampak i atas jalan raya sila bunyikan hon 2 kali sebagai tanda sokongan.

will do! hahahaha

norhidana said...

wah2... nsb jauh ek kalu tak kene bwk basikal lah ek... so skrg nih kire dh pakar lah bwk jln2 kete tuh... dh tak gabra gubra segalanyer....

untung ada membe yg best cam k aida tuh... harus selalu melawat dia utk dpt kupon lg

Hannah Haykhall said...

driving kene practice selalu nak kasi mahir....and kene alert.slalu check(jeling2) side mirror kiri kanan. Lepas kene hentam lori ais dr belakang 2 yrs back sampai berpusing2 kete, sy memang fobia sikit nak bawak kete. Tapi, sekarang lebih berhati2 dan berhemah gitu semasa memandu...takpe, lama2 nanti sure confidence punyalah...hati2..

dalin said...

fewwit berjaya dah. haha welcome back. lama2 terer lah tu..

bygkan mr gan di sebelah, sure pemanduan berhemah..

sayE said...

xcdnt la bru thrill...org len tak dpt nye pngalamn gtu..hnye pemandu2 tepilih je..kehkeh

Miss Twinkletoes said...

bilik uia tu mcm sama mcm langsir i kt uia jgk except hahaha, hanis punye lg teruk.

Unknown said...

fuhh...ahaha nasib baik jumpe panel wiper..

ctpayong said...

ten ten....thumb up la hatim

hatim a.r said...

@weez:anak kesayangan la katakan wahahaha

@sani:baru lepas pegi gombak dh ajak pegi cameron lol.ambitious sangat tuh!

@tijah:takde org hon saye pun tadi haha

@apis,lynn,balqis:yes.sila tunjukkan sokongan

@norhidana:saja melawat dia ingat nk suruh dia belanja mcd je.x expect dia nk bagi kupon segala huhu

@hannah:gila trauma kena langgar lori.mintak simpang...

@dali:adik saya ambik lesen dgn mr gan.semakin lancang mulut beliau sekarang

@saye:thrill tu mmg la.nk membayor kat workshop sok yg tak berapa thrill tu

@naddy:macam bilik penagih pun ada haih

@tengku:but luckily tak payah guna wiper.

@ctpayong:uve no idea how proud i am with myself wakaka

mysoulz said...

memandu sambil mgunakan alat telekomunikasi (amik gbr swaktu jem) adalah slh di sisi undang2..hrp maklum..hahaha

jaja salim said...

hatim..i ase ade nampak u last monday kat giant,is that u??or it just my illusion??u naek naza biru kot..=)
anyway,welcome back malaysia..=)

Anash said...

tanda sokongan hon 2 kali? buleh...
tapi buleh tak...kalau akak hon 2 kali kat k ida manager di Mac D tuh dengan harapan dapat kupon free macam hatim dpt..(siap sebut nama password "saya kenal hatim"..leh?)..hahahaaa.

Unknown said...

wah! confirm kak ida nie dicarik oleh org ramai pas nie...
abeh ar kak ida....
siap ar kamu pas nie,
confirm kak ida nampak kamu even dari jarak 1km pun..
die akan suruh staff die kunci pintu mcd itu..
hahahahah

ADMIN JobSentral said...

selalu nak bagi signal ke kiri/kanan tersilap dgn wiper..malu sungguh!huhu

norfaridahanum said...

manager mcD rupa macam dina MI.

ekin MN said...

da lame x bace blog u....still klakar2 seram.so jgn benti mnulis!

~~*sepHatosTifiC*~~ said...

he3,,bgus2,,da smgt drive,,bkn senah..emm,,klo nk nek komuter tu,,kol jer i,,i pon sllu nek komuter dri nilaii...woowwoowohuu..*x mlu*