Thursday, June 30, 2011

Menyambut Hari Lahir Bersama Hattan


Hari ni bangun awal pagi semata-mata nak tonton Transformers 3 dekat Jusco Seremban 2. Sebab mengenangkan weekend pasti budak-budak sekolah dan mak budak sekali komfem conquer wayang,maka kugagahi jua keluar weekdays macamni. In my opinion, Tranformers 3 is the best one among all Transformers movie.



Pergilah tonton dan nilaikan sendiri. Rosie Huntington adalah hot. Megan who?

Tapi highlight hari ini bukanlah filem ini. Sewaktu menyambut belated birthday (terdelay 2 minggu haha) saudari Dyla di GreenBox, sesuatu yang bermakna terjadi.

Penyanyi unggul Hattan telah berbesar hati untuk menyanyikan lagu 'Happy Birthday' diikuti dengan lagu hit beliau Rendang Tak Berbuah. Luckily,all this was caught on tape.


Itu memang Hattan.Takyah pertikai.




Wednesday, June 29, 2011

Worthless Wednesday


Random pictures from the past.

40 freakin euro worth of lunch at Disneyland Paris. The fact that they call it 'The Happiest Place On Earth' baffles me.



Happy Wednesday everyone!

Thursday, June 23, 2011

Sepohon Daisy Daunnya Rimbun.


Today i went to Ikea with a couple of friends,kira macam rombongan kanak-kanak Negeri Sembilan ke ibukota. One of my friend wanted to buy some stuff to decorate her room back in Penang. Nak transform jadi ala-ala resort katenye. Kelas kau Maria.

I,on the other hand didnt have any intention to buy anything. Kiranya tujuan berfoya di Ikea tidak lebih sekadar untuk keluar dari Nilai dan menghirup udara karbon ekzos asap lori kotaraya. Duit takde tu satu hal, bilik kat Penang tu kan besar jamban je celah mana pulak nak sumbat kalau beli perabot lagi.

But who am i kidding right??

Barangsiapa yang mampu berjalan merentasi Ikea tanpa membeli apa-apa,sesungguhnya mereka itu dikalangan orang-orang yang tegar. Ku hanyalah insan yang lemah, kecundang tatkala melihat koleksi senduk kayu dijual pada harga seringgit tigapulohsen. Lepastu jalan-jalan lagi teringat eh bakul laundry dekat rumah dah roboh, harus berbakti pada keluarga dan beli yang baru. Pasti ibu lebih semangat untuk mencuci pakaian -____-"

Begitulah pengorbanan seorang anak yang kasih pada ibunya.

At the end of the day,tak jadi beli senduk. Tetapi pulang bergaya dengan storage box (tujuan pembelian masih menjadi misteri) , sebuah bakul laundry dan sepohon daisy. Kombinasi barangan yang sungguh random.

Usai menjana ekonomi negara, we went to Garden restaurant at The Curve for lunch. Mula-mula ingat nak makan dekat foodcourt Ikea tapi tengok ramai pula manusia di situ seolah-olah khabar angin bebola babi tidak pernah wujud sama sekali.



Sampai rumah terus berkobar-kobar pasang kotak dan letak di shelf sebab selalu tengok orang buat dalam majalah interior walaupun tak tahu motif dia apa.

Owh dan tidak dilupakan bunga daisy yang sungguh comel ini.

Ini pokok real by the way because i dont like bunga plastik. Bunga plastik selain daripada tidak menyumbang kepada ekosistem, cuma bertindak sebagai pemerangkap habuk dan kadangkala menjadi port cicak bertelur. Do you still remember those time when people go crazy over bunga kraftangan made from straws?To me,that period of time was the Zaman Gelap for interior design.

Tapi problem jugak nak membela bunga hidup ni. Menurut ibunda, bunga daisy ni susah nak jaga. Memang kena percaya ah kata-kata beliau kerana walaupun tiada ijazah dalam bidang holtikultur, those 4 rapidly growing, healthy rambutan trees in front of our house are testaments to her gardening prowess.

So i assume when i go back to Penang later,ibunda will be able to take good care of my precious daisies. But looking at her current 'project' on our yard, things dont seem to be convincing.

Semoga Tuhan membela nasib pokok bungaku.

Wednesday, June 22, 2011

Worthless Wednesday


VS


ps:am crashing at my sister's room.that explains the 'masculine' bedsheet.
pss:and yes i purposely wrote worthless instead of wordless,because clearly there's some words in this post.believe it or not,wordless=0 word people.

Saturday, June 18, 2011

Bajet Trip Ke Pulau Perhentian


Actually i thought 2 posts on Perhentian is more than enough. Jemu pulak nak harung sampai 3 post pasal vacation ni je. Ko hingat aku Ng Yen Yen dah takde keje lain nak promote pelancongan domestik? Tapi disebabkan ramai jugak yang bertanya tentang bajet and whatnot lemme break it down to yallz...

Untuk pakej yang i ambik nih,its a 3D2N snorkeling package. We took 3 double rooms sebab ada 6 of us. Setiap orang sepatutnya bayar RM 310. Ini including snorkeling equipments and breakfast. Tapi disebabkan kitorang malas nak mencarik makan kat tempat lain, and the fact that harga makanan atas pulau adalah standard Chilli's, maka we paid extra RM110 untuk cover lunch and dinner sekali.

So untuk yang fail matematik dan ilmu hisab,total disitu adalah RM420 tunai untuk seorang.

Secara generalnya,dekat Coral Bay i think SenjaBay ialah resort kedua paling senonoh rupanya selepas ShaRi La Resort (tak,ni bukan typo,memang nama dia bukan ShangRi La).


Tapi senonoh pun bilik dia cuma basic ada katil,aircond,cermin etc etc tapi takdek TV. If you wanna watch TV you can go to the cafe. Like we did.

-tiap hari pukul 7 mesti tengok girlfriend i berlakon drama.And they play a movie every night on a big screen.

The cafe is awesome. Sambil makan boleh tengok laut.

But,walaupun scenery lawa,the food there was a bit bleghh. If you go during school holidays and ramai orang there,they might serve your food buffet style. But since not many people around when we were there,makan adalah secara berhidang.

Tapi walaupun makanan tak sedap,lepas berpanas terik snorkeling 2 jam kalau kau hidang kelkatu goreng kunyit pun komfem licin. For more info on this resort you can chekidaudSenjaBay.com Im not sure about other resorts but people said those in Long Beach kebanyakannya walk in je takpayah book.

Some of you guys ada yang kata nak buat rombongan and everything,for me i prefer Redang daripada Perhentian. Redang is cheaper. Waktu i pergi Redang dulu,harga 300 lebih je inclusive of everything but i tak ingat nama chalet that i stayed in. Lepastu snorkeling gear tu you can keep it troughout your stay,not just during snorkeling trip. Kalau dekat Perhentian selain dari waktu trip,snorkeling gear harus disewa. Kedekut gila la weh.

The nightlife in Redang lebih happening dengan open mic karaoke and beach disco. The chalet that i stayed in provided freeflow drinks and board games. Unlike Perhentian yang semua benda nak kena bayar.

The pantai in Redang lagi besar,panjang dan best. You can even find baby sharks and other fishes dekat-dekat dengan pantai. This pic of Redang's beach is taken by my friend during our trip last time;

All in all,in my opinion you guys should check out Redang first sebelum decide on anything. Im not sure about the price now,since i went there 2 years ago. Sebarang pertanyaan boleh type di Google search bar sebab ini promosi secara tak berbayar. Takpayah tourism Malaysia spend juta-juta. Baik sponser i pergi trip lepastu tulis review heh.

Friday, June 17, 2011

Pengembaraan Epik ke Pulau Perhentian Part II

Basically we booked a 3D2N package from SenjaBay Resort sebab pakej ni senang inclusive semua lodging,snorkelling,food and tambang boat. Malas nak pikir and plan sendiri. Our resort is located at Coral Bay. Dekat Perhentian Kecil ni ada 2 main bitchesbeaches, Coral Bay dan Long Beach.

Untuk anda yang tidak mendalami prinsip Islam Hadhari dan inginkan hiburan happening,bolehlah stay di Long Beach yang menawarkan hiburan berupa beach bar dan sebagainya. Coral Bay is more suitable untuk pasangan jiwengs yang mahu ketenangan abadi dan gemarkan aktiviti snorkelling tanpa batasan. Tapi both beaches are connected by a trail. 15 minit jalan je dah boleh sampai.

Coral Bay ni laut dia banyak gila coral. Eh baca balik macam bangang plak ayat ni. Tapi memang betul ah takpayah swim jauh pun dah boleh tengok ikan and batu karang.

-Our resort

-Coral Bay

Untuk pakej nih we had 2 snorkelling sessions. First day tu they brought us to turtle point dan shark point. 2 ekor binatang ini sungguh kerek dan sukar untuk diambil gambarnya. We didnt get to captured any pics of the sharks tapi turtle dapat gambar time dia menyelam je. Time timbul cameraman tangan pengkau tak sempat nak snap.

Namun begitu,pengalaman snorkelling di tempat-tempat ini sungguh awesome sebab ikan-ikan lain tidak angkuh,malahan terlebih jinak sampai berani menggigit kaki tangan. Tak pasal-pasal dapat free fish spa. Umpan dengan roti expired yang diisi dalam botol...

Dan hasilnya...
Gambar lain dari kamera canggih underwater orang kaya seremban...


Second day tu we went to an isolated beach nama dia Romantic Beach. Selepas anda ke pantai ini nescaya pantai Port Dickson akan kelihatan seperti longkang SYABAS di mata anda.

-berjumpa Nemo

We also walked to Long Beach untuk try mandi di kawasan yang tak ber-coral sebab habeh luka-luka kaki terpijak batu karang Coral Bay. Tapi sebelum mandi harus pekena milk shake snickers satu das. Harga secawan 10ringgit. Nanges.


-Long Beach

Sekian saja laporan percutian epik kali ini. Jumpa lagi di episod akan datang di Maldives. Bajet ah ade orang nak sponser kau pergi Maldives.pfffttt

Thursday, June 16, 2011

Pengembaraan Epik ke Pulau Perhentian


Wah semakin lama semakin rare update di belog ini. Dah macam nak lingkup je gayanye. Sebenarnya i spent this past few days at Perhentian island with a group of friends jadi memang tidak berkesempatan untuk mengupdate. Sesiapa yang meng-follow twitter yos truli pasti sedia maklum dengan kebejatan yang melanda ini.

Trip ini telah diplan di saat-saat akhir memandangkan ahli-ahli rombongan sungguh bizi rutin kehidupannya sebelum cuti. So,adalah sungguh awesome apabila ia menjadi kenyataan walaupun mengalami sedikit cabaran dalam mencari jalan ke Pulau Perhentian.

I've been to Redang before,tapi yang tu naik bas malam jadi 3/4 perjalanan dihabiskan dengan membancuh tahik mata memang tak ambik port jalan mana or highway mana lalu. Tetapi trip kali ini akibat perasan posh,semua tanak naik bas. We decided to carpool dan ber-roadtrip ke Terengganu.

Berdasarkan asas Geografi pangkat PMR yang kukuh, my whole idea was this;

From KL,jalan straight up north lepastu belok kanan. Tadaa sampai Terengganu. Kedengaran mudah bukan? kepalahotakkau.

We were supposed to enter Karak and whatnot tapi sebab semua bajet cemerlang Geografi we end up keluar dekat tol Kuala Kangsar and head to Gerik. You can still reach Kuala Besut jetty using this route but people said its quite far.

Aaaand we(actually sorang je yang drive) have to drive across Banjaran Titiwangsa.

I've never use this route before so pestaim lalu agak kagum dengan view sepanjang jalan ni. Ala-ala Scottish Highlands sikit-sikit tetapi dipenuhi lalang di kiri kanan jalan.


-melalui empangan ikenotrecallthename

Tetapi perjalanan sungguh mencabar sebab jalan ini menjadi laluan lori balak yang sungguh lembab pergerakannya. Kalau kau joging pun mungkin boleh sama laju dengan lori-lori ini.

Di sinilah skill memotong dan pemanduan cemerlang diperlukan. Something which wasnt included in the curriculum at Mr Gan's Driving Academy. Jadi the whole way i didnt drive at all, memang diva habes duduk belakang makan sandwich sahaja.

-driver untuk trip ini. Tahniah kerana berjaya drive 7 jam non stop. Sudah pasti bukan lulusan Sekolah Memandu Gan.

Co-driver yang konon-konon offer diri nak drive.

Jalan yang sungguh denjeres ini menyebabkan penumpang belakang kelihatan seperti ini the whole time;

-sentaphatimaknak, sumpah neves setiap kali potong lori balak

At one point akibat terlalu cuak dengan gaya pemanduan ala-ala Syamsul Yusof di dalam filem Berbajet sederhana Evolusi KL Drift, we sang a long nasyid songs. Untuk memberi ketenangan extra incase masuk gaung.

Setelah 7 jam yang getir we finally arrived at Kuala Besut dan di-join oleh 2 orang lagi malauns untuk trip ke Pulau Perhentian the next day.


to be continued..


Wednesday, June 8, 2011

Saya Gembira. NOT



My last post was written a week(?) ago. Its not that im busy or anything its actually the opposite. Sekarang ialah minggu last before cuti sebulan. So setiap hari adalah sungguh relaks. Tapi cuti sebulan ini dicemari dengan final exam di penghujungnya. Bummer.

Even today pun ada test dah ala-ala warm up untuk final lah ni.Petang tadi we had Basic Science test. No, im not talking about "Kucing ialah omnivor" kinda science. This is basic science for surgery,which could cover anything/everything about your body system (read:sure fail)

One hour for 60 questions was more than enough especially if you were as clueless as i am. Jadi perasaan selepas membuat test tadi adalah sungguh shiteous sekali. Tambahan pula esok ada final exam untuk subjek Malaysian Studies. MS basically ialah paper Sejarah SPM Part Deux. Which is made compulsory for anyone who are interested in graduating college. If you fail you cannot graduate,try again next year. Kejam tetapi benar.

Since all of us did pretty well for SPM,im not really sure the purpose of this subject. Clearly this is the government's agenda to effed us up one last time before we graduate. Alasannya ialah kerana generasi muda tidak menghayati erti kemerdekaan. Hello,we are not the one taking rasuah.

As a result of all these, i spent the last 2 hours browsing through my pictures on facebook which were taken back when i was in Dublin. You know,just reminiscing happy times.Its no doubt that im happy now, but i was happier before.


-melancong opkos happy

-but mengemop oso happy

-main game joget-joget,super happy

-karaoke di zaman muda-mudi. ahhh fun times.

Harap-harap plan vacation cuti ini menjadi kenyataan supaya diri ini akan lebih bersemangat menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Semoga anda diluar sana juga gembira dan ceria selalu. Jangan stress kerana boleh menyebabkan darah tinggi. Bila darah tinggi perlu pergi hospital,hospital sesak susah haku nak parking heh.