Sunday, July 24, 2011

Terapi Pengurusan Badan Percuma.


I dont know how you skinny Malaysians do it. I baru balik Malaysia beberapa bulan,dah berat badan meningkat ibarat ibu hamil di trimester yang ketiga. Jadi atas inisiatif Saudari Marsh dan dipersetujui ahli-ahli rombongan, we decided untuk melakukan aktiviti yang agak sihat di hujung minggu.

Ye lah asal weekend je kau carik tempat makan,lepastu komplen eh apasal nangka sangat seluar jeans aku nih. Dengan kesedaran sebegini, maka semua redha sehati sejiwa untuk pergi jungle trekking di Penang National Park.

-entrance. waktu ni dah pikir 13 kali nak tarik diri ke taknak

Sebelum masuk kena lapor diri dekat kaunter untuk rekod in case kau hilang atau dibaham penyu. Tiada bayaran yang dikenakan,kerana keindahan alam ciptaan Allah itu untuk dinikmati oleh hambaNya. Wah tiba-tiba selitkan unsur kerohanian di situ.

Sebelum masuk,pilihlah trail mana yang nak diikuti. Boleh rujuk 'panduan rentis' di depan kaunter.

We chose the trail heading towards Tasik Meromiktik dan Pantai Kerachut. Takdelah jauh sangat,kira-kira sejam lebih dengan speed biasa.

Mula-mula masuk lalu trek seakan-akan trek jogging;

We were like 'apa ketahian ini?' tak mencabar langsung lah trail macamni sambil shuffle pun boleh sampai Pantai Kerachut. Ini yang dinamakan keyakinan tanpa batasan. Akibat keyakinan yang terlampau ini,terus jogging. Tak main jalan slow-slow ni.

The extreme display of poyoness came to a screeching halt. Rupanya trek jogging dalam 300 meter je woih. The rest semua jalan hutan panjat bukit,turun bukit.

5 minutes selepas....

- muka macam nak pengsan tak cukup oksigen

Inilah akibatnya bila setiap hari waktu petang dimanfaatkan untuk tidur. Culture shock terus bila masuk hutan. 15 minit pertama memang dalam fikiran terngiang-ngiang 'belum terlambat kau nak patah balik,motor aiskrim menunggu di tepi simpang'.

Luckily i chose to sambung trekking,and later actually enjoyed every bit of it. Sebab dah lama benar tak tengok pemandangan hutan. Sungguh refreshing.


-pemandangan indah

-pemandangan tak berapa indah

1 hour ++ later we arrived safe and sound at the tasik and Pantai Kerachut.

Apa yang speselnya tasik meromiktik ini? Baca sendiri di signboard ni hah. Tak koser teman nak mengeksplen nye;

Since Pantai Kerachut is only accessible melalui trekking atau bot, there wasn't many people there. So agak relaxing untuk melepak dan mandi-manda disini.

Tapi kadang-kadang ada jugak group besar buat rombongan ke sini dan mencemar suasana hening yang damai.

Selepas bermandi-manda seround dua, kami pun balik. Actually boleh pilih nak balik naik bot(ofkos kena bayar) or nak patah balik secara trekking ikut jalan tadi. Sebab semua bajet macam hiker pro konfiden gila taknak naik bot.

Biggest.Mistake.Ever.

Itu maknanya another 1++ hour of jungle trekking. Mungkin kedengaran seperti sekejap pada mereka yang pro,tapi untuk kami yang borderline obese ia satu penyeksaan berganda. Menjelang pukul 1 petang, akhirnya berjaya keluar dari hutan tanpa sebarang kecederaan mahupun hilang anggota badan Alhamdulillah.

Maka harus seleberet dan top up energi dengan makan lunch di Chicken Rice Shop.

-makan macam dah seploh bulan panjat gunung,lagi mau tanya apasal sekarang macam dah gemuk.

Takpe ini pestaim trekking,jadi perlu cover energi lebih sikit. Next time jom kita testing hutan Pulau Jerejak pula.

23 comments:

Aisyah Kay said...

lemak baru nak hilang dah tambah lemak lg. mmg xka hilang laa lemak2 kat badan tu :D

AyuCandy said...

Hahaha kelakar this entry XD
Gemuk laa sgt -.-

~ Cik Azz ~ said...

Gurl yg baju putih tu bukan kazen ko ke Tim..?

mimi fatin said...

lah... mmg biggest mistake ever la bila blik xnaik bot. sbb best kot, boleh nmpk btu2 yg menyerupai haiwan. haha lama pulak tu nek bot :D

anis nabila said...

Elia pun ade!
Mcm best. One day nak try g sane :D

Apis Hilton said...

bak kte Hanis Zalikha :

#NakKurus Makan Yogurt & susu kultur (Vitagen) . Rasanya sebab boleh bertindak macam serat, memerangkan lemak.

najihatussolehah said...

wah...bagus3...ala..x gemuk pun..

adrinaqamarina said...

hars rajin berusaha lagi selepas ni ye~ ;)


pernah pegi pulau jerejak sekali je dalam hidup! pulau nelayan kan kalau tak salah. ke salah?

sweet life said...

demuk makan banyak macam gemuk kan? :P

FaiZaH Fyn said...

sambil shuffle pun boleh sampai..haha penat encik hatim?

hatim a.r said...

memang takbley blah dah berat badan sekarang.jauh benor menyimpang dari ideal weight.lepastu nk poyo advice patient suruh exercise haha tu yg kena jugak buat aktiviti-aktiviti cenggini.

@cik azz:ishh takde maknenye.kan ke muka lain tuh

@adrina:ive no idea.never been there.

semua org dtg la trekking kat sini,tak mencabar pun but best sebab peluh keluar mencurah-curah ke ladang gandum.and the best part is,its free!

namivamp said...

like this >>"seluar nangka"

merah jambu air said...

terbaeeekkk la bro..haha!

Anorrin Ruzila Rahmat said...

sgt susah nak turunkan berat, sgt sng nak naikkan berat..dari 40 ke 45 easy brezy sungguh tp dr 45 ke 44 tu pon terseksa lom dpt jugak

nabila riduan said...

hatim, i prgi kat blog kawan you yg marshitah tu, woot woot! sedap suara you hehehehe :D

namaakulynn said...

nasib baik berjaya keluarr wpon semputttt.haha.

namaakulynn said...

wewwiittt!dah dgr jugakkkk.nak sainnn satu ANUAR HATIM. hikhik.

nabila riduan said...

lynn, dah dgr dah ek? heheeh sedappppppp kan sore hatim :D

wan syamzaima said...

mmg penat giler nak sampai kat pantai kerancut tuh...i've been there..mmg tenang sebab xde org.yg ada cuma renjer yg mkn sedap,kami mkn makanan catuan sebab mana larat nak pikul makanan yg best2 nak pi trecking.

we choose boat untuk pulang hehe...

WZulhilmi said...

Lawak teman byk benor loghat peraknyer dlm entry ni. LOL!

dayanaazhar:) said...

WAHAHHAA. the similar thing happened to me masa mendaki/trekking to one waterfall kat poring hotspring sabah....penat gilaaar

CouLeur de Chiqu3 said...

alamak..dah lame x buat aktivity riahada gini....hukhuikkk

azura_wonka said...

HAHA very funny la you Mr blogger,dr layan blog gossip baik gelak2 kt sini..hahah..me pun dah almost 6 month x beraktiviti sebegini..MODE:put on weight!