Thursday, August 25, 2011

Good News & Bad News


Good News

Im going back to Perak tomorrow! Cant wait. Since i did my end of rotation assessment today, i dont have to go to hospital tomorrow morning. =D

And the best part is i passed ,walaupun pass cukup syarat je. But still, im so glad because it was a neuro assessment and only God knows how much i hate neuro. Dahlah tak suka neuro sekali hambek kau dapat case amyotrophic lateral sclerosis. Google it, people.

Then later in the evening i went to a buffet by the sea with a group of friends for iftar.

-yummeyhhh



Bad News

After the assessment this morning,i went to Gurney for some last minute raya prep. Being the cheapskate that i am, i chose to park outside,by the road. Few hours later when i came back to my car,there's this major scratch on the side.


Dalam suasana hujan renyai-renyai tadi,meruntun hati ok tengok kereta yang tidak bersalah diperlakukan sebegini. Nasib baik di penghujung romadhon ni hati ini dipenuhi kesabaran yang menggunung. So to whoever did this to my car,i redha. Cuma nak cakap Selamat Hari Raya.
(and fu*k you)

Congratulations,Penang drivers. After neuro,you guys are second on my 10-things-i-hate list.


Monday, August 22, 2011

Diari Pemakanan Romadhon


As we grow up,we learn to not give a sh*t over small trivial things in life. Waktu kecil dahulu ketika matlamat jangka panjang hidup ini cuma ingin memiliki sebiji cyberpet, perkara kecil dan remeh-temeh sering meniggalkan kesan mendalam. Contohnya bila koleksi pemadam dirampas guru kelas,fuh dendam sampai darjah 3 tak habis.

Kalau bercakap pasal puasa waktu kecik dulu memang wajib ada air best-best. Lepastu wajib ada kuih,makanan sedap,roti john,murtabak,kebab etc etc. Waktu tu kalau puasa lepastu pergi shopping mall lalu depan bakery memang dugaan terbesar hidup.

Now that im a grown ass man, those things are the least of my concern. As long as there's food on the table,im good. I mean there's more to Ramadhan than just good food,amirite??

Walaupun bulan puasa langsung tak balik Nilai tetap tabah ok. Takdenye nak syahdu-syahdu ni. Besides,i survived 2.5 years in Dublin,why cant i survive Penang? I must say,living far away from family waktu di Dublin was the turning point. Dari seorang yang berada di bawah lindungan ketiak ibu kepada seorang yang berdikari.

First day sampai Dublin ialah bulan puasa. First sahur masak nasik lembik. Rasa macam nak menangis. Haha bongoks gila itu pun nak syahdu. Tapi hasil bantuan website seperti Myresipi, kualiti penyediaan makanan meningkat secara terlampau.

-antara hidangan berbuka yang disediakan sendiri sewaktu belum pro

Lama-lama bila dah terbiasa makan secara sederhana, secara automatis macam dah tak kisah sangat walaupun terpaksa berbuka dengan makanan bazar yang kualiti hamprak. (hampeh + haprak,new word.take note bebeh)

But of course once in a while kenalah berbuka best-best jugak. Duit ada dalam bank tapi makan megi tiap hari tu kufur nikmat nama dia. So kadang-kadang ada jugak berbuka di luar dengan rakan-rakan sebaya.

-this was at chili's.

-ini dekat restoren feberet, Pak Hussin Tomyam. Tapi time puasa kureng kick sikit

Sahur pulak makan je la apa yang ada kat dapur tu. Waktu mula-mula puasa semangat ah jugak nak bangun makan nasik segala. But now dah hujung-hujung ni,kalau terbangun tu pun dah satu keajaiban. So now what i do is,before tidur i prepare this two next to my bed;

Alarm bunyik pukul 5,dengan mata separa terbukak kunyah kurma sebijik (sebab lagi sebijik selalu time golek-golek sebelum tidur dah bantai) lepastu tonggang air masak sebotol. Then sambung tidur. Fuh efisien.

Bak kata Oprah Winfrey;

"Be thankful for what you have;you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have you will never,ever have enough".

Sekian,tazkirah romadhon.


Saturday, August 20, 2011

Salam Perantauan


Since we are just days away from raya, i want to be the first one to wish you guys;


By next week komfem seluruh belog di alam siber akan menyiarkan post salam aidilfitri. So to avoid jumping on the cliche bandwagon kita wish awal-awal.

Sekian.

ps:pengguna highway Penang-Kuala Kangsar make sure balik sebelum/selepas jumaat depan. Jalan kasi clear senang gua nak drift balik kampung.

Sunday, August 14, 2011

Rezeki Ramadhan

Do you still remember this post about my aunty's kuih raya business?

Well guess what? Noor Homemade Cakes & Cookies was featured in Berita Harian last Friday. Sebagai bekas pekerja merangkap ketua jabatan pembungkusan, i am so freaking proud of my aunty.

Pendapatan 5 angka kauuu. Ini membuktikan walaupun tanpa kelulusan universiti obersi sekalipun,kalau kau rajin dan ikhlas,rezeki tu mesti datang.

Dah 11 tahun meniaga kualiti kuih tak pernah di kompromi. Takpayah mandrem atau minyak pelaris pun mampu tarik pelanggan.Harga pulak menten sebalang 20 lebih. Kalau peniaga zaman sekarang ni pantang dengar harga minyak naik,laju je capai marker pen alter harga makanan kat papan menu. Esok lusa harga minyak turun semua buat macam takda apa berlaku. Takde plak yang nak turunkan harga. Keji.

Tapi kalau anda semua nak mengorder kuih dari beliau,i think its too late oredy. Dah dekat-dekat nak raya ni selalunya order dah tutup. Takkan nak menggentel tart dalam tidur.

To Mak Anjang, words cant describe how proud i was when read that article yesterday. Tak sangka kuih Noor Cookies fotogenik jugak bila masuk dalam sotkabar. Presentation taknak kalah.

Speaking of presentation,this is Opah. Mencedok nasik lemak for berbuka. She insisted letak daun pisang atas pinggan to give it hotel food vibe. Opah siapa yang comel sangat ni hoiiiii??

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Yang Pilu


You know its Romadhon when;

1-you hear sexy, sultry almost sensual voice whispering Yusof Taiyooobbbbb on radio no less than 17 times everyday

2-Bloggers put up entries about their daily berbuka menu.

If you godek-godek my entries from last Romadhon,you can see my fair share of those menu berbuka entries. Sebab puasa tahun lepas was spent at home,with parents. And awesome food.

Why no menu berbuka entries for this year you ask?

If i were to put my menu berbuka here,orang Somalia pun sumpah nangis tengok betapa sedihnya kualiti hidup i ni haa. Gila hambar seleksi makanan memang tak membangkitkan selera makan langsung. But i dont mind really,lagipun bukankah kita digalakkan bersederhana ketika berbuka? *kesat airmata denial*

Normally i'll buy food from pasar ramadhan near my house,which is the least meriah pasar ramadhan on earth. Dari segi kuantiti boleh tahan variety dia. Tapi dari segi kualiti.....Sedih.
Sesetengah makanan tu macam orang baru belajar masak pun ade. Tulis je murtabak daging tapi bila makan ade la 2-3 ketulan kecik daging melekat celah gigi. The rest were kentang,bawang dan angin. Jadi akibatnya setiap hari i would only buy sebungkus nasi with lauk or nasik kerabu for berbuka. Thats it.

Sehari spend 5 ringgit jimat hoi menjelang hari ke 28 puasa nak beli 4 iPad pun tadehal. Wah riak gitu.

The only time i have proper food for berbuka is during weekends. Sebab weekend berbuka bersama Opah di kampung =)

Inilah nasib anak perantauan. Rumah jauh nun di Kota Nilai (jauh la sangattt) jadi terpaksa menumpang kasih pada nenek tsk tsk. But berbuka dekat kampung super best okeh. Walaupun ada menu macam mee or soto, nasik dan lauk wajib ada. Sia-sia diet seminggu, balik kampung topap lemak.

Owh and i went to bazar in Kuala Kangsar last week. Kalau nak dibandingkan dengan bazar dekat Penang ni ibarat nak compare Pavilion dengan Plaza Ampangan.

Unlike bazar in Penang, Kuala Kangsar's bazar is held in a proper place. Siap berbumbung lagi uollsss.

-people lining up to buy the most famous murtabak in KK

Bazar dekat Penang takde tapak proper. So dekat tengah-tengah bazar tu boleh pulak kereta,motor lalu ala-ala drive thru ke hape ntah. Dahtu driver Penang ni ramai jugak yang bangang tak bertempat. Dah tau tempat ramai orang nak bawak laju jugak.

So tidak hairanlah setiap minggu di bulan puasa ini memang sentiasa ternantikan weekend untuk makan sedap. And Opah always masakkan something for me to tapau bawak balik.

-Sebekas penuh tempoyak masak,makan sorang sebab orang lain tekak homputeh tak makan tempoyak.

Agak-agak kalau sapu kat roti sedap tak ni?


Tuesday, August 2, 2011

Satu Minggu Di Taiping

Selamat berpuasa everyone!!! Dah lama nak update belog sebenarnya tapi tak menyempat-nyempat. Jadi akhirnya di kesempatan ini, i nak update cerita minggu lepas. Memang slowpoke,tapi asal berupdate kannn??

Seminggu yang lepas dihabiskan di Taiping. Disebabkan internet hotel siput maka tidak berselera untuk update belog. Actually pergi Taiping bukannya bercuti tapi posting dekat hospital for general medicine. Motif posting kat Taiping? Entah,tapi dah kolej bayarkan hotel takkan kita nak menolak ye dak?

Hotel adalah sedikit rundown. First impression bilik nampak macam tak siap. Sebab hujung bilik tu tiba-tiba ada ruang kosong yang tidak diketahui motifnya. Mulalah pemikiran tahyul ligat mencipta teori ruang kosong tersebut adalah tapak pembunuhan justeru tak boleh letak katil kalau letak jugak bangun pagi sedar-sedar baring tengah lobi. Ini akibat menonton siri Keliwon.

Tapi menjelang second day duduk setiap pagi takpayah kemas katil tambahan pula penghawa dingin yang nyaman, i think this hotel is not bad at all. Definitely better than super small pigsty i call my room back in Penang.

Memandangkan kampung halaman adalah di Perak and ive been to Taiping gazillion times before,i was not really looking forward to this week-long posting. I mean,theres nothing much to see in Taiping. Selain dari Taman Tasik memang takda apa dah nak tengok kat sini. Orang Taiping sila sangkal dakwaan ini.

But we did enjoy some good food while we were there;

-yong tau fu,15ringgit sorang makan. Memang sah mewarisi saka.

-Ansari famous cendol. Famous tapi asal kedai buruk?

-kueytiow Doli.kunjungan ke Taiping tidak lengkap tanpanya

Setiap hari we were required to be at the hospital till noon. So petang tu kalau takde lecture memang tak tau nak buat apa. On the first day we ended up melawat zoo. Sekumpulan remaja tongkeh melawat zoo, sedih ke tak sedih ni wei?

Dahlah semangat gila zoo dah nak tutup tapi nak masuk jugak. We were the last group of people yang dapat masuk.

Since its already late,not many people were there. Binatang pun semua macam dah takde mood nak beraksi. Semua muka mengantuk sebab nak kena kerja shift malam pulak lepastu untuk Night Safari.

-akibat terlalu letih,tidur terkangkang singa ni. Biadab.

Zoo Taiping is in dire need of donations. Most of the kandang adalah sungguh pathetic. Dahlah kotor,tak terurus,bau masyaallah.... Its like visiting an animal cruelty centre. What for having so many zoo in the country kalau semua tahap macam loji najis terbengkalai?

We also went to Burmese Pool on the last day in Taiping. Bukan pergi nak mandi pun tapi sebab dah takde tempat nak lawati dah. I've been here long time ago,when i was a kid.

Dont be fooled by these images. Upon reaching that place you will be welcomed with sampah sarap. Clearly somebody is not doing their job. Waktu i pergi kecik-kecik dulu, gila best sebab kebersihan terpelihara. What happen Taiping people?

Kalau dah sampah sarap berlambak tepi-tepi sungai memang kau takboleh nak blame tikus ah kalau dia nak kencing berjemaah dekat tepi tebing.Nanti bila ada kes leptospirosis baru terhegeh-hegeh nak bersihkan. No wonder Malaysia takde benda yang tahan lama. Maintenance memang fail.

Taiping,i iz disappointed.