Sunday, November 6, 2011

What Raya??


So how's your Raya Haji? Fun? No fun?

My Raya Haji was as good as any other holidays. Hari yang penuh barakah ini dimulakan dengan bangun pukul 10 lebih,maka secara automatis terlepas sembahyang raya. Bangun-bangun cuma sempat tonton khutbah raya terpasang di RTM. Redho. T_T

Di Nilai,aura perayaan hampir tiada langsung. Jiran-jiran sekeliling semua hilang disyaki beraya di kampung halaman masing-masing. Maka memang takde langsung orang datang berziarah. Bila takde orang datang,jadinya juadah raya sendiri masak sendiri makan.

The best soto ayam in Nilai.

Other than eating non stop like there's no tomorrw, i spent the whole morning watching raya related movies and browsing through Twitter.

Cerita Korban Tak Jadi lakonan Jalaludin Hasan. Kelakor gila.

Lepastu dah tengahari sikit terasa diri ini sungguh tidak produktif. Duduk melepap di rumah ketika cuti begini kau apahal si gemuk? Cuba bawak-bawak berjalan sket,getus hati kecil. Lantas ajak adik-beradik untuk keluar menonton wayang.

Konon ah assume shopping complex pasti lengang raya begini. Sekali macam ada open house 1malaysia dalam Jusco tu. Korang ni tak reti raya ke weh?? Apa buat ramai-ramai kat shopping kompleks ni?

Can you spot a lady changing her kid's diaper in public? Sia-sia kontraktor bina bilik tukar lampin.

We watched a borderline shiteous movie- Tower Heist sebab semua movie lain sold out. Yang tinggal banyak seat cuma movie Alamak Toyol. Yang tu kalau Neelofa ajak dating tengok pun sumpah taknak. Komfem sampah.

Habis movie tak tau hala tuju mana. Out of nowhere muncul cadangan ke Istana Seri Menanti since i've never been there before. Shocking,i know.

Dahlah tadi pestaim lalu jalan baru Bukit Putus tu. Omaigod tak sangka kemajuan sungguh Negeri Sembilan sekarang. Dulu jalan bengkang-bengkok macam litar drift Syamsul Yusof sekarang jalan dah highway u ollls!!! Siap ada the second highest bridge in Malaysia kau mampu? i dont know how you Pilah people not brag about this. If this is in Nilai i swear you'll never hear the end of it. I mean, second highest bridge! Kagum sebentar.

-satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional

-pestaim sampai. *nanges*

Lepas ronda-ronda pekan Seri Menanti which offers practically nothing to see, we headed to Senawang. Watchu have in Senawang you ask? Satay Tulang!

Im pretty sure you wont find it elsewhere. I first tried this sate few years ago,it was love at first bite.

Orang yang tak pernah rasa sate tulang mesti kata ini tulang ni makanan jin. Jin tak marinate tulang ok. Lu tak rasa takyah banyak bunyik,orang negeri sembilan je yang tahu menghargai kehebatan sate tulang ni. Kau kalau nak kena hentak dengan ekzos motor cuba ah kutuk sate tulang depan orang nogori. Wah over kau maria.

Akibat terlalu laris terpaksa guna kipas angin untuk mengipas.

Sate Tulang Jelebu di Dataran Senawang. I approve.

So basically gitulah Hari Raya Haji saya. Raya tak berapa nak raya ah tetapi still bersyukur dapat juga spend masa dengan family kecintaan =)

Raya anda bagaimana?

24 comments:

najihatussolehah said...

wah...sate tulang?1st time dengar...ermm macam mana tu?...nama je ke..ke mcm sate biasa..

FaiZaH Fyn said...

saya makan kambing bakar! wohoo jeles tak?haha eh raya haji dengan tiz dan remy ke? :)

~ Cik Azz ~ said...

Samo la dgn kek sini... Ghayo aji mmg takdo org datang la Tim... Ghayo kek dapo yoo la... Molantak yoo kojo ehh.. hahaha...

Ehh... Ado jambatan baru kek hiway tu koo..? Hari tu maso akak lalu takdo lak nampak ehh dohh...

Ikut hiway baru ni tak dapek tgk anak2 kogho bogayut kek kabel letrik.. Rugi kek situ sbb aksi dorang tu cute sangat...

bugs said...

ni pestaim dgr satay tulang. daging ke tulang? xkan cucuk tulang kat lidi kot? konpius2

shidaidris said...

sate tulang look tempting, haih. bile la dapat try. anyway selamat hari raya doc hatim

miSs inTerpReted said...

mungkin diaper room penuh kot and anak dia dah meraung-raung tak selesa. but, having said that, i think malaysia jugak best dlm menyediakan baby related facilities ni.

kat sini (wien) kan, mcm kurang diaper room n kdg2 non ado, so, i have had experience tukar diaper baby di merata tempat termasuk di bas stop. sometimes, you just have to do it. :)

belinda dee said...

wah, atim makan tulang satay jelebu tu. bangga den sbg orang jelebu...

Hidemichi said...

makan elok-elok, takut tercucuk lidi dan tercekit tulang sekali gus.

shzyswl said...

sate tulang the best haha kampung dekat jelebu so penah rasa. sedapsedapp :DD

hatim a.r said...

@najiha:memang tulang!tarikan negeri sembilan ni hehe

@faizah:2 ekor tu tinggal kat penang

@cik azz:dah bape round dah melantak ni haa.terasa kegemukan eh.ade signborad siap kak dia btau tu 2nd highest bridge.haaa kan banggo tu

@bugs:you have to see it to believe it

@shidaidris:slamat hari raya!kena cuba ni!

@miss interpreted:kalau takde facilities tu mmg takleh buat apa lah.but kat jusco seremban ni memang kosong je diaper room dia.boleh plak dia tukar kat tetengah alam tu,dahle sebelah tempat makan.kan tak berapa apropriate tu

@belinda:kudos to you guys,genius jelebu people!

@hidemichi:sate ni memang kena makan slow2.kalau gelojoh memang kompem tercekik tulang

@shzyswl:sedap gila kan??? dia punya marinate tu mmg cukup sifat ah

WfKhrdn said...

where do u live in Nilai? dekat2 dengan usim tak? :)

satay tulang? too bad i've never heard about that walopon penah tinggal kek somban. den kalo poie senawang makan satay samuri yo kek belakang giant. haha

anisizatyA.J said...

I miss satay -____-

D-SIM said...

eh, dah siap bridge tuh ? dulu berpusing-pusing kowt jalan dia..waktu malam gelap golito, cuak gile lalu situ -.-'

dayanaazhar:) said...

harus ke nilai menikmati satey tulang waaahh pabila ku pulang ke malaysia tentunya

norhidana said...

ko nih raya ke tak raya ke mkn mkn n mkn mmg musti...

raya akak pun duk umah je...nsb ada jmpt kwn2 skit...

dali said...

dr awal akak tahan gelak,sampai 'getus hati kecilku' mmg terburai dah. itu para pembaca novel je boleh buat kah3x..

er tukar diapers tu kenkdg terpaksa tim sbb anak melalak..agenda shopping boleh terjejas teruk tu hehe

Dr. Amirah said...

raya i this year 3 hari 3 malam.semalam puas makan daging unta.terbaik.

Amira Sakinah Sulaiman said...

haishhh.dh lama x makan satay.
haha :p

Nazrul Izuan said...

mak aih terbahak baca ada org emo kalau kutuk satay tulang..gila nampak sedap! ok add to list before grad. Satay tulang recommended by hatim.

hatim a.r said...

@wfkhrdn:usim mcm jauh sket la.sate tulang ni dekat je dgn samuri tu.row kedai belakang dia

@anis:im sure you have satay in indo kan kan

@d-sim:sekarang 15 menet yo pilah somban kalau pecut.jalan cun habess

@dayana:dia kat senawang bukan nilai.kat nilai mcd ado la

@norhidana:makan itu wajib hehe.takde jemput orang pun.dasap pentamak hehe

@dali:buleh la sok lusa buat part time tulis novel cinta.untung-untung diadaptasi ke muvi ambik aaron ajis blakon

@amirah:gelojoh sampai 3 malam lol

@amira:mesti try ok sate tulang ni.direkemen untuk semua penggemar sate

@nazrul:memang sedap gils!masuk wish list ok.secucuk singgit tapi gedabak gila secucuk tu.best gila lepak2 kunyah tulang haha

syamin ariffin said...

jangan gelojoh sangat makan satay tu,nanti nak masuk mulut,tersumbat hidung.kekeke

nabila riduan said...

hatim! I kan from pilahhhh! :)
thanks for visiting pilah!

Arash Libra said...

akan segera mencuba apabila pulang ke seremban..huhu ;)

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

oit tim!
t hang mai semban p mkn sharif cendol !nala! kt town okey!