Wednesday, March 31, 2010

YEAH I Sudah Kembali.Sila Teruja.


Kira-kira sudah hampir seminggu i menyepikan diri demi untuk fokus kepada peperiksaan.ceh sepi lah sangat balas komen di facebook tak pernah gagal pfft. so akhirnya midterm exams kira officially habis semalam.presentation pun dah habis hari ini. kini i mengerti perasaan anak burung akhirnya berjaya belajar terbang bebas.ceh engkau,suka lebih-lebih nak describe benda.

Paper semalam adalah untuk subjek principles of infection.lepastu case study presentation hari ini juga ada kaitan dengan infection.so boleh bayangkan perasaan tiap hari baca pasal bacteria yang gila bosan,hafal nama ubat yang semua nama seakan-akan dan makan tengahari sambil memandang slides yang terkandung gambar jangkitan kulit ? this past two weeks memang sangat menduga kewarasan tapi dengan bangganya i berjaya menempuhi dengan jiwa tabah di samping memastikan kesihatan mental masih di tahap terbaik.ok maybe ada efek sikit.

lepastu bila baca pasal bacterial infection dengan necrotising fasciitis baru i teringat yang i pernah kena bacterial infection juga dulu. siap kena potong sikit daging dari hujung jari telunjuk kanan.gila scary kan weh??!!

-see macam deform sikit part hujung jari tu.tapi sekarang dah tak nampak sangat kesan dia sebab daging jari tuh macam dah tumbuh sikit.waktu mula-mula operate dulu gila freak rupa dia.nasib baik infection tak spread satu jari.kalau kena potong jari telunjuk tu macamana nak tahiyyat awal??

lepas 2nd presentation terus pergi city untuk meraikan tamatnya penyeksaan jiwa. tapi nak pergi city pun seksa jugak sebab harini tiba-tiba sejuk gila siap snow bagai.kejadahnya tengah-tengah spring nak snow kan??sia-sia korang off lampu earth hour haritu.iklim dunia memang takboleh repair dah.haih naseb baik i tak join haha

-senyum separa ikhlas sebab lapar gila dari pagi tak makan.

-half chicken Sufi memang mengancam boleh buat nandos gulung tikar.pekerja nandos boleh mula jual gelang magnet untuk jana pendapatan.

-bila makanan sendiri habis sibuk tengok makanan orang sebelah.terlalu fokus untuk menge-pow hingga tak sedar 2 anak gadis dihadapan cuba menggoda.

we talked,mengumpat sikit,buat lawak medik sikit lepastu straight away balik rumah.tak jadi karoke sebab kurang tidur memang jejas prestasi vokal i. sekarang masa untuk qada' tidur yang terjejas semalam akibat sesi ulangkaji lewat malam.tutorial pagi esok pukul 9 pagi memang macam akan ponteng.siapa yang pergi kirim salam dekat Dr Meng Chan bagilah alasan aku sakit senggugut ke apa.perlu tidur sekarang zzzzzzzzz




Wednesday, March 24, 2010

Tempat Kerja Paling Awesome Di Dunia


Haritu waktu i sedang depresi macam biasalah buka website berita harian untuk lawak-lawak terkini.tapi hampa.mungkin sebab terlalu depress sampai tidak mampu berhumor ketika itu. tapi i found this one article yang sangat menarik. pasal trainee di certain kompeni hanya diberi tugas membuat air dan memfotostat. ini memang mengimbau kenangan silam sewaktu i bekerja dahulu.

cuma bezanya membuat air memang di dalam bidang tugas i setiap hari sebab lepas SPM i kerja di kantin sekolah. ya walaupun dengan penampilan sebegini fabulous tapi i was an 'abang kantin' back then. i was the vogue-est penjual air dalam daerah Nilai ketika itu. hambek kau masuk lif tekan sendiri.

eventhough pengalaman bekerja cuma sekejap sebab i menyahut seruan Petronas untuk sambung belajar di utp,namun efek dari bekerja di kantin sampai sekarang masih terasa.lecuran minyak menggoreng nugget masih kelihatan di lengan mulusku.ok ayat last exaggerate.

sebenarnya banyak gila i belajar dari pengalaman yang sekejap itu. bekerja di kantin sekolah rendah lebih membina disiplin diri daripada program khidmat negara.bayangkan bangun pukul 6 pagi bergegas ke 'office' untuk kupas telur dan susunatur kerusi.then ada 3 kali waktu rehat and perlu sentiasa pastikan kantin bersih sebab kantin tempat i kerja itu gred A.
gred A ok setaraf starbucks.

di situlah tempat i pertama kali peroleh duit hasil tangan sendiri dan belajar sedikit kesusahan. jadi sekarang bila menghadapi kesukaran ketika study selalu terkenang nostalgia bekerja di kantin lantas terus bersemangat. tapi sebelum sambung study balik perlu turun ke dapur untuk makan sebab teringat nasi lemak kantin yang super awesome.

and i tersedar i tak pernah properly say thank you kepada majikan paling terhangat di dunia iaitu pasangan suami isteri Cik Long dan Cik Pian. i tak tahu nama penuh mereka apa tapi i syak cik Pian=Alfian dan cik Long=Long Piah. mereka ini bukan saja benarkan i tapaw nasi lemak bawa balik setiap hari bahkan boleh ambil air soya yang harga sebotol seringgit bila-bila masa sahaja. itu belum kira nugget yang i ratah sambil menggoreng. sumpah tak balik modal pekerja macamni. even waktu i nak fly ke ireland dulu and last year waktu balik summer pun muka-muka pengasih inilah yang sanggup hantar sampai ke airport walaupun i cuma bekas pekerja.

jadi di kesempatan ini i mahu ucap terima kasih kepada majikan awesome ini untuk pengalaman yang mendewasakan i dan sedikit sebanyak membantu i kekal tabah setiap hari. walaupun nanti jika diizinkan Tuhan i graduate and jadi doktor lepastu upgrade jadi angkasawan,i tetap akan bangga pernah bekerja di sebuah kantin 5 bintang.satu-satunya dalam daerah Nilai.


-kalau anda jumpa mereka di mana-mana sila minta autograph.sebab mereka selebriti di hati i. awwwwwhhhhhhh



Friday, March 19, 2010

Teknik Belajar Yang Perlu Dijauhi


Antara sifat mazmumah pada diri i ialah gemar bersembang perkara tak berfaedah. oleh yang demikian cita-cita untuk menjadi tukang masak di kaca television sudah lama dipalang sebab nanti bila tengah kupas bawang putih tiba-tiba bukak cerita pasal pengalaman pertama mandikan kucing.

jadi bila i kena study seorang diri dalam bilik memang la sangap gila takde orang sekeliling nak bawak bersembang. dahlah attention span tahap budak 5 tahun justeru banyak perkara tak berfaedah dilakukan ketika membaca nota setiap selang 2 mukasurat.

lepastu bila tengah belajar bertukar-tukar posisi demi menepati feng shui.


-bajet kalau angkat kaki ilmu cepat mengalir ke otak.tapiiiiii harammm

lebih menggusarkan apabila sekarang dah dapat habit bila belajar mesti nak makan. tapi kalau makan tak pernah pulak rasa nak belajar. siap mengidam roti canai tengah-tengah negara omputeh ni pulak.haru betul. nasib baik dapat jugak roti canai tu beli kat masjid. i mean beli dekat kedai runcit dalam masjid tu lah hawau.kejadah apa imam nak buat part time jual roti canai.

-walaupun rupa tak semenggah takpayah kutuk ok! 5 keping= 11 ringgit 70 sen. yusuf haslam pun menangis nak bayar weh

bahana dari program bersepadu belajar sambil makan ini berat badan terbaru berada di tahap tak berapa membanggakan.petang tadi jalan kaki pergi UCD untuk group discussion rasa macam kena angina. stamina tahap norlia ghani dah sekarang. lepas exam mungkin perlu tambah aktiviti senaman dalam jadual harian.

sebenarnya update blog juga salah satu aktiviti tak bermanfaat yang i buat bila daya fokus kurang ketika belajar. see now dah buang masa setengah jam update blog. sesiapa ada tips meningkatkan tahap fokus boleh kongsi bersama.

roger and out bebeh............



Tuesday, March 16, 2010

Entry Emo Yang Bakal Membuang Masa Pembaca


There's so much going on in my life lately so memang masa untuk update blog agak kurang.tapi disebabkan ramai (ramai=2 orang) suruh i update maka here i am.updating.sweet gila kan i?

i masih lagi tengah cuti but as i mentioned in my previous post sekarang bukan time untuk jimba-jimba lagi. kena fokus balik pada lecture notes genetics. lepastu ada 2 presentations coming up very soon. Rosmah Mansor pun tak sibuk macamni.

Waktu kecil i selalu tak sabar nak jadi besar. tapi bila dah besar selalu tak sabar nak jadi kecil. eh kalau sabar pun tak mungkin jadi kecil =_=. Waktu sekolah selalu berangan mesti cool gila masuk kolej lepastu tinggal serumah dengan geng-geng bujang hujung minggu pergi hurrah hurrah.
sekarang i dah masuk kolej and guess what? TAK COOL OK.TAK COOL.
sekarang tension + sedikit homesick jadi memang mood swing sentiasa.tak caya cuba ah datang bilik i kacau i study.insyaAllah dapat penampar.

sekarang pulak baru terfikir memang betul orang kata bila kita dah hilang sesuatu baru belajar menghargai. dulu waktu duduk bawah ketiak ibu selalu komplen tiada kebebasan. sekarang dah jauh sanggup pulak habiskan 600 euro nak balik dengar bebelan.ceh

lepastu bila dah besar banyak gila pulak tu masalah. bila orang baca belog i selalu sangka hidup overseas penuh kefoya-foyaan melancong tiap minggu. itu sebab i selalu cerita part melancong,cuba kalau i cerita part baca nota brain haemhorrage sampai pukul 4 pagi.sampai trauma study bila pening sikit selalu nak drama bajet macam ada pendarahan otak.

justeru i nak pesan lah pada yang tengah sekolah-sekolah tu bawak-bawak bertenang. kalau tengok budak-budak sekolah sekarang ramai yang tak sabar-sabar nak keluar sekolah.nak kerja lah bagai. ada pulak yang tak fikir panjang dah gatal bijik ikut laki indon kahwin lari. lepastu bila tahu hidup kat indon tu susah baru la kau terhegeh-hegeh nak balik.tak pasal-pasal putera Umno kena habiskan duit nak angkut kau balik. selfish gila kau tahu tak?
tengok kan i dah kata tak pasal-pasal nak emo sekarang fuh.

kepada sesiapa yang membaca post ini harap maaf kerana langsung tak berinformasi haha. tapi sebelum tidur jangan lupa ulang tiga kali "Ya Allah jadikan saudara Hatim tabah dan cekal di dalam pembelajaran beliau.moga-moga A+ di dalam genggaman.amin" kalau 160 orang follower setiap hari doakan kompem ah dapat A+. kalau i balik malaysia sila tuntut sate kajang sorang secucuk =)

walaupun emo tetap cute.ibu suka mertua setuju





Wednesday, March 10, 2010

Cuti Paling Tak Bermakna Dalam Hidup


Dah lama i tak update pasal aktiviti seharian. bajet macam misteri la taknak orang tahu aktiviti seharian padahal bosan gila hari-hari pun buat benda sama.

FYI sekarang i tengah spring break.2 minggu cuti.tapi sebab universiti ditadbir oleh golongan hasad jadi lepas break ada 2 paper midterm.ceh sumpah tak bermakna cuti macamni. most of my housemates ada kat Paris sekarang so rumah i memang heaven.siapa nak datang meh lah kita minum teh-o sambil tengok american idol.

walaupun spring tapi dublin punya suhu sama je sejuk macam winter.dahlah bunga pun takde so lagilah takde motif nak bersiar-siar.the only difference is that now ada sunshine,kalau winter dublin dahlah sejuk lepastu kelam macam taman perumahan Edward Cullen. so untuk meraikan kewujudan sinaran matahari,i and few friends pergi picnic di pheonix park.

-ini rakan baik,amirah ibrahim.beliau single

tetapi beliau gemar beraksi pelik.sila cari beliau di facebook jika berminat

-most of the food was prepared by her.weh apasal aku macam asek peromot kau je ni hah?

more kangkang pose

ok yang last ni takpayah letak pun takpe sebenarnya.

so basically itu je aktiviti yang required me to keluar rumah dan mandi sebelum keluar. untuk seminggu lebih yang mendatang memang akan terperam di rumah dan cuba tabahkan diri untuk study. siapa nak belanja tengok wayang you know where to find me kan?


Friday, March 5, 2010

Nasihat Kerjaya Dari Seorang Loser


ok now since im sooo over cardiology,damn u cardio damn u.i think its time for a proper blog update.hehe mengada konon nak emo taknak update belog sekali takda orang simpati T_T
so post kali ini mari kita isi dengan sedikit manfaat dan motivasi.shall we?

tumpukan pada perkataan motivasi.slogan bawah takpayah jadikan pegangan hidup


to be honest when i started this blog i tak expect people other than my housemates to read it. so i certainly tak expect that some people will turn to me for advice. sebab kalau anda kenal i secara mendalam pasti lebih rela minta nasihat daripada mat rempit.tidak perlu lihat pada prestasi pelajaran,cukuplah dari segi kekemasan katil setiap hari.memang pada pandangan zahir boleh disamakan seperti tempat kerbau mengawan.

so i wasnt really prepared bila some of my readers ask me tentang being a medical student and whatnot. frankly im not the best person to answer this question. sebab seperti sedia maklum i bukanlah top student pun yang korang nak mintak nasihat-nasihat ni.

jadi lepas spm,dapat straight A's semua orang suruh i buat medik. but let me tell you..medik is nothing like spm. justeru adik-adik jika dapat 30 A sekalipun tak bermakna anda wajib buat medik. sementara tengah sekolah ini lah kena discover your potentials,something i failed to do before.

basically i chose medic sebab i tak tau what else i can do. you have to know what you're good at.tak kisahlah kalau pandai biology pun tak semestinya perlu jadi doktor. mungkin anda ada minat menganyam ketupat ? mungkin boleh buat perniagaan ketupat macam ketupat Nona. tengoklah cik Nona sekarang siap ada rancangan sendiri dekat tv3 hari ahad pukul 2.

di luar sana banyak lagi kerjaya yang boleh di ceburi. kanak-kanak di malaysia i rasa kurang didedahkan dengan kerjaya selain dari kerjaya yang cliche macam doktor,engineer,lawyer. and i rasa parents should not tell their kids what they should do but they should help them to realize their potentials.lepastu let them decide on their own what they wanna do for life.

bila anda buat sesuatu yang anda minat insyaAllah akan happy. happy itu penting sebab bila happy akan jadi rajin bila rajin akan jadi kaya bila kaya boleh ambil gambar begini;

jutawan hai-o,pn samiah bersama aset beliau.aset yang dimaksudkan ialah kereta tersebut.yang sebelah tu laki dia,bukan aset

so in case medic doesnt work out for me what do you think i should do other than audition untuk AF 9?

Berkabung..



that picture pretty much menggambarkan keadaan i selepas exam cardiology sebentar tadi. yes im such a mess. memang depressing gila setiap kali selepas exam. semua mood nak update blog lenyap sekelip mata. ok sekarang nak berkabung di karaokeparty.com.