When it comes to eating out im not fussy. At all. The place could be next to a huge longkang but as long as they serve good food, i can always pretend that im in Venice. Besides, for a student who survives on 700 ringgit per month the 'ambiance' of the restaurant is the least of my concern. Asalkan sedap dan MURAH.
Being attached to the inspectorate unit of the district health office, i had a chance to tag along the health inspectors during restaurants inspection. Nasib baik pergi restoran-restoran besar jadi takdelah horror sangat tahap kejijikan dia.
And most importantly tak pergi restoran yang selalu dikunjungi untuk dinner. Kalau tak memang puasa seumur hidup lepasni akibat trauma melihat kekotoran makanan yang dimakan saban hari.
The first restaurant that we went to was a chinese restaurant that serves dim sum. Masuk-masuk je semua pelanggan menjeling curious apahal restoran ni nak kena raid ke apa, terasa macam artis pulak jadi centre of attention. Tempat makan dia bersih dan proper tapi sebaik melangkah ke dapur nya, terserlah kejijikan di situ.
-but this is actually not that bad. Ada group lain yang pergi tempat 20 kali lagi jijik.
-mesin mengadun doh dim sum di tepi longkang kecil yang airnya mengalir tenang. Wow,sungguh kembang tekakku.
Salah satu syarat untuk restoran ialah tak boleh letak food dan utensils directly atas lantai. At least kena ada alas. Tapi kalau setakat alas dengan bakul lubang-lubang cenggini baik tak payah.
-pinggan mangkuk yang telah dibasuh. Siapa dapat pinggan bawah sekali mesti ekstra sedap sebab ada jus lantai.
And these sengkuang ada alas tapi dengan air bertakung di sekeliling, tidak hairanlah jika percikan jus lantai akan menambah perisa kepada sengkuang tersebut. Pisau yang digunakan untuk memotong pula memang dah marinate siap-siap dengan air lantai.
Selain dari air jus lantai, aroma dari tong sampah tak bertutup berdekatan tempat memasak juga menyumbang kepada rasa lazat yang membangkitkan selera pelanggan. Maka tidak hairanlah golongan sampah masyarakat semakin berkembang biak. Bak kata pepatah purba; you are what you eat.
The second restaurant that we went to was a Thai restaurant. Pernah makan situ dua kali sebelum ni. Gulp.
Nasib baik tahap kebersihan dia tak berapa teruk,74% tahap kebersihan. Kira not bad la tu. Cuma some minor offence saja seperti;
-sudu garpu ditos di atas longkang. (patut sedap kedai ni)
-longkang tersumbat dengan air yang bergenang jernih.... NOT.
-menggunakan chopping board kayu
Sepatutnya semua premis makanan perlu menggunakan chopping board plastik as it is easier to clean. Chopping board kayu ni bila guna lama senang pecah-pecah. Jadi serpihan kayu dia tu ke mana perginya kalau tak straight ke tembolok pelanggan? Lepastu kalau ada crack dekat chopping board tu memang 7 generasi bakteria boleh hidup bermuafakat di dalamnya.
Seronok juga ikut pemeriksaan macamni. Baru kita tau tahap mana kebersihan restoran di Malaysia ni. Kalau restoran mahal pun macamni rupa dia apatah lagi restoran kecil-kecilan di tepi jalan. And dont think that fast food chain semua bersih. Ada jugak yang dah berapa kali diarah tutup sebab terlalu disgusting.
And the health inspector telah mengkonfemkan cerita tentang roti canai tahi yang femes di Penang ni. Its not an urban legend,ia kisah benar.
Ceritanya begini;
Di negeri Penang yang diberi jolokan food heaven ada sebuah gerai roti canai tepi jalan yang pemes (nama gerai terpaksa dirahsiakan atas sebab perundangan ecewah). Ive been to that place at least twice (but obviously takkan pergi dah lepas ni). Satu hari,sedang melayan pelanggan yang berasak-asak si penebar roti canai mengalami sakit perut yang maha dahsyat. Beliau bergegas ke toilet yang berhampiran. Selepas melepaskan hajat dengan tergesa-gesa beliau menyambung pekerjaan beliau selaku penebar roti canai yang disegani ramai.
Tiba-tiba seorang pelanggan komplen, "eh apasal roti canai aku bau taik?" Rupa-rupanya si penebar memakai cincin ketika menebar roti canai beliau. Dan cincin tersebut tidak ditanggalkan ketika beliau berak. Sedikit 'mash potato' beliau terpalit di celah-celah cincin tersebut. Maka terhasillah resepi unggul; Roti Tahi.
Sekian.
Jadi kesimpulannya di sini, jika anda kaya sila lah makan di hotel kerana kedai tepi jalan adalah sungguh disgusting. Dan jika makanan anda berbau tahi, most probably ia memang mengandungi tahi. True story.