Sunday, August 26, 2012

Raya Dan Makanan Tidak Mungkin Dipisahkan


We manage to get everyone to colour coordinate this year. Like finally each of us wore gray on the first day of raya. Itu pun sebab baju melayu semua makbapak yang belikan kalau beli sendiri-sendiri memang akan jadik macam tahun-tahun lepas. Sukahati ikut taste sendiri nak kaler apa. Our family photo was taken outdoor this year and it was scorching hot jadi i was squinting in all the pictures and ended up looking like a Mongolian. So,not gonna upload it here. But here's one taken on raya night.


-Actually dia beza 2 tone je dari kaler baju tahun lepas. Kalau pakai tahun lepas punya baju pun takpe sebenarnya. Ini yang dipanggil pembaziran Syawal.

Like usual, food is the main priority for my family. We love to cook and we certainly love to eat. Even sebelum raya pun dah mula memasak secara bersemangat sempena kepulangan semua orang ke kampung. This is nasi lemak prepared by MakSu for berbuka on the last day of puasa;


-bila dah ramai-ramai berbuka memang bagus guna daun pisang. Takpayah basuh pinggan kita lempor je daun dalam tong sampah lepas makan. Save time.

On the first day of raya menu memang tetap dari tahun lepas. Rumah Opah hidang soto ayam, rumah Pak Lang sebelah hidang KFC. Tak tahu la tahun bila nak tukar menu ni.


-Konsep memang masak banyak ala all you can eat buffet sebab kompem ramai orang datang beraya.


-KFC 500 ketul.Selalunya memang lebih dari cukup siap ada belen untuk ratah di raya ke2.

Sejak dari tahun lepas air dah upgrade sikit. Air bergas dah dikurangkan jadi kita hidang air Twister. Tapi beli berkarton-karton pun nakharomm nak menang hadiah cabutan kereta BMW.


Kuih raya pulak sampai 14 jenis memandangkan para makcik semua tokeh kuih raya jadi ini mungkin langkah marketing secara halus mereka dengan menghidangkan kuih buatan sendiri di kampung untuk melebarkan sayap perniagaan.


Untuk raya kedua pulak rumah PakLang menghidangkan nasi ayam dan sate.


Rumah Opah taknak kalah lantas hidangkan briyani kambing. Lengkap dengan jelatah,ayam goreng berempah, kari sotong dan kari udang. Dessert adalah pengat pisang ke apetah, tak sempat nak rasa.


Tapi sesedap manapun makanan yang dihidangkan,tetap tak dapat celen cheesy wedges buatan sendiri. Serbuk jalapeno cheese ini boleh dijumpai di pasaraya berdekatan anda. Cuma bancuh dengan air panas, rasa sejibik cheesy wedges KFC. Asal hidang je kompem habis dalam masa 20saat.


Malam raya kedua pulak tradisi annual BBQ keluarga diteruskan. 


-poyoss gila set up siap candle light bagai padahal sendiri je yang nak makan.


-Opah bersama cucu-cucu perempuannya.

And this year we decided to panggil orang tolong bakarkan kambing,ayam etc sebab malas nak prepare sendiri tempat bakar ngehngeh.



-tapi memang sedap terlampau kambing bakar dia. Tak sia-sia call tempah. Kalau nak harap sendiri bakar, hidupkan arang je dah makan masa 2 jam. Kali ni molek betul kau tinggal tadah pinggan je.

Ada juga persembahan selingan di tengah-tengah majlis BBq ini. Ia datang dalam 2 kotak besar yang telah diseludup dengan jayanya oleh MakLong.


-Made In China. Cer teka apa dalam?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
--
Tadaaaaaa!
Bunga api 88 das.


I tried recording the firework show on my phone tapi pepahamlah phone cap tuntung walaupun bunga api meletup bagai nak rak tapi bila record bunyi kepehh kepehh je tu yang record setengah jalan lepastu givap. Dahlah kena telengkan kepala ketika menonton sebab tak reti camano nak bagi dia menegak haihhh..



Hari Raya ke-3 takde hidang makanan dah sebab dapur tutup untuk seharian keluar berkonvoi raya ke rumah kaum keluarga dan merasa makan di rumah orang pulak.. Jadi setelah 2 hari raya, 2 rumah sebelah menyebelah dengan menu yang berbeza sekarang memang tak sanggup nak check berat badan.

Raya ke-empat dah sampai KL untuk beraya di Ikea.



Selamat Hari Raya everyone. Hope everyone had an amazing raya just like i did, and let's shed this newly gained excessive fat!

Thursday, August 23, 2012

Preparation Is Half The Fun


I always love the day before raya. It's the day when everyone arrives at Opah's (including those who would never set foot in the kampung other than during raya time *stares at my own family member*) and bergotong -royong mengemas dan memasak secara hilang kawalan. Since PakLang next door runs a catering business, the peralatan and utensils are always available for mass production of food. Masak memang pakai kawah je tak main dah kuali bulat.

Tapi se-terrer mana pun everyone at cooking, no one can make lemang as perfect as Atuk and Opah. Bila orang lain buat kompem kerak tebal, beras tak mampat, santan tak cukup dan pelbagai komplen yang lain. Dia mesti kena Opah yang isi beras dan santan and Atuk will handle the bakar part.

-because kukur kelapa is soo last century.

-Opah doing her thang 



-Atuk keeping a close eye on them lemangs

Both Atuk and Opah's physical conditions have deteriorate lately. But still, they want to do all these themselves. It's either they love us so much they dont want us to go through the hassle of making lemang or they are scared that we 'the younger generation' will messed up the lemang and we would have to settle for lemang segera Adabi.


-menyediakan bahan-bahan rendang

Selain juadah tradisional, menu moden canggih ala Key El turut disediakan.


Dari segi menghias dan mendekorasi rumah memang takde apa sangat sebab tahun lepas baru cat. Langsir pun guna koleksi tahun-tahun lepas  sebab yakin dengan kebolehan memasak pasti juadah yang sedap mampu men-distract para tetamu dari menyedari langsir 2 tahun lepas punya.

Pak Lang je semangat buat kolam ikan raya.


Tapi akibat sifat kejakunan yang menebal di jiwa anak-anak saudara beliau, kolam tersebut telah diconvert menjadi pusat akuatik di malam raya. Pandelela Renong sangat perangai siap prektis terjun tiruk dalam kolam ikan.




Kuak lentang dalam kolam ikan. 

Anda mampu?? T___T

Tuesday, August 14, 2012

Colour Blocking Dan Fesyen Turban Sempena Lebaran


Blue top with yellow surgical cap which unfortunately looks almost similar to Yuna's turban.


So fashionable
Sighhh..

Sunday, August 12, 2012

Homemade Iftar In Penang. (Not Safe For Hungry People)


Sepanjang berpuasa di Penang juadah berbuka cuma beli di Pasar Ramadhan saja. Sahur pulak kadang-kadang buat omelette, kadang-kadang minum air sambil mata separa tertutup. Memang takde masa nak masak akibat faktor kekangan masa dan kemalasan yang melampau.

Yesterday, my friend Hariz invited some of us to his place for berbuka. Sebab Hariz ni sejak dari zaman di Dublin lagi dah dicertified sebagai pandai masak maka kami tanpa ragu-ragu memenuhi undangan. Siap jual nasi lemak dekat surau universiti lagi kat Dublin dulu. If it was me who invited people to come over for iftar, they better bring their own bekal sebab skill memasak yang sudah pupus maka kau boleh expect periuk hangus dihidangkan untuk dijamah bersama linangan airmata Romadhon.

Semangat betul julung kali dapat makan makanan homemade di Penang ni lepas habis on call bergegas pergi Tesco untuk beli barang mentah. Hasilnya.... (sila hayati gambar berikut sambil countdown waktu berbuka).


Starter- Garlic bread with cream mushroom dan onion ring.
Di sebelahnya ialah main course grilled rosemarry chicken.

Siap candle light lagi kau mampu?


-Grilled chicken bersama black pepper mushroom gravy served with mash potato dan coleslaw.
Mash potato yos truli yang adunkan, coleslaw Colonel Sanders yang buat.
(pinggan sedikit 'vintage' maklumlah rumah bujang..)

Sebuah hidangan homemade yang mantop tidak akan lengkap tanpa dessert yang merembeskan kelenjar air liur.


-Banana fritters with 3 flavours of icecream top with drizzle of chocolate sauce. Nama taknak kalah.

Kepada yang berminat pakej berbuka di rumah Hariz bermula dengan RM130++ bagi dewasa. Memang mahal sebab sambil berbuka boleh dirisik untuk dibuat menantu. Cerah masadepan anak dara kau lepas kahwin mengangkang depan tv takpayah masak.

Wednesday, August 8, 2012

Satu Hari Satu Juadah


Romadhon tahun ini berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar semakin tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah azam untuk mengamalkan konsep JanjiDitepati Satu Hari Satu Juadah berjaya dilaksanakan. Tapi time weekdays je la, time weekend kalau balik kampung memang satu hari 10 juadah siap terhidang.

Walaupun berbuka di luar minggu lepas tetap order satu makanan je. Air complementary sirap jimat duit aku.

-lamb shank Secret Recipe. Sila hayati gambar ini sambil tunggu waktu berbuka.

Tapi semalam terpaksa lupakan konsep satu hari satu juadah apabila housemate ajak berbuka di buffet hotel. We went to Vistana Hotel sebab buffet murah RM45. Murah la kalau nak compare dengan buffet hotel lain tak mampu u olls.



The place was nice and the selection of food jugak quite impressive. Ada lauk-lauk melayu, kueytiow,laksa,nasi ayam,kambing golek dan segala jadah lagi. For 45 ringgit i'd say it's quite berbaloi. Tapi tak semua food sedap.

Nasi ayam and kambing golek sedap. The char kuey tiow looked like something my form 3 sister with zero cullinary skills would cook. Rupa dan rasa memang sendu di aidilfitri, tak sedap langsung. Murtabak dia pulak kulit punya tebal, tekstur seakan-akan mengunyah penyendal pintu. Seleksi lauk-lauk melayu not bad. Ada ketam masak lemak,ayam percik kelantan, sembilang goreng berempah. But the sayur dishes were mehh.

We were among the earliest to arrive at the place. Memang semangat kalau bab-bab makan. This was our table 20 minutes before azan Maghrib.

-mine was only the nasi ayam,kuih and slices of kambing golek. The other plates belong to housemates kebulur okeh.

Ingatkan meja kitorang je macamni sekali tengok meja semua orang pun berlonggok makanan,sorang ambik macam nak bagi sekampung makan. Last-last banyak gila makanan yang terbuang.

But somehow this Romadhon i dont feel like stuffing myself excessively like i used to do back then. Mungkin faktor badan yang sudah mengembang dan juga keinsafan yang terbit di hati sanubari cewahh.
Setiap hari sibuk pongpangpongpang suruh boikot barang yahudi, sebarkan kesengsaraan umat islam di Syria,solidariti and whatnot. Tapi bila berbuka sewenang-wenangnya buang makanan. Something is a bit off there...

I believe that throwing away edible foods is a slap in the face for people who dont have anything to eat.Membuatkan diri ini muhasabah kembali motif kita puasa dan iftar. Kemain lagi share gambar anak Syria kelaparan kat facebook bila nampak makanan Syria what?? We are all selfish and hypocrite liddat.

Jadi this remaining Romadhon, walaupun kita ke buffet silalah ambil makanan yang AKAN DIMAKAN sahaja. Kalau takut tak berbaloi bayar mahal tapi makan sikit, baik berbuka kat rumah beli bungkus nasik kerabu siap-siap. Jimat.

Semoga buffet kita akan lebih dilimpahi barokah. Amin.