One of my fondest childhood memories ialah di zaman 90an dulu ada sekali ikut ayah ke KL menaiki bas untuk ke Pasar Seni. Ayah aktif melukis during those years. Walaupun bakat melukis itu ibarat kuah yang tidak tumpah ke nasi namun akibat dari pendedahan awal ini sedikit sebanyak menjadikan diri ini menghargai sesuatu yang arthritis. Eh artistik.
Masih segar di ingatan Pasar Seni waktu itu ibarat satu sorga seniman amatur, tempat anak muda berjiwa seni mempamer karya. Juga tempat menjual alat-alat lukisan. Tidak semeriah sekarang, tapi tetap ada aura keraian di dalamnya. Bukan gedung mewah tapi kaya dengan nilai budaya dan elemen kesenian yang kau takkan jumpa di tempat lain.
Waktu itu ramai pelukis-pelukis pro dan semi pro menghabiskan masa di Pasar Seni saban hari menghasilkan karya-karya yang entah akan terjual atau tidak. Namun tidak terlihat langsung kegusaran di wajah-wajah penggiat seni ini mungkin sebab terlalu engrossed dengan kepuasan berkarya itu lalu tak diendahkan soal penjualan lukisan. Pelukis dan pengkarya ini kalau kau sembang dengan dia macam-macam cerita hidup yang kau boleh pelajari dan ambil iktibar darinya. Kunjungan ke Pasar Seni berpuluh tahun dulu ialah satu kunjungan penuh makna dari aspek cultural, artistik juga membina jatidiri.
Weekend yang lepas me and my brother decided to pay a visit to Pasar Seni.
Dari segi luarannya tak banyak yang berubah dengan bangunan ikonik ini. Namun sebaik melangkah ke dalam boleh dikatakan Pasar Seni telah bertukar 100%. Lebih meriah dari dulu tapi ia kemeriahan yang kosong. Lebih banyak kedai dan small business di dalamnya, tapi konsep Pasar Seni kini memang jauh menyimpang dari maksud kesenian yang hakiki. Im not sure you can still call it Pasar 'Seni' anymore.
Pasar Seni kini ibarat seorang datin kaya yang disaluti barang kemas, tampak berkarisma secara zahir..tapi hakikatnya dia bimbo. Corner yang menempatkan pelukis-pelukis amatur dulu kini diambilalih dengan kedai-kedai menjual pashmina made in Pakistan. Kedai menjual alatan melukis di tingkat atas ditukar kepada kedai menjual baju murahan ala Nilai 3 dan merchandise stores yang menawarkan aneka seleksi souvenir picisan Made In China. Even gerai makan melayu di tingkat atas sudah di overshadow dengan restoran makanan Thai.
Pendek kata bila kau masuk Pasar Seni sekarang memang tak ada dah unsur kesenian di situ. Bukan setakat unsur kesenian, unsur ke-Malaysiaan pun hampir tak wujud. Itu yang lebih menyedihkan sebenarnya.
Brother-brother seniman amatur era 90an dulu kini diganti dengan tokey kedai Pak Arab dan salesman dari Pakistan dan negara-negara sekitarnya yang tak menyumbang kepada komunikasi dua hala yang membina. Ruangan kaki lima pula dipenuhi dengan gerai menjual casing iphone dan waffle segera. Tak tahulah jika pihak berwajib merasakan casing iphone dan waffle segera itu 2 benda yang artistik, tapi pendapat saya certain things are better left untouched.
Ingat lagi jalan di tepi Pasar Seni yang suatu ketika dulu dipenuhi buskers dan pemuisi jalanan? Ia telah difaceliftkan dan digelar Kasturi Walk.
Kini tiada lagi buskers atau pemuisi jalanan, cuma gerai-gerai kecil yang bersepah menawarkan benda-benda yang tidak membawa makna dalam kehidupan seharian.
I dont get this obsession of converting every single tourist attractions into commercial centre. Baguslah kalau ia menjana ekonomi tapi jangan kerana nawaitu 'menjana ekonomi' itu kita korbankan identiti dan nilai seni sendiri. Kalau tourist datang ke Pasar Seni sekarang pun mesti dia konpius dengan identiti Malaysia. Souk El Haad di Morocco dan grand Bazaar di Istanbul pun jadi tempat buat duit, tapi somehow identiti asalnya dikekalkan. At least bila kau masuk tempat-tempat ini kau fikir "owhhh aku di Morocco" or "wahhh uniknya produk-produk Turkey". Kalau kau masuk ke Pasar Seni sekarang mungkin cuma "what the shit?" yang terlintas difikiran.
gambar hiasan; penulis di Istanbul
Kamonlah...orang luar tak datang Malaysia untuk shopping. Tempat diorang lagi murah nak shopping woi. Orang malaysia je yang kepalabana update status facebook "letihnyew kite shopping di Pavi harini hikhik". Travellers datang Malaysia untuk experience culture yang unik yang takde di obersi. Jadi pihak berwajib mohon tak payahlah nak bangga sangat negara kita ni ada 4 shopping malls terbesar dunia kalau keaslian Pasar Seni pun tak mampu dipelihara.
Sayang betul bila sebuah tempat yang berpotensi sebagai pusat aktiviti kesenian negara diconvert menjadi sebuah pseudo-shopping mall. Bila kurang titikberat pada aktiviti kesenian dan pembinaan daya kreativiti maka lihat sajalah program-program tv kendalian RTM dan iklan pendek terbitan Jabatan Filem Negara yang mempunyai zero nilai kreativiti.
Maafkan saya jika post ini sedikit serius dan dipenuhi leteran yang takde sapa pun peduli sebenarnya. Tapi motif post ini cuma nak menyedarkan anda yang kadang-kadang apa yang kita lihat sebagai pembangunan dan proses naiktaraf pada zahirnya tu tak semestinya sesuatu yang baik. Kalau dalam proses naiktaraf itu kita kehilangan identiti diri baik kita kekalkan sajalah apa yang ada.
Pasar Seni mungkin nampak gah hari ini tapi pada saya ia cumalah sebuah tapak kubur tempat bersemadinya jenazah kesenian anak Malaysia yang authentik. RIP.