Wednesday, December 23, 2009

Nak Kahwin Bukan Macam Nak Masak Gulai Lemak Terung



Its christmas holiday bebeh! !!!sebelum exam haritu kan i dh bertekad mahu tidur sepanjang hari maka dats exactly what i did this past few days.adalah juga keluar rumah sekali dua nak tengok matahari.but disebabkan dublin sekarang macam peti ais jenama Tanto sejuk dia so i prefer untuk bergumpal di dalam duvet saja.

tapi duduk rumah bukan tak bermakna i tak produktif setakat baring-baring kira bulu kaki.waktu beginilah kita nak bonding2 dengan housemate dan rakan-rakan sekelas.setelah dua malam berturut-turut berjaga dengan 2 group yang berlainan bercerita kisah hidup,keluarga dan perihal KAHWIN i felt matured oredy.eceyh apasal bila cakap pasal kahwin terus nak matured?gatal.

bila difikir balik banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kahwin.memanglah ia satu perkara yang baik,but to be married is a lifetime commitment no?sesetengah orang cakap macam senang,macam lah kahwin tu semudah kau nak plan picnic dekat sungai congkak.

what if lepas kahwin rupanya isteri kau ada habit lekat taik hidung ke dinding?what if u dont get along well with her family?what if u feel bored with your life after marriage?
maybe i saja yang terlebih fikir perkara-perkara remeh begini.thats why i think you should never rush kalau nak decide on perkara yang penting seperti kahwin.kena fully prepared bak kata orang.

kahwin bukan sekadar hubungan seksual,but kau ada tanggungjawab.lebih-lebih lagi kalau jadi suami,kena make sure isteri menutup aurat,kena beli beras setiap bulan,kena bayar bil astro ahh macam-macam lagi lah.tapi walaupun kahwin macam susah i rasa bila ada anak sendiri things would be better kot

but the day after sembang-sembang kosong tu i went for rakan muda launching dekat Good Sheperd school kat sini.we were required to pakai baju melayu and stuff lepastu pamerkan senyuman paling ikhlas and layan budak-budak kecil sambil perkenalkan Malaysia tercinta to them.

-so adik-adik,gini caranya bermain batu seremban..


-lepastu mayor pun nak join in the fun huh



most of them are extremely well behave and polite.even waktu ucapan-ucapan VIP they managed to sit still and listen. so i tot wah mudah saja handle kanak-kanak cilik.
tapi sekali bila nak demo batu seremban sekor-sekor distracted bila nampak orang hidang popiah.

cisss lepas tu tiap kali baling satu batu mintak izin nak ambik popiah.macamni bila nak improve sampai level tujuh??

ini membuat i terfikir jika ajar batu seremban pun sudah menguji kesabaran bagaimana mahu sekolahkan anak?ajar mengaji?kejut sahur?
so kesimpulannya i memang so not ready for marriage and kids FOR NOW. but ask me again in few years time =)


ps:esok flight to manchester 9 am!!!!!sekarang nak packing sependa yay!







Saturday, December 19, 2009

Mat Kool,Mat Kool Kawanku..Siapa Sebenarnya Mat?


Its officially winter now in Dublin.this my least favourite season sebab di dublin ini walaupun suhu dah -1degree tetap tak mahu snow.i cant believe im goin to say this but, I MISS U NILAI.
jadi sambil berselubung di bawah duvet tiada apa yang lebih produktif dalam cuaca sejuk begini selain dari membuat anak mengupdet belog.kali ini i nak share my experience trying to be cool.

dalam hidup ini,sebelum menopause setiap orang pasti melalui satu fasa di mana anda mahu jadi COOL. bila time remaja lah selalunya semua orang pun nak jadi cool.how you define cool is actually pretty much bergantung pada persekitaran juga.

i dulu membesar di seremban.sekolah pun nama sekolah kebangsaan paroi.bapak indie gila sekolah tu.school anthem series paling catchy dalam dunia. kawan-kawan sekolah waktu itu kebanyakannya budak-budak kampung. walaupun sekolah pinggiran hutan tapi untuk menjadi seorang yang cool di sekolah i dulu bukan mudah. seseorang itu perlu meguasai empat ciri asas pria idaman:

1)rambut mesti belah tengah.
terima kasih kepada saudara tomok untuk tatagaya rambut ini


2)untuk mencapai ciri idaman #1 seseorang perlu memiliki:

-gel rambut jenama TANCHO.

cuma jenama ini sahaja yang diiktiraf sebagai salah satu elemen cool.walaupun bau macam bangkai musang and menghasilkan titisan putih di kepala apabila berpeluh tapi kedudukan gel rambut tancho sebagai penentu aura seorang jejaka tidak pernah dipertikai.

3)seluar sekolah tempah.tempat paling femes untuk budak-budak area seremban tempah seluar skolah adalah di kedai pyramid yang terletak di terminal 1.seluar jahitan pyramid ala-ala bell bottom sikit cutting dia tapi takde ah obvious sgt. bila pakai gerenti feeling john travolta

4)adalah wajib untuk menghafal lagu kumpulan spoon-Rindu Serindu Rindunya.

i masih ingat i siap koyak satu page kertas petak-petak dari buku math semata-mata nak salin lirik lagu ni.lepastu suruh kawan sebelah nyanyikan sambil tulis lirik.sampai sekarang hukum tajwid yang ustazah laila ajar waktu darjah lima tak ingat-ingat tapi lirik lagu spoon ni boleh hafal sampai habis. *petir*

cool zaman sekarang memang dah lain sangat dengan cool zaman dulu.budak-budak sekolah darjah 5-6 pun dah pandai dress up topman.dah pandai pergi gig,shuffle,skate,tektonik apekejadah lagi lah.semua tu tak salah asalkan berpada-pada lah.tak payah la time sembahyang terawih pun kau nak shuffle dalam telekung.

tapi kalau kau melayu,minum arak,lepastu nak bangga tayang dalam facebook,tahniah!KAU MANUSIA PALING TAK COOL DALAM DUNIA.



Wednesday, December 16, 2009

Update Cukup Syarat


Mesti ramai yang tertanya-tanya kemana i menghilang semenjak dua ni..ok fine.walaupun takda yang tertanya-tanya i nak bagitahu juga. i was busy with my final exam so ive to take a break from blogging lah for a while.since my mom pun sekarang sudah pandai stalk i melalui blog pula,ive to show her that despite of my previous shiteous results i did study hard.in fact i think i deserve A+ based on effort je!cewah padahal sendiri memang otak semut baca 20 kali ulang pun tak mahu ingat haih...

my last paper adalah esok,jadi kalau paper esok kantoi justeru boleh salahkan blogging penyebab kegagalan diri. tapi exam kali ini memang yang paling gempak ah preparation dia. disebabkan terpengaruh dengan amalina yang dapat 80 A ke apetah waktu SPM dulu tu cakap dia belajar depan tv so i pun mengadaptasi gaya beliau dengan harapan akan cemerlang juga. so i dengan rasminya telah menjadi penghuni tetap living room for the past two weeks. sacrifices i made for exams..its a bit sad actually


-port baru...

-tv dan fireplace menjadi pendorong.kalau belajar kat bilik sumpah sejuk gila setiap 10 minit kena pergi kencing.

walaupun study di living room depan tv tapi tahap konsentrasi i surprisingly melebihi 20 minit setiap kali buka buku.kalau study dalam bilik sorang2 attention span memang lah pendek gila baru baca 2-3 ayat tiba-tiba teringat nak potong kuku kaki.now i know that i memang perlu background sound dari tv untuk belajar.kalau senyap sunyi macam kubur memang setiap kali belajar akan terpesong ke arah tidur.nampaknya i dengan amalina tu memang sefahaman.(great minds...)

tapi meja study di bilik yang memakan kos berpuluh-puluh euro itu tidak disiakan.disebabkan i sudah habiskan banyak masa,duit dan tenaga untuk meja+kerusi belajar ikea itu justeru harus manfaatkan juga.jadi...


-siapa kata ini pembelian yang tidak berbaloi-baloi??boleh dual function sebagai jemuran sependa lembab.

muhasabah diri:sependa lembab boleh dijemur,otak lembab???



Saturday, December 5, 2009

Rayuan Ikhlas Kepada Pemimpin Malaysia



Memang lumrah bila nak exam semua akan jadi emo moody.even kalau buat sesi poco-poco pun tak mungkin dapat mengembalikan kegembiraan. dalam period begini memang kalau salah cakap sikit pun rasa nak mengamuk.

mngoloid.jpg image by avinjo

Lebih-lebih lagi untuk student2 yang ambik course medik sekaranglah masanya nak fikir kenapa dulu tak buka bengkel atau ambil kursus andaman.mesti hidup tak sesukar ini haih..

Baru-baru ni i dapat tahu yang MARA dah tak sponsor elaun sara hidup untuk student yang repeat another year. disebabkan sekarang taraf hormon seperti ibu mengandung perasaan sedih dan simpati turut menimpa diri i yang ditaja oleh JPA. perkara ini buat i berfikir what if JPA juga buat macam tu? perlukah i jual semua baju sekarang? perlukah i pakai blindfold setiap kali melintas depan topman? perlukah start google resepi masakan berasaskan pasir??

walaupun bandar dublin hanyalah sebesar pekan Janda Baik tapi kos sara hidup di sini adalah among top 10 yang paling mahal di dunia.maka untuk survive hidup di sini tanpa wang sara hidup lebih mustahil dari mendaki gunung everest sambil memakai high heels. i dah kira kalau tolak shopping dan travel at least memerlukan 480 euro sebulan untuk terus hidup tanpa melacurkan diri. lebih kurang rm 2500 sebulan. jadi,i ingin menyeru kepada pemimpin malaysia supaya berbelas ihsan terhadap pelajar-pelajar di sini.kalau kami kaya taraf lim goh tong takkan kami apply scholarship kan?dan untuk terminate tajaan secara abrupt begitu memanglah tindakan yang menyalahi prinsip rakyat didahulukan.

makanya setiap kali pihak kerajaan ingin melancarkan idea-idea 'bernas' seperti menubuhkan team F1 dan membina stadium baru yang hanya akan roboh 2 minggu selepas pembukaan, ingatlah ada sekelompok anak melayu yang bergolok gadai untuk terus hidup di sini.kegagalan bukan dipinta tapi hakikatnya tak semua orang memiliki tahap kepandaian yang sama.

lagipun i dengar pilihanraya dah nak dekat,so i support u..u support i.ok?

a typical day at a medic student's house

Tuesday, December 1, 2009

Pengakuan Eksklusif yang Menggemparkan Dunia



Post kali ini ditulis sambil ulangkaji subjek GIT. Memang melambangkan tahap fokus yang tinggi (T_T). tujuan entry kali ini ditulis adalah untuk membuat sebuah pengakuan. walaupun i tahu akibat dari pengakuan ini persepsi masyarakat terhadap i mungkin akan berubah. rakan-rakan seangkatan mungkin akan berpaling dari i,reader blog juga mungkin akan lari.tapi tetap i akan umumkan juga.bersediakah untuk pengakuan ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.fuh berdebar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.ok tarik nafas...
.
.
.
.
.
.
.
pengakuannya ialah:

I BELUM TENGOK NEW MOON. BETUL MEMANG KETINGGALAN,TAPI I BELUM TENGOK.
terus terang cakap i tak berapa minat cerita ni.
ada beberapa reason i rasa cerita twilight ini sebuah filem yg overrated dan tidak sepatutnya diover hype kan. i dah tengok the first movie dkt stagevu.com and it was blehhh with capital B.
i tak faham kenapa setiap lepas 3 perkataan kristen stewart perlu pause sambil beri ekspresi wajah yang jengkel?lepastu tiap scene pun muka macam nak tertidur.weh pompuan ada vampire gaduh ngan werewolf sebab nak menikah dengan kau,boleh tak kau jangan pikir nak tidur je???

lepastu tambah annoying bila semua orang dekat facebook nak jadik vampire.sebelum twilight keluar elok je nama ikut kad pengenalan nurul saodah binti kamarudin,lepas keluar movie tiba-tiba jadi Odah Cullen.letihlah vampire muka jawa...

tak salah untuk minat movie ke apa tapi diharap boleh chill sikit.bawak2 bertenang,kawal nafsu. twilight bukan awesome mana pun sampai nak bergaduh dekat wallpost berebut serigala jadian bawah umur. tu belum kira vampire badan berkilau lagi.dah macam baju Ramlah Ram waktu Juara Lagu 1988 time nyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.


mesti ada fanatik twilight yang bengang membaca post ini.tetapi dalam hati kecil anda tak boleh nafikan jikalau tak sebab pelakon-pelakon yang rupawan ; TWILIGHT SUCKSSSSS
sekian terimakasih.now send me those hateful comments hahaha



Friday, November 27, 2009

Tangkap Muat


ok sedang i berduka lara melayan gelora jiwa sebab raya haji yang hambar,i pun secara random ber-blog hopping.then i stumbled upon rizalman's blog.rizalman who kau tanya? zassssssssssssssss *petir. kalau anda orang malaysia tapi tak kenal rizalman sila kelar leher perlahan-lahan.u deserve to die in pain. so i dropped few comments on his blog AND AND AND he replied!on my page!sila refer last post's comment.ok by now he might think im a psycho obsessed fan wutever haha. jadi next time bila ada yg kondem blog ni i boleh kata blog aku rizalman baca blog kau? hahaaha

jadi bersempena dengan semangat rizalman-komen-blog-aku i mahu kongsi fashion no-no di mata i. im no expert in fashion but i can tell if something look pretty or downright fugly.

so lets start with our first fashion faux pass.

TUDUNG EKIN. ive nothing against ekin.or mawi.or marsha.or felix.SUDAH takpayah nak recap AF3 kat sini.there's a reason they called it tudung ekin.kerana ONLY ekin can pull it off. orang lain sila jangan pakai tudung jenis ini.terutama bila yg berbadan besar,tudung jenis ini buat kepala nampak kecik.jadi end up proportion kepala dengan badan macam fishball taruk atas tembikai.

4 S. acronyms for selempang,sendat shirt,seluar track,selipar. ini typical pakaian remaja perempuan yang bersekolah.tudung tu diselempang ke bahu,short sleeve tshirt zaman tadika,seluar track + selipar jepun.setiap kali pandang rasa nak rejam

KASUT SUKAN PAKAI DENGAN BAJU KURUNG.ok Odah sekarang kau decide,nak beraya ke nak jogging?baju kurung memang akan buat seseorang tampil feminin tapi bila match kan dengan kasut sukan ughhh.macam goreng keledek sambil nyanyi karoke.ada kaitan tak?takde kan?thats the point

MUSCLE TEE. please people do not ever wear this outside the gym. ini ada yang pergi time square pun bantai pakai muscle tee.kalau ada muscle boleh tahan lagi ini yang lengan menggeleber pun sibuk nak pakai.paling eyesore kalau armpit tak pernah trim.tiada manusia waras yang nak tengok bulu ketiak kau yang dah macam akar ginseng tu.lepastu naik pulak LRT angkat tangan nak capai railing.Allah...

SUPER MINI SKIRT. mini skirts adalah untuk yang berkaki cantik dan flawless sahaja. jika anda berselulit,tidak shave,kaki pernah digigit nyamuk sila pakai seluar sekarang juga thankyouverymuch. or alternative lain pakai lah leggings. bila naik KTM dalam cuaca sejuk tiada yang lebih mengerikan dari melihat bulu kaki perempuan depan kau yang berdiri akibat kesejukan.gross.



too much of anything can make u sick bak kata cheryl cole.in this case too much feather turned u into one of the Sesame street clan.




Monday, November 23, 2009

THISCLOSE


Lecture notes number 23556789:

These two serve the same function: PSC for legs and lower trunk ,CC for upper trunk and arms.


NOW WHAT THE HELL ARE PSC AND CC??
PUSAT SAINS CHERATING?
CHOCOLATE CUPCAKES???

WHAT WHAAAAATTTT????

-oh God why you do this to me.....