20 Ogos 2010
Harini adalah harijadi yang ke 1 tahun untuk MARIBERGEBANG.BLOGSPOT.COM.
Jyeah jyeahhhh. Walaupun lepas satu tahun ada belog masih tak kaya-kaya lagi tapi im still proud with the fact that belog ini bukanlah warm-warm chicken shit. Mula-mula tulis belog dulu selalu jugak skeptikal dengan diri sendiri,adakah mampu untuk update selalu walaupun diri sendiri je yang akan baca??
Tapi sebab ada juga orang lain yang sudi baca setiap entry dan memberi komen wah memang mengharukan betul. I will try my best to reply all your comments ok. Lepastu bila setiap kali cek belog tengok eh ada follower baru,sumpah rasa nak belanja cendol. tengkiu semua. *nangess*
Kenapa tulis belog?
Sebab setiap hari kadang-kadang terlampau bizi.rakan-rakan juga bizi.jadi macam tak cukup bersembang.bila tak cukup sembang jadi sangap.sebab banyak sangat yang nak disembangkan last-last tulis belog. ada jugak rakan-rakan alam siber yang tak berapa bizi untuk melayan. =)
lagipun bila tulis belog benda yang kita segan-segan nak cakap boleh diluahkan. macam kalau dalam dunia sebenar bila cakap "mama I LOVE YOU", mama akan reply "berapa ringgit kau nak pakai?". Tapi bila dalam belog boleh diluahkan dengan penuh ikhlas tanpa rasa geli.
Belog ni jugak ala-ala diari lah kiranya but diari is sooo last millenium kan? besides kalau tiba-tiba hilang ingatan bolehlah baca belog untuk kembalikan memori. sambil baca sambil klik nuffnang.bila ingatan kembali eh dah kaya.
Kepada yang tolong link kan belog ini dan juga tolong peromotkan diucapkan jutaan tenkiu. insyaAllah dengan support anda semua i akan rajin mengupdet. Tapi untuk yang jumpa belog i secara kebetulan juga,harap sudi membaca.macam yang kat bawah ni haaa

Akhir sekali sebelum berpisah sekali lagi i nak ucapkan terimakasih pada yang selalu bersusah payah klik 'post a comment' dan juga yang jadi follower.kepada yang klik nuffnang you have a special place in my heart hehe.
