Amaran:Post kali ini mungkin yang terpanjang sebab nak qada dah lama tak updetLepas dua kali berturut terlepas raya di malaysia, i terlupa sama sekali betapa happening nya raya di malaysia. I did say in previous post that raya di perantauan was as awesome but forget it. itu luahan perasaan nak sedapkan hati sendiri kena raya jauh.
Walaupun dah besar tongkeh,excited nak raya tu masih ada dalam jiwa. Lebih-lebih lagi sejak dah ade belog ni kan,sikit-sikit nak ambik gambar konon nak taruk dalam belog.terlupa pulak internet macam siput babi injured. jadi gambar yang ade ni setakat yang termampu lah kiranya.
Raya kali ni memang cukup sifat.semua ciri-ciri penting raya ada pada kali ni. Lokasi perayaan adalah Kampung Kroh Hulu,Padang Rengas,Perak. Hah save dalam GPS tahun depan boleh datang.
Persiapan dimulai dengan memasak lemang sehari sebelum raya. Macam biasalah opah yang sediakan beras dengan santan,lepastu atuk yang tukang bakar. Gandingan duet ini memang orang lain tak boleh takeover. Bergabung,Meletup.

-ini opah di pagi raya.tak sempat nak vogue-vogue terus masuk dapur tumbuk cabai.
Selain masak memasak makeover rumah juga dititikberatkan. Cucu-cucu soleh solehah lah yang diamanahkan dalam bidang ini.

Raya kali ini juga diserikan dengan sinaran pelita di malam hari. Kalau kat dublin manade pelita bagai.gila kau pembakaran terbuka tu weh.
-ini memang posing je lebih.kalau ambil gambar waktu pasang pelita yang sebenar memang lebih serabai dari ini. Raya means good food. Jadi seperti tahun-tahun sebelumnya rumah opah setiap hari ada menu special. siapa tak datang padan muka woh tolak rezeki.
Menu raya first was soto.

Second raya pulak nasi campur lauk-lauk kampung. konsep memang buffet layan diri cenggini.all you can eat katenye. My uncle yang tinggal next door pulak first raya wajib ada KFC.


Bila i kata raya makan KFC orang gelak okeh. Tak caya sudah,lepastu orang jemput datang kampung taknak. Takkan nak tunggu i buat buffet Nandos baru nak datang.
-budak yang pakai tudung biru tu dua kali datang. kfc punya pasalSelain makanan tepu lemak,kuih-kuih raya yang diusahakan hingga terkangkang sepanjang bulan puasa turut disajikan kepada tetamu. siapa yang tak sempat order tu lainkali kalau nak tasting FREE boleh singgah di Padang Rengas.

Pesta melahap ini mencapai kemuncaknya di malam raya kedua dengan aktiviti annual family BBQ.

Bila perut kenyang,kita happy. Bila happy,kita camwhoring pula. Potret raya keluarga sempat diambil di pagi raya memandangkan anak kesayangan yang dua tahun tak balik raya turut serta kali ini. =)
-sewel
-ok better.
Semua beli baju siap dekat Nilai. Ingatkan nak colour coordinated lah orange kuning-kuning sket.sekali ada dua orang nak jadik anak angkat ke apa tak tau lah pergi beli baju kaler biru dengan pink. Sumpah rasa nak photoshop dua-dua.
Disebabkan semangat camwhore memang dalam genetik,sanggup sedara-mara drive pergi sawah ambik gambar. konon-konon outdoor photoshoot lah.


-nasib baik takde yang pacat masuk dalam kain.gila komited nak bergambar, sanggup menghadapi risiko dicabuli pacatMemang best sekali-sekala balik kampung ramai-ramai macamni. Lepas dah penat makan-makan,malam dipenuhi dengan aktiviti sembang-sembang pula. Lepastu budak-budak semua bentang toto depan tv tengok Sundel Bolong.

Tapi aktiviti yang paling best ialah bila masukkan duit raya dalam sampul untuk budak-budak. cewah asal melibatkan duit je best. mata duitan betul.

Tahu apa yang lagi best dari bagi duit raya??YES. DAPAT DUIT RAYA.

Konsep pemberian duit raya mengikut sistem MLM. lagi senior lagi banyak keuntungan. jadi cucu-cucu tongkeh seperti i mengaut keuntungan 5 kali ganda dari cucu-cucu cilik. Budak-budak buat apa duit banyak,main tikam baru 20sen.
So basically that's how i spent my raya. Kemeriahan raya ni terletak pada effort kita untuk menjayakannya. jadi no wonder lah budak-budak sekarang kata raya kurang meriah,

Habihtu dah satu hari suntuk mengadap PS raya kemendenye macamtu?? Di mana ada kemahuan di situ ada raya.