Tak semua orang sejak dari lahir tahu bila dewasa apa yang ingin dikecapi dalam hidup.
Even Kate Moss waktu dilahirkan tidak terus catwalk melangkah keluar dari v***** ibunya. Cita-cita dan matlamat hidup bukan satu perkara yang difikir dalam satu malam. Sesetengah orang memang begitu lucky,sejak darjah 1-2 dah tahu dengan yakin konfiden bila dewasa apa yang ingin dicapai. Orang-orang begini memang perkembangan pendidikan dan pilihan hidup akan dibuat sejajar dengan matlamat yang disimpan kukuh dalam sanubari.
Tapi ada sesetengah yang memang tiada cita-cita tetap sejak dari kecil. Bila cikgu tanya nak jadi apa bila dewasa kelak,jawapan boleh merangkumi daripada doktor haiwan hinggalah kepada jurujual gelang tungsten bergantung pada apa yang dirasa sesuai ketika itu. I adalah antara orang begini. Sejak kecil cita-cita memang tak pernah tetap sebab memang tak tahu apa potensi diri sendiri.
Jadi cita-cita akan berubah mengikut situasi. I always thought i akan bekerja dalam bidang yang memerlukan kreativiti. I love photography,culinary and everything artsy. Tapi oleh kerana tak pernah terlalu memikirkan soal masa depan dengan serius dan tak tahu pekerjaan paling sesuai dengan diri sendiri,maka kebanyakan pilihan hidup bergantung banyak pada pendapat ahli keluarga.
Thats how i end up doing medicine.
I tried engineering before. Tak sampai satu sem,i thought thats it lah. Physics sucks ass. Kadang-kadang memang kena lalui banyak kesilapan sebelum temui apa yang sesuai untuk diri. Waktu mula-mula belajar medicine pun i selalu persoalkan betul ke weh nanti lepas grad kau nak kerja dekat hospital berhantu,tidur tak cukup 8 jam,kahwin hantaran mahal sebab mak mertua suka caras lebih kalau menantu dokter.
Lama-lama i dapat terima lah juga kenyataan. Walaupun tak dapat kerja dalam bidang yang berdaya kreatif,mungkin ini memang dah ditentukan Tuhan. Sebab kadang-kadang apa yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita.
And come to think of it,perjalanan ke arah belajar medicine memang dipermudahkan. Waktu sekolah memang tak pernah masuk senarai pelajar cemerlang tapi entah macamana boleh dapat 10A. Lepastu interview yang pergi semua dapat macam memang Tuhan nak tunjuk ah ini yang kau patut ceburi. Paham tak,INI DIA depan mata dah terbentang peluang.
Then dapat pulak masuk universiti yang paling sempoi atas dunia sebab Tuhan tahu i jenis suka stress lebih-lebih. Jadi Dia beri universiti yang kelas 3-4 jam sahaja sehari,tak perlu pakai kemeja bertali leher belia ke kelas,yang boleh sukahati tunda final exam semata-mata kerana salji. Kalau ditakdirkan i kena study di India atau Egypt im not sure if i can pull that off or not.
Bukti terlebih lepak:

beberapa minit selepas umum peperiksaan ditunda.
But that is me. Untuk anda-anda semua yang habis SPM,fikir dan buat keputusan dengan bijak. Kenali diri sendiri dan tahu potensi masing-masing supaya dapat capai apa yang DIRI SENDIRI mahukan. Jangan sebab mak kata kalau ijazah dokter wang hantaran tinggi semua anak dara berlumba nak buat medicine.
Bila dah tahu nak jadi apa,then kena tahu pulak macamana nak ke arah itu. Macam i dulu memang tak tahu mana nak dapat scholarship semua ni. Semua kena makbapak tunjukkan. Dekat Malaysia memang tak banyak pendedahan kepada budak sekolah tentang life after school. Macam ceramah angkasawan sibuk nak galakkan budak-budak jadi angkasawan tapi tak bagitahu pulak cara nak menuju ke arah itu as in nak ambik course apa dekat universiti,scholarship apa semua. Jadi penyudahnya semua berangan nak terbang pergi angkasa dengan melakukan aksi superman atas motor.
Kalau kita betul-betul tahu potensi diri dan tahu cara nak melaksanakan impian,insyaallah senang untuk mencapainya. Dan kalau boleh sentiasa target untuk capai yang terbaik dalam hidup,tak salah bercita-cita tinggi kerana
When life gives you flour dont make lempeng. Aim high,make macaroons instead.








