Marilah kita sambung cerita jalan-jalan ke Indonesia sempena waktu weekend yang sedikit free ini. First and foremost memang Jakarta is not known as tourist magnet pun jadi memang tak hairanlah jika it practically offers nothing to see. Everything they have there, we have the better version of it in Malaysia. Tempat-tempat yang dilawati di suggest kan oleh our tour guide Pak Agus. Luckily i didnt pay a single cent for this trip if not i sure do want my money back because the places he brought us to was hambar with capital H.
Tempat hambar #1 : Taman Margasatwa Ragunan
It's a zoo. Dont get me wrong, i love zoo. Just not this one. Maybe because it was school holiday, so half of Jakarta population decided to also sibuk visit the zoo that day. Jadi instead of orang tengok binatang, binatang yang tengok orang.
-Gajah menonton gelagat manusia
Aaaaanddd people here are weird. They picnic in the zoo.
-______-"
Bukan takat picnic, dalam tu siap bukak warung bakso,kuih muih tradisional,lepastu jual jajan tepi jalan. Sumpah tak tipu. Kalau kat Malaysia kau buat perangai camni memang dah ditohmah masyarakat.
But we had fun pushing Atuk and Opah on wheelchair. Wheelchair bawak dari Malaysia sebab taknak bagi pasangan romantis ini berjalan banyak, nanti sakit lutut.
Tempat hambar #2 : Planetarium Jakarta
Planetarium negara ni terletak di Taman Ismail Marzuki. Memang listed as salah satu tempat pelancongan, tapi kau tengok rupa luaran bangunan memang lagi buruk dari bangunan majlis daerah Jerantut. Lepastu again, faktor cuti sekolah memang penuh dengan budak-budak sekolah. Macam kesian pun ada diorang ni, planetarium negara dah rupa tempat shooting Resident Evil.
Planetarium dia bukan macam Malaysia punya ada bilik graviti dan simulator-simulator cool. Basically kau bayar tiket dan tengok show pasal bintang-bintang and that's it. Pastu kau balik. On the way nak keluar ada kedai jual megi cup. Random gila hoih.
- Atuk belum start show dah tidur. Betapa interestingnya tempat ni.
Seats dia tu boleh recline, so bila dia gelapkan bilik and pancarkan projektor ke siling kubah memang rasa macam dekat angkasa. First 5 minutes i was quite impressed, lepastu tidur.
Tempat-tempat lain selain 2 tempat ni boleh lah tahan. We also went to Masjid Kubah Emas somewhere quite far from Jakarta city. Kononnya tempat tumpuan pelancong lah jugak tapi macam masjid biasa je. Takdela yang sepeselnye pun. Dahlah tak mesra jemaah pintu masuk sebelah jalan kereta lalu-lalang keluar masjid boleh mati syahid kena langgar.
-kubah masjid ni kononnya di saluti campuran emas tulen sikit. Tu je la yang unik pun.
Taman Mini Indonesia is another tourist attraction in Jakarta. Dalam Taman Mini ada rumah-rumah contoh dari daerah-daerah dalam Indonesia. This place is huge so kitorang ronda-ronda dari atas bas, koser aku nak berjalan dalam tu. Turun melawat dekat rumah Minangkabau/ Sumatera ni je.
Other than those model rumah, dalam ni ada theme park jugak.
Selain tu boleh jugak naik cable car. Cuti sekolah macamni agak gigih beratur nak naik cable car ni. Tempat beratur panas terlampau pihak management murah hati sediakan kipas lekat kat dinding. T_T Memang bermandikan peluh ketiak sendiri beratur kat situ.
-pulau membentuk peta Indonesia.
Makan in Jakarta:
Makanan Indonesia ni banyak jenis. Street food berlambak-lambak tinggal lagi kau selera ke tak nak makan dekat kedai atas longkang yang tiada bekalan air. Bakso dekat satu restoran dalam zoo tu boleh tahan sedap.
-my brother enjoying bakso, clearly the thought of having food poisoning has never crossed his mind.
After seeing this sign on the public toilet's door, i decided not to eat more than 2 sudu.
We also had nasi padang at several restaurants. Lepas beberapa kali makan semua orang tak selera nak makan nasi padang dah. Most of these restaurants serve lauk sejuk yang dah terhidang atas kaunter display. Lepastu gulai ayam,ikan,nangka semua kuah rasa sama. Nampak sangat kuah masak bundle.
Last-last masak sendiri dekat bilik hotel guna rice cooker yang dibawak dari Malaysia.
Kau mampu duduk hotel siap boleh masak nasik lemak dengan gulai ikan guna rice cooker untuk 35 orang makan?
Ada makanan yang kau dengar nama dah hilang selera dah;
Ni ok lagi. Ada satu kuih tu nama dia pukis. If books is plural for book, pukis is plural for??? Speechless.
Jika ragu-ragu dengan kebersihan street food yang ditawarkan, usah ambil risiko. Makan je di JCo Donut. JCo kan kompeni Indonesia so cincai kira macam menikmati juadah tempatan la tu.
Shopping in Jakarta;
Untuk shopping barang murah yang berkualiti takde tempat lain selain Mangga Dua. Mangga Dua ni pun sekarang dah besar. Main building je ada 6-7 tingkat. Ada satu blok lain dikhaskan untuk jual gadget-gadget.
Kalau nak carik kain dan telekung sini bukan tempatnya. Yang tu kena pegi Bandung. Kat Mangga Dua banyak jual handbag fake gred A. Handbag dekat Bandung nampak benor tipu nye dan buruk nak mampos.
Selain menjual henbeg tiruan berkualitas tinggi, sini banyak jual accessories.
Rantai-rantai camni kalau online blogshop jual 20-30 ringgit. Kat Mangga Dua kalau kau tawar menawar belas-belas je. Itupun tawar menawar ala kadar,kalau secara agresif mungkin sepuluh ringgit pun boleh dapat.
Baju batik dan kain sutera batik pun murah kat sini.
-everyone helping Opah to decide on kain sutera for her baju raya.
To those of you who wants to shop at a more civilized place there's Plaza Taman Anggrek. A huge, brand new shopping mall with high end brands.
We went there on our last night in Jakarta. Duit rupiah dah tinggal cukup buat bayar masuk jamban je. Jadi haruslah shopping di tempat yang menerima credit card.
-shopping tempat mahal jadi budak-budak kecik semua tinggal kat hotel. Save bajet.
All in all, i can conclude that nobody should come to Jakarta especially during school holiday. Everywhere is crowded with people, the food is not that good and the air is polluted. Unless you have online blogshop selling accessories and fake handbags, ok la jugak shopping banyak-banyak kat sini. Kalau tak baiklah kau spend duit pergi snorkeling kat Pulau Redang.
If i have to choose one picture from our trip to represent Jakarta, it's this one;





















