Wednesday, August 11, 2010

Nak Jugak Buat Post Puasa


Selamat Menyambut Ramadhan

Semoga puasa kita lebih baik tahun ini. harap maaf sekiranya sepanjang kewujudan belog ini membuat anda sentap sekali sekala dan tidak mendatangkan faedah kepada umat sejagat.

Kepada para ibu,jangan lupa masak nasik sebelum tidur,kang kalau terlambat bangun sahur takdelah menggelegak darah suami. dahla kena makan lauk semalam nasik plak takde.potong stim betul.

Kepada para bapa,kalau nak beli makanan di bazar di samping cuba elakkan pembaziran pastikan juga kenderaan diparking dengan senonoh supaya tidak mengundang carutan pengguna jalanraya yang lain.

Moga kita semua menjadi lebih sabar dan unggul dalam menjalani puasa tahun ini.


-carik kopiah tak jumpa last-last guna kopiah panda je. yang kat tangan tu menara tabung haji simbolik keislaman.

Salam ramadhan dari imam muda daerah Nilai,
Hatim AR.


Sunday, August 8, 2010

Akibat Overdose Menonton TV


Bila dah duduk rumah diam-diam ni kebanyakan masa memang habis menonton tv je. Daripada rancangan dokumentari serius sampai ke wonderpets semua bantai tengok okeh.selagi ada.

Jadi bila dah lama sangat buang masa tengok tv lama-lama setiap iklan pun dah hafal.siap boleh take note lagi beberapa iklan yang gila babi annoying.yang tahap scam terang-terangan pun tak kurang jugak macam membodohkan penonton je.

Mari kita lihat beberapa kategori iklan yang berjaya direkodkan sepanjang pemerhatian i di rumah.

Iklan krim pencerah


Yang ni i dah cakap kat fesbuk tempohari. memang takbley blah ok iklan krim pencerah Diana Danielle,Juliana Evans jadik model. Diorang tu dah memang genetik omputeh apekejadah nak pakai krim pencerah.

lepastu konon nak bagi real siap gelapkan muka Juliana evans tu tampal jeragat 2-3 bijik kasi berlemoih sikit.lepas 3 minggu WOW putih dah. ingat orang tak tau ke weh? kalau betul berkesan krim tu ambik Acappan la jadik model. ada brani??

Iklan ubat gigi

Kalau korang perasan watak-watak dalam iklan ubat gigi semua kalau bercakap asyik la nak tersenyum lebar. senyum tu bagus,tapi ni semua stok senyum yang purposely nak tunjuk gigi. tau la iklan ubat gigi tapi takyah la effort gila doplopat jam nak tayang gigi je.nampak fake gila kot. entah-entah kalau ada adegan berak dalam commercial tu pun wajiblah berak pun nak tersenyum.


kalau dalam dunia sebenar jumpa orang macamtu tak ke ko rasa nak tempeleng je?

Iklan melibatkan pakar

Tak kisah la iklan ubat gigi ke,iklan sabun basuh baju ke mesti ada sorang mamat pakai lab coat buat ujikaji nak tunjuk produk tu bagus. ingat pakai labcoat dah pakar sangat lah tu. dah tu kadang-kadang yang jadik 'pakar' tu sah-sah pelakon drama tv1. apelah salahnye guna je yang betul-betul saintis ke apa buat ujikaji. Dah terang-terang menipu pengguna sebab guna pelakon ada hati siap nak buat ujikaji bagai.



Iklan kasi surprise

Kadang-kadang ada jugak yang konon pergi rumah orang buat surprise nak cuci jamban. tapi yang disurprisekan tu siap dah mekap bergincu bagai. kalau betul-betul surprise dah tentu-tentu owner rumah tu bukak pintu pakai tshirt kepam dengan kain batik je. lainla kalau kau Rozita che Wan .itu haruslah scene nak masuk tidur pun pakai bulu mata.

-seprais nye akak!sumpah akak tak ready nih

Iklan produk kecantikan

Sekarang ni dah macam-macam produk kecantikan dah wujud kat malaysia ni. De'putih, De'wajah, Didie Alias lah. Tapi kebanyakan produk kecantikan ni kalau tengok iklan dia alahaiii sedih la weh.macam takde bajet. buat guna powerpoint ke ape? Sendayu tinggi respek sket iklan dia. yela ko nak jual krim bagi orang taruk kat muka,iklan kasi convincing la sket. rupa macam iklan muruku ingat ade orang nak beli ke??

Kalau nak ikut iklan kat radio pun ade jugak yang bangang. dialog semua takbley blah tapi tak larat dah nak type. kalau anda semua takde kerja macam i bolehla bukak tv sekarang dan tonton iklan-iklan yang disiarkan sambil-sambil tu kira berapa je iklan yang boleh dikategorikan sebagai iklan bijak.

Selamat menonton and baidewei selamat berposa juga.

ps:sejak Yasmin Ahmad takde ni lagi kurangla iklan bijak kat tv



Thursday, August 5, 2010

Keeping Up With The KardASShians


Nowadays almost everyone boleh ada reality show sendiri. Tak kisah lah fashion designer or just a family blessed with huge ass,asalkan sedikit glemer insyaallah boleh ada rancangan sendiri dekat cenel E!.

Kadang-kadang i terpikir jugak macamane lah diorang ni boleh hidup dengan kamera keliling rumah. so today i decided to produce my own reality show right here on my blog. sebab kalau nak tunggu glemer and ada show kat tv memang lama lagi la jawabnye.paling kurang kena Tiz Zaqyah masuk meminang dulu.

Tajuk episod kali ini:Diari Sehari Sebagai Penganggur

Hari yang mencabar ini dimulakan awal pagi. 3 hentakan ganas di pintu bilik dan beberapa harakat jeritan mama mengejutkanku dari mimpi indah. harini kena hantar mama pergi kerja,kalau tak takde kereta kat rumah.


Balik dari hantar mama sambung tidur balik sebab tidur yang cukup penting untuk perkembangan minda. Lepas dah puas tidur,bangun dengan segar untuk sarapan pagi.


Waahhh sihat betul sarapan pagi ni. Sebab ini i punya reality show jadi mesti tunjuk breakfast yang sihat saja. supaya para penonton boleh contohi. yang pagi-pagi buta masak megi sup tu kira di sebalik tabir ah.takpayah tunjuk.

Lepas sarapan sepatutnya jogging.tapi sebab bangun nak dekat pukul 11 jadi dah panas terik. maka kita tangguh untuk esok.teheeeee

Beberapa minit seterusnya dihabiskan bermain bersama kucing kesayangan.


Sambil main kucing,multi tasking kejap makan keropok dan menonton tv sekaligus. Wah bukan main sibuk betul. Selepas beberapa ketika,perut menjerit kelaparan.

Ini memang tak boleh dibiarkan lantas capai kunci kereta dan menuju ke tempat makan paling posh di daerah Nilai iaitu.......


As salam Bistro dekat Mydin.


Kombinasi nasi lauk kari kambing + papadom dan 3 layer tea mengingatkan i mengapa Malaysia begitu dirindui pabila di rantauan.

Tapi bukan setiap hari makan di luar. Apabila kereta tiada di rumah,kadang-kadang bangun tidur nampak ayam dah defrost dalam sinki. AYAM SEMATA-MATA. tiada bahan lain ditinggalkan oleh mama. ini dah macam Iron Chef tema masakan ayam lepastu kena reka menu sendiri. gila babi mencabar weh.

Haritu i masak paprik bujang. carrot,cauliflower semua takde. kacang panjang je ada itupun dah separa layu dalam peti ais.


Needless to say,it was awesome. *masuk bakul*

Selepas perut kenyang dan membeli jajan di Mydin,terus balik rumah sebab nak tengok Duyong Aridinata main internet. Setiap hari cek pesbuk,reply comment,cek emel dan tonton Blogger Boy di website 8tv.


Bertapa di sini at least 4 jam sehari. Berhenti melayari internet bila hampir senja untuk menonton The Biggest Loser.

Bila malam tiba ingat taknak dinner sebab sendawa rasa kari mamak lagi. Jadi habiskan masa tonton berita bersama ibubapa sambil bertukar teori tentang kes orang mati ditembak yang disiarkan dalam berita.

Malam semakin lewat. ibubapa masuk tidur jadi sambung menonton tv seorang diri. kemudian tiba-tiba lapar. Tidur dengan perut lapar tidak bagus untuk tumbesaran. Lantas ke dapur untuk usahakan sesuatu.


Instant noodle sebagai supper. Pengajarannya jangan poyo taknak makan dinner sebab last-last mesti makan jugak sebelum tidur.

Episod 1 tamat.

Kenapa tak perlu episod 2,3 dan seterusnya??sebab setiap hari dok ulang buat benda sama kecuali hari jumaat pergi makan cendol sembayang jumaat.

Jadi sesetengah orang mungkin akan tanya, apakejadahnye tengok reality show nih? takde keje nak tengok rutin hidup orang lain??

My answer is simple. Sebab rutin harian kita bosan gila babeng jadi apasalahnye tengok cara hidup orang lain yang lebih happening.

Sekian.

Yang kebosanan,Hatim.



Tuesday, August 3, 2010

Melawat Dusun Datuk


Rasanya dah setahun lebih tak balik kampung so bila balik terus feeling homestay. lagi-lagi kat kampung sekarang tengah musim buah. gila eksaited nak kutip buah sebab dekat dublin asek makan buah omputeh,lupa dah rasa durian.

Atuk ada dua dusun buah,satu yang ada pondok boleh lepak-lepak satu lagi dekat bukit yang adventurous punya. i dah pernah pergi yang ada pondok tu dulu,siap piknik-piknik lagi so this time i decided to go to the adventurous one.

Dusun ni ada banyak pokok durian,manggis ada kat dusun lagi satu.rambutan plak kat depan umah je,sambil lepak korek cagu pon boleh capai makan. Tapi i sebenarnye tak expect pun dusun atuk ni adventurous giler memandangkan atuk yang umur 70an tu setiap hari pergi kutip durian kat situ.

So bila sampai dekat area dusun tu i macam terkesima(perghh vocab kauu) sebab tak nampak pun pokok durian. rupa-rupanya kena jungle trekking weh masuk dalam baru jumpa pokok durian.

-macam nak menjejak ayah pin pun ada.ni baru separuh perjalanan.tobat taknak pegi dah

dahla sekor-sekor masuk hutan dress up macam nak pergi beli rojak siap ada yang pakai seluar jeans lagi.klasss.


To make things worse,hari semalamnye hujan.so memang licin gila lah nak mendaki masuk dusun tuh. dahla i pakai selipar takde tapak,gila mencabar. kalau tak sebab eksaited nak kutip durian mesti dah patah balik mandi sungai.


-tengah kira agak-agak berapa balang tempoyak boleh dapat nih..

sebab dusun ni area bukit-bukit,so nak carik buah gugur tu kadang-kadang kena turun bukit,panjat bukit. memang surrender la macamni.tak tau macamana atuk boleh pegi kutip durian tiap hari. isk isk kagum.


Unlike the other dusun,yang ni ada pokok durian dan pokok petai je. gila random kan tanam durian ngan petai?

-duta petai.

Lepas melawat dusun ni tahap respek pada atuk bertambah doblas kali ganda. walaupun tak berapa kuat tapi boleh jungle trekking setiap hari okeh. ini mesti penangan kopi jantan.
Walaupun agak memenatkan dan ditambah pula dengan serangan pacat yang mengerikan,at the end of the day it was all worth it because i went home with this..


A jar full of tempoyak. banyak gila okeh nak buat mask muka pown boleh.


Thursday, July 29, 2010

Mungkin Penukaran Jantina Jawapan Kepada Masalah Buang Bayi



-gambar hiasan.harap ambil iktibar dari kisah ini.

Sekarang ni kes buang bayi dah menjadi-jadi. Sampai Siti Nurhaliza,Anita Sarawak semua kena nyanyi lagu nak pujuk orang tak buang bayi. Tapi macam tak berkesan je. Mungkin sebab orang tak layan siti dah. semua dah indie je sekarang. kalau Bunkface nyanyi mungkin fikir 2-3 kali jugak nak buang bebi. Ramai yang salahkan si ibu tapi masalah buang bebi ni kadang-kadang angkara si jantan. tau buat anak tapi taknak jaga,main biar je.

Walaupun macam membuka pekung di dada, tapi demi menimbulkan kesedaran awam i terpaksa jugak cerita pasal one of my family member ni. Beliau sebenarnya anak angkat maksu i dari Perak. Dari kecik maksu bela makan pakai semua tanggung.

Tapi bila dah bawak dia datang dok Shah Alam ni dia macam culture shock pulak. yelah dulu duduk kampung,bila dah datang bandar ni dapat kebebasan sikit terus lupa diri.dahla dari kecik tak pernah sembayang semua,puasa apatah lagi.

Kalau dapat keluar rumah tu memang tak ingat nak balik dah. Kesian i tengok maksu risau everytime dia keluar rumah.takut tak balik-balik. haih remaja sekarang.
Lepastu tiap kali keluar rumah bajet gengster. komfem gaduh. Setiap kali balik mesti ada luka-luka. tapi tak insaf jugak.

Berapa ramai anak orang dia dah buntingkan pun tak tau la. Sekarang ni housing area maksu memang dah banyak kes buang bebi . area belakang rumah tu toksah cakap. hampir setiap hari boleh jumpa anak-anak terbiar ni.

Dah macam-macam maksu ikhtiarkan sebab nak jaga perangai anak angkat dia ni. Selalu memang maksu kurung dia tak bagi keluar rumah. tapi tau-tau lah remaja,hormon tengah naik. bila kita leka sikit,pintu terbukak mula la dia melilau kat luar carik betina. memang susah nak kawal budak-budak sekarang.

Semalam maksu dah tak tahan terus hantar anak angkat dia pi klinik kat seksyen 13. suruh doktor kasi potong je %&^%&*# anak angkat dia tu.

Memang kejam tapi untuk kebaikan dia jugak. Ni gambar lepas pembedahan tu. 18 sx sket la budak-budak takleh tengok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
-nama beliau Messi. tapi sebab $^&# dah potong mungkin nak tukar nama jadi Megan Fox.

ps:kekalahan argentina dalam world cup bukanlah punca that we have to chop his balls off tapi sebab tak tahan Messi asek kencing kat kusyen.


Sunday, July 25, 2010

i-Shitty

Sepanjang duduk Shah Alam ni i rasa adela dalam 15kilo tambah berat kot. Selain aktiviti menonton tv sepanjang hari di rumah, disebabkan maksu terlalu pemurah maka memang mempercepat proses menternak lemak. harini second time maksu belanja steamboat buffet kat seksyen 23. but im not complaining lah hehe..

The food was awesome tapi sebab semua makan macam orang bela saka jadi terlupa nak ambik gambar. Lepastu walaupun dah kenyang semua taknak berenti makan sebab dah bayar 25ringgit sorang mana boleh givap awal. spesis macamni memang dibenci tauke buffet.

lepas dah habis makan kentut-kentut semua tak tau nak lepak mana dah.sebab shah alam taraf hiburan dia up sikit je dari Nilai, nak karoke pun yang ada stok karoke jamban satu lagu singgit tu.nak redbox kena musafir pergi sunway. jadi kami sekeluarga memutuskan untuk menuju ke i-city sebab tak penah pergi lepastu tak boleh belah ok dekat fesbuk selalu stalk gambar orang semua dah penah pergi i-city. kira ni macam tempat wajib lawat sebelum mati.

Tapi nak sampai ke i-city tu gila babeng jem okeh.and this is not the first time kitorang nak lawat i-city .haritu dah try sekali tapi sebab jam teruk halfway patah balik sebab ada orang tak tahan nak kencing.so kalini walaupun jem semua dah nekad takkan pulang kerumah selagi tak jejak i-city.gigih betul.



Melihatkan keadaan jem macamni i memang tertanya-tanya la hebat sangat ke i-city nih? manala tau ada pameran ikan duyung ke,Tiz Zaqyah buat sesi otograf ke. macam semua orang dalam shah alam malam sabtu takde siapa nak duduk rumah tengok cerekarama.semua nak pergi i-city.siapa tak pergi dia tak cool.

40minutes and half tank of petrol later,we manage to find a parking spot. It wasnt long before we realized that i-city is full of crap.

Firstly this so called bandar teknologi ialah sebenarnya sekumpulan rumah kedai yang belum fully operated dan dikelilingi oleh kilang-kilang. Kemudian untuk masuk dan parking anda perlu bayar 2 ringgit pada hari weekends. dahla kereta banyak gila so nak jumpa parking memang berpeluh kangkang.

Walaupun tempat ini ramai orang datang(dan i masih tak faham apesal orang datang sini),kemudahan awam seperti tandas awam berada pada tahap sampah.


-toilet kecik dalam rumah kedai yang dikongsi lelaki dan perempuan. sebab ramai gila yang guna,hancing dia jarak 8 tiang lampu dah boleh bau.

Dan sebab ramai gila orang tempat ni memang merimaskan kepala otak.



Tapi dalam ramai orang dengan panas gila tu ada jugak yang sanggup duduk bersantai tetengah orangramai. memang kagum la siapa yang sanggup duduk situ lama-lama. tapi tetap takboleh lawan kegigihan mereka ini;


-siap buat studio penggambaran ok.kau ade?

so kesimpulannya i-city memang indah khabar dari rupa.unless they have Lady Gaga performing there,its not worth your time. baik tengok cerekarama.


Sunday, July 18, 2010

Sepetang Bersama Erra Fazira

Im in shah alam at my aunty's place!motif nak bagitau lokasi merempat?kalau jumpa i kat uptown shah alam tu takyah buat-buat tak kenal tapi kalau tegur wajib belanja nasi kukus. Nasib baik ada kawan soleh sanggup jemput i dari Nilai hehe.kalau tak memang mereput la kat Nilai sampai habis cuti.

So the day after diorang jemput i tuh kitorang pergi ke Key El untuk berfoya-foya. Lama betul tak buang masa kat kl.hampir lupa macamana rasa jadi remaja malaysia yang normal. we went to Ikea for lunch memandangkan semua orang macam mengidam meatballs sebab ikea dublin meatball babi. dah setahun mengidam woh kalau orang mengandung mesti dah meroyan.


-selain karipap,meatballs ini memang kecintaan.

Lepas makan sambil mengumpat,we went to cineleisure to watch Despicable me. Kali kedua tengok wayang kat malaysia.dua-dua cerita kartun.bila kau nak dewasa hah?



The movie was entertaining jugak walaupun not as good as Toy Story. siap boleh touching-touching lagi. apasal cerita kartun semua nak touching waktu last-last? letihla nak tahan nangis setiap kali tengok wayang.

Then after wayang and jalan-jalan dekat the curve yang mahal tuh we decided that The Curve is too posh for us. so off we went to OU,where we belong.waceyhh
Padahal pergi OU nak makan dessert je dekat Delicious. i like their chocolate pavlova sebab cream sedap walaupun ada potensi menyumbang ke arah kegemukan kekal.




-yang kanan driver,yang kiri sanggup datang dari penang.dua-dua tak available sila gigit selipar.


-yang kanan its complicated.apasal sibuk nak cerita status orang ni weh??macam laman mencari jodoh pulak kan.gatal.

Owh owh lupa pulak nak cerita,waktu kat delicious tu kitorang nampak erra fazira woh.dia pun duk lepak situ jugak.ni haa gambar sebagai bukti:



nampak yang baju oren belah kanan tu?sumpah weh tu erra fazira.mula-mula nak tegur mintak sain dengan gambar tapi bajet ego la padahal cerita Pasrah 3 kali tengok.belum kira Sembilu dengan Maria Mariana. paling takbley blah Amir aka mr driver. dia sebenarnya closeted Erra's fan.tu yang terketar-ketar ambik gambar habih gegar.Amir, kau jangan tak mengaku dowh.

Lepasni mungkin keluar sekali dua je lagi dengan kawan-kawan sebelum puasa.kalau dah puasa jangan harap la nak keluar dah time tu sibuk berzanji kat rumah. Jadi selamat berpuasa kepada semua,sama-samalah kita kurangkan karaoke nak dekat puasa ni.