Annyeong bitchess!
Bertemu lagi dalam travelogue Korea part 2. Seperti yang telah di war-warkan di dalam post sebelum ini, on the first day of arrival tu dah gerak pergi Jeju di sebelah petangnya. Kalau tengok peta Korea, Seoul dengan Jeju ni agak jauh antara satu sama lain.
So kena ambil connecting flight. 50 minit naik Korean Air dari Gimpo Airport. Setibanya di Jeju, dah agak gelap,almaklumlah musim-musim winter ni memang cepat matahari tenggelam. Destinasi pertama ialah Yongduam Rock.
Batu berbentuk kepala naga ini terbentuk dari formation lava gunung berapi. Ada lah cerita di sebaliknya,yang tu kau orang pi baca dekat website tourism Korea okeh takde keje nak buat promosi tak berbayar kat sini.

Lepas mensnap beberapa keping gambar dari pelbagai posisi modelling, terus menuju ke restoren berdekatan untuk dinner. Dinner adalah steamboat seafood. Tapi orang Korea ni mana ade steamboat tomyam segalajadah,dia boil air lepastu humban semua seafood dalam tu. Untung surirumah Korea senang nye lah haiii hidup kau bagi laki makan rebus-rebus.
Usai dinner,we checked in at New Crown Hotel. Macam dekat Seoul jugak,this hotel is located right in the middle of the city.

The view from our tingkap:
-Hellooooooo Jeju!
Marsh kata cerita Autumn In My Heart ada shooting dekat Jeju juga,but takdelah tunjuk this developed side of Jeju. Tak sangka ada town yang happening untuk diteroka. Teruja,teruja,teruja! Ok dah diam kau ingat kau Ella nak ulang 'teruja' doploh kali.
The best thing about Korea ni ialah kedai-kedai dia tutup lambat. Sampai tengah malam pun boleh window shopping lagi. Kalau kat Dublin dulu pukul 6 petang kedai dah tutup. (patut la Ireland bankrap)
Suhu di Jeju adalah tidak sejuk,dalam 9-10 degree macamtu. So boleh keluar berjalan pakai seluar tidur jyeah jyeah.
The quest of authentic Korean food bermula setelah beberapa minit berjalan. Padahal baru berapa jam makan dinner. -____-" Sekarang you tell me lah how to lose weight haihh
We went to one of the cafe to have Dobukki. A simple Korean dish yang terdiri dari rice cakes,sayur and spicy gravy. Sedap gila woihh..

These are considered as snacks for Korean. Dinner dia makan benda lain yang lebih heavy. Snacking cenggini tapi paha kau saiz batang mancis? *depresi*
The next day tu eksplorasi Jeju bermula. Tour dimulai di Ilchulbong Peak. Area bukit yang terbentuk dari formasi lava gunung berapi juga,diwartakan oleh Unesco sebagai salah satu new wonders of the world.

Tempat ni sungguh cun. Boleh mendaki puncak tu kalau nak tapi disebabkan angin kuat + sejuk melampau hasrat mendaki dibatalkan.
-According to Thariq ada this one drama ada scene hero heroin ride basikal ke arah lighthouse tu. Tapi tak ingat lah pulak drama apa.
Then kalau turun ke bawah ke arah pantai tu akan nampak macam ada rumah;
Its actually adalah headquarters penyelam wanita. These women menyelam untuk dapatkan fresh sea products. Some of them ada yang berumur 70 tahun,memang dari dulu tradisi lelaki pergi memancing laut dalam,perempuan menyelam di pesisiran carik kerang,kepah dan sewaktu dengannya. #respect
-Those things were alive. Boleh beli dan makan.
Sebelum balik beli sotong kering tepi jalan. Sotong dalam bahasa Korea bermaksud Bullshit. So kalau muka rasa nak kena tapak,boleh la order 'Pakcik, SOTONG satu'.


On the way nak ke Ichulbong ni sebenarnya ada singgah ladang oren.
Disebabkan Jeju Island ni tanah gunung berapi,so tak berapa subur untuk pertanian. Antara pokok yang mampu hidup subur ialah pokok oren lah. Jeju punya orange antara produk yang fofular di sini.
Perjalanan diteruskan ke Folk Village. Di Korea ni tak banyak tempat yang ada perkampungan tradisional macam di Jeju. Orang kampung di sini dikecualikan tax dan dapat free education as long as they preserve gaya hidup unik mereka.
-the house

-nampak tempat dia cangkung tu?situ ada lubang untuk berak. So nanti taik kita tu babi hitam dalam tu makan. Cukup bulan sembelih babi buat kenduri. Kembang tekak aku ni haa
Lepas puas meronda satu kampung we headed to some other tourist attractions in Jeju. Sini memang kawasan pelancong so banyak jugalah muzium-muzium diwujudkan. The first one that we went to was the Trick Art Museum.
Basically muzium ni takde ape pun,cuma dia ada murals yang kalau kita bergambar dengannya boleh buat efek ala-ala 3 dimension gitewhhh.
Contoh:
-terpaksa berbaring untuk snap gambar ini
Muzium seterusnya yang dilawati ialah Muzium Ripley's Believe it Or Not. Memang fun ok semua muzium dekat sini,langsung tak ilmiah (bimbotic gila ayat). Sesuai dengan kehendak diri yang tak minat sejarah.
There were a lot of unique stuff inside the museum. Kira tak bosan la duduk berejam dalam tu.
The last museum that we went to was a Teddy Bear museum. Yes,they built a museum for teddy bears. How.....educational. T_T
-Korean retis with their teddy bears on display
At first i was like what's the point of all this?? Muzium anak patung?? But after a while guess who got overexcited upon seeing huge cuddly teddy bears?


Setelah puas membuang masa di muzium-muzium tak berapa educational ini, we had dinner. Macam biasa mesti ada kimchi dan segala side dishes lain. Tapi lauk utama ialah mackerel bakar dan telur.
-my verdict: memang sedap. Roti dia tebal tapi crispy,not too sweet. Just perfect.
Demikianlah ceritanya 2 malam di Jeju Island. Keesokan harinya naik flight balik Seoul dan teruskan perjalanan ke Yong Pyong Ski Resort untuk aktiviti riadah bersalji. Jumpa lagi di episod mendatang dengan skil editing gambar yang lebih sampah. Bye.
Tweet











