Wednesday, January 27, 2010

SINOPSIS NUR KASIH SEASON 2 BOCOR!!!!



(abaikan tajuk entry.ceh bajet menambah reader la buat sensasi camni)
Pernah tak kau dengar dari kawan kau yang ade sorang yang kau tak kenal ni tiba2 kata kau ni perangai tak berapa elok?

Pernah tak kau terdengar minah muka longkang yang kau tak pernah kenal ni tiba-tiba kata kau sombong?

Pernah tak seorang yang kau kenal tapi tak rapat ni sebar-sebar cerita tak berapa nak elok pasal kau?

Pernahkah kau menguntai hariiii paling indah?diamkau acha septriasa.

sekarang ni kalau tengok dekat segmen write something about yourself di facebook memang quote paling femes digunakan ialah dont judge me before u get to know me.
perghh terasa nak emo pulak tiba-tiba.

hidup ni memang takkan lari daripada di judge oleh orang lain.sedar tak sedar memang setiap hari kita pun sibuk menilai orang juga.tengok gambar artis bersosial di kelab malam semua pakat kutuk ni mesti makbapak pun ratu ronggeng patutla anak perangai teruk. padahal kita tak tahu makbapak artis tu punyalah ustaz ustazah pergi makkah dah 56 kali. tapi dah anak tak dapat hidayah memang takboleh buat apa.

jadi i rasa menilai dan dinilai orang lain tu memang lumrah yang kita tak boleh nak elak. diri kita sendiri pun kenalah berusaha supaya tak menimbulkan impression buruk pada orang.ini gambar tonggang-tonggang,gomol-gomol pergi taruk kat fesbuk lepastu bila orang mengata tau pulak kau marah sundel?

itulah sebabnya i tak pernah tulis benda-benda personal di belog. sebab belog ni memang sah-sah bomoh santau yang duduk sempadan siam pun boleh baca so sesiapa saja bebas nak judge diri kita based on our writing. makanya kalau ada orang yang menegur ke memang tak boleh salahkan dialah sebab tulis benda-benda personal di belog samalah macam buat website www.silabacakisahhidupkudanberipandangan.com. tapi kalau nak cerita kisah peribadi dan dapat respon yang bagus boleh buka myjodoh.net. eh siapa kata i pernah buka website ini? *tiba tiba buat penafian*

setiap kali jumpa dengan orang baru memang kita pun akan ada pandangan peribadi tentang orang tu.tapi selagi kau belum kenal dia secara mendalam, keep your opinion to yourself.
ini macam baru first time tengok gambar Lady Gaga pakai sependa ungu sibuk nak kutuk-kutuk.dua minggu lepastu ringtone henpon kau yang mamma mamma poker face. ceh.

kesimpulannya menilai dan dinilai memang tak boleh nak elak dalam hidup ini.lebih-lebih lagi kalau duduk Nilai.
tiba-tiba malam ni macam deep sikit.fuh


-agak-agak orang percaya tak kalau i kata i pelajar perubatan yang serius?





Sunday, January 24, 2010

Pengembaraan Anak Muda Yang Penuh Ranjau 5.0-MADRID,finaaaalllyyyy


yesssss finally sudah tiba di post last tentang espana trip.ni kira macam season finale lah.teruja tak?teruja tak?ke i sorang yang teruja?FINE.

ok first i would like to clear things up.hanya post barcelona saja yang ditulis ketika i berada di spain.post2 lain semua setelah kembali ke dublin.jadi jangan sangka i berjalan ke spain tak tahu nak balik lupa diri perlu belajar untuk anak bangsa T_T

madrid was my last stop untuk siri pengembaraan kali ini.madrid ialah capital of spain bukan barcelona seperti yang disangka ramai pihak(ceh ramai pihak padahal kau je). so public transportation di sini memang bagus. from 1 place to another memang akan naik Metro yang dpt mengurangkan risiko sesat sebanyak 70%.

destinasi pertama sebaik tiba di madrid of cos lah stadium real madrid


tapi sebab dah pergi old trafford so i decided taknak masuk.besides bukankah semua stadium rupanya sama?kalau nak tour stadium baik pergi stadium paroi,dahla free siap ada gerai popiah yang lazat.

jadi sebab kononnya nak jimat duit taknak masuk stadium,i menyinggah saja di souvenir shop stadium tu. nak jimat duit tapi masuk kedai.walaupun kedengaran bercanggah tapi itulah yang kami lakukan. dan sebab real madrid sibuk nak beli player mahal-mahal keychain sebijik pun dah 8 euro. 40 ringgit untuk seketul keychain?ok tak minat real madrid dah.

kemudian perjalanan diteruskan untuk mencari tourist attraction yang free.yes we're cheap like that.our next stop is..

-retiro park.ala-ala central park gitu

-gambar curi dari facebook Wan Syahmi.beliau kacak.sila add

-crystal palace di retiro park

retiro park ini boleh tahan besarnya and memang sesuai untuk beromantis dan melepak-lepak.tapi yang paling penting masuk free.ka-chinggg.
di sini juga i pertama kali dalam seumur hidup naik bot (ke sampan?) jadi memang macam anak sakai bising gila berebut dayung tengah-tengah tasik.kepada pengunjung lain harap maaf i selalunya tak begini.

-4.50 euro je untuk satu bot.ish ish ish Tuhan maha pemurah

the next day pula dipenuhi dengan aktiviti sight seeing.antara tempat2 yang sempat disinggah ialah plaza mayor.i sebenarnya tak paham kenapa tempat ni dianggap sebagai tourist attraction.its just a plaza(hence the name) yang dikelilingi kedai souvenir dan beberapa restaurant.


owh cerita Vantage Point pernah shoot disini.scene presiden kena tembak.berhenti study dan sila tonton filem ini sekarang.

selain dari plaza mayor,royal palace juga dikira sebagai tourist spot.dalam palace ini anda boleh lihat art collection yang dimiliki oleh royal family Spain.yawn.


disebabkan madrid adalah last stop so we had a grand dinner sebagai penutup kepada percutian yang serba indah ini. we went to el cucurauchoo restaurant.despite the name,restoran ini unfortunately tidak menjual cucur tetapi menyediakan seafood yang mantapzz.

-ekspresi buas sebelum makan

as for dessert we went to haagen dazs untuk memuaskan nafsu makan masing-masing.


sesi menambah lemak tepu dalam badan ini menandakan berakhirnya pengembaraan awesome 2 minggu lebih di spain.tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal pada negara yang indah ini.
ADIOS ESPANA!!

fuh akhirnya habis pun buat entry pasal spain.i wana sleep now.babai zzzzzzzzzzzzzz


Thursday, January 21, 2010

Pengembaraan Anak Muda Yang Penuh Ranjau 4.0-SEVILLE


OIIIIIII udah-udah lah cerita pasal spain.hahaha mesti rasa nak carut setiap kali baca blog ni cerita pasal spain.bukannya apa,i kalau boleh nak buat diari catatan perjalanan tapi sebab diary is sooo last millenium jadi i update lah ke belog.lagipun i pegi berjalan bukan guna duit KWSP nenek kau so dont kompelin here ah?

sebelum pergi bercuti haritu i ada buat list sikit apa yang i harus buat di spain.antaranya ialah makan local food,tengok bullfight,appreciate local culture macam flamenco dance,berlari sambil dikejar lembu and ambik gambar dengan bangunan-bangunan awesome yang menjadi kebanggaan spain.

local food dah try di barcelona.jadi misi utama ke seville adalah untuk tengok bullfight dan jugak flamenco dance since seville memang feymes dengan dua bendalah tu.(i assume sendiri) malangnya musim winter begini mungkin lembu lebih gemar mengawan jadi memang tiada bullfight diadakan.so the closest thing to bullfight ialah melawat bullring museum. dengan bayaran 4 euro i dan rakan-rakan masuklah ke museum lembu itu.i memang ada bad feeling tentang muzium-muzium ni sebab muzium paling best yang i pernah tengok ialah Night At The Museum.itupun sequel dia dah tak berapa mengancam.


-bukan baju Lady Gaga.ini baju matador

-cuma di sepanyol lelaki yang memakai high waisted pants disanjung tinggi.eh mata tengok mana tu?astaghfirullah..

-Plaza de Toros-what it look like inside

-muzium ini sungguh menarik.ok tipu.tengok gaya bergambar dah tahu

lepas tu i pergi ke another attraction here in seville,La Giralda tower.tower ini sebenarnye dalam cathedral yg besar gila baban.so merasa la masuk cathedral sekali.eh 2 kali first time haritu waktu hadiri majlis kahwin britney spears.

-menara ni ada 30+ tingkat.tiada lif disediakan.bila terpaksa tahan kencing dalam perjalanan turun memang menduga keanjalan pundi.

malamnya pula i pergi tengok flamenco dance di plaza de andalucia.flamenco show selalunya dalam satu pakej with dinner dengan bayaran yang agak mengazabkan sekitar 36 euro.memandangkan menu terdiri daripada haiwan-haiwan terlarang,we decided untuk bayar for the dance show saja sebanyak 18euro.

-walaupun penari wanita berwajah sedikit nyah tetapi penghayatan tetap tak terjejas

memang berbaloi 18euro tu sebab the show was quite long,lbey kurang 2jam and flamenco sangat exciting.lebih excited dari terjumpa lagu Setia Kukorbankan dalam playlist ipod rakan serumah. mengikut sejarah, flamenco ni ada influence gypsy sikit.so diorang punya dress up memang gypsy-ish lah.lepastu the movement macam tap dance kacukan sawan.lagi hyper dari tap dance and banyak melibatkan tepuk tangan dan memetik jari.



itulah antara highlights trip ke seville.sebenarnye i pun dah tak larat nak cerita pasal trip2 ni tapi sebab nak jimat masa dan bil telefon terpaksa tulis jugak supaya nanti bila mak telefon suruh cerita tentang vacation boleh suruh baca dekat belog saja.

lepasni last post pasal vacation-madrid.lepastu kita bergebang seperti biasa ok?

to be continued...





Tuesday, January 19, 2010

Pengembaraan Anak Muda Yang Penuh Ranjau 3.0-GRANADA



setelah menghabiskan 3 hari 2 malam oh 3 hari 2 malam~~(nyanyi gaya fazley)di valencia kami kumpulan pelancong muflis meneruskan perjalanan ke granada pula.menaiki bas.sekali lagi. fuh separuh usia remaja memang dah habis atas bas saja.walaupun naik bas memang kurang vogue tapi kalau drive dari rumah ke the curve yang jarak 5 minit pun boleh mati enjin 2 kali maka sudah tentu menyewa kereta bukan pilihan bijak.

perjalanan kali ini memang yang paling jauh sehingga i terpaksa overnite atas bas.see versatile gila boleh tidur di airport DAN di atas bas.kalau kahwin senang bila rumah kena jual dengan bank boleh anak beranak tidur dalam van.dahla berebut tempat duduk dengan abang bermuka Nepal.mentang2 kau gengster kau ingat senang-senang aku nak let go the best seat in the bus untuk kau hah?

awal pagi esoknya i tiba di granada-sebuah bandar yang terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada.hotel penginapan pula terletak di puncak bukit.kalau nak mendaki jalan kaki insya Allah thaipusam tahun depan baru boleh cek in.so naik teksi je lah which didnt cost much pun.around 7 euros je.

4stars konon.cett cerek mana weh mana??!

the most famous tourist attraction kat sini of cos lah alhambra.which is a fortress built by orang muslim when they came to spain zaman dolu-dolu.but bila christian pula mengconquer spain some part of the alhambra diguna as a church.


-tapi still boleh nampak lagi tinggalan-tinggalan islam.tulisan-tulisan khat kat dinding2 semua masih ada till now.


-sepatutnya kolah air tu ada lion statue yang support keliling dia.but that time semua lion kena hantar kedai kasi repair.tapi tambang masuk still takde diskaun.di mana keadilan?

-bandar granada memang happening walaupun atas bukit pull n bear,mng,zara semua stok lagi terkini dari dublin.dahlah murah gila.shame on u dublin.shame on u...

-sekarang anda faham kenapa i lebih selesa menaiki teksi dari berjalan kaki?

walaupun kristian dah conquer spain zaman dahulu tapi masih ramai lagi penjual kebab muslim di granada(takde kena mengena).so in terms of mencari makanan halal lagi barakah memang tiada masalah.certain restaurants walaupun takda tulis halal bila tanya sebenarnya halal je makanan dia.so takdelah tiap hari makan kebab penuh bawang.memang tak menyihatkan malahan pengambilan bawang yang banyak dipercayai boleh menyebabkan ketiak berbau tengik.

-selepas berkali-kali makan kebab akhirnya makan ikan for a change. ekspresi wajah menggambarkan penafian ketiak berbau tengik.

actually banyak gila gambar dekat alhambra tapi i tak larat nak upload semua kat sini. lagipun kalau penuh gambar orang tak panggil belog,orang panggil facebook.ok sekian saja untuk episod kali ini bertemu lagi dalam post akan datang dengan destinasi yang lebih mengujakan.bye!! *berlari ke bilik air untuk samak ketiak*



Pengembaraan Anak Muda Yang Penuh Ranjau 2.0-Valencia


Bertemu lagi dalam jurnal pengembaraan sepanyol 2010.episod kali ini kita akan mengupas mengenai sebuah destinasi percutian tak berapa popular di sepanyol-iaitu Valencia. dari Barcelona jika menaiki bas memakan masa 4 jam sahaja.namun jika sepanjang perjalanan disajikan dengan filem sotong gergasi yang ganas dalam bahasa sepanyol,maka 4 jam akan terasa lama.(kisah benar)

Valencia is the capital and most populous city of the Autonomous Community of Valencia and the third largest city in Spain, with a population of 810,064 in 2008.It is the 22nd-most populous municipality in the European Union and 35th-most populous urban area in the European Union with a population of 1,175,000 or 1,564,145. 1,705,742 or 2,300,000 people live in the Valencia metropolitan area.

eh apasal ayat macam wikipedia?terpaksa copy paste sebab ada orang tanya weh hatim belog engkau memang unsur2 hiburan saja ke?ok esok i buat entry kelebihan susu ibu dan kaedah melipat telekung.

kembali kepada tujuan asal post ini,bagi i walaupun valencia 3rd largest city ke apa tapi personally i rasa dia besar sikit je dari pekan Jerantut.tourist attraction pulak terbahagi kepada 2 area;Barreo de Carmen dan City of Art and Sciences.

Barreo de Carmen ni macam typical european city yang lain,ada monumen2 lama dan bangunan2 seperti castle.



but the most interesting place in this area ialah pasar nye atau dalam bahasa spain mercado central. pasar di sini menurut wikipedia juga adalah largest in europe(?) tapi yang pentingnya semua barangan adalah fresh dan pasar tidak berbau seperti ketiak bangla.

pertama kali begitu hampir dengan babi =_=*

mana nak carik stroberi besar penumbuk baby 4 euro sekilo hah?

yang speselnya tentang valencia ialah bangunan moden di City of Arts and Sciences. sepanjang di barcelona asyik tengok bangunan lama maka bila di valencia sumpah batak gila bila nampak bangunan moden.macam first time melawat klcc pakai baju batik sekolah menengah sains selangor T_T



di city of arts and sciences ni ada art museum,planetarium dan the largest aquarium in europe. dengan bayaran 20euro seorang (student price my ass) i menghabiskan seharian mengexplore the aquarium



-selain dari menonton walrus mengawan dolphin show yang awesome juga adalah highlight kepada lawatan sambil belajar ke akuarium ini.

sekian saja laporan kali ini.

to be continued..

Sunday, January 17, 2010

Apa Jadi Bila Anda Broke + Flight Awal Pagi


Bukan.bukan jual diri di malam hari.bila sudah broke dan flight anda adalah awal pagi buta option yang paling mudah dan menjimatkan ialah tidur saja di airport.ini bagi sesetengah orang mungkin kedengaran agak Bersamamu tapi bagi travellers sejati(lebih kepada travellers muflis tsk) tidur di airport adalah perkara lumrah kehidupan. tidur di airport maksudnya tidur dalam terminal lah bukan tidur atas landasan celah tayar kapalterbang BUKAN!tetapi walaupun tidur dalam bangunan,cuma sesetengah orang saja mampu menghadapi cabaran bermalam di airport.

maka selaku survivor penginap beberapa airport terkemuka dunia di sini i ada suggestion beberapa aktiviti yang boleh dijalankan di sepertiga malam untuk mengisi masa terluang anda sepanjang bermalam di lapangan terbang.

1)menangkap gambar bayi terbiar sambil membanteras gejala buang bayi


2)menyamar homeless

3)main picnic-picnic,lengkap dengan payung untuk mengelak sun burn

4)timbang kasut anda dan decide samada layak untuk dibawa menyertai jogathon


5)meyamar sebagai beg dan check-in kan diri sendiri


sekian saja tips pengembaraan kali ini.jurnal travel spain akan di sambung bila ada masa lapang. kepada penuntut UCD selamat kembali ke sekolah. MALAS GILA WEH NAK START BELAJAR BALIK +_+

Monday, January 11, 2010

Pengembaraan Anak Muda Yang Penuh Ranjau-BARCELONA

helo semua!!!fuh kangen bener aku sama kau orang.i masih di spain lagi tapi disebabkan semua ahli rombongan berstamina nenek dan snow lebat di luar maka,tiada yang lebih manis dilakukan selain duduk saja di hotel dan berzikir.

post kali ini i nak cerita sikit2 tentang trip to barcelona beberapa hari lepas.kalau nak cerita mendalam first time berak lap dengan tisu semua memang kena paling kurang 18 post jadi lets keep it simple.zassssssss

barcelona femes dengan monumen-monumen yang di-design oleh seorang anak watan bernama Gaudi.design beliau tidaklah se-awesome Giant senawang yang ada parking berbumbung FREE tapi semua ciptaan beliau sangat sukar untuk dibina akibat terlalu detail.jika di bina di malaysia insya Allah selepas 2 minggu akan roboh secara perlahan-lahan.


-di guell park punya entrance


-one of gaudi's creation


-another one.gaudi's juga



-sagrada familia.tak siap-siap since dulu.mesti kontraktor melayu

bandar barcelona sungguh indah kerana zara yang murah bersih dan bersuhu suam-suam manja. personal feberet i adalah area Gothic Quarter di mana bangunannya semua rapat-rapat macam dalam cerita romantis sepanyol hero heroin boleh bercium walaupun dari balkoni bersebelahan wadefak.


-lebih meriah dari lorong haji taib


-ada picasso museum.tapi sebab kedekut tak minat maka tak masuk pun

di barcelona jugalah i merasa makan tapas dan paella which is a local dish.ada sekali makan seafood paella i syak dia ada taruk wine sikit dalam untuk menambahkan perisa.habis semua orang lalok pening-pening bajet hangover.pengajarannya baca bismillah sebelum makan untuk keberkatan yang lebih.

antara attraction lain barcelona ialah aquarium,arc de triomph,art museum dan macam-macam lagi. tapi yang paling best adalah the magic fountain depan national art museum.setiap sabtu 7-9 pm ada fountain show siap dengan music sekali.berbaloi tunggu sambil tahan kencing dari pukul 6 petang


-sebenarnya ada video sekali.tapi apesal tah lama gila upload tak siap-siap.bila-bila free i upload kemudian.

kesimpulannya barcelona memang best,lagi best dari paris and dublin of kos. nilai tak boleh lawan sebab sentiasa di hati.pergghhh orang nilai undi aku weh jadik datuk bandar!


rempit jalanan barcelona beraksi megah sebagai gambar penutup.

TO BE CONTINUED...

pee ass:kepada rakan taulan gambar terperinci ada di facebook yos truli.silalah stalk.macam tak biasa ;P