Saturday, February 26, 2011

One Final Exam


Semalam ialah last lecture for me in UCD. I was feeling rather sad, but not sad enough to refrain myself from falling asleep halfway through the lecture.

And UCD decided not to make it easy for us. Sebelum balik ada OSCE exam on Monday. Yes. Exam weh because they are mean like that. Jadinya now i have to go through my clinical notes and practice my clinical skills hence the lack of updates in this blog.

Nasib baik dianugerahkan rakan-rakan yang bersemangat tinggi, maka practice clinical skills adalah secara berjemaah. We spent the night touching each other which is so wrong in so many ways given any other circumstances.


Sesi prektis diakhiri dengan sleepover sambil menonton filem seram. 20 minit je i tengok lepastu dah tertidur.

So the next time i update this blog (probably i'll blog pasal farewell reception tempohari) , will be selepas OSCE on Monday. Which also mean i secara official nya telah habis belajar at UCD. tsk tsk.

Doakan kejayaan i dan rakan-rakan untuk this one final exam.

UPDATE:
homaigod. how can i forget?? monday 28th of february is also daddy dearest birthday!!
and i got u a prezzie already =)
just an early reminder;since i will be staying a lot closer to home nanti expect me to come ask for money more often hehe.

Monday, February 21, 2011

Ronda-Ronda Hujung Minggu 2.0



Seperti yang telah dinyatakan di post yang lepas,kereta telah disewa bagi tujuan jimba-jimbaan selama 2 hari. The second day tak boleh nak hoohah sangat sebab cuaca tak berapa elok. Jadi takdelah nak bersantai picnic semua,just sight seeing je.

Kelebihan menaiki kereta ialah dapat pergi ke tempat yang kau tak tau wujud pun walaupun dah duduk sini 2 tahun lebih. Sebab selalu naik bas asyik ikut route sama,memang otak tak berkembang. Lupa i nak tunjuk dalam post lepas,malamnya we went to this modern part of the city to see the Grand Canal Theatre. View dekat situ memang cantik malam-malam.

-klik untuk tumbesaran berganda

Hari kedua ronda-ronda dimulakan dengan kawasan Sandymount. Ini lagi satu tempat yang kalau kau bukan fotografer or datang nak bunuh diri memang takkan sampai. Sandymount adalah kawasan tepi laut yang terletak sebelah industrial area. Memang feberet spot fotografer untuk ambik gambar.

Dalam post kali ini,gambar semua adalah dari kamera cap tupai i. So saje tambah efek edit-edit untuk nampak canggih hehe.


We walked quite a distance towards this lighthouse. Gigih gila berjalan dengan tempias ombak kiri kanan + angin kuat.

Lepas puas menikmati angin laut, destinasi seterusnya ialah ke Howth. I've been to Howth several time oredy tapi ini last time lah kiranya nak melawat sebelum balik.

Howth is a very nice town tepi laut with a magnificent view juga. Tapi gambar yang lawa semua dalam kamera Haizie. T_T



But the real attraction of Howth adalah this guy here;

Semua anjing-anjing laut ni lepak dekat tepi tebing tunggu tourists pemurah campak ikan free untuk diorang. Ikan-ikan nih boleh dibeli dengan harga 4 euro sebaldi from fishmongers berdekatan. 4 euro? no thankyou.

Lepas penat menahan sejuk di Howth we headed to Phoenix Park. It is the largest public park in Ireland. I pun dah beberapa kali datang sini for picnic tapi setiap kali datang tak explore habis pun. Selalu memang makan dan picnic wajib didahulukan daripada menjelajah taman.

That is why i never get the chance untuk tengok rusa yang berkeliaran dekat taman ni before. Memang banyak rusa liar roaming around this park. Diorang dah tak takut manusia siap boleh meragut rumput atas padang bola. -___-"

Usai berperangai sakai mengejar rusa,we went to Blanchardstown. A huge shopping mall located somewhere in the suburb. Biasanya nak pergi sini kena naik bas nombor 39 dekat sejam lebih baru sampai.
Aktiviti membeli-belah membuatkan perut berasa lapar. Ewah salahkan beli-belah padahal memang sejak lahir selera jin. Dinner was at Eastern Flavours,a Malaysian owned restaurant in Tallaght.

Sedap gila woh food dia,dahlah chef orang Malaysia boleh demand nak tambah pedas ke apa. Harga boleh tahan murah. This chicken mandi rice harga 10euro je. Boleh share 5 orang weh. (tapi kitorang share 3 orang je hehe)

Other than this, we ordered food lain jugak like mango chili duck(highly recommended),fettucini and this lamb chop with rice.

Gambar selepas;

Walaupun ahli rombongan terdiri dari 4 orang lelaki muda, tetapi title juara makan anak gadis ini yang pegang;

-siap 2 pinggan tindan depan muka. Kau mampu? Identiti beliau terpaksa dirahsiakan.

Jadi begitulah bagaimana second last weekend in Ireland dihabiskan. Thank you to those involved kerana memberi peluang kepada i untuk mendekati Ireland one last time. =)

Sunday, February 20, 2011

Ronda-Ronda Hujung Minggu


Lately kecintaan terhadap Ireland semakin bergelojak. Tiba-tiba macamni. Jadi tanpa berlengah ajak rakan-rakan sewa kereta untuk ronda-ronda dalam Ireland. Setiap kali cuti selalu pergi melancong negara lain,padahal negeri tempat kediaman sendiri pun tak habis terokai lagi,lupa daratan ke apa?

Destinasi hari ini ialah Glendalough yang terletak di county Wicklow (penulis ragu-ragu dengan fakta geografi ini jadi semak google map untuk kepastian). Glendalough ni padahal kalau drive dari Dublin adalah dalam 50 menet,tapi tak pernah jejak. Kesian tak weh?

Trip ini di-join oleh Syahmi,Aisyah,Arman dan Haizie. 3 dari mereka memiliki kamera canggih ribuan ringgit justeru adalah menjadi satu tanggungjawab untuk i berposing di serata tempat demi memanfaatkan pelaburan wang mereka-mereka ini. Maaf sekiranya post ini sedikit narsis, tapi memang nak upload gambar muka sendiri penuh dalam ni haa.

-Upper Lake di Glendalough

Dengan pemandangan seindah ini harus mulakan sesi bergambar dengan penuh kesopanan;

-hambek kau

Then we had lunch,picnic betul-betul tepi tasik. Sambil makan sambil tengok pemandangan.

Konon ah tengok pemandangan padahal khusyuk gila makan,kalau ada beruang serang hendap dari belakang semak komfem mati mulut penuh ciken wing.

Mana tak khusyuk,lauk picnic macam kenduri cukur jambul ke ape ni. Dahlah over siap bawak pinggan kaca,sudu,mangkuk segala. Sikit lagi nak angkut sinki dengan blender sekali. Lepas makan dan teguk kordial oren yang disangka jus oleh Haizie -___-" ekspedisi bercamwhoring perlu diteruskan. Perjalanan masih jauh.


Dalam dunia ini anda perlukan 2 jenis kawan; kawan yang berperangai senonoh dan kawan yang memiliki DSLR. Nescaya hidup anda lebih bermakna. Pergi jalan-jalan bawak badan je,lepastu posing sebab fotografer memang otai sanggup redahi paya dan semak untuk dapatkan shot terbaik. :')
-gigih tak macamni?sikit lagi nak menjunam dalam sungai aku tengok

We did a little bit of hiking to see the waterfall and sight seeing. Sambil jalan of kos kena snap gambar sambil buat gaya konon-konon nature lover padahal selalu muka tu lah yang campak plastik sampah dari tingkap kereta.

-convincing tak gaya pencinta alam sekitar nih?

Lepas dah puas ronda-ronda area Glendalough,perjalanan diteruskan ke arah Wicklow National Park. Nothing much to see tapi ada satu area yang penuh dengan batu-batu dekat puncak bukit. The view was spectacular.


These two pictures are from my cheaptastic camera. Didnt do it justice. You have to go there to see it for yourself. Lawa gila woh. Then we headed to this place called Hollywood. Memang nama dia Hollywood sebab kononnya banyak shooting movie kat situ. But when we get there its just a small town. The only thing 'unique' about that town was this petrol station;

-Emo. Budak-budak gothic Times Square boleh download gambar nih buat wallpaper.

After that we continued our journey to Powerscourt Waterfall. Boleh tahan lah sesat-sesat jugak, sebab angkuh taknak sewa GPS masing-masing guna GPS henpon. Sekali bateri dah lip-lap menggelupur sekejap.

Tapi last-last sampai jugak lah Powerscourt Waterfall tu. Masuk sorang bayar 4 euro lima posen. Gila. Tambah 2 euro dah boleh makan buffet Pakistan.

Di waterfall ni sekali lagi habiskan masa bergambar sampai pitam. Kualiti gambar dari fotografer-fotografer ni memang tak boleh disangkal lagi. Kehadiran elemen air terjun sebagai backdrop menjadikan mereka lebih teruja.

-Kau ade fotografer terkangkang-kangkang effort nak ambik gambar macamni?

Antara hasil usaha gigih Haizie selaku fotografer peribadi i pada hari ini;



Fuh satu hari memang puas berjalan.Tapi kalau dapat 2 hari lagi best. Maka dengan itu kami sewa kereta for 2 days. Aktiviti hari esok akan diupload kemudian.

Lepas dah letih seharian menjadi muse untuk fotografer-fotografer berkaliber ini, balik rumah disambut dengan nasi lemak yang dimasak oleh Haleem. Im in heaven.

ps:untuk melihat karya-karya lain oleh mereka ini boleh ke laman flickr Haizie dan Syahmi.

Wednesday, February 16, 2011

Emotions.


Im in a state of denial.

Im going back to Malaysia for good in a few weeks time. But all this while i tried not to think about it so much. Malas nak sedih awal-awal,membazir emosi je. Baik tunggu last-last menet,dekat airport,sebelum masuk boarding gate lepastu baru leleh. Macam dalam sinetron. Scene dekat airport mesti yang paling syahdu. Tapi lepas dapat email from JPA pasal flight details,then it hit me. Memang tarikh kepulangan semakin dekat.

So sebagai coping mechanism,i cuba untuk menikmati hari-hari terakhir ini dengan kegembiraan bersama-sama teman rapat yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi. Some of my close friends are not going back sebab diorang over achievers SPM berapa puluh A entah jadi dapat full 5 years course dekat Ireland. Kita yang SPM biasa-biasa ni gomen kata halfway dh boleh balik Malaysia,kau bukan pandai sangat nak duduk lama-lama kat obersi.

Waktu mula-mula datang Dublin i didnt even know half of these people's names. Tapi over the years we bonded,picnic together-gether,lepak together-gether,vacation together-gether. Sekarang dah begitu kamceng hingga tidak perlu segan kalau terkentut di depan mereka ini.

Pictures were taken at Owein's house where we all fell off the no-shisha wagon. Konon dah sober tak shisha berapa bulan,sekali bila tuan rumah bawak keluar shisha 2 balang semua keimanan goyah. Dengar ura-ura they want to ban shisha in Malaysia soon,so ini memang last lah baraikan paru-paru macamni.

We had a makan-makan session sempena perpisahan yang bakal tiba. I dont have pictures of the foods here but semua memang awesome. Ada nasi with kambing,chicken wrap,burger,cakes dan segalajadah lagi. Thanks to Elle and Owein pasangan romantis penaja majlis.

Our friendship has its ups and downs. Despite the conflicts between some of us, especially when emotions get involved, at the end of the day we are still friends. And my biggest regret up till this day is that i let you took all the blames for whatever happened between us. It was partially my fault jugak (but mostly its yours lah haha *nervous laugh*,im joking).
You deserve someone better =)

Ini sepatutnya jadi satu post yang jiwengs sedih but memang tak sanggup nak bersyahduan sekarang. Perlu kekal positif sebab sebelum balik perlu tempuhi satu exam lagi. Now excuse me while i 'cope' with these emotions.



Wednesday, February 9, 2011

All Good Things Come To An End

Selepas Malaysian Night tempohari,literally selepas habis majlis i have to rush back home untuk mengemas. Sebab keesokan harinya orang-orang courier datang nak angkut barang. Nak tak nak terpaksa lah stay up sampai 2 pagi packing barang. Padahal dah lama beli kotak,saja nak tunggu last menet baru nak pack.Barulah melayu sejati.

Itupun nasib baik banyak barang dah angkut balik rumah summer lepas so takdelah banyak benor yang nak ditapaw bawak balik Malaysia. Most of them are baju,seluar,sependa etc tapi yang banyak menyumbang berat adalah buku-buku. Kepada saudara-mara yang nak belajar medik boleh datang rumah dan BELI from me,sori le i nak bagi free time-time tengah fakir nih.

-All (well, almost all)of this stuff goes into the kotak

I know,almari sepah macam lepas kena rompak but in my defence it was a pretty hectic week ok. Kemas almari baju wasnt on the top of my to-do list.

Waktu pilih-pilih barang untuk pos bawak balik baru sedar sungguh banyak pembelian yang boleh dikategorikan sebagai WTF. I mean most of the stuff i bought are rubbish tehee. Tapi anugerah pembelian paling WTF adalah topi ini which is bought by my housemate.

- ini kira nasib baik dah censored siap-siap kalau tak sumpah rasa nak tempeleng

-proses pemindahan sedang berlangsung

Some of my RCSI friends ada yang dah balik dah pun sebab RCSI habis awal.Pfffft those over achievers...

But most of them akan balik in a few days. So today adelah beberapa orang sudi menyinggah makan-makan at my house. They'd never been to my house sebab memang tak pernah buat open house since i moved into this new place. Atteeee dah rumah kecik,kalau buat open house sorang kentut, tak sempat bau dah habis sedut sorang sikit.

Bukan lah makan-makan ape pun,just masak spaghetti,cekodok and fries je.

-alas bekas telur tu memang memberi aura setinggan

- muka-muka yang konon sentimental melawat rakan sebelum balik malaysia padahal nanti sambung belajar tempat sama -_-"

So since im trying to clean out the saki baki of my harta,any juniors yang interested in buying stuff from me or my housemates adalah dialu-alukan. You can contact me or any of my housemates(arman,haizie,thariq,amir) through FB. Dengan lafaz Bismillah,i dengan ini melancarkan;

clearance sale harga rendah membunuh.siapa tak beli tak geng.

Bermacam produk untuk dijual dengan harga yang sungguh cilaka punya rendah. Kira harga cincai adik-beradik la. Items like this limited edition desk and chair are up for sale people!

Ok lah not really limited edition,you can get those from Ikea. Tapi Ikea delivery je dah 50euro. Yang ni still cash and carry tapi setakat nak bayar teksi untuk angkut pergi Belgrove alahaiiii tak luak duit der! Mine is already booked by my junior tapi still ada stok lagi jangan risau. Sila book cepat untuk mengelak frust gigit selipar.

Memang tak ambik untung langsung,we just want to get rid of these stuff. Other items up for grab ialah periuk,pinggan mangkuk,jackets and winter clothing(which are all branded) and this raket tenis which is practically new.

Sebab apa macam baru? Sebab main tenis hangat-hangat tahi manusia. Mula-mula daftar kelab tenis i was like 'see you at Wimbledon'. Perghh dia punya angkuh macam nak lempang. 3 kali main malas,sebab sejuk.Boleh?

ps:basikal i pun ade je lagi tepi tangga tu,siapa nak?

Sunday, February 6, 2011

Malaysian Night 2011


Semalam Malaysian Night. For us 3rd med students yang PMC bound,this is our last Malaysian Night sebelum balik Malaysia. Sebab bila dah balik,every night will be Malaysian Night.

I was suppose to help Aisyah with the backdrop and everything tapi i was so busy with hospital rotation last-last langsung tak tolong,tehee sorry ye rakan-rakan. But Aisyah and co. did a good job anyway.

Eventhough the food was a bit bleh,but it was a fun night. MSoc comittee should consider caterer lain for next year kot. Our irish classmates semua suka but then we,Malaysian know that the food served tak menepati selera anak tekak Malaysian. Wah demand pulak kau,lempang kang.




-tapi dessert sedap =)

The best part of the night were performances by our friends. First performance was by pasangan uda dan dara,Haleem and Reen. Their acoustic rendition of Melly Goeslow's song was phenomenal. Ana Raffali boleh bersara sekarang.

-sorry le kamera cap tupai,memang gegar la kan

They came up with this genius Who Wants To Be A Millionaire theme. Its kinda like Slumdog Millionaire minus all the setinggan. Our irish classmate,Donal Hanratty was the contestant yang kena jawab all the questions about Malaysia. So waktu nak jawab tu adalah flashback all the dances and everything yang kononnya dia pernah tengok when he visited Malaysia last summer.

-dikir barat

Dances;



All the dances were so entertaining. Memang respek habis tengah-tengah sibuk start semester pun mereka ini boleh carik time nak rehearse their dance moves. Dahlah most of them doesn't even have any background or basics in those dances they performed. Case in point, my friend Khoo Tee Tat yang perform indian dance last night. Ekspresi wajah memang bersungguh.

-tiba-tiba 1 chinese sesat dalam indian dance lol.1Malaysia!

Thanks to MSoc comittee for organizing this awesome event. They manage to promote Malaysia to our irish friends di samping memberikan hiburan yang berpatutan. Its definitely a night to remember,sedih sebenarnya to think that this is the last event yang turut dihadiri oleh rakan-rakan yang akan ditinggalkan March ini.

-bersama father XmasProf Newsholme yang comel

-with Ms Carl Lusby and Dr Felle(tersorok di belakang)

Owh today orang courier baru datang ambik our boxes that'll be shipped back home. 3 weeks countdown starting now.haih.
Akhir kata gambar yang hodoh datangnya dari kamera i,gambar menawan dari kamera saudara Syahmi.