Monday, February 21, 2011

Ronda-Ronda Hujung Minggu 2.0



Seperti yang telah dinyatakan di post yang lepas,kereta telah disewa bagi tujuan jimba-jimbaan selama 2 hari. The second day tak boleh nak hoohah sangat sebab cuaca tak berapa elok. Jadi takdelah nak bersantai picnic semua,just sight seeing je.

Kelebihan menaiki kereta ialah dapat pergi ke tempat yang kau tak tau wujud pun walaupun dah duduk sini 2 tahun lebih. Sebab selalu naik bas asyik ikut route sama,memang otak tak berkembang. Lupa i nak tunjuk dalam post lepas,malamnya we went to this modern part of the city to see the Grand Canal Theatre. View dekat situ memang cantik malam-malam.

-klik untuk tumbesaran berganda

Hari kedua ronda-ronda dimulakan dengan kawasan Sandymount. Ini lagi satu tempat yang kalau kau bukan fotografer or datang nak bunuh diri memang takkan sampai. Sandymount adalah kawasan tepi laut yang terletak sebelah industrial area. Memang feberet spot fotografer untuk ambik gambar.

Dalam post kali ini,gambar semua adalah dari kamera cap tupai i. So saje tambah efek edit-edit untuk nampak canggih hehe.


We walked quite a distance towards this lighthouse. Gigih gila berjalan dengan tempias ombak kiri kanan + angin kuat.

Lepas puas menikmati angin laut, destinasi seterusnya ialah ke Howth. I've been to Howth several time oredy tapi ini last time lah kiranya nak melawat sebelum balik.

Howth is a very nice town tepi laut with a magnificent view juga. Tapi gambar yang lawa semua dalam kamera Haizie. T_T



But the real attraction of Howth adalah this guy here;

Semua anjing-anjing laut ni lepak dekat tepi tebing tunggu tourists pemurah campak ikan free untuk diorang. Ikan-ikan nih boleh dibeli dengan harga 4 euro sebaldi from fishmongers berdekatan. 4 euro? no thankyou.

Lepas penat menahan sejuk di Howth we headed to Phoenix Park. It is the largest public park in Ireland. I pun dah beberapa kali datang sini for picnic tapi setiap kali datang tak explore habis pun. Selalu memang makan dan picnic wajib didahulukan daripada menjelajah taman.

That is why i never get the chance untuk tengok rusa yang berkeliaran dekat taman ni before. Memang banyak rusa liar roaming around this park. Diorang dah tak takut manusia siap boleh meragut rumput atas padang bola. -___-"

Usai berperangai sakai mengejar rusa,we went to Blanchardstown. A huge shopping mall located somewhere in the suburb. Biasanya nak pergi sini kena naik bas nombor 39 dekat sejam lebih baru sampai.
Aktiviti membeli-belah membuatkan perut berasa lapar. Ewah salahkan beli-belah padahal memang sejak lahir selera jin. Dinner was at Eastern Flavours,a Malaysian owned restaurant in Tallaght.

Sedap gila woh food dia,dahlah chef orang Malaysia boleh demand nak tambah pedas ke apa. Harga boleh tahan murah. This chicken mandi rice harga 10euro je. Boleh share 5 orang weh. (tapi kitorang share 3 orang je hehe)

Other than this, we ordered food lain jugak like mango chili duck(highly recommended),fettucini and this lamb chop with rice.

Gambar selepas;

Walaupun ahli rombongan terdiri dari 4 orang lelaki muda, tetapi title juara makan anak gadis ini yang pegang;

-siap 2 pinggan tindan depan muka. Kau mampu? Identiti beliau terpaksa dirahsiakan.

Jadi begitulah bagaimana second last weekend in Ireland dihabiskan. Thank you to those involved kerana memberi peluang kepada i untuk mendekati Ireland one last time. =)

22 comments:

zuladlee said...

gambar second last sangat shocking haha (*_*)"

~ Cik Azz ~ said...

Baper hengget kamera si Haizie tu Tim..?

Jeles lak aii nengok gambar dr kamera dia tu...

Tapi kan, beli kamera mahal2 tak tau gunapun takde pekdah jugak... kihkihkih..**ayat kaber sbb tak mampu nak beli kamera mahal cmtu... ^__^

syazwanizr said...

identiti dirahsiakan. tp, previous entri ade kott gamba beliau. siap mention name lagik. haha!

ashz_ami said...

oh tidak !!
dh xde la org nk amik aisyh sbgai menantu pasni.. huhu..
buruk giler gaya makan !!
patut cover skit muka ms makan tepi hatim..
amik gmbr xmintk kebenaran nih..
mintk2 mak n ayah syahmi xbaca blog hatim.. hehe..

Miss Ran said...

seronok sambil mengepal tgn..bile giliran aku lak???

hatim a.r said...

@zuladlee:memang mentekedarah betul kan?haha

@cik azz:saya tak tau la pulak exact harga brapa tapi ribu-ribu la.dslr ni utk orang yg rajin belajar fotografi je.kalau setakat nt ambik gambar depan cermin posing dalam fitting room baik takyah.

@syazwani:hahaha syyyyyy diam-diam sudeh.nanti terbongkap plak identiti beliau

@aisyah:bapak syahmi ada fesbuk tak?nak bagi link dekat dia hehe

@miss ran:soon insyaallah

nama.aku.lynn said...

beli-belah selera jin??wow..hyperbola yg best nih!LOL;)

kamera cap tupai pon kasik hasil yg tbaik la..nice picss..

p/s:da agak2 tak mauuu dah,bley la roger2..lelong2 ke..haha~

bugs said...

dh berperangai sakai kejar rusa 2,dia x kejar balik ke?wahh,licin semua makanan..

roxychick said...

tah hatim. ko saja nak pedajal anak gadis tu. identiti rahsia konon. citt podah! hahaha.. :p

p/s: berjimba puas-puas hatim oi.. :D

~ Cik Azz ~ said...

Baru perasan dabel pinggan tu..

Orang tua2 kata anak lale tak elok makan kat dalam pinggan bertindih cmtu.. Nanti takut dapai laki tua.. Kata dorang laa... hehehe...

Shafrina said...

hello,im ur new reader/fan..blog ni highly recommended by my cousin yg jumpa this blog..
tahniah!! blog anda berjaya mengelakkan saya merasa gelimat dgn cara penulisan yg humorous..ada a touch of fashion,
fuhh mmg best dpt travel.i like ur review,sgt detail..siap ada price point lagi..
hoping that when u come back to malaysia, dont stop traveling and keep us posted on ur journey..ok terpanjang lak komen..chow..

hatim a.r said...

lynn:nak beli ke?500 ada bran?haha

@bugs:dia rusa liar sebenarnya.so kalau dtg dekat sangat dia lari la

@roxychick:haha takpelah anak dara tu dah berpunya.insyaallah takde masalah bertemu jodoh

@cik azz:dah ada boipren takyah risau kot

@shafrina:i wish i will have the time and money to travel nanti =)
thanks for ur kind words,but dont say u're my fan,bajet artis pulak lol

NADDY KZAMAN said...

haha..
kesian wanita yg jadi kwn u tu hatim.....sobs

norhidana said...

wahaaa jln2 sebelum blik melesia yek dik... sea view dia mmg cantik2... alahai

bab jln2 mmg best, tp bab mkn lg best,.. lg2 yg selepas tuh licin...

MiaDiera said...

camera cap tupai pun gambar still lawa:),kalau tak bagitau cap tupai boleh tertipu ingat dslr

hatim a.r said...

@naddy:beliau redha

@norhidana:haah.ni last la kiranya jalan ni

@mia:eh yeke?haha tak jadik nak humban kamera nih

Ungu said...

homaigod.

ini selera bapak jin.

dan si gadis, anda awesome!!!

belinda dee said...

agaknye lepas ni posting kat sepital mana yer?

hatim a.r said...

@ungu:gadis sebegini tak rugi bawak makan buffet

@belinda:that u have to ask liow tiong lai.i have no idea

Nana said...

wahhhh cantiknye your pics!!! bestnye boleh feed the sea lions. My funckins sure suka!!! nasib baik jugak lah .. kalau tak mau they all suruh I beli 3-4 baldi hehehe!!!

hatim a.r said...

the sea lions tuh memang stay at one spot tu je lah!mmg dia tau people will come just to feed them.pandai tak haha

Nana said...

aws sooo comels!!! memang they all tu bijak hehe!