Sunday, February 20, 2011

Ronda-Ronda Hujung Minggu


Lately kecintaan terhadap Ireland semakin bergelojak. Tiba-tiba macamni. Jadi tanpa berlengah ajak rakan-rakan sewa kereta untuk ronda-ronda dalam Ireland. Setiap kali cuti selalu pergi melancong negara lain,padahal negeri tempat kediaman sendiri pun tak habis terokai lagi,lupa daratan ke apa?

Destinasi hari ini ialah Glendalough yang terletak di county Wicklow (penulis ragu-ragu dengan fakta geografi ini jadi semak google map untuk kepastian). Glendalough ni padahal kalau drive dari Dublin adalah dalam 50 menet,tapi tak pernah jejak. Kesian tak weh?

Trip ini di-join oleh Syahmi,Aisyah,Arman dan Haizie. 3 dari mereka memiliki kamera canggih ribuan ringgit justeru adalah menjadi satu tanggungjawab untuk i berposing di serata tempat demi memanfaatkan pelaburan wang mereka-mereka ini. Maaf sekiranya post ini sedikit narsis, tapi memang nak upload gambar muka sendiri penuh dalam ni haa.

-Upper Lake di Glendalough

Dengan pemandangan seindah ini harus mulakan sesi bergambar dengan penuh kesopanan;

-hambek kau

Then we had lunch,picnic betul-betul tepi tasik. Sambil makan sambil tengok pemandangan.

Konon ah tengok pemandangan padahal khusyuk gila makan,kalau ada beruang serang hendap dari belakang semak komfem mati mulut penuh ciken wing.

Mana tak khusyuk,lauk picnic macam kenduri cukur jambul ke ape ni. Dahlah over siap bawak pinggan kaca,sudu,mangkuk segala. Sikit lagi nak angkut sinki dengan blender sekali. Lepas makan dan teguk kordial oren yang disangka jus oleh Haizie -___-" ekspedisi bercamwhoring perlu diteruskan. Perjalanan masih jauh.


Dalam dunia ini anda perlukan 2 jenis kawan; kawan yang berperangai senonoh dan kawan yang memiliki DSLR. Nescaya hidup anda lebih bermakna. Pergi jalan-jalan bawak badan je,lepastu posing sebab fotografer memang otai sanggup redahi paya dan semak untuk dapatkan shot terbaik. :')
-gigih tak macamni?sikit lagi nak menjunam dalam sungai aku tengok

We did a little bit of hiking to see the waterfall and sight seeing. Sambil jalan of kos kena snap gambar sambil buat gaya konon-konon nature lover padahal selalu muka tu lah yang campak plastik sampah dari tingkap kereta.

-convincing tak gaya pencinta alam sekitar nih?

Lepas dah puas ronda-ronda area Glendalough,perjalanan diteruskan ke arah Wicklow National Park. Nothing much to see tapi ada satu area yang penuh dengan batu-batu dekat puncak bukit. The view was spectacular.


These two pictures are from my cheaptastic camera. Didnt do it justice. You have to go there to see it for yourself. Lawa gila woh. Then we headed to this place called Hollywood. Memang nama dia Hollywood sebab kononnya banyak shooting movie kat situ. But when we get there its just a small town. The only thing 'unique' about that town was this petrol station;

-Emo. Budak-budak gothic Times Square boleh download gambar nih buat wallpaper.

After that we continued our journey to Powerscourt Waterfall. Boleh tahan lah sesat-sesat jugak, sebab angkuh taknak sewa GPS masing-masing guna GPS henpon. Sekali bateri dah lip-lap menggelupur sekejap.

Tapi last-last sampai jugak lah Powerscourt Waterfall tu. Masuk sorang bayar 4 euro lima posen. Gila. Tambah 2 euro dah boleh makan buffet Pakistan.

Di waterfall ni sekali lagi habiskan masa bergambar sampai pitam. Kualiti gambar dari fotografer-fotografer ni memang tak boleh disangkal lagi. Kehadiran elemen air terjun sebagai backdrop menjadikan mereka lebih teruja.

-Kau ade fotografer terkangkang-kangkang effort nak ambik gambar macamni?

Antara hasil usaha gigih Haizie selaku fotografer peribadi i pada hari ini;



Fuh satu hari memang puas berjalan.Tapi kalau dapat 2 hari lagi best. Maka dengan itu kami sewa kereta for 2 days. Aktiviti hari esok akan diupload kemudian.

Lepas dah letih seharian menjadi muse untuk fotografer-fotografer berkaliber ini, balik rumah disambut dengan nasi lemak yang dimasak oleh Haleem. Im in heaven.

ps:untuk melihat karya-karya lain oleh mereka ini boleh ke laman flickr Haizie dan Syahmi.

29 comments:

mia_shaaleesya said...

wooooo....chanteq gler ,,,,,untungnya awk kan heheheh

nanne_manja said...

dik..
cantik background gbr2 yang kwn awak snap..

anisizatyA.J said...

roadtrippp. okk im jealous with your picnic menu. its making me lapaaaarrrr

mummy liesya said...

wah syoknya kamo Hatim, takpe jalan puas-puas sebelum balik Malaysia... jangan nagis-nangis nant yer :P

Miss Ran said...

nk jd model gk hatim hahaha

wawa-welcome said...

cantek :))

wawa-welcome said...

mmg kena hargai kawan yg ada DSLR ni.. hahahha! :))

mishyweird said...

wow ! dengki gler. huaaahuaaahuaa. tapi salute ar bro yang terkang-kang nak amik gambor ! respect !

hafzleen said...

wahhh..seronok meh...

freeter farn said...

masya Allah, cantik gambar pemandangan yang ditangkap T.T tak sangka kualiti dlsr memang chantique!
org2 dalam gambar pun terkena tempias lawa...

nama.aku.lynn said...

brader2 yang amek gmbar ni mmg tbaik lahhh..10 bintang utk merekaaa..siap ada yg nak mnjumanm sungai bagai..haha..

anyway,ai plg suka pic wicklow national park tu..view diaaaaa,subhanallah..camera murah ke hape,tetap nicee..

p/s:last pic best!;)
[panjang pulak den comment..eksaited tgok pic pnya pasal]

MiaDiera said...

subhanallah,lawa giler view

syuu said...

apesal la gambar kat sebelah pokok tu, surrounding kepala cerah semacam ? bajet very-the-angel-look la ? haha, btw, nice shot.

CikHanim said...

bestnya....
nice pic la!

~ Cik Azz ~ said...

Nice..

Kalau la kamera tu jatuh dalam air yang sedang mengalir deras tu...???

ishhh3... Mau meraung setahun agaknya si photographer tu.. Modelpun ikut meraung sekali laaa.... hehe..

hatim a.r said...

@mia:memang cantik view dia!

@nanne:diorang siap ambik subjek fotografi lagi.kalau x cantik memang saya rebus kamera sekor-sekor haha

@anis:i made the sambal!hehe look at the oil coming out from that thing =)

@mummyliesya:tulah.ni kira last la nih

@miss ran:ni fotografer pro.dia charge ikut minit kalau nk jadik model

@wawa:tenkiu =D

@mishy:tu la effort gila kan?haha

@hafzleen:one last hurrah!

@freeterfarn:tu yg bagus tuh.saya yang muka waruk nih,kalau ambik ngan dslr,wahhh terus jadi molek

@lynn:ya,10 bintang!owh yg national park tu dia atas puncak lepastu macam between 2 bukit

@miadiera:memang lawo.macam nk pegi lagi -__-"

@syuu:itulah motif dia!hahaha

@cikhanim:saya dengan ini menyeru semua org supaya datang ke sini hehe

@cik azz:saya yang neves lebih tengok kamera kat sungai tuh kak! x pasal-pasal kang ribuan ringgit mengalir deras

Siti Nadiah said...

pergh.cntek2 seh gmbrrrrr..die nye pmndgnnnnn...siyes.

cHan said...

wahhhhhh!
nice view!
nice picture!
nice people!
everything nice!


berapa kali nak nice daaa!heeee:D

Farah said...

Allah . View dia memang menawan :)

NADDY KZAMAN said...

benci..u nye brilliant writing sgt dicemburui..dah gelak tutup2 bantal kat muka especially part budak2 emo gothic times square boleh donload gambar utk jadikan wallpaper..bhahahahaha...!!

mimi mn said...

mabeles scenery, makanan yang nampak sedap dan model yang nampak rupawan bahaha

Siti Munirah Jaafar said...

apsal gambar lawa giler nak mampus. jeles tahap mokhsya nie. untunglah ade DSLR mencecah ribuan ringgit !

adrinaqamarina said...

kim salam pada dua mereka3 yang mempunyai dslr tersebut.

model tak berbayar yang diorang gunakan tu membuatkan gambar tampak lebih menarik :D

hatim a.r said...

@nadiah:kan?nasib baik sempat pegi sebelum balik

@chan:thanks for the super nice comment lol

@farah:menawan sungguh rasa nak pegi lagi =(

@naddy:selamba je kutuk budak emo en.kang tak pasal2 kena bantai kalau pegi times square

@mimi:mabeles roadtrip overall

@munirah:nak beli sendiri tak mampoo,tumpang jo la

@adrina:model tak berbayar ni.next time memang kena charge ikut minit

naza said...

Kawan yang ade dslr...good pOint sebab aku Pon dh ade sorg tp kalau yang ade kamera tp suke tgkp gamba pon ok jugak janji dpt posing merata

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

wah..bestnya jalan²..bilalah i nk dapat peluang jalan² cenggini..sob! sob!

FarahMadiha said...

view yang awesome! gambar yang awesome! nak pergi jugak ... T.T

hatim a.r said...

@naza:sorang tak cukup hehe

@rina:insyaallah soon ada la tuh

@farah:datang ah.ireland best sebenarnya haha

miss lemon said...

really love ur blog...