Seminggu yang lepas dihabiskan di Taiping. Disebabkan internet hotel siput maka tidak berselera untuk update belog. Actually pergi Taiping bukannya bercuti tapi posting dekat hospital for general medicine. Motif posting kat Taiping? Entah,tapi dah kolej bayarkan hotel takkan kita nak menolak ye dak?
Hotel adalah sedikit rundown. First impression bilik nampak macam tak siap. Sebab hujung bilik tu tiba-tiba ada ruang kosong yang tidak diketahui motifnya. Mulalah pemikiran tahyul ligat mencipta teori ruang kosong tersebut adalah tapak pembunuhan justeru tak boleh letak katil kalau letak jugak bangun pagi sedar-sedar baring tengah lobi. Ini akibat menonton siri Keliwon.
Tapi menjelang second day duduk setiap pagi takpayah kemas katil tambahan pula penghawa dingin yang nyaman, i think this hotel is not bad at all. Definitely better than super small pigsty i call my room back in Penang.
Memandangkan kampung halaman adalah di Perak and ive been to Taiping gazillion times before,i was not really looking forward to this week-long posting. I mean,theres nothing much to see in Taiping. Selain dari Taman Tasik memang takda apa dah nak tengok kat sini. Orang Taiping sila sangkal dakwaan ini.
But we did enjoy some good food while we were there;
-yong tau fu,15ringgit sorang makan. Memang sah mewarisi saka.
-Ansari famous cendol. Famous tapi asal kedai buruk?
-kueytiow Doli.kunjungan ke Taiping tidak lengkap tanpanya
Setiap hari we were required to be at the hospital till noon. So petang tu kalau takde lecture memang tak tau nak buat apa. On the first day we ended up melawat zoo. Sekumpulan remaja tongkeh melawat zoo, sedih ke tak sedih ni wei?
Dahlah semangat gila zoo dah nak tutup tapi nak masuk jugak. We were the last group of people yang dapat masuk.
Zoo Taiping is in dire need of donations. Most of the kandang adalah sungguh pathetic. Dahlah kotor,tak terurus,bau masyaallah.... Its like visiting an animal cruelty centre. What for having so many zoo in the country kalau semua tahap macam loji najis terbengkalai?
We also went to Burmese Pool on the last day in Taiping. Bukan pergi nak mandi pun tapi sebab dah takde tempat nak lawati dah. I've been here long time ago,when i was a kid.
Dont be fooled by these images. Upon reaching that place you will be welcomed with sampah sarap. Clearly somebody is not doing their job. Waktu i pergi kecik-kecik dulu, gila best sebab kebersihan terpelihara. What happen Taiping people?
Kalau dah sampah sarap berlambak tepi-tepi sungai memang kau takboleh nak blame tikus ah kalau dia nak kencing berjemaah dekat tepi tebing.Nanti bila ada kes leptospirosis baru terhegeh-hegeh nak bersihkan. No wonder Malaysia takde benda yang tahan lama. Maintenance memang fail.
Taiping,i iz disappointed.
17 comments:
bukan taiping kampung your Opah ke?
hahaha...SY pun asal Taiping. Bila kwn2 ajak ronda Taiping, gelabah sebab x tahu apa yg menarik kat Taiping. Sy rs kita pergi Zoo pada hari yg sama sbb sy pun ambil pic singa terkangkang tu -_-"
And lastly, Air terjun kat kampung sy kt Batu Kurau wayyyy better than Burmese Pool :D
emmm tak bestnyaa...nasib baik posting je bukan kerja terus.
lion yang mcm tengah baring tengok imaginary tv je. the yong tau foo looks tempting!! *droools*
durian.durian.durian
mee udang ulu sepetang maybe?
bukit merah waterpark?
kurau stone fishing n highland stay - shud try dis one. masuk tv byk kali
Dulu mmg teringin sangat nak pergi taman tasik taiping tu sbb tengok dalam gambar macam cantik je suasana kat situ..
Pastu, teringat lak kat cikgu yg asal dari sana... Admire kat cikgu tu.. sampai skang still tingat kat dia... ahakkk...
Pnh pegi sekali Taiping, tapi baru je sampai, hujanpun turun... Taiping mmg kawasan tadahan hujan kann...
Zoo Johor lagi teruk weii.. haha.. Dulu laa.. Skang ni tak tau lak cmner...
kuey tiaw doli sangat sedap!
taiping best sebab sejuk, pastu rumput hijau . :)
tak pergi bukit larut ?
Weh...ko buat aku keco alio... Lama giler tak g makan kat Doli.
bab Zoo tu, dedulu ok je aku g sbb Taiping was the best&well managed zoo. Tu dlu ar..terkejut jg baca stetmen ko. Dasyat ke? by the way, Zoo Johor lg teruk(tak tau la sekarang cmna sbb ni pun based on my experience puluhan tahun lalu). Zoo nk tutup waktu melawat? bukan ada night safari ke? i mean, ble masuk zoo malam2..
cis cis cis.salah time la baca entri ni.merauungg tgok yong tau fuu+cendol+kueytiow!*gulpgulpgulp.
sedikit kasihan dengan group 'remaja tongkeh' yg nak masuk zoo tu.hahaha.
aha, eventhough the food looks tempting gila and rasa nak makan sekarang, tapi jadi kenyang terus sebab gelak when i read your 'karangan'. :))
happy fasting :D
walopun ko disappointed tu tp akak tetap gelak gile baca ni.. akak pun penah pegi taiping ni dari bukit merah. hajat nak jalan2 sekali pukul 9 mlm semua dah gelap. bile tanya org depa suh pi "tasik". akak rasa itulah tasik yg ko maksudkan. sebagai rakyat melaka yg penuh tempat menarik, akak takdelah ke tasik itu. sekian.
@apis:its in perak but not taiping.only my uncle lives there
@cikhanim:my cousin who stays in taiping pun tak tau nak rekomen tempat best haih
@dayana:dok hotel je la best
@zoe:lama tak makan yong tau foo last2 dapat jugak
@mrs k:ive been to other mee udang in taiping.dekat area air kuning tu.pun boleh tahan
@cik azz:ini gila bayang namo eh haha
@syarafina:but its not as good as it used to be.rasanyalah.sebab dulu rasa mcm sedap gila
@ainzoo:deswaiiii!dulu taiping one of the best zoo kot.skrg memang dah daif gila rupa dia.mcm tak menten langsong
@lynn:cendolllllllllllll
@farah:happy fasting!
@dali:kalau memalam,tasik tu maknyah je yang penuh kak.kalau akak nak geli-geli dengan maknyah boleh la pergi tasik malam-malam haha
arghh cendol!!sedapnya..eh kedai cendol tu yang dekat dengan stesen bas ke?
ha3..biadap..aritu ad gak pegi zoo taiping..tgk kndg2 bntg,rmput dia pnjang..prlu perhatian..
terjah sebantar..
jln2 kt sana tak beli barang raya ker.
bestnye, posting duk hotel. i, klu pegi posting kolej akan sewakan rumah macam kediaman PATI, takpon rumah bleh buat lokasi shooting slot seram kat tv3 tuh. sia2 je byr mahal. wat de hell la!!!
btw, sy org taiping.zoo tpg mmg camtu..lake garden pun x tau nk hadap pe dah..eh ekceli tokey doli tu sebelah umah sy jek :D
Post a Comment