Sunday, April 18, 2010

Sahabat Pena Saya


Walaupun takde orang yang cakap tapi i tahu i bukan rakan yang bagus. sejak kecil memang tak tahu buat kawan dan tak reti tegur orang yang tak familiar.mungkin dalam belog macam huyai cakap tak berhenti tapi kalau kita bersua muka mesti hambar gila krik krik.

Memang sifat semulajadi bila pindah ke tempat baru atau masuk kolej/sekolah baru mesti akan lost kontek dengan rakan lama.justeru circle of friends memang tak berapa luas ada la dalam 2-3 bulatan lebih kurang. tapi ada seorang kawan rapat yang masih keep in touch sehingga sekarang. disebabkan beliau kini menuntut di australia i naiktaraf beliau dari kawan rapat ke sahabat pena.

dan post ini ditulis bersempena hari lahir sahabat pena yang digelar Cheng yang ke 22 pada 19 April ini. weh 22 kan? konfius la ngan umur aku weh

waktu masuk Sains Selangor form 1 dahulu sahabat pena inilah orang pertama yang tegur i sebab duduk katil sebelah-sebelah. lepastu beliau bawa alarm clock azan setiap pagi bila bunyi kelam kabut 2 orang berlari ke tandas sebab ingat dah subuh. waktu itu kita masih soleh.

lepastu sama-sama register silat walaupun sekor-sekor gaya bersilat lebih ke arah tarian mak yong.register pun sebab training silat waktu malam dekat padang boleh tengok KLCC sambil layan homesick. aku tak pernah bagitau kau tapi setiap kali kau buat yang gerakan lompat harimau tu memang aku gelak gila sebab badan kau bulat jadi bila berguling macam fishball jatuh gaung.

bila masuk form 3 macam dah jahat sikit.alarm clock azan pun dah tak bawak dah. first time fly malam pergi cybercafe pun dengan sahabat pena inilah. bukan setakat fly bersama, ponteng terawih sambil main karom pun sama-sama.

i tak pernah sleepover di rumah rakan kecuali dia ini. walaupun sleepover kali kedua tak plan pun sampai terpaksa pakai sependa sama dua hari berturut. cuma untuk sahabat kamceng saja sanggup buat begini.

sekarang dia study di Melbourne i study di Dublin.kalau kira di google map memang macam mustahil nak jalan kaki antara 2 tempat ini. tapi setiap kali i letak status emo di facebook ataupun exam bakal tiba sahabat pena seorang ini tak pernah gagal untuk call atau sms bertanya khabar. satu-satunya sahabat yang ingatkan i untuk baca alam nasyrah dengan al-waqi'ah bila tertekan. satu-satunya sahabat yang bagi link nasyid Zain Bhikha untuk tenangkan hati.

terima kasih Cheng kalau tak playlist aku mesti lagu Lady Gaga je. sekarang lepas Bad Romance tiba-tiba ada The Heart of a Muslim. bagus betul takdelah lagha terus menerus.

Sekarang kau dah dewasa Cheng.22 tahun dah. tak lama lagi bila kita start kerja pun dalam bidang lain-lain. lepastu mesti kau kahwin dulu sebab kau lagi gatal. kita mungkin akan lebih jauh di masa mendatang. mungkin juga akan lost kontek. tapi untuk apa yang kau dah buat sepanjang kita berkawan sumpah aku terharu sebenarnya. terasa teruk pula kedekut gila hadiah birthday pun aku bagi blogpost je untuk kau.

Selamat Hari Lahir Sahabat Pena. semoga sentiasa riang dan berjaya. walaupun kau tipu aku kata bila study di Australia nak kuruskan badan, aku redha.



yang bulat ketawa riang itu Cheng aka Guy Sebastian aka Big Momma aka Black Magic.





23 comments:

FarahMadiha said...

cheng muka macam hafiz akademi fantasia. O_o

entry you hari ni terharu i bace. haha! XD

erinazrina said...

kawan yang baek hati
:) :)
best2!!

Unknown said...

suke baca blog ni sejak azali lagi...

ok tipu.

post anda tak pernah tak lawak ok?

suke!

j a z z a said...

okay,serious terharu.
happy birthdy cheng.

DJ said...

sweet dowh...teringat lak zaman2 nakal kat skolah dulu...hahahaha....10tahun dah berlalu.... =)

hatim a.r said...

@aliyah:alololo terharu pulak dia.thanks aliyah im sure he appreciate that!

@farah:macam guy sebastian ah.tak pun macam sean kingston

@erinazrina:siapa baik hati siapa?? *buat buat tanya*

@carissa:saya suka komen anda hehe

@jazza:sudah semua orang nak terharu nih haha

@harasho:best kan sekolah??zaman-zaman panjat pagar sebab nak makan nasi goreng kampung pukul 2 pagi

Liyana said...

sahabat yang baik! :)

Shaera Abdul Mubin said...

happy birthday cheng! :)

Amirah I. said...

pehhhh sempat lagi kau selit perli dalam birthday wish

Apapun, happy birthday cheng god bless semoga murah rezeki dan tak lost contact dengan hatim. Blog dia one click away je in facebook.

Amirah I. said...
This comment has been removed by the author.
hatim a.r said...

@liyana:ceng memang sahabat yang baik =)

@shaera:bagi pihak ceng saya mengucapkan tenkiu

@amirah:mana la tau esok lusa aku tutup blog mesti lost kontek time tu

Cik Azz said...

Tak tau nak cakap apa....
=D

mia said...

ingatkan cheng tu chinese.. hehee..

adrinaqamarina said...

wa...
shahdunye entry ne...
siap sambil dengar lagu melankolik sket...
huhu~

t kalo da jao dari cheng pon,kne ingat la baca surah al waqiah salu jugak...
:)

adrinaqamarina said...

ag satu,seronok ah ingat balek cerita zaman skola...
fly sne,ponteng sini...
=p

hatim a.r said...

@kak azz:akak pun nak terharu jugak ke??

@mia:selalu orang ingat dia indian.ini memang satu keajaiban

@adrina:yaaa ponteng memonteng itu memang amalan murni

ayu_whizgirlz said...

awwww...dats so shweeeett..now i dh start jeles ngn bbudak skolh asrama neyh..haih.

p/s: evendo xkenal wish jela. Hepi Besday Cheng =))

ashz_ami said...

happy b'day gak to cheng..
moga panjang umur n hepi selalu..

jmp hatim nnt, mintak je adiah from dia.. =)

ms bday aisyh nnt, nk dedication post gak from u.. hehe..

hatim a.r said...

@ayu:tula rugi woh tak dok asrama.macam2 hal.dahla member macam adik bradik =)

@aisyah:ceh kalau setiap kali birthday kena buat dedication punya post alamatnya jadi blog ucapan besday la hehe.besday aisyah kalau kita jumpa aku belanja ;p

Unknown said...

ok n3 yang comel
hahaha
bestkn ader kwn mcm tue...
aku pernah ada skunk dia dh pindah dunia

Lili Sakina said...

saya dapat sesuatu di sini...baca alwaqi'ah n alam nasyrah ye...tenx cheng...baru lepas exam...saket ati ilang sekejap sbb baca blog u U.u

hatim a.r said...

@tengku:alfatihah la untuk kawan yang dah pindah tu

@lili:terimakasih untuk ceng.dia ini walaupun ganas kadang2 mood ustaz juga

DJ said...

yup...best giler dgn mcm2 perangai..hehehe

nice blog anwy...suka ikut... =)